BAB 12
Aisha memandang telefon bimbitnya bersama kerutan di dahi. Sekejap-sekejap telefon itu berbunyi. "Kalau satu jer telefon yang bunyi, takpe. Nie, dua-dua sekali yang bunyi. Haish…” omel Aisha sendirian. Kepalanya digaru perlahan.
Telefon samsung Galaxy Y diambil. Tertera nama Arriel pada skrin telefon. Seketika kemudian, telefon itu berhenti berbunyi. Matanya beralih pula pada telefon samsung Galaxy S nya pula. Memang peminat samsung betul Aisha nie!
“Y berhenti melalak, yang S nie pulak nak sambung melalak!” omel Aisha geram. Telefon itu diambil. “Arriel lagi!” keluhnya. Kepalanya digaru. Entah berapa banyak kali kepalanya digaru dia sendiri tidak tahu.
“Wei Cha! Jawab-jawab la call tu. Dah bernanah telinga aku dengar!” marah Melina yang sedang ralit membaca novel.
“Kau ingat telinga aku nie tak bernanah ke? Aku pun sakit hati jugak. Entah pape la mamat nie! Kalau Cha sorang or Fellis sorang yang dia cuba call, takpe. Nie dua-dua sekaligus dia cari!” bebel Aisha pangjang.
Melina menggeleng kepala. Novel yang dibacanya tadi ditutup. Kakinya dibawa ke arah Aisha. Segera telefon yang sedang berdering sedari tadi dicapai. Aisha hanya memerhati tingkah Melina dengan pandangan bingung.
“Hello,” balas Melina. “Hurm…Fellis tengah mandi. Cha pulak tengah tidur. Boleh tak you telefon lain kali pulak! I nak baca buku Remember Me! pun tak boleh!” sambungnya lagi tanpa sempat Arriel berkata apa-apa.
“Lambat lagi ke Fellis nak siap mandi?” soal Arriel. Melina menjeling Aisha yang berada di sebelahnya.
“Fellis you nie, ada tabiat yang pelik sikit. Kalau duduk dalam toilet, memang setengah jam tak cukup!” ujar Melina selamba. Aisha yang mendengarnya menjegilkan mata.
“Err…Cha? Tak boleh ke you kejutkan dia sekejap?” soal Arriel lagi. Melina mengeluh lemah.
‘Susah betul kalau bercakap dengan orang degil macam nie!’ omelnya dalam hati.
“Cha pun ada tabiat jugak! Kalau dah kepala tu duduk elok atas bantal, jangan harap senang nak kejutkan dia. Ambil masa tau! Sorry la Riel! I tak boleh nak tolong you. I takut tak pasal-pasal Cha mengamuk,” ujar Melina lagi. Matanya menjeling ke arah Aisha Dapat dilihat Aisha sedang menahan geram.
“Tak guna punya Mel!” marah Aisha. Melina hanya menayang sengih. Cepat-cepat dia meletakkan jari telunjuknya dibibir Aisha menyuruh Aisha diam.
“Err…tadi I dengar suara orang!” ujar Arriel sedikit pelik.
“Err..err…tadi tu Cha. Dia tengah mengigau agaknya. Entah pape la dia tu!” ujar Melina memberi alasan.
“Erm…ok la kalau macam tu! I just nak jumpa Fellis. Bagitau dia, malam I nak jumpa dia kat tempat biasa. Jangan bawa Cha pulak!” pesan Arriel. Melina tergelak kecil.
“Ok bos! Nanti I sampaikan pesanan you kat Fellis a.k.a Cha! Bye-bye dear!” Melina pantas mematikan panggilan tanpa sempat Arriel membalas apa-apa.
“Yang ayat last kau tu apa kes pulak?” soal Aisha geram. Matannya mencerlung memandang Melina.
“Ayat mana? Ayat yang aku panggil Arriel dear tu ke? Kau jealous ek!” usik Melina. Aisha menjegilkan matanya. Melina pula, selamba badak dia saja gelak.
“Bukan yang tu la. Ayat kau yang kedua last tu!” tukas Aisha. Melina masih lagi ketawa.
“Relaks la beb. Kalau dia tanya pape, pandai la kau kelentong. At least, kau berterima kasih la dengan aku sebab dah selamatkan kau dari Arriel tu!” ujar Melina. Aisha menggelengkan kepalanya perlahan. Agak pelik melihat perangai Melina yang terover hyper.
“Sejak dari dulu, sampai sekarang, tak pernah berubah-berubah perangai hiper kau tu!” bebel Aisha.
“Ish….kau nie Cha! Hiper-hiper nie kau jangan sebut. Teringat aku kenangan kisah lalu yang amat mendukacitakan!” ujar Melina. Aisha ketawa mendengar ayat dramatik Melina.
“Benda yang dah lama macam tu pun kau ingat lagi?” soal Aisha setelah tawanya reda.
“Mestilah ingat. Ada ke patut mamat tu tanya cikgu soalan pelik macam tu?” rungut Melina.
