Sunday, 5 August 2012

Jatuh Cinta Bab 13

Arriel dan Aisha melangkah masuk ke dalam kelab itu. Lagak mereka menyebabkan ramai mata memandang. Ada yang kagum dan ada juga yang iri. Manakan tidak! Hampir semua pengunjung di kelab itu mengenali Arriel. Sudah hampir setiap hari Arriel datang ke tempat itu.
“Ash dengan Fik mana?” soal Aisha sambil matanya melilau ke kiri dan ke kanan. “Kejap lagi diorang sampai!” bisik Arriel di telinga Aisha. Aisha mengangguk perlahan. Matanya memerhati kawasan sekeliling.
Seketika kemudian Aisha menggeleng perlahan. Manusia yang berada di dalam kelab kini bagaikan dirasuk hantu. Menari dengan penuh asyik. Bersentuhan tanpa merasa malu.
Dulu, dia pernah begini. Tetapi kini, dia menyesal. Kalau lah dulu dia menjaga batasnya, sentiasa mendengar nasihat ibu bapanya, pasti kejadian itu takkan berlaku.
“Sayang, kenapa nie?” soal Arriel tiba-tiba. Aisha merenung Arriel, lama. Kini, dia punya satu misi. Misi untuk membawa Arriel kembali. Misi untuk menyedarkan Arriel dari dunia kegelapan ini.
“Sayang, you okay ke?” soal Arriel lagi. Aisha menggeleng.
“Tapi, nape you pandang I lain macam?” soal Arriel lagi, masih tidak berpuas hati. Aisha ketawa perlahan. “I saja nak tengok you. Lagipun, I rindu. Dah lama I tak luangkan masa dengan you macam nie,” ujar Aisha manja. Kepalanya dirapatkan ke dada Arriel.
Arriel tersenyum. Perilaku manja Aisha amat disenanginya. Bukan selalu Aisha berkelakuan begitu. Kadang-kadang, Arriel merasa seolah-olah Aisha sengaja mempermainkannya.
“You tu yang selalu busy. I ajak you keluar, you tak nak. Sibuk dengan itu la, dengan ini la,” bebel Arriel. Aisha ketawa. Bukan selalu boleh tengok Arriel membebel. Kadang-kadang tengok pun best jugak!
“Alah…Cha kan ada. Biar la dia yang tolong jagakan you untuk I!” ujar Aisha manja. Bibirnya menguntum senyuman. Kadang-kadang dia sendiri terasa pelik. Pelik kerana terpaksa berlakon menjadi orang lain. Kalau orang lain tengok, pasti ada yang akan mengata yang Fellis Aisha mempunyai masalah personaliti.
“You lain, Cha lain!” ujar Arriel. Tangannya ligat mengelus rambut Aisha yang dilepas bebas. Aisha tersenyum.
“Cha ngan I kan orang yang sama!” balas Aisha. Arriel bingung. Dahinya berkerut seribu. Belum sempat dia bertanya dengan lebih lanjut, satu suara menegur mereka.
“Hai!”
Arriel dan Aisha sama-sama berpaling ke arah suara yang menegur mereka. Aisha terkaku. Arriel memandang gerangan yang menegur dengan dahi yang berkerut.
“Arriel, biar I kenalkan. Nie Rafeeq, kawan I. Fellis, you tentu dah kenal dengan Feeq kan?” ujar Stella dengan senyuman sinis. Aisha cuba mempamer senyuman. Dirinya makin dirapatkan dengan Arriel. Ketakutan yang dirasanya dulu kian menghambat dirinya. Berada dekat dengan Arriel membuatkannya berasa sedikit selamat.

