Thursday, 20 October 2011

NoVeL : Jatuh Cinta? (Bab 4,5,6)

BAB 4
“Mel...I’m going to die soon!” jerit Aisha sebaik sahaja dia masuk ke dalam bilik asramanya. Melina yang sedang ralit membaca buku tersentak.
“Cha...slow la sikit volume suara kau tu!” tegur Melina. Aisha segera meluru ke arah Melina. Badan Melina dipeluknya.
“Cha...kau ok? Tadi kau kata kau dah nak mati! Kau sakit apa? Kau jangan buat aku sedih!” Melina turut membalas pelukan Aisha. Air mata deras mengalir dari tubir matanya.
“Arriel...” sebut Aisha tersekat-sekat. Melina menggosok lembut belakang Aisha. “Aku tau kau sayang dia...sabar Cha, sabar!” pujuk Melina.
“Mel...” tangisan Aisha semakin laju. “Cha...” Mereka sama-sama berpelukan.
Selepas 15 minit berada dalam keadaan begitu, Aisha melepaskan pelukan. Matanya yang berair di kesat. Begitu juga Melina, dia turut mengesat air matanya.
“Cha...kau sabar ek! Aku akan selalu sokong kau!” kata Melina memberi semangat. Aisha tersenyum. Senyuman Aisha kelihatan sedikit pelik di mata Melina.
“Cha...kau jangan la macam nie...jangan la sebab kau sakit, senyuman kau pun dah tak betul!” kata Melina. Matanya kembali bertakung air mata.
Aisha menggeleng. “Apa geleng-geleng? Betul la apa yang aku cakap! Kau jangan jadi mereng sudah. Biar la kau sakit yang lain, jangan sakit tercabut fius sudah!” ujar Melina lagi. Aisha ketawa lucu.
Melina jadi semakin pelik. “Mel...Aku bukannya nak mati sebab sakit la Mel,” akhirnya Aisha bersuara. Melina ternganga. Cuba mencerna apa yang baru dikata Aisha.
“Kau jangan cakap yang kau nak bunuh diri sudah! Kau jangan Cha! Seburuk-buruk muka kau, kau still kawan aku Cha!” kata Melina dengan nada yang agak kuat.
“Woi! Agak-agak la nak hina aku pun!” marah Aisha. Mukanya dimasamkan. Melina jadi semakin pelik.
“Kau jangan main-main! Mati-mati aku ingat kau nak mati. Kau memang sengaja nak aku mati sakit jantung ek!” duga Melina. Aisha tergelak besar. Lagilah membuatkan Melina pelik.
“Pelik la ayat kau Mel... Berapa kali mati yang kau nak sebut? Cukup la satu...Hahaha!” Aisha ketawa lagi.
“Sah! Kau memang dah mereng!” Melina mengeleng-gelengkan kepalanya. Matanya memandang Aisha tidak percaya. “Kesian kat Arriel. Tak pasal-pasal dapat wife mereng macam kau!” sambung Melina lagi.
Air muka Aisha berubah. “Aaa...Mel...” Sekali lagi Aisha menangis teresak-esak di bahu Melina. Melina jadi semakin pelik.
“Kau...ada masalah ngan Arriel ke?” soal Melina perlahan. Aisha mengangguk laju. “Ha? Dia dah tinggalkan kau ke?” soal Melina lagi. Aisha menggeleng.
Melina menggaru kepalanya yang tidak gatal. ‘Apesal ngan kawan aku nie?’ soalnya di dalam hati.
Aisha melepaskan pelukan. Air matanya dikesat. “Aku...ada...masalah besar!” kata Aisha teresak-esak. “Masalah apa?” soal Melina prihatin.
“He just met Cha!” kata Aisha. Melina terlopong. Seketika kemudian, dia ketawa terbahak-bahak.
“Woi! Aku tengah ada masalah, boleh pulak kau ketawa!” marah Aisha. Mulutnya dimuncungkan. “Dia just terjumpa Cha. Bukannya apa pun!” kata Melina. Aisha menjegil matanya.
“Kalau setakat TERJUMPA, aku tak kisah. Tapi nie dah memang DIJUMPAKAN!” tegas, Aisha berkata. Tawa Melina terhenti. “Ha?”
“Apesal la kau bengap sangat!” Aisha menunjal kepala Melina. “Cis! Sesedap rasa jer kau kata aku bengap! Sebengap-bengap aku pun, still boleh masuk university nie!” protes Melina. Aisha tersengih.
“So, apa masalah besar sangat tu?” soal Melina. “Dia sama course ngan aku!” kata Aisha. “La...sama course jer!” kata Melina.
“Ish! Kau ni kan! Problem besar la tu!” kata Aisha geram. “Kalau kau ada pun, bukannya dia perasan pun!” ujar Melina. Aisha menjegilkan matanya.
“Kalau dia langsung tak perasan tak apa! Tapi for sure, hari-hari dia akan perasan!” jelas Aisha. Melina mengerutkan dahinya.
“Huh! Mr Alba, pensyarah kesayangan aku tu...suruh Arriel rujuk aku if dia ada sebarang masalah. Dalam kelas, Mr Alba suruh Arriel duduk tepi aku!” jelas Aisha panjang lebar. Melina tercengang.
“You must be kidding!” kata Melina tidak percaya. “Kau kena percaya jugak. Aku dah tak tau nak apa nie! Mati la aku!” Aisha menggaru-garu kepalanya.
“Just act like Cha. Teruskan muka batu kau tu! Aku gerenti dia tak perasan!” kata Melina memberi cadangan. “Tapi lama-lama dia akan tau jugak!” Aisha bimbang.
“Tu lama lagi! Bila dia dah tau, kau kelentong la beb!” kata Melina cuba menenangkan Aisha. “Banyak la kau punya lama. Dah elok-elok dia berubah, boleh jadi, dia ikut habit lama dia!” marah Aisha.
Melina ingin berkata sesuatu tetapi, tiba-tiba seseorang mengetuk pintu bilik mereka. Aisha segera membuka pintu itu.