“Alah Mel…Rileks la… Masa tu kita budak lagi. Mana la tau benda-benda macam tu!” pujuk Aisha. Melina memuncungkan mulutnya. Dah macam itik pun ada.
“Budak apa ke bendanya. Umur dah 16 tahun. Dah baligh dah pun!” ujar Melina lagi. “Mana kau tau dia dah baligh. Tengok-tengok belum lagi!” ujar Aisha pula sambil mengangkat keningnya berkali-kali.
“Ish kau nie kan! Suka sangat cakap benda yang bukan-bukan macam tu! Dah….jangan cakap pasal benda nie lagi!” ujar Melina geram.
“Bukan-bukan apenya! Betul la apa yang aku cakap tu! Sape tau kan?” usik Aisha lagi. Melina merengus kasar.
“Pandai la kau!” Melina segera bangkit meninggalkan Aisha. Buku yang tadinya ditutup, kini dibuka kembali.
“Hehe….lupa pulak nak tanya kau! Tadi Arriel pesan apa?” soal Aisha. Dia segera berdiri lalu melabuhkan punggungnya di sisi Melina.
“Dia suruh aku pesan kat kau, malam nie dia nak jumpa kau kat tempat biasa,” ujar Melina tanpa riak. Matanya masih fokus pada novelnya. Aisha mengangguk-angguk.
“Oh….dia ada pesan jugak. Jangan bawak Cha sekali!” sambung Melina lagi. Mata Aisha terkebil-kebil.
“Apa kes tak boleh bawak Cha pulak! Ish….tak aci la macam nie!” protes Aisha. Melina menghentikan bacaannya. Dia memerhati Aisha tanpa berkelip.
“Apa tengok-tengok? Tak puas hati betul aku ngan Arriel nie. Ada ke patut dia nak sisihkan aku macam nie! Tau la yang Fellis tu cantik, menarik kau memang da bom…tapi, Cha pun ada perasaan jugak….bla…bla…bla…”
“Err…Cha…aku rasa kau ada masalah la,” ujar Melina tiba-tiba. Aisha menghentikan bebelannya. Melina dipandang dengan dahi yang berkerut seribu.
“Aku rasa kau ada masalah personaliti la!” Aisha terpinga-pinga. Tidak faham dengan apa yang cuba disampaikan Melina.
“Kau tau-tau la… Masalah dwi personaliti or patut aku panggil split personaliti yang dalam bahasa saintifiknya entah ape aku tak ingat tu!” terang Melina. “Dalam artikel yang aku baca, masalah nie boleh dikira masalah mental la jugak. Dari cara kau cakap tadi tu, aku boleh nampak symptom-symptom penyakit tu!” sambung Melina lagi.
Aisha terkebil-kebil memandang Melina. Cuba mencerna setiap kata-kata Melina.
“Err…Split personaliti tu aku tau la apa bendanya tapi…yang aku tak fahamnya, nape kau kata aku menghidap penyakit tu?” soal Aisha inginkan kepastian. ‘Ada ke patut dia cakap aku ada mental illness! Ish…’ bebel Aisha dalam hati.
“Yelah…kau bercakap macam Fellis tu orang lain. Bukan ke Cha and Fellis tu orang sama! Cha pun kau, Fellis tu pun kau! Yang kau nak jealous sangat nie nape?” balas Melina.
Aisha menayang sengih. Baru menyedari kesalahannya. Kalau orang lain yang tengok pun, mesti fikir benda yang sama. ‘Tak pasal-pasal aku dicop gila. Nasib baik aku buat perangai nie depan Mel. Kalau depan orang lain, sah-sah diorang hantar aku ke hospital bahagia. Alamatnya, berbahagia la aku hari-hari!’ getus hati Aisha.
“Sorry Mel. Tak terperasan. Nie la jadinya kalau terlebih emosional,” ujar Aisha mengakui kesalahannya.
“Lain kali kau behave pelik macam nie, aku tak teragak-agak nak call hospital bahagia tu!” ugut Melina. Aisha sekadar mengangguk.
Nafas lega dilepaskan. ‘Nape la aku boleh tersasul macam tu. Jangan la dibuatnya aku ada masalah tu!’
*****
Stella menghempas pintu keretanya kuat. Kakinya laju dibawa ke arah pintu masuk kelab. Hatinya yang panas diharap dapat disejukkan dengan masuk ke kelab itu lagi. Mukanya jelas menunjukkan dia sedang marah. Marah benar dia apabila Arriel langsung tidak percaya dengan setiap tutur katanya mengenai Fellis.
“Apa yang special sangat dengan betina tu. Hampir semua lelaki jatuh kat kaki dia,” omel Stella sendirian.
Dia sebenarnya bukanlah terlalu kisah seandainya Arriel meninggalkannya kerana dia sudah biasa begitu. Bersama seorang lelaki tidak lebih dari sebulan. Tetapi apabila mengenangkan orang yang telah merampas Arriel dari dirinya itu ialah Fellis, sakit benar hatinya.
