Friday 20 January 2012

LuaHaN HaTi seOraNg WaNiTa....

Kalau dia tahu betapa sakitnya hati aku apabila dia berkata sedemikian, adakah dia akan lupakan hasratnya? Aku sakit mengenangkan apa yang dia lakukan. Aku manusia biasa yang mampu untuk jatuh cinta, mampu merasa kesakitan dan mampu merasakan dendam.
Tidakkah dia menyedari perbuatannya ini bukan sahaja menyakiti sekeping hati malah membuatkan hati yang telah berkecai itu bercantum menjadi dendam. Perasaan sayang dan cinta yang semakin hari semakin meninggi akhirnya bertukar menjadi dendam yang teramat banyak.
Aku sedih mengenangkan cinta yang untuk pertama kalinya ku rasai berubah begini. Di sebabkan dia, aku bukan lagi diriku. Aku bukan lagi si pendiam yang hanya mampu memendam rasa. Si pecinta yang sentiasa tersenyum.
Aku kini telah menjadi diriku yang sebaliknya. Aku bukan lagi seorang gadis yang akan tersenyum ikhlas memandang insan lain. Aku bukan lagi si pendiam yang hanya mampu memendam rasa dan diam tanpa mampu mengeluarkan sepatah kata.
Senyumanku yang selama ini ikhlas terletak di bibir telah menjadi senyuman pembunuh yang mampu menghancurkan mereka yang bergelar lelaki. Bibirku yang selama ini hanya terkunci tanpa sepatah kata telah menjadi pemanis kepada segala rasa sehingga mampu membunuh.
Wahai adam, kenapa engkau begitu kejam denganku. Aku mengagumi dirimu, tetapi kata-katamu itu benar-benar mencarik hatiku. Aku tidak mampu berbuat apa-apa kerana benar katamu, suka bukanlah cinta.
Sekarang, kata-katamu ku jadikan sebagai panduanku. Suka tidak semestinya cinta. Aku menyukainya tidak bermakna aku mencintainya. Kerana dirimu itu, mereka yang bergelar lelaki kini merasai tempiasnya. Kerana dirimu, diriku yang selama ini ku sayang telah menjadi seseorang yang aku sendiri takuti...

Ingatlah bahawa bukan semua yang berlaku atas kerelaan hati.... Kebencian yang dirasai akan sentiasa kekal sehinggalah suatu hari nanti si dia menemui penawarnya.....

p/s - nie gimik jer.... nothing much.... Luahan seorang wanita yang sakit hati...

Friday 13 January 2012

ForGiVeNeSs...

Hello you all...and assalamualaikum....
Hari nie, mood aku KO sikit...Aku pun tak tau nape boleh jadi macam nie. Dalam mood KO aku nie, aku ada terfikir. Is it really hard to forgive others? Susah sangat ke? Aku nie, bukannya ape, aku cuma terfikir jer. Kat sekeliling aku, aku selalu jer tengok orang bergaduh. Sometimes, diorang gaduh just for simple thing. Maybe sesetengah orang akan cakap, apa hak aku nak cakap macam tu? Aku pun, bukannya betul sangat pun nak cakap pasal KEMAAFAN....
Even aku tak betul pun, at least, aku ada tefikir jugak. Aku nak tanya korang-korang semua nie, susah sangat ke nak maafkan orang. Kadang-kadang, aku rasa sakit hati bila ada orang bergaduh, bila ada orang mengumpat pasal kawan diorang sendiri (aku pun ada jugak).... Nape tiap kali ada orang buat salah ngan kita, kita selalu terasa and sometimes, kita berdendam dengan orang tu... Mulut tu, kalau tak mengata, memang tak sah....
Susah sangat ke nak maafkan orang?
Dah banyak kali aku tanya benda sama.... And bagi orang yang selalu buat salah tu pulak, aku nak tanya, susah sangat ke kalau kita tak sakitkan hati orang? Susah sangat ke kita nak ubah perangai kita? Susah sangat ke nak faham perasaan oang lain? Susah sangat ke nak minta maaf? Susah sangat ke nak berkongsi semuanya? Susah sangat ke?
Kawan aku pernah kata, manusia nie, tak pernah nak puas. Tak pernah nak bersyukur. Bila dapat sesuatu, yang diorang tau, merungut aje. Bila tak dapat benda tu, merungut jugak....
Aku nie, boleh dikategorikan macam tu ke? Aku tak puas hati bila ada orang buat salah tak datang mintak maaf and bila orang datang mintak maaf, aku tengok sebelah mata....
Hurm....It's really hard to think about it... Apa yang aku rasa aku patut buat sekarang, just ignore it all... Jalani  hidup macam biasa....
If someone makes mistake, just forgive that person even that person didn't say sorry....It will make us happy...Insya-Allah...
Nie nasihat untuk korang dan aku....Sama-sama lah kita fikir-fikirkannya....
That's all for today... Assalamualaikum....