“Hai Kak Cha!” tegur junior Aisha, Fatin. “Ada apa?” soal Aisha dengan riak serius. ‘Menganggu jer budak nie!’ gerutu Aisha.
“Ada mamat hensem nak jumpa Kak Cha! Katanya penting!” kata Fatin sambil tersengih. Aisha mengeluh. “Nanti Kak Cha turun,” balas Aisha. Fatin mengangguk lalu berlari menuruni tangga.
“Mel...Ada mamat hensem nak jumpa aku! Aku pergi dulu. Assalamualaikum!” kata Aisha. Belum sempat Melina berkata apa-apa, kelibat Aisha sudah tidak kelihatan.
****
“Assalamualaikum,” tegur Aisha. Lelaki di hadapannya tersenyum sebelum membalas salamnya. “Ada pape yang boleh saya tolong?” soal Aisha dalam nada mendatar.
“Saya Arriel! Mr Alba yang suruh saya rujuk awak kalau saya perlukan pape. Awak...Aisha kan?” Aisha mengangguk.
“Saya Aisha tapi orang kat sini panggil saya Cha!” ujar Aisha. Wajahnya sedaya upaya menunjukkan reaksi serius.
“Erm...I just need a little help,” kata Arriel. Mulutnya masih menguntum senyuman. “Tolong apa?” soal Aisha. Arriel meggaru-garu kepalanya.
“Sebenarnya...saya segan nak mintak tolong ngan awak,” ucap Arriel ikhlas. ‘Huhuhu...Tau malu jugak ek mamat nie!’ getus hati Aisha.
“Cakap la. Kalau saya boleh tolong, saya tolong,” ujar Aisha. Arriel mengangguk. “I need to know more about this university. I hope you can help me,” kata Arriel. Matanya tepat merenung ke dalam mata Aisha.
Entah kenapa hati Arriel tiba-tiba berasa berdebar. Dia merasakan dia seperti mengenali Aisha.
“Tak jadi masalah. Bila awak free, saya akan terangkan semua benda pasal universiti kata awak!” kata Aisha sambil tersenyum.
Arriel ketawa. Sebenarnya, dia cuba menutup gundah di hatinya. Sebaik sahaja melihat senyuman Aisha, hatinya meronta-ronta mengatakan, dia kenal Aisha!
“Sekarang nie pun saya free!” kata Arriel. Aisha mengangguk. “Ok! Kala macam tu saya akan terangkan kat awak sekarang,” ujar Aisha tenang.
“Kat sini?” soal Arriel. Dahinya dikerutkan. Aisha mengangguk. “Yalah! Nak cakap kat mana lagi?” soal Aisha pelik.
Arriel ketawa. “Awak nie pun. Agak-agak la! Takkan awak nak terangkan kat saya sambil berjemur kat tengah panas macam nie. Tak best la!” kata Arriel kelucuan.
Aisha menggaru kepalanya. “Erm...habis tu, awak nak suruh saya terangkan kat mana?” soal Aisha. “Jom! Ikut saya...kita pergi la kat taman ke, kata mana-mana ke,” ajak Arriel.
“Erm...awak tunggu kat sini kejap! Saya nak naik atas dulu,” kata Aisha lalu dia segera berlari mendaki tangga asrama. Arriel hanya mampu menggeleng kepala melihat telatah Aisha. Hatinya sedikit terhibur.
Beberapa minit kemudian, Aisha turun bersama Melina. “Err...Mel?” Arriel sedikit pelik melihat Melina ada bersama Aisha.
“Mmm...so, awak dah kenal dengan Mel?” soal Aisha. Dahinya sengaja dikerutkan. Arriel mengangguk. “Eleh! Kau nie Cha, macam tak tau-tau. Ni la boyfriend kawan terbaik kau si Fellis tu!” kata Melina sambil tersenyum nakal.
Aisha menaikkan sedikit keningnya. Kemungkinan Melina untuk nampak keningnya itu agak tipis. Al-maklumlah, pakai cermin mata bingkai tebal. Siapa la yang nak terperasan.
“Ada-ada aje kau ni ek!” kata Aisha geram. Lengan Melina dicubit geram. “Adoi! Sakit la Chachat! Aku cubit pipi dia baru tau!” ugut Melina. Tangannya diacah-acah untuk mencubit Aisha.
Aisha mengelak. “Tak kena!” Aisha menjelirkan lidahnya. Melina menjegilkan mata. “Mari sini aku nak cubit!” panggil Melina namun Aisha lebih pantas melarikan diri.
Arriel ketawa terbahak-bahak. “Dah la tu! Tak payah gaduh-gaduh lagi!” kata Arriel. Dia menarik tangan Aisha supaya berhenti melarikan diri.
Melina pantas mengambil kesempatan itu untuk mencubit pipi Aisha tetapi ditahan Arriel. “Arriel...biarlah I cubit pipi dia dulu,” rengek Melina manja.
Aisha buat muka meluat. “Dah la...jangan nak gaduh-gaduh... You duduk jer diam-diam. I nak kidnap Cha nie sebentar!” kata Arriel selamba. “Huh?” Aisha tercengang.
“You jangan buat hal Arriel! Nanti...tak pasal-pasal lebam muka kau kena karate dengan si Cha nie!” Melina memberi amaran. Aisha mencebik.
“Kuat sangat ke Cha?” soal Arriel sambil mengangkat keningnya. Aisha membuntangkan matanya ke arah Arriel.
“Oh, please! Kau jangan start buat hal kat sini pulak! Nak culik aku? Culik la. Ada aku kesah!” marah Aisha. ‘Eee...geramnya aku ngan mamat sorang nie!’ gerutu hati Aisha.
Arriel ketawa. “Ok! Now, ikut aku!” Arriel menarik tangan Aisha. Panggilan mereka juga sudah berubah aku kau.
“Oit! Agak-agak la. Aku nie perempuan....Senang-senang jer kau tarik aku masuk. Lain la kalau aku nie jadi bini kau ke, makwe kau ke,” bebel Aisha. Tangannya yang dipegang Arriel cuba ditarik.
Arriel memandang Aisha lama. “Mmm...Kalau macam tu, anggap jer kau tu makwe aku! Amacam? Setuju?” Arriel tayang gigi putihnya.
