Friday 20 January 2012

LuaHaN HaTi seOraNg WaNiTa....

Kalau dia tahu betapa sakitnya hati aku apabila dia berkata sedemikian, adakah dia akan lupakan hasratnya? Aku sakit mengenangkan apa yang dia lakukan. Aku manusia biasa yang mampu untuk jatuh cinta, mampu merasa kesakitan dan mampu merasakan dendam.
Tidakkah dia menyedari perbuatannya ini bukan sahaja menyakiti sekeping hati malah membuatkan hati yang telah berkecai itu bercantum menjadi dendam. Perasaan sayang dan cinta yang semakin hari semakin meninggi akhirnya bertukar menjadi dendam yang teramat banyak.
Aku sedih mengenangkan cinta yang untuk pertama kalinya ku rasai berubah begini. Di sebabkan dia, aku bukan lagi diriku. Aku bukan lagi si pendiam yang hanya mampu memendam rasa. Si pecinta yang sentiasa tersenyum.
Aku kini telah menjadi diriku yang sebaliknya. Aku bukan lagi seorang gadis yang akan tersenyum ikhlas memandang insan lain. Aku bukan lagi si pendiam yang hanya mampu memendam rasa dan diam tanpa mampu mengeluarkan sepatah kata.
Senyumanku yang selama ini ikhlas terletak di bibir telah menjadi senyuman pembunuh yang mampu menghancurkan mereka yang bergelar lelaki. Bibirku yang selama ini hanya terkunci tanpa sepatah kata telah menjadi pemanis kepada segala rasa sehingga mampu membunuh.
Wahai adam, kenapa engkau begitu kejam denganku. Aku mengagumi dirimu, tetapi kata-katamu itu benar-benar mencarik hatiku. Aku tidak mampu berbuat apa-apa kerana benar katamu, suka bukanlah cinta.
Sekarang, kata-katamu ku jadikan sebagai panduanku. Suka tidak semestinya cinta. Aku menyukainya tidak bermakna aku mencintainya. Kerana dirimu itu, mereka yang bergelar lelaki kini merasai tempiasnya. Kerana dirimu, diriku yang selama ini ku sayang telah menjadi seseorang yang aku sendiri takuti...

Ingatlah bahawa bukan semua yang berlaku atas kerelaan hati.... Kebencian yang dirasai akan sentiasa kekal sehinggalah suatu hari nanti si dia menemui penawarnya.....

p/s - nie gimik jer.... nothing much.... Luahan seorang wanita yang sakit hati...

No comments:

Post a Comment