Friday, 20 April 2012

Jatuh Cinta??? Bab 11

Arriel termenung sendiri. Tadi, dia baru sahaja bertemu dengan Stella. Kata-kata Stella sebentar tadi benar-benar menghantuinya.“Arriel! I nak cakap ngan you kejap, boleh?” soal Stella. Arriel mendengus kasar.“You nak apa lagi?” soal Arriel kasar. Stella tersentak. “I ada benda nak bagitau you!” ujar Stella cuba bertenang.“Kalau you datang sini nak ganggu hubungan I dengan Fellis, baik you lupakan!” ujar Arriel. Stella tersenyum sinis.“I tak rasa I yang akan rosakkan hubungan you and Fellis but I rasa, Fellis sendiri yang akan rosakkan hubungan korang!”Arriel mencerlung ke arah Stella. “You jangan cakap yang bukan-bukan!” marah Arriel.Stella ketawa. “Please la Riel! Do you really trust her?” soal Stella.“You sibuk apesal?” bentak Arriel.“I sayangkan you Arriel! I tak nak tengok you merana sebab perempuan tu!” ujar Stella.Arriel merengus kasar. “You jangan cuba-cuba nak putuskan hubungan I dengan Fellis!” marah Arriel.Stella mengeluh. “Fine! Kalau you betul-betul percaya kat si Fellis tu, I nak tanya you something. Pernah tak dia cerita kat you pasal life dia sebelum ni?”“Apa maksud you?” soal Arriel, bingung.“She never told you anything!” ujar Stella bersama senyuman sinis. Arriel mengerutkan dahinya.“Apa yang I tau, your beloved girlfriend tu, dah ada tunang or maybe dah jadi husband dah pun!” ujar Stella. Arriel memandang Stella tajam.“Maksud you?” soal Arriel. Matanya tidak lepas dari memandang Stella.“You tak tau ke? 3 tahun lepas, I dengar Fellis dah bertunang and diorang plan, 6 bulan after tunang, diorang nak nikah.” ujar Stella sambil menjungkit kening.Arriel tersentak. Dia tidak pernah mendengar apa-apa berita mengenai pertunangan Fellis. Malah, tidak ada siapa-siapa pun yang memaklumkan hal tersebut kepadanya.“You just dengar, tak semestinya betul!” sangkal Arriel. Stella tersenyum sinis.“Apa yang I cakap nie, bukannya tak betul. Athi sendiri yang pergi tengok majlis pertunangan tu. Lagipun, orang yang bertunang dengan Fellis tu, ex I.” ujar Stella.“Dia tak pernah bagitau pun!” kata Arriel perlahan. Dia meraup mukanya. Dia tidak pasti, siapa yang perlu dipercayainya.“I tak pernah sangka orang yang selama nie I rasa cukup baik boleh curang dengan tunang sendiri.” ujar Stella. Nadanya sengaja dibuat-buat kesal.“You pasti dia curang? Entah-entah, diorang dah putus!” sangkal Arriel lagi. Stella memandang Arriel dengan pandangan tajam.‘Susah sangat ke nak percaya cakap aku?’ desis hati Stella.“Feeq terlalu sayangkan Fellis. Mustahil Feeq akan lepaskan Fellis macam tu jer.” ujar Stella, masih cuba meyakinkan Arriel.“Maybe orang yang bernama Feeq tu yang tak pandai hargai Fellis.”“I know Feeq. Dia terlalu baik untuk mana-mana perempuan. Sebab tu sebelum nie, I tertarik kat dia. Tapi, Athi, kawan I, bagitahu I yang Fellis terlalu sayangkan Feeq. Athi tak nak tengok I permainkan Feeq, jadi dia suruh I lepaskan Feeq. Bila I lepaskan Feeq untuk Fellis, I tak sangka yang Fellis pun sama jer. Malah, lebih teruk lagi!” ujar Stella lagi.Arriel mengelengkan kepalanya. Sukar untuk dia percaya bahawa Fellis akan bersikap sedemikian rupa. Dia kenal Fellis. Mustahil Fellis akan melakukan perkara kejam itu.“You jangan cuba-cuba nak fitnah dia!” bentak Arriel.“It’s up to you to believe or not. I harap, you fikir-fikir la pasal hal nie. It’s for your own good.” ucap Stella lalu meninggalkan Arriel.Arriel meraup wajahnya. ‘No! Fellis takkan buat macam tu. I know her!’ desis hati Arriel.‘Tapi, macam mana kalau apa yang Stella cakap tu betul?’“Argh....nape la Fellis nie misteri sangat? Tak boleh ke dia ceritakan sikit pasal diri dia tu kat aku!” ujar Arriel sendirian.