Saturday, 4 August 2012

WARNA

Bayu senja menampar lembut pipiku. Warna oren keperakan terbenamnya matahari menghiasi dada langit. Aku terpesona akan keindahan itu. Namun, hati yang kelam belum bisa ditembusi warna-warna yang dulunya menghiasi diri ini.
*****
“Hoi! Kau nampak tak budak tu. Gerun aku tengok dia!”
“Dia tu alien ke apa ha?”
“Takde perasaan! Ice princess!”
Aku mengetap bibir. Sudah terbiasa dengan situasi ini. Sejak dulu lagi aku selalu menjadi bahan umpatan yang lain. Aku dah kalih dengan semua itu. Lantak diorang la nak kata apa!
“Hoi bodoh! Kau nampak tak, aku nak lalu ni?” jerkah Hanis, gadis yang tidak pernah serik menyakiti hati aku.
Aku memandang Hanis tanpa perasaan. “Kau dengar tak ni?” jerkah Hanis lagi.
Pelajar lain memandang ke arah aku dan Hanis. Ada yang tersenyum sinis, ada yang menggelengkan kepala dan ada yang tidak mengambil endah. Keadaan ini sudah terlalu biasa di Sekolah Menengah Sri Murni.
Aku menggaru kepala yang tidak gatal. Apa ke bengap sangat minah ni? Suka sangat cari pasal dengan aku. Nak kata aku ni vogue, tak la pulak. Aku tengok, pakaian aku pun, biasa-biasa jer. Pakai baju sama jer ngan dia. Baju putih, kain biru, dan kasut putih. Hurm....yang lainnya, rambut dia berkarat, rambut aku comel lagi!
“Kalau kau nak lalu sangat, lalu la! Tempat yang kita duduk ni, luas tau! Bukannya sempit. Kau tu gemuk sangat ke sampaikan nak lalu tepi aku pun tak muat!”
Ambik kau! Sedas aku bagi. Mulut Hanis melopong. Dari anak matanya, aku boleh agak yang dia tengah marah. Aku kisah apa? Dah terbiasa dah dengan semua ni!
“Tak guna! Berani kau cakap macam tu dengan aku! Kau memang nak kena!” Mata Hanis mencerlung memandangku.
Aku menjungkit kening ala-ala Ziana Zain. “Kau nak buat apa?” soalku berani. Apa dia ingat aku tak berani? Dah dua tahun aku latih diri aku jadi kebal.
Hanis menyerangku. Rambutku di tarik kasar. Alamatnya, habis la rambut comel aku ni. Aku membalas. Dia tarik rambut aku, aku tarik rambut dia kuat lagi. Biar kau rasa.
“Apa yang bising-bising ni?”
Ha! Tu suara ibu saudara aku, Aunty Yani, atau kat sekolah ni lebih dikenali sebagai guru disiplin sekolah aku, Cikgu Singa!
Dia tu garang sangat sampaikan orang panggil dia Cikgu Singa. Kadang-kadang, nak tergelak pun ada!
“Cikgu...Nira ni! Tak pasal-pasal dia tarik rambut Hanis!” rengek Hanis, manja.
Aku menjuih bibir. Dia yang salah, aku pulak yang dipersalahkan. Apa punya orang der...
Aunty Yani memandangku sambil menjungkit kening. Agaknya, dah memang keturunan keluarga aku kot, suka angkat-angkat kening ala Ziana Zain.
“Nira tak salah! Nira cuma tegakkan hak Nira as one of the student from this school,” ujarku tanpa riak.
“What have you done this time miss Hanis?” soal Aunty Yani. Yeah...Aunty Yani backup aku!
“Hanis tak buat pape salah pun Cikgu! Tadi Hanis nak lalu tapi Nira sekat!” adu Hanis.
“Bila masa pulak aku sekat kau? Kau tu debab sangat ke sampai aku yang cekeding lalu kat kawasan ni kau suruh ke tepi?” hamburku.
Jangan main-main! Aku pun garang macam Aunty Yani jugak tau! Dah memang fiil keluarga aku sama jer. Bak kata orang, 2X5, 5X2 = 10.
“Enough! Stop fighting! You two memang tak boleh duduk diam ke? Now, go back to your class!” ujar Aunty Yani.
Hanis menarik muncung panjang. Dah macam itik pun ada. Aku pandang orang di sekeliling dengan riak bongkak. Mari la gaduh ngan aku kalau korang nak kena!