Thursday, 3 November 2011

NoVeL : Jatuh Cinta? (Bab 7,8,9)

BAB 7.
“Assalamualaikum walid!” panggil Arriel sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam rumah tiga tingkat itu.
“Arriel...takut la I nak jumpa walid you!” rengek Aisha manja sambil menarik-narik lengan baju-T Arriel. Sebenarnya dia bukannya takut betul-betul. Saja jer nak tambah rencah lakonan dia.
Arriel tersenyum memandang Aisha. “Relax la ya! Walid I tak makan orang, dia makan nasi!” seloroh Arriel. Aisha memuncungkan mulutnya.
“You ni kan. Suka sangat buat mulut macam tu! I cium kan baru tau!” ugut Arriel. Aisha segera menutup mulutnya. Arriel ketawa.
“Haii...buat apa la tercongok kat depan pintu tu! Masuk!” ujar Datuk Asri yang sedari tadi sedang memerhati tingkah Aisha dan Arriel. Arriel menuju ke arah Datuk Asri lalu menyalam tangan walidnya.
Aisha turut melakukan hal yang sama. ‘Mak aih! Boleh pulak walid aku nie salam ngan Fellis. Setahu aku, walid nie tak salam dengan sembarangan orang!’ gerutu hati Arriel.
“La...termenung pulak dah budak nie! Pergi bawa kawan kamu nie duduk. Walid nak ke belakang kejap,” arah Datuk Asri. Arriel tersengih.
Dia segera menarik tangan Aisha menuju ke sofa. ‘Uii...selamba badak dia jer pegang tangan aku depan walid. Yang si walid nie tersenyum-senyum tengok aku ngan Arriel ape pasal pulak. Adalah agenda tersendiri dia tu!’ bebel Aisha dalam hati.
“Kan I dah kata, walid I tak makan orang!” kata Arriel sambil tersenyum. Aisha tersengih. “I tau!” balas Aisha.
“Cantik rumah you!” tegur Aisha sambil matanya melilau-lilau ke arah sekeliling. Bukannya dia tidak pernah datang ke sini. Tapi, boleh dikatakan hampir hari-hari jugak la dia datang sini. Saja dia ingin menunjukkan lakonan kelas atasan dia.
“Ni rumah walid I! Rumah I kat tempat lain,” ujar Arriel. “Tapi...kalau you teringin nak ke rumah I, I sudi bawak!” sambung Arriel sambil tersenyum nakal. Aisha menjegilkan matanya.
“You ni kan...gatal!” rengek Aisha manja. “Ehem..ehem..”
Hampir luruh jantung Aisha mendengar suara Datuk Asri di belakang mereka. ‘Agak-agak la walid oii...Malu tahap cipan dah nie!’ getus hatinya. Senyuman dilemparkan ke arah Datuk Asri.
Datuk Asri mempamerkan riak serius walhal di dalam hatinya sudah menguntum senyuman. “Erm... Walid! Ni Arriel kenalkan, Fellis!” ujar Arriel.
Datuk Asri memandang Aisha dengan kerutan di dahi. Bukannya tidak menyukai Aisha tetapi pelik apabila Arriel memanggil Aisha dengan panggilan Fellis. Aisha tersenyum cuba memberi isyarat kepada Datuk Asri agar memahaminya.
“Nama penuh apa?” soal Datuk Asri serius. Seolah-olah sedang membuat soal siasat. “Err..” Arriel garu kepala. ‘Nape la aku tak tanya sebelum nie!’ gerutu hatinya.
“Fellis Aisha!” balas Aisha. Arriel tersentak. ‘Uii...Kejap-kejap! Rasa macam kenal jer nama Aisha tu!’
Belum sempat Arriel menangkap gerangan gadis yang dirasakan bernama Aisha, Datuk Asri bertanya lagi. “Umur Fellis berapa?”
Arriel tersentak. ‘Walid aku nie...nak jadikan Fellis bini aku ke, mak tiri aku nie?’ soal hatinya. “Umur saya baru 23 tahun, Datuk!” jawab Aisha lembut.
Datuk Asri tersenyum. “Tak menyesal ke nak kahwin dengan si Arriel nie dalam usia muda macam nie. Arriel nie tak apa la, dah sesuai sangat nak kahwin...Umur pun dah masuk 27 tahun...tapi yelah, belajar tak habis-habis lagi!” ujar Datuk Asri panjang lebar.
‘Soalan maut tu beb! Menanah hati aku dengar. Aduyai...nak jawab apa la nie,’ Aisha gelabah. “Walid..kalau ya pun nak tanya, tak payah la siap sindir-sindir Arriel!” kata Arriel.
‘Selamat!’ ucap Aisha dalam hati. “Habis tu, kamu tu sejak dari dulu tak habis-habis lagi belajar,” kata Datuk Asri sinis. Aisha gelak dalam hati.
“Bukan Arriel saja-saja tau! Dah time final exam, Arriel selalu susah nak show up. Tu yang dok asyik kena ulang tu!” Arriel membela dirinya.
“Yalah, yalah... Hmm...soalan tadi tak berjawab lagi! Sudi ke kahwin dengan Arriel muda-muda macam nie?” Datuk Asri menyoal sekali lagi. Aisha kaget.
‘Erk...nak jawab apa nie?’ Aisha gelabah lagi. Dia cuba menenangkan hatinya.
“Emm...Saya sebolehnya nak biar habis belajar dulu baru kahwin,” jawab Aisha tenang. Datuk Asri tersenyum.
‘Selamat! Buat sakit jantung aku jer walid nie. Sejak tadi dok dup dap dup dap... Nasib baik tak terkeluar jer terus!’ bebel Aisha dalam hati.
Arriel turut tersenyum dengan jawapan Aisha. “Cha...err...Fellis makan tengah hari kat sini la ya hari nie. Eh, lupa pulak nak suruh Kak Senah hidangkan air tadi!” Hampir-hampir sahaja Datuk Asri tersasul memanggil nama Aisha.
‘Fuh! Selamat Arriel tak perasan!’ ucap Aisha lega. “Yalah Fellis! Makan sekali ngan kitorang ya!” ajak Arriel pula. Aisha tersenyum lalu mengangguk.
‘Hehehe...Pandai la pulak kau control ayu depan si Arriel nie. Mesti sekarang walid dah gelak guling-guling dalam hati!’ fikirnya.
“Lepas nie...tak payah panggil Datuk dah. Panggil aje walid!” ujar Datuk Asri. ‘Yeay! Ni yang aku suka nie! Tak payah la, nak pikir kalau-kalau tersasul panggil walid,’ sorak hati Aisha riang.
“Ok walid!” balas Aisha ringkas. Arriel tersenyum melihat walidnya dapat menerima kehadiran Fellis.
‘Nasib baik la walid tak reject Fellis! Tapi pelik jugak! Tengok dari gaya, macam diorang nie dah lama kenal la pulak!’ fikir Arriel. ‘Malas la aku nak fikir. Lantak la!’ fikirnya lagi.
“Jadi walid dah approve la pilihan Arriel?” soal Arriel. “Dah. Kalau walid tak approve pun, bukannya Arriel nak dengar pun!” ujar Datuk Asri. Sempat lagi dia menyindir Arriel.
Arriel menayang giginya. “Walid...Kalau Arriel nak bawak Fellis pergi kat halaman luar boleh tak?” pinta Arriel. Datuk Asri mengangguk.
“Pergi la! Jangan buat benda-benda pelik sudah,” ujar Datuk Asri bersama senyuman. Arriel senyum. Segera ditariknya tangan Aisha menuju ke halaman.
Aisha yang dapat menangkap senyuman Datuk Asri semakin melebar melihat tautan tangannya dan Arriel hanya mempamer sengihan.
“Kita buat apa kat luar?” soal Aisha lembut. Dia segera melabuhkan punggungnya di atas buaian yang terdapat di satu sudut halaman itu.
“Saja! Tak best la nak bermanja kat dalam tu!” ujar Arriel selamba. Aisha segera mencubit lengan Arriel. “Kat rumah walid pun nak manja-manja. Tak malu,” kata Aisha geram.
Arriel ketawa. “Salah ke? I rasa tak salah lagipun, tak lama lagi, you akan jadi wife I!” kata Arriel. Aisha mengeluh lalu tersenyum hambar.
“Orang yang dah kahwin pun boleh bercerai, apatah lagi kita yang tak ada apa-apa ikatan rasmi,” lembut sahaja Aisha menuturkan kata-kata itu.
Pedih hatinya apabila menuturkannya. Sememangnya benar. Orang yang sudah berkahwin boleh bercerai, ini apatah lagi hubungannya dengan Arriel. Dia pernah mengalaminya sebelum ini, jadi dia tidak terlalu berharap dalam sesuatu hubungan.
“Fellis...I love you so much! I janji I takkan tinggalkan you. You will always stay in my heart!” ujar Arriel dalam nada romantik. Aisha memandang Arriel, lama.
“Kalau la I tipu you...will you forgive me?” soal Aisha. Matanya masih menatap Arriel. “I will always forgive you sweetheart. Lagipun, I tak rasa you akan sanggup tipu I!” balas Arriel. Tangannya menggenggam tangan Aisha.
Sesungguhnya Aisha terhiris dengan kata-kata Arriel. ‘Aku dah tipu kau Arriel. Penipuan aku nie, tak mungkin kau dapat maafkan!’ getus hati Aisha.
“You okay?” soal Arriel. Dia sedikit risau apabila terlihat perubahan riak di wajah Aisha. Aisha segera berpaling lalu melemparkan senyuman. ‘Kau terlalu murah dengan senyuman, Fellis. Senyuman kau benar-benar dah menarik hati aku!’
“I okay!” balas Aisha perlahan. “But you seems like you’re in trouble,” duga Arriel. Aisha menggeleng laju. “I lapar la,” rengek Aisha manja.