“Gila kau! Tak nak la aku...Aku rela tak kahwin-kahwin daripada terpaksa kahwin dengan mamat sengal macam kau!” Habis terluah segala isi hati dia.
Melina sudah pegang perut menahan gelak. ‘Control Mel...control! Nanti tak pasal-pasal muka yang gorgeous nie kena sembur!’ Melina monolog sendiri.
“Huh! Aku datang sini nak mintak tolong la...bukan nak cari gaduh!” kata Arriel geram. ‘Adoi! Lupa la pulak...Aku patut tolong dia, bukan gaduh ngan dia,’ getus hati Aisha. Aisha tersengih.
“Sorry bang! Adik tak sengaja!” pinta Aisha. Suaranya dilunakkan. Kali nie, ketawa Melina tidak dapat dibendung lagi. Terguling-guling Melina ketawa. Gurau jer! Tak la sampai guling-guling, cukup la ketawa tak ingat dunia.
“Mel....Udah, udah la gelak nye...Jom ikut Cha yang comel nie pergi dating ngan abang sengal nie!” ujar Aisha dengan riak selamba. Mukanya yang serius tadi sudah bertukar rupa. Bukan gadis serius lagi yang ada di hadapan Arriel, tapi gadis tak berapa betul.
“Tinggal jer si Mel kat sini! Aku tengok dia nie macam tak berapa betul jer,” bisik Arriel di telinga Aisha. Aisha mengangguk.
“Betul la. Dia memang tak betul dah nie. Nak call hospital Tanjung Rambutan ke tak nak eh?” Aisha memandang Arriel. Mukanya dibuat seperti sedang bimbang.
‘Pandai jugak minah berlakon. Dia nak loyar buruk ngan aku, aku pun nak buat benda sama!’ fikir Arriel.
“Boleh jugak!” kata Arriel memberi persetujuan. Aisha mencapai telefonnya yang diletak di dalam poket baju kurungnya.
“Assalamualaikum. Tuan, saya nak buat aduan nie!” Arriel menjegilkan matanya. ‘Biar betul minah nie! Takkan dia call betul-betul,’ getus hati Arriel.
Dengan pantas Arriel mencapai telefon Aisha. “Oit! Gila ke nak report kawan sendiri kat Tanjung Rambutan?” soal Arriel. Aisha memandang blurr.
Pandangan Aisha kemudiannya dialihkan ke arah Melina. Tiba-tiba, Aisha ketawa terbahak-bahak. Melina yang sedia ada ketawa, semakin menguatkan tawanya. Arriel garu kepala.
Dia memandang ke arah telefon Aisha. ‘Aik! Bukan ke tadi dia buat panggilan?’ Arriel buntu. ‘Wait! Dia just main-mainkan aku ke?’ soalnya di dalam hati.
Dipandangnya Aisha dan Melina silih berganti. Ketawa mereka telah redha tapi masih terdapat sengihan nakal di bibir masing-masing. Arriel menjegilkan matanya.
“Hehehe...Sorry abang sengal. Kitorang tak sengaja la! Adik cute just nak have fun!” kata Aisha sambil tersengih-sengih. ‘Kalau dia tau aku nie Fellis, gerenti dia dah tak nak tackle aku!’ fikir Aisha.
“Nak kata budak tak sampai umur, SPM dah lepas. Adoi...apa la malang nasib aku kenal ngan kau!” bebel Arriel sambil menggaru-garu kepalanya.
“Olololo...Sorry la abang sengal, adik cute tak sengaja,” ucap Aisha lagi. Arriel mengeluh. “Jom!” ajak Aisha sambil menarik tangan Melina menuju ke arah kereta Arriel.
“Ni kereta kau kan?” soal Aisha. Dia sengaja membuat seolah-olah ini kali pertama dia menaiki kereta Arriel.  Arriel mengangguk. Dia melangkah menuju ke arah Aisha dan Melina.

BAB 5.
Aisha menguraikan sanggulan rambutnya. Bibirnya menguntum senyuman apabila teringat kembali peristiwa siang tadi.
“Cha...lawak jugak ek si Arriel tu? Aku ingatkan, dia tu jenis yang tau cakap ayat-ayat jiwang jer,” kata Melina lalu ketawa kecil. Aisha turut ketawa.
“Aku pun tak sangka jugak! Sedap gila gaduh ngan dia. Kalah abang Am,” kata Aisha. “Kalau dengar dek abang Am nie, boleh menangis 7 hari 7 malam nie!” seloroh Melina. Aisha ketawa.
“Aku tak rasa dia menangis. Aku rasa, dia mesti kejar aku keliling kampung sebab aku dah ganti tempat dia sebagai the one and only man who can make Cha mad!” Aisha kembali ketawa di hujung katanya.
“Teruk gila kau kenakan minah tu!” kata Melina. Aisha sekadar tersengih.
Siang tadi Arriel telah membawa dia dan Melina ke Taman Tasik Titiwangsa. Di sana dia menerangkan segala-galanya tentang unversiti mereka kepada Arriel. Kalau dilihat, dia dan Arriel ibarat cikgu sedang mengajar muridnya. Memang lawak.
“Tadi kau bukan main lagi bergurau, sekarang dah serius balik. Tak rock la macam nie!” ujar Arriel dengan riak bosan. “Rock tak rock, ada aku kesah! Cuba la serius sikit,” kata Aisha geram.
“Serius kau kata? Macam mana la aku nak serius kalau dok asyik tengok muka kau. Tergoda aku tau!” kata Arriel dalam nada romantiknya. Aisha menjegilkan matanya.
“Tergoda? Kasanova macam kau pun boleh tergoda? Pelik-pelik!” kata Aisha lantang. Mujur tiada orang di tempat mereka berada. Jika tidak, boleh malu mereka dengan telatah mereka yang bagaikan kanak-kanak.
“Uish! Tak baik main tuduh—tuduh. Sape kata aku kasanova?” soal Arriel. Aisha menjungkit bahu. “Ha...kalau tak tau, jangan main tuduh-tuduh macam tu!” sambung Arriel lagi.