Tuesday 10 January 2012

NeW...

Assalamualaikum dan salam sejahtera to all kawan2...
Macam yang korang tngok kat atas, NEW... Mesti korang nak tau, apa yang aku maksudkan dengan NEW.. Well, sekarang nie, bukan setakat dah lepas new year tapi, sekarang nie, dah masuknya tahun aku bergelar as pelajar upper form. Aku betul2 rindu kelas 3 Zahrawi dulu. Terlalu banyak kenangan aku ngan kengkawan. Kalau boleh, aku nak stay kat kelas tu sampai bila2 but, aku tak nak la ambik PMR setiap tahun. Seksa! Sekarang nie, dah masuk form 4. Dah belajar benda baru, dah masuk kelas baru, dah ada classmate baru (even banyak yang lama dari yang baru), dah masuk semuanya baru la.
Cerita pasal kelas baru nie, aku nak cerita lar pasal kelas aku yer. Menarik tau citer nie! hahaha.....
Masa first day masuk sekolah, kaunselor sekolah buat hari orientasi for form 4. Time orientasi tu, bosan giler... Yang kitorang buat, dengar cikgu cakap jer. Tak macam orientasi form 1, macam2 kitorang buat. Orientasi tu, berlangsung selama 3 hari. Korang cuba bayangkan apa yang kitorang rasa. For 3 days, kitorang terpaksa denga cikgu bercakap. Yang paling penting, benda yang selalu cikgu sebut, FORM 4 IS NOT A HONEYMOON YEAR. Ok, seriously, teruk sangat ke naik form 4 nie? Hish...was-was jugak!
Hari last orientasi, kitorang dibahagikan kepada kelas kitorang mengikut aliran yang kitorang pilih. Ada 8 kelas semuanya masa tu. 5 sains tulen, 1 LKTK, 1 PA/IT and 1 PA/RC. And masa tu, aku masuk kelas sains tulen, kelas 4 Al-Zahrawi. Almost semua kengkawan aku masuk kelas tu lar. Pelajar dalam kelas tu, mula-mula ada 32 orang. 10 lelaki, 22 orang perempuan.
Tapi, selang beberapa hari, kelas dibubar semula. Aku agak, mesti korang tak faham. Biar aku beritau ye....
Kelas sains tulen yang sepatutnya ada 5, sekarang dah ada 4. 1 kelas lagi, BIO plus PA. kelas LKTK dikekalkan, begitu jugak dengan kelas IT/PA. Kelas akhir pulak, diletakkan kelas RC plus BIO.
And, disebabkan petukaran tu, aku terpaksa masuk kelas 4 Al-Razi. Tu sebab, pelajar kelas BIO+PA masuk kelas 4 Ibnu-Sina, pelajar yang asalnya dari 4 Ibnu-Sina masuk ke kelas 4 Al-Zahrawi, pelajar 4 Al-Zahrawi masuk ke kelas 4 Al-Razi and begitu la bagi kelas yang seterusnya. Aku malas nak explain panjang2.
Macam yang korang tau, aku dah masuk ke kelas 4 Al-Razi. Agaknya, dah memang jodoh aku dengan kelas Al-Razi. Time form 1 and form 2, aku masuk kelas Al-Razi and masa form 3 jer tukar ke kelas 4 Al-Zahrawi. Dulu, aku memang sayang sangat2 dengan kelas Al-Razi tapi sekarang, hati aku dah terlekat kat Al-Zahrawi. Both are my favorite class. Bilangan pelajar dalam kelas aku sekarang, 29 orang. Ada pelajar dari kelas asal aku yang masuk kelas Ibnu-Sina dan ada yang masuk kelas Al-Biruni. Pelajar dari kelas lain pun, ada yang join kelas baru kitorang. Hopefully, nie kali terakhir cikgu nak tukar2 kelas. Dan, dengar2 citer, cikgu nak streaming pelajar sains tulen after PKBS1... Huh! Rasa menyusahkan pun ada. Anyway, aku bersyukur sangat sebab sekurang-kurangnya, aku dapat belajar dalam kelas yang baik and dengan cikgu2 + kawan2 yang baik jugak!
Tu jer la untuk hari nie. Dah terlebih panjang dah pun.. Bye and Assalam....