Arriel membuntangkan matanya. “Badan cekeding macam you pun kuat makan?” soal Arriel. Aisha menarik muncung.
“Hahaha...Sorry sayang! Kita makan lepas nie! Mak Senah tak siap masak lagi tu!” pujuk Arriel. Aisha tersenyum. Pantas, lengan Arriel dipeluknya manja. ‘Aku dah jatuh cinta ke?’ soal hatinya.
****
Aisha mengeluh sendiri. Pandangannya dihala ke luar tingkap. Saat itu, hujan lebat membasahi bumi. Tiada sebutir bintang pun kelihatan di langit. Mungkin, turut sama berduka cita di atas nasibnya.
“Aku, dah jatuh cinta ke?” soal Aisha perlahan. Aisha mengeluh lagi.
“Dah jatuh cinta dengan sape?” soal Melina secara tiba-tiba di telinga Aisha. Aisha terlompat. Tangannya mengurut dada.
“Hish! Aku ingatkan langsuir mana la tiba-tiba bisik kat telinga aku,” rungut Aisha. Melina mencebik. “Aku yang comel lagi cun melecun nie kau panggil langsuir? Hampeh punya kawan!” gerutu Melina.
Aisha menjeling tajam. Namun, cuma seketika. Matanya kembali menatap ke arah luar tingkap, menyambung duka di hati.
“Kau ok ke Cha? Tiba-tiba jer kau main jiwang karat nie pesal?” soal Melina. Dia pelik dengan perilaku sahabatnya itu.
“Kau rasa...aku dah jatuh cinta ke?” soal Aisha perlahan. Melina membuntangkan matanya. ‘Kawan aku nie dah kena rasuk ke apa? Jangan la jadi benda bukan-bukan kat Cha!’ hatinya bermonolog.
“Kau demam ke Cha?” soal Melina. Telapak tangannya dibawa ke dahi Aisha. “Aku sihat la!” ujar Aisha sambil menepis tangan Melina ke tepi.
“Dah tu kau tanya aku soalan pelik-pelik. Aku nak buat macam mana lagi!” ujar Melina dengan riak bimbang. Aisha mengeluh.
“Aku dah tak tau apa yang aku rasa sekarang!” kata Aisha lemah. “Ha? Kau dah lumpuh ke apa? Deria sentuh kau dah tak berfungsi?” soal Melina bertubi-tubi.
‘Apa ke bengap kawan aku sorang nie! Eii...’ marah Aisha dalam hati. Kepala Melina ditunjal. “Adoi! Sakit la Cha!” adu Melina. Mulutnya dimuncungkan.
“Mulut tu takde insuran langsung. Aku cili kang baru tau!” marah Aisha. “Alah! Nak gurau sikit pun tak boleh!” rungut Melina. Aisha menjegilkan matanya.
“Masalahnya, lawak antarabangsa kau tu tak kena tempat,” marah Aisha lagi. “Ok la, ok la! Aku minta maaf. Cu citer masalah kau!” pujuk Melina. Aisha mengeluh.
“Aku...dah jatuh cinta ke?” soal Aisha perlahan. “Soalan sama jer kau tanya! Kau, dah jatuh cinta ke?” kali ini, Melina pula yang menyoal Aisha sedemikian rupa. Aisha menjungkit bahu.
Melina menepuk dahinya. “Dah tu?” soal Melina. Dahinya berkerut. “Aku..tak tau!” ujar Aisha perlahan.
“Yang kau dok tanya dah jatuh cinta ke, dah jatuh cinta ke...kat sape sebenarnya?” soal Melina. “A..Arriel!” tergagap-gagap Aisha menuturkan nama Arriel.
“Aku dah agak dah!” tutur Melina. Aisha terkejut. “Dah agak apa?” soal Aisha laju. “Dah agak yang kau akan jatuh hati kat Arriel!” balas Melina selamba.
“Nape?” soal Aisha ingin tahu. “Sebab dia pandai mengayat perempuan!” jawab Melina. “Dia nampak macam betul-betul sukakan aku!” kata Aisha. Melina tersenyum.
“Dia memang sukakan kau. Walaupun perangai dia still tak berubah, aku boleh nampak dengan cara dia layan kau. He loves you so much, Cha!” kata Melina yakin.
“Dia bukan sayangkan Cha, tapi Fellis!” kata Aisha tegas. Melina terdiam seketika. “But, Fellis ngan Cha, bukan ke orang yang sama?” soal Melina seketika kemudian.
“Same person but different attitude!” ujar Aisha. Melina tidak mampu berkata apa-apa. Apa yang dikatakan Aisha itu benar. Arriel lebih sayangkan Fellis, diri Aisha yang palsu.
“Aku takut!” luah Aisha. Melina memandang Aisha pelik. “Kenapa?” soal Melina. “Dia terlalu percayakan aku! Aku takut dia kecewa bila tau hal sebenar,” luah Aisha. Matanya berair.
“Cha...aku..” Melina hilang kata-kata. Dia tidak tahu bagaimana dia hendak memujuk hati Aisha. Air mata yang selama ini bertakung di tubir mata Aisha akhirnya tumpah. Melina memeluk erat bahu Aisha.
“Aku takut!” Berkali-kali Aisha menutur ayat itu. Hati Melina dipagut sayu. “Cha...Kau sabar ek! Kau teruskan dengan apa yang kau lakukan sekarang. Aku pasti, dia takkan lukakan hati kau bila tau hal sebenar,” pujuk Melina.
“Aku sayangkan dia...cintakan dia...” luah Aisha sayu. Melina mengusap lembut bahu Aisha. Ini kali kedua Melina melihat sahabatnya itu menangis kerana makhluk bernama lelaki. Dulu kerana lelaki durjana itu dan kini, kerana Arriel.
‘Sabar Cha! Aku tahu kau kuat!’
BAB 8.
Sudah 4 bulan Aisha mengenali Arriel. Hubungannya bersama Arriel, tidak kira sebagai Fellis ataupun Cha semakin rapat. Arriel juga sudah semakin banyak berubah.
“Cha!” sergah Arriel dari belakang sambil tangannya pantas memeluk bahu Aisha. Aisha menjegilkan matanya.
“Agak-agak la nak pegang pun!” marah Aisha sambil menepis tangan Arriel. “Eleh! Aku sentuh girlfriend aku, dia takde kata pape,” rungut Arriel.
“Tu girlfriend kau, bukan aku!” kata Aisha geram. “Takkan nak peluk sikit pun salah?” soal Arriel sambil mengangkat kening.
“Memang salah! Nanti tak pasal-pasal aku kena sembur dengan girlfriend kau!” bentak Aisha. “Kalau diorang sembur, kau sembur la balik. Mulut kau kan berbahaya macam bom!” ujar Arriel sambil tersengih-sengih.
“Uh! Whatever!” Aisha meneruskan langkahnya. “Oii...Cha! Tunggu la!” panggil Arriel. Aisha berpaling. Mukanya sengaja dimasamkan.
“Ada apa?” soal Aisha kasar. “Rilex la dulu! Chill ok, chill!” kata Arriel. Aisha merenung tajam. “Aku datang jumpa nie pun, pasal projek kita tu!” sambung Arriel lagi.
“Erm...Kau nak start bila?” soal Aisha. Suaranya sedikit mengendur. “Kau buat sendiri ek! Aku busy la sekarang nie. Takde masa nak buat!” kata Arriel sambil tersenyum manis.
‘Sengaja la tu nak goda aku!’ getus hati Aisha. Aisha menggeleng.
“Please Cha! Aku cuma harapkan kau sorang jer sekarang nie, please...” pujuk Arriel. Suaranya sedikit dilembutkan.
“Tak boleh! Kau kena buat sekali!” putus Aisha. “Cha...kau buat ek! Aku busy nie. Ok la! Aku pergi dulu. Buat tu, untuk aku!” kata Arriel lalu berlalu pergi. Aisha mengetap bibirnya geram.
“Ish! Suka sangat buli aku! Takpe, takpe! Siap kau!” bebel Aisha sendirian. Mulutnya menguntum senyuman jahat.
****
Aisha tersenyum sendiri. “Kali nie, kau memang kena ngan aku!” kata Aisha perlahan. Pemandangan di hadapan matanya membuatkan senyumannya kian melebar.
“Assalamualaikum,” ucap Aisha. Matanya melilau ke kiri ke kanan. ‘Mana la isi rumah nie? Aku nak kenakan mamat sengal cepat-cepat nie!’ rungut hati Aisha.
 “Waalaikumussalam,” balas satu suara dari dalam rumah. Aisha menguntum senyuman. “La...Cha! Buat apa kat sini?” soal Mak Senah. Aisha sengih.
“Nak jumpa cousin kesayangan Cha!” jawab Aisha. Mak Senah tersenyum. “Masuk la,” ajak Mak Senah. Aisha mengekori Mak Senah memasuki rumah itu. Matanya melilau mencari kelibat Arriel.
“Arriel ada kat dalam bilik. Tidur lagi tu!” ujar Mak Senah apabila melihat perlakuan Aisha. “Ooo...” Aisha terangguk-angguk. “Nanti Mak Senah pergi panggilkan!” Kaki Mak Senah dihayun ke arah tangga yang terdapat di sebelah barat ruang tamu rumah itu.
“Tak pe la Mak Senah! Biar Cha pergi panggil sendiri!” ujar Aisha sambil memegang lengan Mak Senah. Mak Senah mengerutkan dahinya.
“Tak apa ke?” soal Mak Senah. Aisha mengangguk. “Cha pergi naik dulu ek!” ujar Aisha lalu mendaki tangga menuju ke atas.
Mak Senah hanya mampu mengeleng-gelengkan kepalanya melihat telatah Aisha.