*****
Aisha mengeluh perlahan. Sejak kebelakangan ini, dia kuat benar mengeluh. Dia sendiri tidak pasti mengapa. Sebentar tadi, Arriel baru sahaja menelefonnya.Arriel mencari Cha, bukannya Fellis. Dahinya berkerut. Dia sebenarnya agak pelik. Selalunya, Arriel hanya akan mencari Fellis bukannya Aisha. Tapi, entah apa mimpinya hari ini, Cha yang dicarinya dahulu.“Cha!”Aisha berpaling. Dia menayangkan muka tak puas hati.“Nak apa ganggu aku pagi-pagi nie?” soal Aisha tidak berpuas hati. Arriel tayang riak selamba.“Alah, takkan nak ganggu sepupu sendiri pun salah!” balas Arriel.“Masalahnya, kau ganggu time aku tengah takde mood!” hambur Aisha geram. Arriel tersengih. ‘Garang jugak minah nie. Ingatkan biasa jer,’ getus hati Arriel.“Tapi kan, hari tu kau kata nak siapkan projek kita,” ujar Arriel.Aisha menjeling tajam. Kaca matanya yang hampir jatuh dibetulkan.“Yang aku cakapkan tu, kelmarin punya la. Kau tu yang tak datang. Aku tunggu kau berjam-jam tapi kau langsung tak datang. Letih tau! Kau tu, tak kesian kat aku langsung!” bebel Aisha panjang lebar.Arriel menelan air liur. Dia tahu Aisha marah. Tetapi ini semua bukanlah salahnya sepenuhnya. Disebabkan kekasih barunya, Adelia, dia jadi lupa akan janjinya terhadap Aisha.“Kau pergi jumpa sape kelmarin?” soal Aisha tiba-tiba. Arriel terpinga-pinga tetapi dia masih dapat menangkap soalan yang diaju Aisha sebentar tadi.“Maksud kau?” soalan berbalas soalan.“Jangan buat-buat bodoh. Kau jumpa awek mana pulak kelmarin?” Aisha mengulang soalannya. Matanya tepat merenung Arriel.Arriel mengeluh. ‘Kalau aku bagitau dia, sah-sah dia bagitau walid. Kalau walid tau, sah-sah aku kena parang kat rumah nanti!’Arriel memandang Aisha. Sepertinya, Aisha benar-benar mengharapkan jawapannya. Aisha jungkit kening.“Adelia!” laju sahaja jawapan itu keluar dari mulut Arriel. Arriel agak terkejut dengan perilakunya sendiri. Segera ditutup mulutnya.‘Yang aku bagitau dia hal sebenar tu apa kes?’ marah Arriel pada dirinya sendiri.Aisha sekadar mengangguk. Arriel dapat mengesan perubahan di wajah Aisha.‘Cha jealous ke?’ soal hatinya. Mulutnya menguntum senyuman nakal.“Kau jealous ek?” soal Arriel. Aisha menjeling tajam.“Buat apa aku nak jealous. Tak ada faedah langsung!” sangkal Aisha. Arriel ketawa kuat.“Hish! Tak beradab langsung budak nie sorang!” sungut Aisha perlahan.“Nah coklat. Jangan nak masam-masam lagi,” ujar Arriel sambil menyerahkan coklat cadburry kegemaran Aisha.Aisha teruja. Pantas sahaja dia menyambar coklat yang ada di tangan Arriel lalu memakannya.Arriel memerhati Aisha makan. Mulutnya terus sahaja menguntum senyuman. Dia suka melihat Aisha makan.“Coklat tu, sebagai tanda aku minta maaf,” ujar Arriel. Aisha mengangguk.“Aku maafkan!” ujar Aisha.Seketika kemudian, Aisha memberhentikan kunyahannya. Dia memandang Arriel lama. Arriel menjungkit kening.“Kau datang jumpa aku nie, ada hal apa?” soal Aisha. Fokusnya kini berada pada Arriel.“Nak jumpa kau pun mesti bersebab ke?” soal Arriel. Aisha menjeling tajam.“Ok, ok! Aku gurau jer tadi,” ujar Arriel sambil tersengih-sengih. Bimbang juga kalau-kalau Aisha hilang kawalan.