“Pape la. Kau faham ke tak apa yang aku tengah explain tadi?” soal Aisha sambil matanya tepat merenung ke dalam anak mata Arriel.
“Faham la. Dah berbelas-belas kali kau terangkan. Aku just nak tau pasal universiti kita tapi kau siap explain pasal peraturan universiti tu,” kata Arriel bosan.
“La...kau yang nak tau pasal universiti kita tu, so, aku bagi tau semua la pasal universiti tu,” jelas Aisha sambil tersenyum.
“Bosan la aku duduk borak ngan kau nie. Ada aje yang nak dibahasnya. Baik aku call girlfriend aku!” kata Arriel. Aisha ketawa.
“Tadi tak nak ngaku kasanova. Sekarang, sudah terang lagi bersuluh siap disuluh lampu spotlight yang kau tu ada banyak girlfriend,” kata Aisha. Arriel senyum.
“Banyak la kau punya spotlight!”
Tiba-tiba, satu suara menegur. “Hai sayang!” Aisha dan Arriel sama-sama memandang ke arah suara tersebut. Hampir terkeluar biji mata Aisha melihat cara pemakaian wanita di depan matanya itu.
Wanita tersebut memakai skirt pendek dan baju sendat. Aisha menggeleng kepala. Laju sahaja wanita itu menuju ke arah Arriel lalu memeluk Arriel.
Aisha menjegilkan matanya. Dilihatnya, Arriel sekadar tersengih. “Ehem...ehem...” Aisha berdeham. Wanita itu melepaskan pelukannya lalu berpaling memandang Aisha.
“Sayang...Sape perempuan buruk nie?” soal wanita itu. Aisha terkejut beruk. “Mak aih! Senang-senang jer dia kata aku buruk!” kata Aisha perlahan.
Arriel kelihatan serba salah. “Err...dia...” belum sempat Arriel menghabiskan kata-katanya, Aisha bersuara. “Abang Arriel! Kesian adik tengok kat kawan abang nie! Tak cukup duit nak beli kain nak buat baju. Abang Arriel beli la baju kat dia ek!” kata Aisha manja.
Dalam hati, Aisha ketawa kuat. Wajah wanita itu mencuka. “Ni...adik you ke sayang?” soal wanita itu sambil memeluk lengan Arriel.
“Abang! Mana aci! Adik nak peluk jugak!” rengek Aisha manja. Dia segera menuju ke arah Arriel lalu menolak wanita yang sedang memeluk lengan Arriel ke tepi. Pantas tangannya pula yang memeluk lengan Arriel.
“Haii...adik ni kan, manja betul dengan abang. Adik nak apa-apa ke nie?” Arriel memandang Aisha dengan pandangan penuh tanda tanya. Aisha tersengih.
“Adik nak abang!” jawab Aisha manja. Arriel ketawa. Aisha dapat melihat wanita di sebelahnya menjeling geram ke arahnya. ‘Ada aku kesah?’
“Oh ya bang! Nama kawan abang yang tak cukup kain nie apa?” soal Aisha tanpa sebarang perasaan bersalah. Wanita itu mendengus kasar.
“Adik...adik! Jangan panggil kawan abang macam tu lagi ya ayang! Nama dia, Stella,” kata Arriel sambil mengusap-usap kepala Aisha.
‘Erk...nie dah kira dia cuba ambik kesempatan nie. Cukup-cukup la dengan Fellis. Jangan ditambah pulak dengan Cha!’ gerutu hati Aisha.
“Hai kakak tak cukup kain...ops...I mean, kak Stella!” Aisha menghulurkan tangannya untuk bersalaman.  Stella menyambut huluran tangan Aisha dalam keadaan terpaksa. Mulutnya menguntum senyuman paksa.
“Nama adik sape?” soal Stella dengan suara yang dibuat-buat lembut. “Cha!” jawab Aisha sepatah.
“Erm...Stella, I betul-betul mintak maaf. I terpaksa temankan adik I jalan-jalan hari nie so, I tak boleh nak layan you. I hope you understand!” kata Arriel tiba-tiba.
“Alah abang Arriel nie...Biar la kak Stella ikut kita! Adik baru jer nak kenal ngan kak Stella,” rengek Aisha. “Please...” pinta Aisha lagi dengan riak penuh mengharap.
Arriel mengerutkan dahinya. ‘Mimpi apa la pulak minah nie...Takkan nak kenakan Stella kot!’ fikir Arriel. Kepalanya digaru.
“Arriel...I ikut you ya? I pun teringin nak kenal-kenal dengan adik you!” ujar Stella. Mukanya dimaniskan. Aisha memandang Arriel sambil mengangguk-anggukkan kepala.
“Kau nak kenakan Stella ke pulak?” soal Arriel dalam nada bisikan di telinga Aisha. Aisha sengih. “Memang pun!” jawabnya ceria.
Arriel tersenyum. “Ok la! Jom jalan-jalan!” Arriel menarik tangan Aisha. Stella dibiarkan berjalan di belakang.
“Menganggu betul la budak tu sorang! Tak pasal-pasal aku kena jalan kat belakang!” Stella mendengus kasar. Setiap butir bicara Stella dapat ditangkap telinga Aisha.
“Dia dah marah!” ujar Aisha perlahan. “Adik nie manja la! Adik nak suruh abang buat apa?” soal Arriel sambil menggosok-gosok kepala Aisha. Aisha merenung tajam.
“Cepat la ayang! Abang nak tolong nie!” kata Arriel lagi. Aisha meletakkan jari telunjuknya di dagu. Kemudian, dia tersenyum. Segera dia membisikkan rancangannya di telinga Arriel. Arriel tersengih.
“Err...Stella! You tolong jagakan adik I sekejap ek? I nak pergi tandas! Perut meragam,” pinta Arriel sambil dahinya dikerutkan seakan-akan menahan sakit. Stella tersenyum manis lalu mengangguk.
Arriel terus berlalu. “Kak Stella!” panggil Aisha ceria. Stella menjeling tajam. “Jangan panggil aku kakak boleh tak? Aku bukannya kakak kau! Huh! Tak ingin aku nak jaga budak terencat otak macam kau nie!” tengking Stella.