Sampai sahaja di hadapan pintu bilik Arriel, Aisha terus mengetuk pintu. Seketika kemudian, pintu bilik itu dibuka.
Belum sempat Aisha menegur, Arriel terlebih dahulu bersuara. “Masuk la!” Aisha menjegilkan matanya.
‘Biar betul mamat nie! Dia nampak ke tak aku yang duduk depan pintu dia nie!’ gerutu hati Aisha. “Mak Senah buat apa lagi kat luar tu? Kalau nak masuk, masuk la,” ujar Arriel sekali lagi.
‘Sah dia tak nampak!’ Aisha dengan selambanya masuk ke dalam bilik Arriel. “Sejak bila pulak nama aku jadi Mak Senah?” soal Aisha selamba. Punggungnya dilabuhkan di atas katil.
Arriel memandang Aisha dengan riak terkejut. “Kau buat apa dalam bilik aku?” soal Arriel separuh menjerit. “Tadi bukan ke kau yang ajak aku masuk!” kata Aisha selamba. Matanya melilau ke arah sekeliling bilik Arriel.
“Macam kapal pecah!” kata Aisha perlahan. “Kau kata apa?” soal Arriel. Aisha mengalihkan pandangan ke arah Arriel.
Dia memerhati penampilan Arriel. ‘Erk...mampus aku!’ getus hatinya.
“Apa pandang-pandang? Takkan tengok sikit pun dah tergoda?” Arriel menjungkit keningnya. Pipi Aisha memerah.
“Yang kau tu tak pakai baju apesal?” soal Aisha geram. Matanya dialihkan ke arah lain. “Aku ngantuk la! Nak tidur!”
“Ha? Dah tengah hari macam nie pun kau nak tidur lagi?” Aisha menjegilkan matanya. “Tak payah tidur! Aku ada benda nak bincang nie!” sambung Aisha lagi.
“Tak nak! Aku nak tidur. Tepi, tepi!” kata Arriel. Dia menolak Aisha ke tepi lalu merebahkan badannya di atas katil.
“Hoi! Bangun la!” Aisha menolak-nolak badan Arriel. Arriel masih belum berganjak. “Arriel!” jerit Aisha.
“Cha! Nape jerit-jerit nie?” soal Datuk Asri yang kebetulan lalu di hadapan bilik Arriel. Aisha memuncungkan mulutnya.
“Arriel tak nak bangun!” rungut Aisha. Datuk Asri menggeleng-geleng kepalanya. “Arriel...bangun Riel! Kesian kat Cha,” kata Datuk Asri sambil menepuk-nepuk bahu Arriel.
“Arriel mengantuk la walid!” ujar Arriel. “Arriel...bangun la! Cha nak bincang something nie,” kata Aisha yang berada di sisi Datuk Asri. Suaranya sengaja dimanjakan.
“Yalah, yalah!” Akhirnya Arriel mengalah. Dia segera bangkit. Aisha menguntum senyuman. Arriel segera mengambil tualanya lalu menuju ke arah pintu bilik air.
“Kau nak tunggu aku sampai selesai mandi ke?” soal Arriel bersama senyuman nakalnya. Terus sahaja senyuman Aisha mati.
Aisha menjegilkan matanya. “Walid...tengok Arriel nie!” rungut Aisha manja. Datuk Asri ketawa. “Dah, dah! Jangan nak bergaduh kat sini! Arriel! Pergi mandi!” arah Datuk Asri.
Aisha menjelirkan lidahnya sebelum keluar. “Aku tunggu kat bawah!” ujar Aisha.
Usai mandi, Arriel segera turun ke bawah.
“Ada apa datang sini?” soal Arriel lalu melabuhkan punggungnya di atas sofa. “Ha...Pakai macam nie kan baru sopan!” kata Aisha, langsung tidak menjawab soalan Arriel.
“Hish! Aku tanya benda lain, benda lain yang dijawabnya!” rungut Arriel. Aisha hanya tersengih. “Aku datang nie...bawa hajat!” ujar Aisha perlahan.
“Hajat apa? Nak pinang aku? Sorry la, dah ditempah!” kata Arriel selamba. Aisha mencebik. “Bukan tu hajat aku! Hajat aku kali nie lagi penting. Soal hidup dan mati kita tau!” kata Aisha serius.
Arriel pelik. ‘Apa la yang penting sangat?’ Keningnya dijungkitkan. “Aku nak risik kau untuk buat projek kita nie. Tak nak la aku buat sorang-sorang,” kata Aisha. Arriel ketawa.
“Belum pernah lagi orang risik aku nak pergi buat projek!” Ketawanya makin galak. Aisha buat muka tidak tau.
“So...Biar la aku jadi orang pertama ek!” kata Aisha. “Kalau aku tolak?” soal Arriel sengaja menduga. Aisha mendengus kasar.
“Dah! Jangan nak nngada-ngada. Jom! Kita pergi siapkan projek tu!” kata Aisha lalu menarik tangan Arriel.
“Kita nak buat kat mana?” soal Arriel sambil mengerutkan dahinya. “Kat bilik bacaan la,” jawab Aisha. Kerutan di dahi Arriel semakin ketara.
“Macam mana kau tau rumah aku ada bilik bacaan? And wait...kau tau macam mana kat mana bilik aku, and yang paling penting, kenapa kau panggil ayah aku walid?” soal Arriel bertubi-tubi.
Aisha mencebik. “Tu la...Sape suruh duduk luar negara lama sangat? Kan...sepupu sendiri pun dah tak ingat,” kata Aisha seakan-akan jauh hati.
“Ha? Kau sepupu aku?” soal Arriel terkejut. ‘Uii...Aku tengok muka terkejut dia nie dah nak sama dengan beruk. Hahaha...Agak-agak, teruk lagi dari beruk tak?’ gelak Aisha dalam hati.
Aisha memasamkan mukanya. “Takpe la kalau kau dah tak kenal aku. Aku balik dulu,” ujar Aisha, lirih.
Arriel serba salah. “Err...Cha, sorry!” pinta Arriel. Dia terus berdiri lalu memegang tangan Aisha. Mukanya sengaja dibuat muka kesian campur manja.
“Apalah nasib aku! Sepupu aku sendiri pun dah tak kenal aku,” kata Aisha dalam nada sedih yang sengaja dibuat-buat.
Arriel kalut. “Ok, aku mintak maaf! Kau la satu-satunya sepupu plus kawan aku yang paling aku sayang. Please maafkan aku!” pujuk Arriel.
Aisha memandang wajah Arriel lama. Tidak semena-mena Aisha ketawa. “So cute!” ujar Aisha. Tangannya mencubit kedua-dua belah pipi Arriel.
Arriel membuntangkan matanya. “Kau main-mainkan aku?” soal Arriel geram. “Alolo...sepupuku yang cute lagi sweet, jom la kita sambung projek kita tu ek,” ujar Aisha.
Arriel kembali duduk. “Tak nak!” kata Arriel dalam nada merajuk. ‘Ambik kau! Tadi nak sangat merajuk ngan aku. Sekarang, biar aku pulak yang merajuk,’ getus hati Arriel.
“Adoi....sepupuku yang comel nie dah merajuk ke?” soal Aisha sambil melabuhkan punggungnya di sisi Arriel. Arriel berasa ingin ketawa dengan kata-kata Aisha namun, ditahan juga.
“Kau dah puas main-mainkan aku kan? So, sekarang balik la,” kata Arriel dengan nada suara yang sedikit meninggi.
Aisha tersentak. Laju sahaja air mata menuruni tubir mata Aisha. Arriel jadi kaget. ‘Aku nak kenakan dia tapi lain pulak jadinya,’ getus hatinya.
Arriel menggaru kepala. ‘Macam mana nie?’ Aisha semakin teresak-esak. “Cha...Sorry! Aku...Aku...tak sengaja,” pujuk Arriel. Tangis Aisha makin kuat.
“Cha...Dah la tu! Kalau walid nampak, parah aku kena marah!” pujuk Arriel lagi. Dilihatnya Aisha masih belum ingin berhenti, Arriel segera menarik tangan Aisha menuju ke halaman luar.
“Kau duduk sini!” kata Arriel sambil mendudukkan Aisha di atas buaian yang terdapat di situ.
 Sememangnya dia agak bimbang melihat keadaan Aisha sekarang. ‘Aku yang nak main-mainkan dia tapi last-last, dia pulak yang nangis!’ gerutu hati Arriel.
“Cha...dah la! Jangan nangis lagi!” pujuk Arriel. Arriel duduk bertinggung di hadapan Aisha sambil memegang kedua-dua belah tangan Aisha.
Aisha segera menarik tangannya dari genggaman Arriel. Arriel mengeluh. “Kau tau tak Cha! Kadang-kadang, perangai kau nie dah sebijik macam perangai Fellis,” luah Arriel. Aisha tersentak.
‘Ketara sangat ke?’ soal hatinya. “Kadang-kadang, kau buat aku fikir, kau dengan Fellis nie, orang sama ke?” sambung Arriel lagi.
Aisha memandang muka Arriel. “Aku...bukan Fellis!” kata Aisha perlahan namun tetap kedengaran tegas. Arriel tersenyum.
“Aku tau!” ujar Arriel. Mulutnya menguntum senyuman. Aisha mengesat air matanya. “Aku...” Belum sempat Aisha berkata apa-apa, Arriel terlebih dahulu bangun lalu mengucup dahinya.
Tindakan spontan Arriel membuatkan Aisha terkedu. “Jangan nangis lagi ek!” pujuk Arriel lalu melabuhkan punggungnya di sisi Aisha.
Aisha hanya diam. Dia masih lagi terkejut akan tindakan Arriel itu. Bukannya dia tidak biasa. Malahan, Arriel sering kali mencium dahi Fellis tapi...bukan Cha!