“Aku datang sini sebab nak tanya kau satu benda,” ujar Arriel, kembali serius. Aisha sekadar mengangguk.“Err...Kau tau tak yang Fellis dah bertunang?” soal Arriel lagi.Aisha tersentak. Dia agak terkejut mendengar soalan yang diutarakan Arriel.“Siapa bagitau kau?” Aisha tidak terus menjawab soalan Arriel.Arriel menggaru kepala. Serba salah dengan apa yang sedang disoalnya.“Stella!”Mendengar nama itu disebut, Aisha mengerutkan dahinya. Agak pelik kerana gadis tersebut tahu mengenai hal itu.“Macam mana dia tau?” soal Aisha lebih kepada dirinya sendiri.“Dia cakap, tunang Fellis tu ex-boyfriend dia,” balas Arriel. Aisha mengeluh perlahan.“So, kau percayakan Fellis ataupun Stella?” soal Aisha sambil merenung tepat ke dalam mata Arriel.“Aku percaya kat Fellis tapi, kau tau la kan. Kalau dah ada orang cakap benda bukan-bukan, mesti kita nak tau jugak pasal benda tu,” ujar Arriel. Aisha mengukir senyuman tawar.“Fellis memang pernah bertunang,” ujar Aisha ringkas. Arriel mengerutkan dahinya.“Maksud kau, selama nie dia tipu aku?” soal Arriel sedikit marah. Aisha menggeleng perlahan.“Dia PERNAH bertunang. Sekarang nie dah PUTUS,” ujar Aisha. Perkataan pernah dan putus ditekannya.Dahi Arriel semakin berkerut. Aisha mengeluh.“Kenapa diorang putus?” soal Arriel.“Biarlah rahsia,” ujar Aisha dalam nada gurauan. Sebolehnya, dia tidak ingin bercakap mengenai perkara itu.“Kenapa diorang putus?” soal Arriel lagi. Nadanya seakan-akan mendesak.“Perlu ke kau tau?” ujar Aisha bengang. “Fellis tu girlfriend aku so, aku patut tau tentang hal nie!” ujar Arriel. Aisha mendengus kasar.“Kalau kau nak tau sangat pasal hal nie, kau tanya Fellis!” marah Aisha. Aisha segera berdiri lalu menyimpan barang-barangnya.“Wait! Kau nak pergi mana?” soal Arriel sambil memegang lengan Aisha.“Balik! Aku bosan, tau tak!” ujar Aisha sambil cuba melepaskan tangannya daripada terus dipegang Arriel.“Duduk la dulu,” pujuk Arriel.“Jangan paksa-paksa aku boleh tak! Kalau aku duduk sini pun, otak aku jugak yang sakit. Menyampah tau tak!” bebel Aisha.“Please la Cha. Cuma kau sorang jer yang aku ada. Aku tak tau nak tanya sape lagi soal hal nie!” pujuk Arriel.“Arriel, please understand me! Benda nie bukan something yang aku boleh cerita. It takes time,” ujar Aisha lirih. Matanya berair.“Ok. Aku takkan paksa kau cerita tapi duduklah dulu,” akur Arriel. Aisha mengesat air mata yang hampir mengalir lalu melabuhkan punggungnya kembali di sisi Arriel.“Lain kali jangan tanya aku pasal hal nie!” ujar Aisha. Arriel sekadar mengukir senyuman.Dia agak hampa. Dia menyangka, mungkin dengan bertanya kepada Cha, dia akan dapat mengetahui hal sebenar tapi tidak.‘Maybe hal nie kompleks sangat sampaikan Cha sendiri tak mahu cerita kat aku,’ getus hati Arriel.Aisha memandang Arriel sayu. ‘Kalau Arriel tau hal yang berlaku, nak ke Arriel rapat dengan aku?’Pelbagai perkara yang bermain di benak Arriel dan Aisha. Kedua-duanya berada dalam keadaan serba salah.Satu penipuan membawa kepada pelbagai salah faham. Entah bila ini akan berakhir.

No comments:

Post a Comment