Aisha membuat muka sedih. “Nape pulak?” soal Aisha. “Kalau muka kau tu cantik, boleh la jugak aku berbual dengan kau tapi nie...muka macam sampah! Tak ingin aku!” Stella menjuihkan bibirnya.
“Aku rapat dengan abang kau tu pun sebab harta dia! Kau tau tak, bila aku dah kahwin dengan dia, mesti bahagia gila hidup aku!” sambungnya lagi. Aisha mencebik.
“Ek eleh...bahagia la konon!” ejek Aisha. “Kau apa tau? Lepas nie, jangan kau cuba-cuba nak report kat abang kau pasal tadi. Kalau tak...nahas kau!” ugut Stella.
Aisha tersenyum sinis. “Perempuan miskin macam kau pun tau nak ugut mengugut ek? Tak tau la pulak aku! Setahu aku, orang miskin terlajak nie jenis yang suka meminta-minta...ops...lupa! Kau memang suka meminta pun! Ngan Arriel semua kau mintak ek!” bidas Aisha tajam.
Stella jadi geram. “Berani kau!” Stella meluru ke arah Aisha lalu mengangkat tangan untuk menamparnya. Namun, Aisha sempat menahan. Aisha memulas tangan Stella ke belakang lalu menolaknya.
“Kenapa nie?” soal Arriel tiba-tiba. “Sayang...tengok la adik you nie. Dia pukul I!” adu Stella manja. Stella terus memeluk lengan Arriel.
Malang bagi Stella. Arriel langsung tidak menghiraukannya. Segera Arriel mencapai tangan Aisha lalu ditiliknya. Kemudian, Arriel membelek-belek pula badan Aisha.
“Tak ada yang cederakan?” soal Arriel bimbang. Aisha mengangguk. “Kak Stella yang jahat. Dia yang pukul adik! Adik takut!” rengek Aisha manja.
Arriel merenung Stella dengan pandangan yang tajam. “Berani you pukul adik I? You memang perempuan tak guna!” tengking Arriel.
“I tak buat pape pun! Adik you yang pukul I!” Stella cuba membela diri. “Jangan you tuduh adik I yang bukan-bukan! Kalau dah salah tu, mengaku jer la!” tengking Arriel.
Stella menangis teresak-esak. “Sayang... I’m sorry!” Stella cuba meraih tangan Arriel tetapi Arriel segera mengelak. “From now on, we’re finished!” kata Arriel mendatar.
Stella memandang Arriel tidak percaya. “Arriel, I...” Stella tidak dapat meneruskan kata-katanya lagi. Dia segera berlari meninggalkan Aisha dan Arriel di situ.
“Fuyoo...hebat gila kau berlakon!” puji Aisha. Arriel senyum bangga. “Biasalah! Kalau tak pandai berlakon, takde nya perempuan nak sangkut ngan aku!” kata Arriel mendabik dada.
Aisha mencebik. “Ek eleh! Diorang rapat ngan kau pun, sebab harta walid kau!” ujar Aisha. Dia menutup mulut.
“Macam mana kau tau yang aku panggil ayah aku, walid?” soal Arriel ingin tahu. “Yo!” satu suara menyergah mereka dari belakang. Aisha mengurut dada.
“Mel! Kau nak aku mati cepat ke?” soal Aisha geram. Melina ketawa. “Saja nak ganggu. Tak boleh ke?” soal Melina. Aisha tersenyum. ‘Selamat aku!’
“Cha...kau sedar lagi?” soal Melina sambil melambai-lambaikan tangannya di hadapan Aisha. Lamunan Aisha tentang kejadian siang tadi berlalu pergi. “Aku sedar lagi la!” balas Aisha.
“Ingatkan kenapa la tadi! Macam mana date Fellis ngan Arriel kat kelab lepas nie?” soal Melina. Aisha tersentak. “Kelab?” soal Aisha tidak mengerti.
“Ya Allah Cha! Kau tak ingat ke janji kau dengan Arriel?” Melina membuntangkan matanya. Aisha menggaru kepalanya.
“Tunggu jap! Malam nie...kat kelab?” Aisha memandang Melina. Melina segera mengangguk. “Aku nak pakai apa?” soal Aisha bimbang.
“Pakai baju aku and this time, jangan nak complain!” kata Melina tegas. Aisha menarik muncung panjang.
“Yalah, yalah!” balas Aisha lemah. Aisha bangun lalu segera menuju ke bilik air. Dia perlu membersihkan diri. Sebentar lagi, dia akan kembali masuk ke tempat itu.
****
Aisha berdiri tegak di hadapan pintu masuk kelab. Kakinya terasa berat benar ingin melangkah masuk. Sudah dua tahun dia tidak menjejakkan kaki ke tempat itu.
“Fellis! Jom la!” ajak Melina sambil menarik tangan Aisha. Aisha membaca bismillah sebelum masuk. ‘Ada ke orang baca bismillah masuk kelab?’ soal hatinya.
Di satu sudut, Aisha dapat melihat Arriel sedang berbual dengan dua orang lelaki dan...Stella! ‘Hish! Bukan ke perempuan tak cukup kain tu dah blah? Macam mana la pulak boleh ada kat sini!’ gerutu hati Aisha.
“Hai!” tegur Melina. Semua mata memandang Melina dan Aisha. Apabila terpandang kelibat Aisha, Arriel segera berdiri.
“Fellis! I ingatkan you tak datang malam nie,” kata Arriel sambil tangannya dihulurkan ke arah Aisha. Aisha tersenyum lalu menyambut huluran tangan Arriel.
“Okay guys! I want to introduce you to my girlfriend. Fellis!” Arriel memperkenalkan Aisha kepada rakan-rakannya. Jelas terpamer riak terkejut di wajah semua rakan-rakan Arriel.
“Hai!” tegur Aisha. “Fellis! Dah lama tak nampak you datang kelab!” tegur Fikri. “Dah tak boleh nak buat apa dah. Papa ngan mama I kawal I ketat sangat!” kata Fellis.