‘Arriel dah tau ke?’ soal hati Aisha. “Kau ada kata pape ke tadi?” soal Arriel tiba-tiba. Aisha memandang Arriel lalu pantas sahaja dia menggeleng.
Arriel ketawa. “Aku ingatkan kau ada tanya benda kat aku tadi!” kata Arriel. Aisha sekadar diam. “Erm..kau dah tak merajukkan?” soal Arriel.
Aisha menarik muncung. “Adoi! Ingatkan dah berhenti tapi still nak merajuk,” keluh Arriel. Kepalanya digaru, cuba mencari idea.
“Kalau kau berhenti merajuk, aku belanja kau coklat. Nak?” Arriel cuba mengumpan. Terdengar sahaja perkataan coklat dari bibir Arriel, pantas sahaja Aisha berpaling. Matanya bersinar-sinar.
“Betul?” soal Aisha inginkan kepastian. Arriel mengangguk. Dia tersenyum kelucuan melihat telatah Aisha.
“Yeay....dapat coklat!” sorak Aisha kegembiraan. Sememangnya Aisha, sejak dari kecil menyukai coklat. Sebut sahaja perkataan coklat, matanya akan bersinar-sinar. Arriel sudah arif dengan kegemaran Aisha itu. Kalau bukan dia yang mula-mula mengajar Aisha makan coklat, siapa lagi.
“Comelnya Cha! Sama macam dulu,” kata Arriel sambil mencuit hidung Aisha. Aisha tersengih. “Mesti la comel. Kalau tak, takde nya ramai orang masuk meminang!” ujar Aisha.
Arriel ketawa kuat. “Ada jugak ke yang berkenan dengan kau?” soal Arriel. Aisha hanya mencebik. “Aku merajuk lagi kan baru tau!” ugut Aisha. Arriel pantas menghentikan tawanya.
“Alah...Ayang abang nie nak merajuk lagi ke,” usik Arriel. Muka Aisha memerah. “Mai sini nak tengok muka tu sikit,” ujar Arriel sambil memegang kedua-dua belah pipi Aisha agar Aisha memandangnya.
“Jangan la!” protes Aisha. Dia cuba menepis tangan Arriel. Arriel ketawa. “Suka sangat kenakan Cha!” marah Aisha.
“Kalau aku tak kenakan kau, sape lagi yang sudi jadi mangsa aku?” kata Arriel. Aisha menggeleng. “Sebab kau dah buat jahat kat aku, aku nak kau belanja aku coklat banyak-banyak!” ujar Aisha.
“Hurm...yalah! Suka sangat makan coklat!” kata Arriel. Aisha tersenyum. “Ni yang buat aku sayang kau lebih nie! I love you,” ucap Aisha sambil memeluk lengan Arriel.
Arriel tersenyum. “I love you too!” ucap Arriel perlahan. Entah kenapa, dia merasakan kata-kata itu amat bermakna baginya.
‘Aku dah jatuh cinta dengan Cha ke?’ soal hatinya. ‘Tak...aku cuma cintakan Fellis! Bukan Cha!’ putus hatinya.
BAB 9.
Dia tersenyum puas. Ditatapnya gambar yang ada di tangannya.
“Aku akan pastikan dia betul-betul merana!” ujar Stella sambil tersenyum jahat.
“Stella...kau betul-betul pasti yang kau nak buat semua nie?”  soal Athira, inginkan kepastian. Dia tidak sanggup melihat Stella memusnahkan hidup seseorang yang pernah membantunya dulu.
“Dia dah rampas Arriel dari aku! Sekarang, aku akan rampas semua kebahagian dia,” kata Stella.
“Aku tak rasa cara kau nie betul!” kata Athira, berharap agar Stella mengubah fikiran. “Kalau kau tak suka dengan rancangan aku, kau pergi dari sini!” tengking Stella.
“Aku bukan apa, aku takut something jadi kat kau. Aku sayang kat kau Stella!” pujuk Athira lagi. “Kalau kau sayang aku, kau akan tolong aku!” ujar Stella, cuba meraih simpati.
Athira mengeluh. “Kalau tu yang kau nak...aku....aku ikut,” kata Athira perlahan. Stella mengukir senyuman.
‘Aku dah rampas satu kebahagian kau. Lepas nie, semua kebahagian kau, akan hilang terus dari kau,’ getus hati Stella.
Dia tersenyum kemenangan. Satu daripada kawan rapat Aisha kini menjadi miliknya.
****
Aisha menggeliat. Merengangkan otot kakinya. Matanya memandang ke arah susuk tubuh yang ralit bersama laptopnya di tepi.
Susuk tersebut pantas berpaling apabila merasakan dirinya diperhati.
“Kenapa tengok-tengok?” Aisha mencebik. “Nak tengok sikit pun tak boleh!” sindir Aisha.
“Masalahnya, muka aku nie mahal! Tak terdapat di pasaran. Nak tengok, kena bayar,” seloroh Arriel.
Aisha menjelirkan lidahnya. Arriel ketawa terbahak-bahak. “Nak ketawakan aku pun, bukan free tau! Kena bayar. Bak sini duit!” kata Aisha tanpa perasaan. Tangannya ditadah di hadapan Arriel.
“Nah!” Arriel meletakkan coklat di atas tangan Aisha. “Yeay...coklat!” sorak Aisha gembira. Arriel menggeleng-gelengkan kepalannya.
“Dah lama aku tak jumpa Fellis. Kau tau dia kat mana sekarang?” soal Arriel perlahan. Aisha yang sedang asyik memakan coklat sekadar menjungkit bahu.
“Ish! Takkan kau tak tau!” desak Arriel. Aisha menjilat sisa coklat di bibirnya. “Fellis dia nak rehat sekejap la!” jawab Aisha selamba.
Arriel mengerutkan dahinya. “Rehat? Nape?” soal Arriel pelik. “Kau ingat tak letih ke layan perangai budak-budak kau tu? Aku nie...rasa macam nak tercabut otak dok pikir pasal perangai kau jer,” luah Aisha.
“Aku tanya pasal Fellis, bukan pasal kau!” kata Arriel tegas. Aisha mencebik. “Masalahnya, Fellis tu aku!” luah Aisha tanpa sengaja.
“Hah?” Arriel memandang Aisha meminta pengertian. Aisha tersedar di atas keterlanjurannya. ‘Mampus aku! Gerenti kena kaw-kaw dengan mamat nie!’ gerutu hati Aisha.
“Err...macam nie...Fellis tu, dah macam kembar aku! Semua yang dia rasa, aku pun rasa. Except perasaan suka dia kat kau la. Yang tu aku tak rasa!” kata Aisha dengan riak yang tenang.
“Tak faham la aku!” luah Arriel. “Kalau kau tak faham sudah! Agaknya si Fellis tu dah bosan dengan kau. Entah-entah, sekarang nie dia dok asyik layan laki lain!” ujar Aisha tanpa perasaan.
Wajah Arriel sudah berubah riak. Senyuman yang tadi menghiasi bibirnya sudah hilang. “Kau jangan nak buat fitnah Cha!” kata Arriel dalam nada yang keras.
Aisha memandang Arriel. Bahunya dijungkitkan. “Ada aku kisah!” ujar Aisha selamba.
“Apesal aku tengok lain macam jer kau hari nie?” soal Arriel tiba-tiba. “Lain macam mana?” soal Aisha.
“Entah! Selalunya kau jarang sakitkan hati aku. Tapi...hari nie, suka pulak kau sakitkan hati aku!” luah Arriel. Aisha menjungkit bahu.
“Aku saja jer. Terasa cam sakit hati hari nie. Disebabkan kau duduk sebelah aku, aku pun sembur la,” balas Aisha. Arriel membuntangkan matanya.
Aisha tersengih. “Sorry...sorry...tersasul,” pinta Aisha. “Buat la lagi, buat! Nanti tak pasal-pasal aku pulak yang sembur kau!” kata Arriel geram.
Aisha sengih. “Tak sengaja!” ujar Aisha sepatah. Arriel menggeleng-gelengkan kepalanya. “Kau pesan kat Fellis boleh?”
Aisha menjungkit keningnya. “Kata kat dia, malam nie aku nak jumpa dengan dia kat tempat biasa!” sambung Arriel lagi.
Aisha mengeluh lemah. ‘Kelab lagi!’ jerit hati Aisha. “Boleh tak?” soal Arriel meminta kepastian. Aisha sekadar mengangguk.
“Kalau aku ikut sekali boleh?” soal Aisha sengaja menduga. “Ha? Tak payah!” marah Arriel. Aisha memuncungkan mulutnya, buat-buat merajuk.
“Nape?” soal Aisha perlahan. “Err...Takkan kau nak pergi pakai baju kurung. Selama aku kenal kau, aku tak pernah tengok kau pakai seluar. Asyik baju kurung jer,” kata Arriel, memberi alasan.
Hakikatnya? Arriel tidak ingin Aisha mengetahui aktiviti dia yang sebenar. Dia tidak ingin Aisha tau bahawa dia sering menapak di kelab. Entah kenapa, dia merasakan, dia perlu menjaga pandangan Aisha terhadapnya.
“Nanti aku pakai la seluar malam nie!” ujar Aisha sambil memeluk tangan Arriel. “Kau nie kan! Aku nak dating ngan Fellis pun tak boleh!” rungut Arriel.
Aisha menayang giginya. “Yalah...yalah! Kau pergi la dating ngan Fellis tu! Aku tak nak ganggu!” ujar Aisha.
Arriel melepaskan keluhan lega. ‘Lega lah tu!’ getus hati Aisha. Di dalam fikirannya, sudah merancang seribu rancangan.
****
Arriel melihat jam di tangannya. ‘Ish...Fellis nie, lambat la pulak turun!’ rungut Arriel di dalam hati.