Dulu, Fellis pernah mengambil Rafeeq daripadanya. Disangka dia langsung tiada perasaan pada Rafeeq tetapi salah baginya apabila hampir setiap hari, hatinya itu menginginkan Rafeeq ada di sampingnya. Namun, pada waktu itu, dia tidak terlalu kisah kerana dia berfikir Fellis benar-benar menyayangi Rafeeq. Stella ingin Rafeeq mendapat seseorang yang lebih baik jika ingin dibandingkan dengan dirinya.
Tapi, Fellis yang difikirnya dapat memberi kebahagian kepada Rafeeq ternyata seseorang yang sangat keji. Difikirnya Rafeeq mungkin berbahagia bersama isteri dan mungkin juga anak, ternyata meleset.
Tidak sayangkah Fellis kepada Rafeeq? Tidak kisahkah Rafeeq dengan apa yang telah dilakukan oleh Fellis sekarang. Pelbagai persoalan yang bermain di mindanya kini.
Namun, satu yang pasti, Stella harus membalas dendam. Kebahagiannya diragut begitu sahaja. Tidak mungkin dia akan benarkan. Tidak mungkin sama sekali.
“Hai Stella! You buat apa kat sini?” soal satu suara yang amat dikenalinya dan mungkin juga masih dirinduinya. Stella sedikit terkejut dengan pertemuan kali ini.
“Err…hai…I datang release tension. You pulak buat apa kat sini? Seingat I, dah lama I tak nampak bayang you kat kelak since you engaged!” ujar Stella pula. Dia cuba mengorek rahsia. Mungkin dia akan mendapat jawapan kepada persoalan yang selama ini dicari.
Jejaka di hadapannya ketawa. “Tu dulu, masa I tengah bertunang. Sekarang, I’m back!” ujarnya bersama senyuman manis. Stella turut ketawa.
“Oh…I almost forgot! You must be married by now. Right, Rafeeq?” telahannya membuatkan Rafeeq kembali ketawa. Kepala Rafeeq digelengkan berberapa kali.
“I’m not married yet sweetheart. I’m still single,” ujar Rafeeq setelah tawanya reda. Dahi Stella berkerut. TIdak faham dengan apa yang cuba disampaikan Rafeeq.
“I dah putus tunang. Dah tiga tahun,” sambung Rafeeq lagi apabila melihat kerutan di dahi Stella. Stella terkejut. Akhirnya, semua persoalan kini sudah terjawab.
“Patut la I tengok ex tunang you tu selamba jer keluar ngan laki lain,” ujar Stella. Riak di wajah Rafeeq terus berubah.
“Apa maksud you?” soal Rafeeq ingin tahu. “Sekarang nie, dia tengah bercinta dengan Arriel. Arriel tu ex boy I,” balas Stella dengan nada meluat. “Ex boy you?” soal Rafeeq sambil menjungkit kening.
“Yeah….tapi, disebabkan dia, kitorang putus. Entah apa yang dia pakai sampai Arriel terlekat macam dah terkena gam dekat dia tu!” omel Stella. Rafeeq ketawa perlahan. Stella memandang Rafeeq. Dia baru tersedar akan keterlanjurannya.
“Ops….I’m sorry Rafeeq. I tak patut cakap benda yang bukan-bukan pasal dia depan you. Mesti you sakit hati dengan I,” pinta Stella dengan nada manjanya.
“It’s ok sweetheart. I tak kisah pun. Lagipun dia yang tolak I. Sakit kat hati I nie pun tak sembuh-sembuh lagi. Sekurang-kurangnya, I tau yang you berpihak pada I,” ujar Rafeeq perlahan. Dia mengukir senyuman sayu. Sengaja ingin meraih simpati Stella.
Sejak kejadian tiga tahun lalu, Rafeeq dihantar daddynya untuk ke London. Bukannya dia tidak tahu. Daddynya melakukan sedemikian kerana takut dengan ugutan bapa Fellis.
Sudah tiga tahun dia menahan dendam. Penolakan Fellis sedikit sebanyak telah mencalarkan namanya. Sejak kejadian itu, rakan-rakannya yang lain memandang sinis kepadanya kerana tidak mampu menjinakkan gadis kecil seperti Fellis.
Kepulangannya kali ini adalah untuk mendapatkan apa yang sepatutnya menjadi miliknya tiga tahun yang lalu. Tidak mungkin dia akan melepaskan Fellis begitu sahaja.
“Feeq…you tengah berangankan apa tu?” soal Stella. Tangannya kemas melingkar lengan Rafeeq. Rafeeq mengukir senyuman.
“You akan tolong I kan Stella?” soal Rafeeq tiba-tiba. Renungan yang diberi buat Stella, sedikit sebanyak menggoda jiwa Stella. Stella mengangguk laju. Kepalanya lantas diletakkan diatas bahu Rafeeq. Rafeeq membelai rambut Stella.
Kini, rancangan akan berhasil. Apa yang dingininya pasti akan dia dapatkan.