“You look much more beautiful than before!” puji Ash pula. Aisha tersenyum. “Wait! You guys already knew each other?” soal Arriel pelik. Fikri dan Ash ketawa.
“Kalau kau nak tau, buah hati kau nie memang popular kat kelab nie! Dah lama dia tak datang. Tu yang buat kitorang terkejut tu!” kata Ash selepas hilai tawanya redha.
“I ingatkan you dah berubah Fellis! But it seems like you still are the same as before,” ujar Fikri sambil tersenyum. Aisha tersentak.
‘Aku dah berubah tapi aku buat nie semua for my family!’ getus hatinya.
“I dah rindu kat tempat nie. That’s why I decide nak datang,” kata Aisha lembut. Aisha dapat merasakan bahawa Stella sedang merenung tajam ke arahnya.
“So...this is your new girlfriend?” soal Stella secara tiba-tiba. Mulutnya tersenyum sinis. Arriel mengangguk. “She’s special!” kata Arriel lalu dia segera merangkul pinggang Aisha.
“You tinggalkan I just for this girl?” soal Stella dengan suara yang agak lantang. Mujurlah kelab itu bising dengan lagu. Jika tidak, memalukan muka dia sahaja menjerit begitu.
“No! Dia tak ada kena mengena langsung dalam hal nie!” kata Arriel tenang. ‘Sorry la Arriel. Aku memang ada kena mengena dengan hal nie!’ hati Aisha bermonolog sendiri.
“You dah lupa apa yang you cakap tadi?” soal Arriel sinis. Stella memandang kurang mengerti. “You sendiri cakap, you rapat dengan I because of my money! Don’t you remember?” sambung Arriel lagi. Stella tersentak.
“Nie mesti adik you yang reka cerita. I never said such a thing sayang,” Stella cuba meraih simpati. “Tak ada orang yang reka apa-apa. I dengar dengan telinga I sendiri. There’s no use you try to explain anything to me!”
“Please Arriel. Forgive me!” pujuk Stella. Tangan Arriel diraih. ‘Dah tau girlfriend si Arriel ada kat tepi, buat pe nak pegang-pegang lagi!’ marah Aisha dalam hati. ‘Eh,eh! Termengaku la pulak! Girlfriend olok-olok!’
“I’m sorry miss. But you have no right to touch Arriel. I won’t allow it!” marah Aisha. Tangan Stella yang mengenggam tangan Arriel ditarik kasar.
“Hei perempuan! Kau diam boleh tak! Jangan nak masuk campur,” tengking Stella. “Arriel dah tak nak kat kau! Kau terhegeh-hegeh lagi tu buat apa?” tengking Aisha kembali.
‘Amik kau! Aku bagi yang super punya!’ monolog hatinya.
“Siapa terhegeh-hegeh? Kau ke aku?” soal Stella. Aisha tersenyum sinis. “You think?” soal Aisha, sengaja menduga Stella.
“Stella...I think you better go! Jangan nak keruhkan keadaan kat sini!” pujuk Fikri yang sedari tadi berdiam diri. Tangannya memegang kedua-dua bahu Stella.
“Betul kata Fik! I think, you better go!” ujar Arriel pula. Aisha senyum sinis. ‘Tu la, sape suruh lawan ngan aku! Kan dah kena!’
Stella merentap kasar tangan Fikri. Dia segera berlalu.
“You patut hati-hati ngan Stella!” pesan Arriel prihatin. Aisha memandang Arriel. “Stella?” soal Aisha.
“Perempuan tadi! Dia berbahaya tau!” kata Arriel sambil mengenggam erat tangan Aisha.
“Tak payah la risau. I’m gonna be ok!” Aisha cuba meyakinkan Arriel. “Fellis betul! Kau tak payah la risau sangat. Fellis nie kuat. Gerenti dia boleh lawan Stella,” sokong Ash.
“You see! Kawan you sendiri pun sokong I!” kata Aisha ceria. Arriel memandang Aisha.
“I’m just worried. That’s all!” kata Arriel. Dia membawa tangan Aisha ke mulut lalu diciumnya. Sememangnya dia risau akan keselamatan Aisha. Hatinya sudah mengata sayang. Dan mungkin, perasaan ini akan kekal selamanya.                                                                                                                   

BAB 6.
Stella menghempaskan beg tangannya di atas katil. “Tak guna! Berani perempuan tu masuk campur urusan aku!” jerit Stella.
Dia benar-benar bengang dengan kehadiran Fellis. Baru sahaja dia berhajat ingin menarik balik hati Arriel tetapi, Fellis terlebih dahulu mendahului.
“Dulu kau rampas Rafeeq dari aku and sekarang kau cuba nak rampas Arriel pulak! Kau memang tak guna Fellis!” jerit Stella lagi. Hampir kesemua barang di dalam biliknya di hempas.
“Stella! Nape nie?” soal Athira, rakan karib Stella di luar bilik. “Don’t disturb me!” jerit Stella. “Stella... Come on, let me help you!” ujar Athira, cuba memujuk.
“Kau takkan faham Athi! Dia...” Tangisannya terhambur di situ. Athira menjadi semakin panik. Segera dia membuka pintu bilik Stella.
“Stella...kau ok?” soal Athira sambil menggosok-gosok bahu Stella. “Arriel dah tinggalkan aku!” kata Stella teresak-esak. Athira segera memeluk Stella.
“Lupakan dia! Selama nie kau putus ngan sape-sape, tak pernah pun kau sedih macam nie! Jangan disebabkan Arriel sorang, kau jadi macam nie Stella!” pujuk Athira.
“Kau tak faham Athi...kau tak faham!”
“Apa yang aku tak faham? Apa?” soal Athira geram. Wajah Stella direnung tajam. “Fellis yang rampas Arriel dari aku!” jerit Stella. Athira terpempam.
“No! No way! Fellis kan dah...” belum sempat Athira menghabiskan kata-katanya, Stella membalas. “Kahwin? Hei! Kau ingat orang macam dia tu setia sangat ke ha?” Kali ini Stella pula yang memandang Athira tajam.
“But I know her Stella... She loves Rafeeq! Takkan dia nak duakan Rafeeq. It just no way!” kata Athira tidak percaya.