“Arriel!” panggil Aisha. Arriel pantas memandang. Di sangkanya Fellis yang datang tetapi hampa apabila Cha yang dilihatnya.
“Mana Fellis?” soal Arriel. Matanya melilau ke kiri ke kanan. “Dia kata dia ada hal. Aku datang nie pun sebab nak inform kat kau!” ujar Aisha.
 “Kenapa aku rasa macam dia nak jauhkan diri dari aku?” keluh Arriel. Aisha menjungkit bahu padahal, dalam hati, sudah mengekek ketawa.
“Kalau takde pape hal, aku naik atas dulu. Bye!” ujar Aisha lalu melangkah menuju ke asrama. Namun, belum sempat dia menapak jauh, Arriel terlebih dahulu memegang tangannya.
“Ada apa lagi?” soal Aisha tanpa riak. “Temankan aku!” balas Arriel sepatah. Aisha mengerutkan dahinya.
“Teman apanya pulak?” soal Aisha namun, Arriel langsung tidak menjawab. Sebaliknya, Arriel segera menarik tangan Aish menuju ke kereta.
“Tunggu,tunggu! Aku pakai baju tidur ni. Malu la kalau orang lain tengok aku keluar macam ni!” protes Aisha. Arriel memberhentikan langkahnya. Diperhati pakaian yang dipakai Aisha.
“Kalau kau pakai macam ni pun, buat apa kau nak malu? Bukan ke sebelum ni kau tak pernah malu dengan penampilan kau yang sedia ada buruk!” perli Arriel.
Aisha menjegilkan matanya. “Nak perli pun agak-agak la. Karang aku pakai cantik-cantik, kau pulak yang tergoda. Sanggup ke?” marah Aisha.
Arriel buat tak tau. Ditarik tangan Aisha. Sebaik sampai di kereta, ditolak Aisha agar memasuki kereta. Aisha hanya mampu menurut. Ingin membantah tetapi apakan dayanya. Arriel seakan-akan tidak ingn melepaskannya.
‘Fellis punya pasal, aku pulak yang kena!’ bebel Aisha dalam hati. ‘Eh,eh...bukan ke Fellis tu aku! Adoi...nape la aku masuk dalam masalah macam ni...’ kata hati Aisha lagi. Kepalanya yang tak gatal digaru kasar.
“Nak garu kepala tu boleh...tapi jangan la kasar sangat. Nanti tak pasal-pasal kepala kau tercabut, aku jugak yang susah,” bebel Arriel.
“Tak logik langsung,” gumam Aisha sendirian. “Hah! Kau cakap apa tadi?” soal Arriel. Aisha mencebik.
“Aku cakap...kau tu macam budak-budak. Aku yang muda lagi dari kau pun boleh fikir ngan betul tapi kau tu yang dah boleh jadi bapak orang tak boleh nak fikir betul-betul,” tempelak Aisha.
“Menghina nampaknya!” kata Arriel sambil memandang Aisha. “Ikut suka hati aku la,” kata Aisha lalu menjelirkan lidahnya. Arriel menjegilkan mata.
“Aku keratkan lidah tu baru tau!” ugut Arriel. Aisha segera menutup mulutnya. Arriel ketawa melihat tingkah Aisha.
“Ok! Kita dah sampai!” ujar Arriel. Aisha memandang ke kawasan sekeliling. “Kau jangan buat hal Arriel. Aku tau la kau tengah frust tapi jangan try buat benda bukan-bukan kat aku sudah,” bebel Aisha.
“Kau merepek apa ha?” soal Arriel. “Kau bawak aku pergi tempat gelap macam ni buat apa? Sengaja nak ganggu ketenteraman aku ek?” soal Aisha bertubi-tubi.
Arriel menggeleng-gelengkan kepala. Tidak mahu melayan kerenah Aisha, Arriel segera keluar dari kereta.
Aisha mencebik. “Kalau tak nak layan aku, baik tak payah bawak aku datang sini,” bebel Aisha sendirian. Dia turut keluar dari kereta.
‘Ni bukan ke tempat yang selalu dia bawak Fellis datang,’ getus hati Aisha. “Apesal kau bawak aku datang sini?” soal Aisha. Dia duduk di sisi Arriel.
“Saja. Nak tenangkan fikiran,” balas Arriel. Aisha mencebik. “Kalau nak tenangkan fikiran...kau sepatutnya datang sorang-sorang. Bukan datang ngan aku! Aku rasa, dengan bawak aku kepala otak kau makin serabut adalah!” ujar Aisha.
Arriel sekadar tersenyum. “Kau ada masalah ek?” soal Aisha sekadar ingin mengorek rahsia. Arriel menggeleng.
“Dah tu?” soal Aisha lagi. “Takkan la aku nak luangkan masa dengan kau pun tak boleh?” soal Arriel pula.
“Bukan tak boleh tapi pelik,” balas Aisha. Arriel mengeluh. “Kau pernah jatuh cinta?” soal Arriel tiba-tiba.
Aisha memandang Arriel, pelik. “Nape kau tanya?” soal Aisha, langsung tidak menjawab soalan Arriel. “Aku nak tau macam mana rasanya jatuh cinta,” jawab Arriel, jujur.
“Takkan orang macam kau tak pernah jatuh cinta?” soal Aisha. Arriel tersenyum. “Aku tak pernah tau! Selama nie, perempuan rapat ngan aku sebab harta walid and umi aq,” ujar Arriel.
“Tapi...aku bukan macam  tu! Aku rapat ngan kau sebab...err...sebab kau sepupu aku!” kata Aisha. Hampir sahaja dia membocorkan rahsia yang selama ini kemas tersimpan.
“Aku tau! Kau jer yang lain daripada yang lain,” ujar Arriel. “Fellis pulak macam mana?” soal Aisha sekadar menduga.
Arriel jungkit bahu. “Aku sendiri tak pasti dia ikhlas atau tak kawan ngan aku!” kata Arriel. Aisha tersenyum.
“Kau ikhlas ke ngan Fellis?” soal Aisha lagi. Arriel mengeluh. “Aku ikhlas tapi...entahlah! Dia macam tak percayakan aku,” balas Arriel.
“Kalau kau nak jawapan jujur, aku tak percayakan kau. Kau tu playboy sangat,” ujar Aisha. Arriel segera memandang Aisha.
“Kau kan sepupu aku, takkan kau tak percaya kat aku?” soal Arriel dalam riak tidak percaya. “Kita dah lama tak jumpa, Riel! Dulu, kau lain and sekarang kau lain. Aku sendiri pun dah macam tak kenal sape kau bila mula-mula aku jumpa kau,” jelas Aisha perlahan.
“Memang la lain sebab rupa aku dah berubah. Muka kau pun dah berubah,” ujar Arriel. “No Arriel. Rupa kau memang berubah but yang paling ketara perubahannya is your attitude. You’re not you anymore,” ujar Aisha.
Arriel diam. “Mungkin keadaan yang merubah segalanya,” kata Arriel perlahan. “Maybe but, semua tu takkan berlaku kalau kau cuba kawal diri kau,” kata Aisha.
Arriel ketawa perlahan. “Dah la tu! Kalau kau nak Arriel yang dulu, kau sabar jer la. Nanti bila aku dah kahwin, you will get the old Arriel!” ujar Arriel.
“Nampaknya, lambat lagi la,” keluh Aisha. Arriel ketawa. “Kalau kau nak cepat, kau jer la yang kahwin ngan aku,” usik Arriel. Aisha menjegilkan matanya.
“No way! Tak ingin aku!” bantah Aisha, separuh menjerit. “Ish! Jahat la kau nie!” kata Arriel sambil menampar bahu Aisha.
“Aku baik la, bukannya jahat,” kata Aisha, memuji diri sendiri. Arriel mencebik. Aisha hanya mampu tersengih.
“Hurm...aku lupa nak tanya. Fellis ada hal apa?” soal Arriel. “Jumpa pakwe dia!” jawab Aisha selamba. Arriel mengerutkan dahinya. Jelas tergambar riak tidak senang di wajah itu.
Aisha tersengih lalu terkekek ketawa. “Dia ngan cousin dia,” jawab Aisha separuh jujur. Yalah! Dah memang dia dengan sepupu dia iaitu Arriel.
Arriel melepas keluhan lega. “Tapi...kemungkinan dia ada hati kat cousin dia pun tinggi!” ujar Aisha juga jujur.
“What?” Arriel separuh menjerit. Aisha segera menekup telinganya. “Dia dah jatuh hati kat cousin dia?” soal Arriel, tegang. Aisha mengangguk namun, beberapa saat kemudian menggeleng.
“Yang mana satu jawapan nie?” soal Arriel lagi. “Err...tengah-tengah,” ujar Aisha. Arriel mengerutkan dahinya.
“Nak kata dah jatuh cinta, tak. Nak kata tak, hati dah terrtarik,” jelas Aisha apabila melihat kerutan di dahi Arriel semakin jelas kelihatan.
“So...that’s mean, I have to make sure she falls for me first,” ujar Arriel lebih kepada dirinya sendiri. Aisha hanya mampu tersenyum.
‘Kesian kat kau!’ getus hati Aisha. “Yang kau senyum sorang-sorang nie kenapa?” soal Arriel, pelik dengan perangai Aisha.
Aisha pantas menggeleng. “Aku just nak bagitau, aku sayang kau!” ucap Aisha selamba. “Berapa banyak kali kau nak bagitau aku?” soal Arriel.
“Sampai aku kahwin!” jawab Aisha. “Kalau macam tu, kena cepat-cepat la aku carikan calon. Kalau tak, mesti orang tengok pelik kat aku bila kau asyik dok kata macam tu,” ujar Arriel.
Aisha memuncungkan mulutnya. “Biarlah orang nak kata apa pun!” kata Aisha seolah-olah jauh hati. Arriel ketawa kelucuan.
“Ayang abang dah merajuk ek. Mari sini nak cubit!” usik Arriel sambil cuba mencubit pipi Aisha. Aisha sedaya upaya melarikan dirinya daripada Arriel.
“Kalau tak bagi cubit, biar abang cium terus,” usik Arriel lagi. Aisha menjegilkan matanya. “Ish! Agak-agak la. Kalau nak buat semua tu, kena la kahwin dulu,” ujar Aisha, geram.
“Kalau camtu, jom kahwin!” ajak Arriel. Aisha membeliakkan matanya tanda tidak percaya. Serta merta tawa Arriel terhambur.
“Aku gurau jer la. Jangan la terkejut. Lagipun, aku tak sanggup kahwin ngan kau yang bermuka hodoh nie,” ujar Arriel, sempat lagi memerli Aisha.
Aisha menarik muncung panjang. “Kalau lepas nie kau kena kahwin ngan aku...jangan nak menangis pulak!” kata Aisha bersama ugutan. Arriel sekadar tersenyum mengejek.

Monday, 24 October 2011

CERPEN : Andai Aku Bisa Merubahnya - MJ

“Anna…Anna!” kedengaran suatu  suara dari arah dapur rumah. “Ya Mak! Anna sibuk ni,” sahut seorang gadis remaja yang bernama Anis Adrianna. “Kalau mak nak minta tolong, panggil la Kak Lien,” sambungnya lagi.
“Kakak kau keluar ke pasar tadi! Cepat! Mari tolong mak kat dapur,” panggil Puan Rosma.
Dengan langkah yang malas, Anna bergerak ke dapur. “Mak nak Anna tolong mak apa? Anna tengah buat latihan ni,” kata Anna sambil menjengahkan kepalanya ke dapur.
“Abang Amir nak balik hari ni. Tolong mak masak lauk kegemaran dia,” kata Puan Rosma sambil mengukirkan senyuman.
Anna mendengus perlahan. “Mak jer la yang masak. Anna bukannya tahu masak pun!” kata Anna.
Puan Rosma menoleh ke arah anak gadisnya yang kini sudah mencecah 17 tahun. “Tak apa la kalau Anna tak nak tolong. Mak tak paksa. Anna boleh sambung buat latihan Anna tu.”
Anna terus bergegas ke biliknya tanpa ada perasaan bersalah terhadap ibunya. “Buat apa aku nak tolong mak?! Aku tengah sibuk ni, masih lagi nak kacau. Macam la abang tu orang penting keluarga ni! Menyampah betul,” gerutu Anna.
Dia sememangnya mencemburui kakak dan abangnya. Di mata ibunya, kakak dan abangnya sentiasa betul. Dia merasakan ibu lebih menyayangi kakak dan abangnya. Ketika sedang asyik menyiapkan kerja sekolahnya, satu suara menyapanya dari arah belakang.
“Anna!”
Anna segera menoleh ke belakang.
“Apa Kak Lien nak?” soal Anna tanpa riak. “Kenapa Anna tak tolong mak tadi?” soalan berbalas soalan. Anna mengeluh. Segera pandangannya ditala ke hadapan. “Anna tengah buat latihan la kak. Takkan tu pun salah?” kata Anna. Tangannya ligat menyiapkan latihannya.
“Kak Lien tau tapi, takkan sikit pun Anna tak boleh tolong?” soal Amalien lembut.
“Daripada Kak Lien terus-terusan membebel kat Anna, lebih baik kak pergi tolong mak kat dapur,” kata Anna geram.
“Anna...Anna jangan kasar sangat ngan mak. Kalau mak dah tak ada, Anna juga yang menyesal!” nasihat Amalien. “Kak Lien tak payah la sentimental sangat. Mak kan ada lagi!” kata Anna kasar.
“Tapi hidup mati semua di tangan Tuhan Anna. Andai ditakdirkan hari ni kita, pergi, hari la juga nafas kita akan terhenti!” ujar Amalien. Anna mendengus.
“Kak Lien tak payah membebel boleh tak?” kata Anna kasar. Amalien menggelengkan kepalanya.
“Anna buat la apa yang Anna rasa betul. Kak Lien dah tak nak masuk campur!” ujar Amalien lalu berlalu keluar dari bilik Anna.
Anna terdiam seketika. “Anna bukannya nak kurang ajar...tapi Anna tau sape diri Anna ni kak! Anna sedar,” ujar Anna sendirian. Air suam mengalir membasahi pipinya. Sungguh dia sudah tidak sanggup lagi menahan sebak di dadanya.
*****
“Anna...mari makan nak!” ajak Puan Rosma. Anna menghentikan langkahnya.
“Err...mak! Anna nak cepat ni. Tak sempat makan!” ujar Anna. Puan Rosma tersenyum. “Kalau macam tu, jalan elok-elok ke sekolah!” pesan Puan Rosma.
“Ok Mak! Anna pergi dulu!” ujar Anna. Belum sempat dia menapak keluar, Amir bersuara, “Kalau ya pun, salam la dulu ngan Mak dan Abang!”
Anna berpaling ke arah Amir beserta sengihan. Segera dia menuju ke arah Puan Rosma lalu menyalam tangan Puan Rosma diikuti Amir.
“Sorry...lupa!” Amir senyum. Anna segera menuju ke luar rumah.
Setelah Anna menapak keluar dari rumah, Amir memandang ibunya. Lama matanya merenung ke arah satu-satunya insan yang banyak berjasa kepadanya.
“Kenapa Mir tengok Mak macam tu?” soal Puan Rosma lembut. Dia segera melabuhkan punggungnya bersetentangan dengan Amir.
Amir menguntum senyuman. “Kalau Amir nak tanya Mak sesuatu, tanyalah!” ujar Puan Rosma lagi apabila melihat anak sulungnya hanya mendiamkan diri.
“Amir tengok, Anna dah lain!” luah Amir. Puan Rosma mengerutkan dahinya. “Maksud Amir?” soal Puan Rosma minta pengertian.
Amir mengeluh. “Amir tengok Anna dah banyak berubah Mak! Kalau dulu, ringan jer dia nak datang tolong Mak. Kalau Amir balik pun, selalu dia sambut. Tapi...sekarang ni langsung tak!” luah Amir. Sememangnya dia menyedari akan perubahan sikap adik bongsunya itu.
Puan Rosma diam. “Ada pape ke yang berlaku masa Amir tak ada kat rumah?” soal Amir. Puan Rosma menggeleng.
“Tak ada Mir. Mak pun perasan dengan perubahan Anna tapi...Mak tak boleh nak cakap apa-apa. Mungkin dia stress sebab minggu depan dia exam,” ujar Puan Rosma.
“Amir risau!” luah Amir. “Tak ada apa yang perlu kamu risaukan. Insya-Allah lepas habis jer exam, kembali la dia macam dulu!” ujar Puan Rosma cuba menyedapkan hati anak sulungnya.
Dia turut bimbang akan perubahan yang ditunjukkan Anna. Sejak beberapa hari yang lalu, Anna sudah berubah sikap. Dia tidak seceria dulu. Tidak serajin dulu.
‘Ya Allah...Lindungilah anakku dari sebarang bala. Aku bermohon padaMu,’ doa Puan Rosma di dalam hati.
*****
“Hai sayang!” tegur satu suara yang amat dibenci Anna. Dia mempercepatkan langkahnya. Malang baginya apabila lelaki itu menarik tangannya.
“Takkan la nak lari lagi?” soal Razif sambil tersenyum nakal. Anna memandang tajam. “Jangan sentuh aku!” marah Anna sambil merentap tangannya kasar.
“Sayang nak marah-marah ni kenapa?” soal Rifqie sambil cuba mendekati Anna. Anna berundur ke belakang.
“Sayang tak payah la takut. Lagipun...sebelum ni kita pernah buat tu. So, takde apa yang nak disegankan,” bisik Rifqie di telinga Anna.
Anna gerun. Dia cuba menolak tubuh itu dari terus mendekati dirinya. “Kau jangan dekat dengan aku! Aku benci kau!” luah Anna. Air mata laju menuruni tubir matanya.
Rifqie menjadi berang mendengar luahan Anna. Dia mencengakam kedua-dua belah tangan Anna lalu menarik Anna supaya dekat dengannya.
“Dengar sini perempuan! Sejak malam tu kau dah jadi milik aku dan selamanya aku akan pastikan kau akan jadi milik aku!” kata Rifqie sambil merenung tajam ke dalam anak mata Anna.
Anna jadi semakin gerun. ‘Aku...dah tak sanggup ya Allah!’
“Aku...” belum sempat Anna menghabiskan kata-katanya, Rifqie terlebih dahulu mengucup bibir Anna. “Kau akan sentiasa jadi hak aku!” ujar Rifqie sebelum berlalu.
Anna terduduk. Air matanya semakin laju mengalir.
“Maafkan Anna, Mak!” ujar Anna perlahan.
*****
2 bulan kemudian....

“Anna! Apa nak jadi dengan Anna ha?” tengking Puan Rosma. Anna hanya menundukkan kepalanya. Hatinya sebak mengenangkan nasibnya.
“Sanggup Anna buat Mak macam ni, buat kami semua sakit! Sanggup Anna!” ucap Puan Rosma lirih. Air matanya tidak dapat ditahan lagi.
Anna memandang ibunya. Sungguh dia sedih. “Anna minta maaf Mak! Anna tak buat semua ni,” kata Anna cuba membela diri.
“Kalau Anna tak buat semua tu, apa yang ada dalam badan Anna tu sekarang?” soal Puan Rosma. Suaranya semakin meninggi.
“Anna minta maaf!” ucap Anna perlahan.