“Sebelum nie aku tinggalkan Rafeeq atas permintaan kau! Kau yang bagitau aku Fellis betul-betul sayangkan Rafeeq. At that time, aku langsung tak kenal dia but untuk kau, aku sanggup tinggalkan Rafeeq!” Tangisan Stella semakin kuat.
“Masa tu, aku cuma tak nak kau mainkan hati Rafeeq. Aku...aku tak tau yang Fellis pun suka mainkan perasaan orang,” luah Athira perlahan.
“Kau mesti tolong aku!” ujar Stella perlahan. Athira memandang Stella. Dahinya berkerut. “I need to get Arriel back!”
Athira diam. Dia tidak pasti apa yang patut dilakukannya. ‘Patut ke aku tolong Stella?’ “Athi! Kalau kau tak nak tolong aku, kau boleh keluar dari rumah nie sekarang. Mulai hari nie, kita takde pape hubungan lagi!” ugut Stella apabila tidak mendapat sebarang persetujuan daripada Athira.
Athira terkejut. Jika dia pergi, pastinya tiada siapa lagi yang sudi menanggung perbelanjaannya selama dia belajar di universiti. Ingin mengharap wang dari ibunya, itu agak mustahil. Keluarganya hidup dalam serba kedaifan.
“Aku...setuju!” Akhirnya Athira bersuara. ‘Fellis...aku, mintak maaf!’ getus hatinya.
Stella tersenyum. “Good! Aku akan pastikan si Fellis menderita!”
****
Aisha tak senang duduk. Sekejap dia berdiri, sekejap dia duduk. Dah macam-macam aksi yang dipertontonkan. Melina yang berada bersamanya memandang pelik. Pening kepalanya melihat perlakuan Aisha.
“Kau nie apesal? Gaya macam dah kena paksa kahwin jer aku tengok!” Melina bersuara. Kali nie, kata-katanya benar-benar menikam ke hati Aisha.
Aisha mengeluh. Dia terus duduk di sisi Melina. “Bukan kena paksa kahwin tapi...kena paksa benda lain,” lemah Aisha bersuara. Melina memandang penuh tanda tanya.
“Arriel buat hal!” luah Aisha. Melina mengangkat kening. ‘Jangan dia suruh kawan aku buat benda tak senonoh sudah!’ pintanya di dalam hati.
“Dia buat apa?” soal Melina lembut. Dalam keadaan sekarang nie, sememangnya dia tidak boleh cakap lepas seperti sebelum-sebelum nie. Dia kenal benar sikap Aisha. Kalau dah susah hati tahap gaban, jangan cuba-cuba buat lawak, nanti dengan dia-dia sekali mati sakit jantung. Sebabnya cuma satu. Habis kena hambur dengan Aisha la jawabnya.
“Dia ajak aku jumpa walid!” jawab Aisha ringkas. Melina membuntangkan matanya. “Apa kes pulak mamat tu suruh kau jumpa walid dia?” soal Melina sedikit terjerit. Aisha menekup telinganya.
“Agak-agak la wei nak jerit pun. Pekak telinga aku baru kau tau!” marah Aisha. Melina tersengih. “Sorry beb, tak sengaja. Jangan marah ek!” pujuk Melina bersungguh-sungguh. Bimbang juga andai Aisha bertukar ke mood membunuh.
Hehehe...Jangan salah sangka ek! Bukan membunuh sampai masuk kubur. Ni membunuh sampai hati yang hancur. Luruh jantung, sakit tak terkata. Korang apa tau! Tak pernah rasa!
“Nape dia suruh kau jumpa walid dia?” soal Melina lagi. Aisha mengeluh. “Dia yang kena paksa kahwin, aku pulak yang diheret masuk line!” rungut Aisha.
“Maknanya...dia ajak kau kahwin la nie?” soal Melina sambil tersengih-sengih. Aisha menjegilkan mata.
“Erk...sorry,sorry! Dia serius ke?” Aisha sekali lagi mengeluh. “Entah!” Aisha menjungkit bahu. Melina terdiam seketika. Cuba berfikir mencari jalan.
“Hurm...apa kata kalau kau jumpa walid dia dulu. Sebelum kau pergi ngan dia, kau inform la kat walid yang kau datang ngan Arriel. Nanti kan, tak pasal-pasal terkejut beruk Arriel tengok tetiba jer walid tegur kau!” Melina memberi idea.
“Mel...Nape nasib aku bertambah buruk bila aku kenal jer mamat sengal nie?” soal Aisha tiba-tiba. “Dah jodoh kau ngan dia...nak buat macam mana lagi,” ujar Melina selamba.
“Mel! Aku tengah sedih, boleh pulak kau cakap macam tu ek!” marah Aisha. Melina tersengih. ‘Hehehe...Dah terlepas cakap la pulak. Ni yang aku benci nie! Mulut nie tak boleh control langsung!’ bebelnya dalam hati.
Aisha tarik muncung panjang. “Ololo...kawanku sayang. Jangan  la masam-masam macam nie. Nanti dah tak ada yang berkenan kan melepas. Kau ikut jer apa yang aku cakap tadi. Dia bukannya suruh kau kahwin ngan dia terus. Dia just suruh kau jumpa walid dia. Tak suruh benda lain pun,” pujuk Melina.
Aisha diam. Sesungguhnya otaknya sedang berserabut. ‘Ada ke patut si Arriel tu mintak benda yang bukan-bukan! Memang nak kena smackdown ngan aku nie!’ bebel Aisha dalam hati.
“Cha! Nak tanya sikit nie!” ujar Melina. Aisha mengerutkan dahinya. Belum pernah lagi Melina meminta kebenaran jika ingin bertanya. “Tanya la,” balas Aisha.
Melina berdiri. Dia menjauhi Aisha. ‘Kena prepare awal-awal nie! Kalau dia buka langkah silat, aku buka langkah cabut!’ getus hati Melina.
“Dia mintak kahwin dekat Cha atau Fellis?” laju sahaja Melina menyoal. Aisha membeliakkan matanya. “Mel...” jerit Aisha geram.