“Cukup Anna, cukup! Sebelum ni Mak Long kamu asyik kata yang dia nampak kamu tengah bermesra dengan budak lelaki tetapi mak tak pernah percaya. Tapi sekarang, dah jelas kamu memang buat semua tu!” marah Puan Rosma.
“Mak...maafkan Anna Mak! Anna minta maaf!” rayu Anna. Dia meraih tangan ibunya lalu dicium lama. Puan Rosma segera merentap tangannya. “Dah la Anna! Mak tak nak tengok muka kamu lagi. Kamu keluar dari rumah ni sekarang!”
Kata-kata Puan Rosma benar-benar menikam jiwa Anna. Dia semakin sedih.
“Mak...jangan buat Anna macam ni Mak! Anna minta maaf!” rayu Anna lagi. Namun, rayuan Anna langsung tidak dipedulikan.
Puan Rosma sakit apabila mendapat khabar yang kurang menyenangkan. Dia tidak pernah menyangka Anna akan menconteng arang di mukanya sendiri.
“Abang Amir...Kak Lien...tolong Anna, kak...abang!” pohon Anna pada Amir dan Amalien yang sekadar mendiamkan diri.
Amalien memandang adiknya sayu lalu dipeluknya tubuh genit Anna. “Mak...Mak jangan halau adik ya Mak! Anna tetap anak Mak!” pujuk Amalien lembut.
“Aku tak pernah ada anak yang kandungkan anak luar nikah!” lantang Puan Rosma menutur ayat itu. Tangisan Anna semakin kuat.
“Anna tak salah!” ucapnya dalam nada tersedu-sedan. “Kau keluar dari rumah ni sekarang!” tengking Puan Rosma.
Anna mengesat air mata di pipinya. “Kalau tu yang Mak betul-betul inginkan, Anna akan pergi. Anna takkan tunjukkan muka Anna depan Mak lagi!” ujar Anna perlahan.
Dia segera bangun menuju ke biliknya. Amalien mengekor dari belakang.
“Anna nak pergi mana?” soal Amalien sebaik sahaja masuk ke dalam bilik Anna. Anna memandang Amalien lalu menggelengkan kepalanya.
“Anna tak payah pergi ek. Anna duduk jer kat rumah,” ujar Amalien sambil mengenggam erat tangan Anna. Anna menggeleng laju.
“Mak dah tak nak tengok muka Anna. Lebih baik Anna pergi daripada terus tinggal kat sini!” kata Anna perlahan.
“Biar Kak Lien pujuk Mak! Kak Lien yakin lepas ni Mak dah tak marah-marah lagi!” pujuk Amalien lagi.
“Kak Lien sendiri kenal dengan Mak kan? Mak takkan ubah fikirannya!” ujar Anna sambil tersenyum kelat. Tangannya ligat mengemas pakaiannya ke dalam beg.
“Anna!” panggil Amir yang berdiri tegak di muka pintu. Anna mengukir senyuman. “Maafkan Anna, Abang Amir, Kak Lien! Anna dah buat korang sedih,” ucap Anna.
“Anna...Abang tak sanggup biarkan Anna kat luar sana sorang-sorang. Anna adik abang!” ujar Amir lalu dia terus mendekati Anna.
“Anna jangan pergi ek!” pujuk Amalien lagi. Anna menggeleng. “Mak dah tak nak jumpa Anna. Anna tak nak sakitkan hati Mak lagi!” ujar Anna. Amir mengeluh berat.
“Kalau macam tu, biar abang bawa Anna balik rumah abang. Anna tinggal kat sana!” ujar Amir. Anna sekadar mengangguk.
Amir dan Amalien sama-sama tersenyum. “Jom abang bawakan beg tu!” kata Amir lalu mencapai beg pakaian Anna.
Apabila keluar dari bilik, Anna ternampak kelibat Puan Rosma sedang duduk di atas kerusi rotan yang terdapat di ruang tamu. Anna segera mendekati ibunya itu.
“Mak...anak minta maaf kalau anak buat salah dengan mak. Halalkan semua makan minum Anna!” ucap Anna lirih. Tangan ibunya dicapai lalu dikucup.
Lantas dia berdiri menuju ke pintu hadapan. “Amir! Kamu tak payah ikut dia. Biar dia pergi sendiri!” arah Puan Rosma mendatar. Anna, Amalien dan Amir tersentak dengan arahan Puan Rosma.
Hatinya menjadi semakin sakit. ‘Mak dah tak sayangkan Anna!’
Amir memandang Anna dengan pandangan serba salah. “Abang tak payah teman Anna. Biar Anna pergi sendiri,” ujar Anna perlahan bersama senyuman pahit.
“Anna tunggu abang kat bus stop depan sana!” bisik Amir di telinga Anna sambil menyerahkan beg pakaian kepada Anna.
Anna hanya tersenyum.
‘Maafkan Anna semua! Anna janji takkan ganggu hidup korang lagi!’ kata hatinya sayu.
*****
6 tahun kemudian....

Langkahnya terhenti sebaik sahaja ternampak susuk tubuh itu. Dia kembali berpaling. Takut andai lelaki itu menegurnya.
“Oit Anna! Tadi bukan ke kau kata kau lapar?” soal Mimie pelik. “Err...tak jadi la makan kat sini!” ujar Anna.
Langkah kakinya dihayun laju ke arah keretanya. “Alah Anna! Aku dah lapar la! Dah tak sempat nak tukar tempat lain!” kata Mimie sedikit merayu. Tangannya diletakkan di perutnya.
“Kita makan kat lain la!” kata Anna. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal. “No! Kita makan kat sini jugak. Lagipun aku tengah megidam nak makan nasi beriani ni!” kata Mimie tegas. Mulutnya dimuncungkan.
Anna menggarukan kepalanya. ‘Ish! Ni la padahnya kalau berkawan rapat dengan bini bos sendiri. Habis semua tempat kena heret!’ getus hatinya.
“Come!” kata Mimie lalu manarik tangan Anna. Anna hanya mampu menurut. Di dalam hati dia berdoa agar lelaki itu sudah lama pergi.
Mimie memilih tempat yang paling tersorok. Anna lega apabila mendapati kelibat yang cuba dielaknya tiada di situ.
“Err...Anna! Kau pesan la dulu makanan ek. Aku nak pergi tandas jap,” ujar Mimie sambil tersengih-sengih.
“Kat dalam tandas tu hati-hati sikit. Nanti kan, kalau jadi apa-apa dengan kau and baby kau, kesian aku kena bebel ngan laki kau!” pesan Anna. Mimie mengangguk lalu terus berlalu ke tandas.
Selepas selesai memesan makanan, Anna memandang ke arah sekelilingnya. Matanya tiba-tiba bertaut dengan sepasang mata yang sedari tadi asyik merenungnya.
Anna telan air liur. Segera dia mengalihkan pandangannya ke arah lain. ‘Mampus aku! Nak lari, tak boleh. Mimie tak keluar, keluar lagi ni. Mimie...mana la kau Mimie...’ gerutu hatinya.
“Anna!” panggil satu suara. Anna diam, tidak berani menoleh ke belakang.
Melihat tiada tindak balas dari Anna, lelaki itu segera duduk di kerusi di hadapan Anna. “Kenapa Anna lari?”
Anna masih diam. ‘Anna dah janji dengan diri Anna. Anna takkan ganggu Abang Amir, Kak Lien dan Mak!’
“Anna...Abang tanya ni kenapa diam?” desak Amir. Anna merenung Amir. “Anna minta maaf!” hanya itu yang mampu diucapnya saat ini.
“Anna pergi mana?” soal Amir sambil menggenggam erat tangan Anna. “Anna tak pergi mana-mana pun bang! Anna ada kat Malaysia lagi,” ujar Anna sambil tersenyum.
“Abang tanya betul-betul, dia main-main pulak!” rungut Amir, geram. Anna tersengih. “Alah...tak payah la nak merajuk bang! Tak handsome la kalau abang merajuk!” pujuk Anna.
Amir tersenyum. “Pandai Anna pujuk. Masih sama macam dulu!” kata Amir perlahan. “Anna takkan pernah berubah bang!”
“Anna ikut abang balik rumah Mak, okay?” pujuk Amir. Anna pantas menggeleng. “Anna tak nak! Mak dah tak sudi tengok Anna!” ujar Anna sayu.
“Anna...kita pujuk Mak sama-sama ek!” pujuk Amir lagi. Anna menggeleng lagi. “Anna bahagia dengan hidup Anna sekarang. Abang tak perlu risaukan Anna!” ucap Anna.
Amir mengeluh lemah. “Kalau Anna tak nak balik rumah Mak, Anna pindah tinggal dengan abang ek!” kata Amir lembut.
“Isteri abang tak marah ke?” soal Anna. Dia sendiri tidak pasti sama ada soalan itu sesuai di tanya atau tidak. Amir ketawa kuat.
“Abang single lagi la!” kata Amir sambil menggeleng-gelengkan kepalanya. Anna tersengih malu.
“Hehe...Ingatkan dah ada bini!” ucap Anna malu. “Abang hanya akan kahwin bila Anna setuju dengan pilihan abang,” kata Amir tegas. Anna senyum.
“Anna tak kisah kalau pindah rumah abang. Lagipun, selama ni Anna dok menumpang rumah orang jugak. Tapi...Anna takut abang tak sudi terima anak-anak Anna!” ujar Anna perlahan.
Amir memandang Anna. Dahinya dikerutkan. “Anak-anak? Anna dah kahwin ke?” soal Amir pelik. Anna ketawa lalu mengelengkan kepalanya.
“Habis tu...macam mana boleh terkeluar anak-anak? Kalau anak saja, abang faham!” kata Amir pelik. “Abang ni kan...belajar jer tinggi-tinggi tapi benda senang macam tu pun tak boleh nak fikir!” sindir Anna.