“Jangan marah Cha! I’m just asking!” pujuk Melina. Badannya sudah semakin menghampiri pintu. “Banyak la kau just asking! Yang kau nak tau sangat apesal?” hambur Aisha geram.
“Uii...garangnya! Aku tanya sebab aku teringin nak tau. Al maklum lah, si Arriel tu kenal Cha ngan Fellis! Teringin jugak nak tau sape dia ajak!” kata Melina sambil tersengih. Aisha mendengus.
“Fellis!” jawab Aisha sepatah. “Dia ajak Fellis pun kau nak marah? Jealous ke?” soal Melina. Aisha menjeling Melina tajam.
“Kau memang sengaja nak cari pasal ek! Mari sini, aku smackdown!” Aisha bangun dari duduknya. Melina apa lagi! Bila dilihatnya Aisha menuju ke arahnya, terus sahaja dia membuka pintu lalu melarikan diri.
“Eii...Tak guna punya si Mel! Siap kau aku kerjakan!” kata Aisha geram.
****
Arriel merebahkan dirinya di atas sofa. Penat dia melayan Rina, salah seorang teman wanitanya. Matanya dipejam rapat.
“Arriel!” tegur satu suara. ‘Argh...orang tua nie lagi! Memang tak boleh tengok aku senang sikit!’ bebel Arriel di dalam hati.
“Walid nak apa?” soal Arriel sedikit kasar. Datuk Asri sedikit terkejut namun disabarkan juga hatinya.
“Arriel...sudah-sudah la tu! Walid tak harap apa-apa pun dari Arriel tapi cuma satu yang walid mintak ngan Arriel! Berhenti la buat kerja-kerja tak senonoh nie Arriel!” tegur Datuk Asri lembut.
Arriel mendengus  kasar. “Apa maksud walid ha? Arriel tak pernah pun buat benda tak senonoh! Kalau walid tak kenal Arriel, jangan la walid sedap-sedap nak tuduh Arriel benda bukan-bukan,” marah Arriel namun suaranya tidak la sekeras mana.
Masih terngiang-ngiang kata-kata Fellis dulu. ‘Give him a chance!’
“Kamu jangan ingat walid tak tau! Hari-hari kawan-kawan walid tegur. Mereka nampak tiap-tiap hari Arriel dok usung perempuan ke sana ke mari. Tak ke tu kerja tak senonoh namanya! Kalau sorang tu walid boleh faham tapi nie, asyik bertukar pasangan,” tegur Datuk Asri.
“Habis tu, walid nak suruh Arriel buat apa lagi? Dah memang nie perangai Arriel!” kata Arriel. Suaranya sedikit mengendur.
“Walid nak kamu kahwin cepat-cepat!” putus Datuk Asri. Arriel mengeluh. “Tapi Arriel tak ada calon lagi,” ujar Arriel lemah.
“Teman wanita kamu keliling pinggang tu takkan tak ada yang sesuai kot!” sinis Datuk Asri menuturkannya.
Arriel mengeluh lagi. “Kalau selera walid tu sama dengan selera Arriel tak apa la jugak tapi nie, selera walid, menyimpang jauh dari selera Arriel!” tutur Arriel.
Datuk Asri ketawa. “Kalau macam tu, cari-carilah yang sesuai. Kalau tak jumpa-jumpa jugak, walid kahwinkan terus Arriel dengan sepupu Arriel tu!” ujar Datuk Asri.
Arriel mengerutkan dahinya. “Sepupu?” soal Arriel. “Haii...Takkan sepupu kesayangan sendiri pun boleh lupa!”
“Tak ingat la walid. Lama sangat duduk London, sampai otak pun beku!” kata Arriel sambil tersengih. “Hmm... Budak perempuan yang kamu selalu buli dulu. Takkan tak ingat kot!” Datuk Asri memberi klu.
Arriel memerah otaknya cuba mengingati sebaris nama sepupunya itu. “Maksud walid...si Echa?” soal Arriel. Dia sudah berjaya menangkap gerangan gadis yang disebut Datuk Asri.
Datuk Asri mengangguk. Mulutnya menguntum senyuman. “Kalau kamu dah tak ada calon sangat, biar walid pergi pinang terus Cha tu! Single lagi budak tu!” ujar Datuk Asri bersama senyuman.
Arriel membeliakkan matanya. ‘No way! Takkan aku nak kahwin ngan sepupu aku tu kot. Masa kecik-kecik dulu, boleh la main kahwin-kahwin, tapi sekarang dah besar. Tak nak la kahwin ngan dia. Masa kecik dulu, badan dia gempal! Entah macam mana la badan dia sekarang. Entah-entah gempal lagi,’ bebelnya dalam hati.
“Walid tengah cakap ngan dia...boleh pulak dia mengelamun!” Datuk Asri menggeleng-geleng kepala. “Err...Walid tak payah la pergi pinang dia. Nanti Arriel bawak balik calon menantu yang sesuai,” kata Arriel sambil tersengih-sengih.
“Hmm...Walid tunggu!” ucap Datuk Asri sepatah. “Ok la walid. Arriel naik atas dulu. Nak mandi!” Arriel segera bangun. Tangan walidnya dicium lalu dia terus menapak ke atas.
Datuk Asri tersenyum. Hubungan mereka anak beranak kini sudah semakin membaik. Entah apa yang Aisha dah buat sehinggakan Arriel boleh berubah sedemikian rupa. Mungkin sekali sekala Arriel ada juga memarahinya tetapi, tidak la seteruk dulu. Tutur kata Arriel juga sudah semakin lembut. Sehingga boleh ketawa dan tersenyum di hadapannya.
Memang tidak salah lagi pilihannya untuk meminta bantuan Aisha. Bukannya Datuk Asri tidak tahu tentang hubungan Arriel dan Aisha sudah semakin rapat. Hampir setiap hari Aisha memaklumkan kepadanya tentang hubungan mereka. Datuk Asri tersenyum. Diharapnya, hubungan itu akan berkekalan selama-lamanya.

1 comment:

  1. tkde sambungan lg tak cite nie.... rs cam best la plak bila bc....

    ReplyDelete