Amir menarik muncung panjang. “Alah...buruknya rupa orang tu! Dah macam beruk tak makan seminggu!” sakat Anna. Amir menjegilkan matanya.
Anna ketawa. “Sorry, sorry! Sebenarnya, Anna lahirkan anak kembar,” kata Anna sebaik sahaja tawanya reda.
Amir memandang Anna tidak percaya. “Really?” soal Amir. Anna mengangguk. “Wow, that’s great! Hebat betul Anna!” puji Amir. Namun, pujian itu langsung tidak terkesan di hati Anna.
“Kalau macam tu, abang nak Anna bawa abang jumpa twins tu sekarang!” kata Amir teruja. “Abang... sekarang ni Anna dengan kawan Anna la. Takkan Anna nak tinggalkan dia sorang-sorang,” kata Anna tenang.
Amir hanya tersengih. “Yalah, yalah. Hujung minggu ni pindah terus rumah abang!” kata Amir. Anna ketawa.
“Hujung minggu tu maknanya esok lah ya?” soal Anna sambil menjungkitkan keningnya. Amir mengangguk sambil ketawa.
“Hurm...tak apa la Anna! Abang sebenarnya ada hal ni. Anna ada kan nombor abang. Jangan lupa call abang. If Anna tak call, siap Anna abang cari!” ujar Amir bersama ugutan.
“Yalah abangku sayang. Anna call!” kata Anna lalu mencium tangan Amir. “Jaga diri baik-baik!” pesan Amir. Dia mencium dahi Anna sebelum berlalu pergi.
“Fuyoo...handsome nya mamat tu!” sergah Mimie dari belakang. Anna membeliakkan matanya. “Mimie! Agak-agak la,” katanya geram.
“Eh, tu laki kau ek? Mesra bukan main lagi aku tengok!” Mimie memandang Anna penuh tanda tanya. Anna menguntum senyuman kelat.
“Kau sendiri tau kisah hidup aku kan,” ujar Anna sayu. Mimie menepuk dahinya. Dia terlupa akan nasib yang menimpa rakannya itu.
“I’m sorry!” pinta Mimie. Anna menggeleng. “It’s ok. Tadi tu, abang sulung aku!” kata Anna. “Good for you! Akhirnya kau jumpa jugak ngan family kau!” ucap Mimie gembira.
“Erm...Mimie!” panggil Anna serba salah. Mimie memandang Anna pelik. “Aku...err...Abang aku...ajak aku pindah rumah dia,” ujar Anna sedikit tergagap-gagap. Mimie sedikit tersentak. Wajahnya sedikit suram.
“Mimie...aku harap kau tak kisah. Kau tak payah risau apa-apa. Bukannya aku nak pergi jauh pun!” pujuk Anna. Dia benar-benar berharap agar Mimie membenarkannya pindah.
Mimie mengangguk. “Ok la. Kalau kau nak pindah, aku tak kisah tapi...kau kena selalu lawat aku!” pesan Mimie. Anna mengangguk.
“Mesti la aku selalu lawat kau. Nanti tak pasal-pasal Rifqal ngan Risya rindu kat kau,” ujar Anna bersama senyuman. Mimie tersenyum.
*****
“Ni rumah abang!” ujar Amir sebaik sahaja keretanya memasuki halaman rumah. Anna memerhati sekeliling rumah itu.
“Besarnya!” puji Anna. Amir senyum. “Ni rumah untuk keluarga kita. Untuk Mak, Kak Lien, Anna, Rifqal and Risya,” ujar Amir. Anna tersenyum.
“Thanks abang. Anna sayang abang!” ucap Anna sayu. Pantas dia memeluk tubuh Amir. “Mummy... Rifqal nak peluk uncle jugak!” kata Rifqal yang duduk di tempat duduk belakang. “Risya pun nak!” kata Risya pula.
Anna dan Amir ketawa melihat telatah Rifqal dan Risya. “Nanti dalam rumah, Rifqal ngan Risya boleh peluk uncle puas-puas,” ujar Amir kepada kedua-dua anak saudaranya.
Rifqal dan Risya bersorak keriangan. “Mummy...lepas ni mummy cari daddy ek. Boleh kita peluk ramai-ramai,” kata Rifqal penuh mengharap.
Anna tersentak. Mukanya seboleh mungkin menguntum senyuman. “Nanti mummy cari!” kata Anna.
Amir memandang Anna sayu. Dia sedih melihat penderitaan adiknya.
“Abang nak bincang sesuatu ngan Anna lepas ni!” ujar Amir. Anna hanya mengangguk.
*****
“Rifqal ngan Risya dah tidur?” soal Amir. Anna mengangguk. “Abang Amir nak bincang apa tadi?” soal Anna sambil melabuhkan punggungnya di sebelah Amir.
“Dah lama abang nak tanya Anna benda ni!” luah Amir. Anna memandang Amir penuh tanda tanya. “Abang harap, Anna jawab soalan abang jujur!” sambung Amir lagi.
“Abang nak tanya apa?” soal Anna gelisah. “Siapa ayah Rifqal and Risya?” soal Amir. Anna tersentak. Nafas ditarik sedalam yang mungkin.
“Kenapa abang nak tau?” soal Anna perlahan. Sebolehnya dia tidak ingin sesiapa pun tahu tentang ayah Rifqal dan Risya.
“Abang nak tau siapa yang buat semua ni kat adik abang. Abang nak dia bertanggungjawab,” ujar Amir serius. Anna pantas menggeleng.
“Walaupun dia sudi bertanggungjawab, mustahil Anna boleh terima dia bang! Dia buat Anna macam hamba dia. Anna tak sanggup!” luah Anna. Air mata mula bergenang.
“Apa dia dah buat kat Anna?” soal Amir sambil menggenggam erat tangan Anna. Anna menarik nafas panjang. Mungkin ini saat yang sesuai untuknya meluahkan segalanya.
“Seminggu sebelum SPM, dia rogol Anna. Mula-mula, dia call Anna. Dia cakap dia kena pukul jadi dia minta bantuan Anna. Masa tu Anna cemas sangat. Tanpa fikir panjang, Anna pergi jumpa dia tapi...kat situ la dia rogol Anna.” Anna menahan sebak. Amir segera memeluk bahu adiknya.
“Tapi...dia tak berhenti kat situ jer bang. Dia terus-terusan ganggu Anna. Macam-macam dia buat kat Anna! Anna takut bang, Anna takut! Anna tak tau nak buat apa masa tu!” sambung Anna lagi.
“Kenapa Anna tak beritau abang?” soal Amir. Anna menggeleng.
“Kalau Anna beritau pun, dia tetap akan terlepas. Lagipun, masa tu Anna takut sangat,” luah Anna. “Siapa dia?” soal Amir. Anna diam.
“Anna...abang nak tau siapa lelaki tu?” soal Amir tegas. Anna menarik nafas lalu menghembusnya perlahan-lahan.
“Rifqie Haikal!”
Sebaik sahaja terdengar nama itu, Amir pantas merenung anak mata Anna meminta kepastian. Anna mengangguk.
“Agaknya...Allah memang nak balas perbuatan dia kat atas dunia lagi,” kata Amir. Anna mengerutkan dahinya.
Amir tersenyum. “Rifqie dah meninggal dunia!” ujar Amir. Anna berpaling ke arah Amir meminta penjelasan.
“5 bulan lepas Anna pergi, semua penduduk kampung dapat berita Rifqie sakit tenat. Entah apa yang terjadi kat dia kami semua tak tahu. Lepas beberapa berita dia sakit tersebar, dia meninggal dunia. Lepas tu, semua ahli keluarga dia pindah. Mungkin sedih dengan apa yang terjadi,” jelas Amir panjang lebar.
Anna mengangguk. “Daddy Rifqal ngan Risya dah tak ada,” kata Anna perlahan.
Entah kenapa, hatinya sedikit terasa dengan pemergian Rifqie. Dia membenci Rifqie namun, jauh di sudut hatinya, dia berharap Rifqie dapat bersama anak-anaknya sebagai ayah kandung mereka.

*BERSAMBUNG*

Saturday, 22 October 2011

Hi-Tea....

Skarang nie baru jer balik dr hi-tea. Aktiviti nie, aktiviti utk PP n it's the first time it being held. Hehehe....bez tau! Kelmarin kotorang b'tolak ke Sudara Beach Resort n sampai lbih kurang kul 5. Bila smpai, kitorang rest sekejap then lps tu, ada prlawanan bola bg boys.Girls plk, main permainan Musang Ayam. Sy juz tukang tengok + tukang ambik gmbr...Hahaha....
Mlm 2, kitorang ada BBQ n karaoke. Mmg happening giler. Sy n kwn2 sy, PP form 3, nyanyi utk penutup. Lagu 'Bunyi Gitar'. Mmg kelakar, especially, kwn sy Arsyad. Kul 11.30 baru kitorang masuk bilik. Ltih tau.
Pastu, for the 2nd day, wktu pg, kitorang adakn telematch. Bez sgt2! Sy masuk team merah. Yeah! Go go go, red warrior! Antara permainan yg kitorang main, lari dalam guni, boling pantai, balon air, n tarik tali. Even hari hujan, kitorang still main. Tp mmg x aci abb boys blh mandi kolam. Kitorang juz blh mndi dlm bilik air. Hehehe...
Lps 2 kitorang check out dr bilik. Kul 2 bru start Hi-Tea. Mmg melaram habis hari tu! Sorry coz xde gmbr yg blh tunjuk coz x masukkn dlm laptop lg gmbr 2. It was fun. Prsembahan yg kitorang dok asyik risaukn akhirnya menjd. Sume org suka. Ptg 2 kitorang balik kul 5.30...
Erm...xpe la! That's all for today. Hope you get the info. Laen kali I citer lagi...
-peace-
Assalamualaikum