Sunday, 5 August 2012

Jatuh Cinta Bab 13

Arriel dan Aisha melangkah masuk ke dalam kelab itu. Lagak mereka menyebabkan ramai mata memandang. Ada yang kagum dan ada juga yang iri. Manakan tidak! Hampir semua pengunjung di kelab itu mengenali Arriel. Sudah hampir setiap hari Arriel datang ke tempat itu.
“Ash dengan Fik mana?” soal Aisha sambil matanya melilau ke kiri dan ke kanan. “Kejap lagi diorang sampai!” bisik Arriel di telinga Aisha. Aisha mengangguk perlahan. Matanya memerhati kawasan sekeliling.
Seketika kemudian Aisha menggeleng perlahan. Manusia yang berada di dalam kelab kini bagaikan dirasuk hantu. Menari dengan penuh asyik. Bersentuhan tanpa merasa malu.
Dulu, dia pernah begini. Tetapi kini, dia menyesal. Kalau lah dulu dia menjaga batasnya, sentiasa mendengar nasihat ibu bapanya, pasti kejadian itu takkan berlaku.
“Sayang, kenapa nie?” soal Arriel tiba-tiba. Aisha merenung Arriel, lama. Kini, dia punya satu misi. Misi untuk membawa Arriel kembali. Misi untuk menyedarkan Arriel dari dunia kegelapan ini.
“Sayang, you okay ke?” soal Arriel lagi. Aisha menggeleng.
“Tapi, nape you pandang I lain macam?” soal Arriel lagi, masih tidak berpuas hati. Aisha ketawa perlahan. “I saja nak tengok you. Lagipun, I rindu. Dah lama I tak luangkan masa dengan you macam nie,” ujar Aisha manja. Kepalanya dirapatkan ke dada Arriel.
Arriel tersenyum. Perilaku manja Aisha amat disenanginya. Bukan selalu Aisha berkelakuan begitu. Kadang-kadang, Arriel merasa seolah-olah Aisha sengaja mempermainkannya.
“You tu yang selalu busy. I ajak you keluar, you tak nak. Sibuk dengan itu la, dengan ini la,” bebel Arriel. Aisha ketawa. Bukan selalu boleh tengok Arriel membebel. Kadang-kadang tengok pun best jugak!
“Alah…Cha kan ada. Biar la dia yang tolong jagakan you untuk I!” ujar Aisha manja. Bibirnya menguntum senyuman. Kadang-kadang dia sendiri terasa pelik. Pelik kerana terpaksa berlakon menjadi orang lain. Kalau orang lain tengok, pasti ada yang akan mengata yang Fellis Aisha mempunyai masalah personaliti.
“You lain, Cha lain!” ujar Arriel. Tangannya ligat mengelus rambut Aisha yang dilepas bebas. Aisha tersenyum.
“Cha ngan I kan orang yang sama!” balas Aisha. Arriel bingung. Dahinya berkerut seribu. Belum sempat dia bertanya dengan lebih lanjut, satu suara menegur mereka.
“Hai!”
Arriel dan Aisha sama-sama berpaling ke arah suara yang menegur mereka. Aisha terkaku. Arriel memandang gerangan yang menegur dengan dahi yang berkerut.
“Arriel, biar I kenalkan. Nie Rafeeq, kawan I. Fellis, you tentu dah kenal dengan Feeq kan?” ujar Stella dengan senyuman sinis. Aisha cuba mempamer senyuman. Dirinya makin dirapatkan dengan Arriel. Ketakutan yang dirasanya dulu kian menghambat dirinya. Berada dekat dengan Arriel membuatkannya berasa sedikit selamat.

Arriel sedikit pelik dengan tingkah Aisha. Tiba-tiba sahaja semakin rapat dengannya. Kalau difikirkan, Aisha memang dah bertempek terus dengan Arriel.
“Kawan atau boyfriend baru you?” soal Arriel sambil menjungkit kening. Perlakuan pelik Aisha tidak diendahkan.
Stella ketawa kecil. “Feeq nie just kawan I. Lagipun, dalam hati dia masih melekat nama orang lain,” ujar Stella lagi.
“Oh, I tak tau pulak yang you dah ada someone special Feeq,” ujar Fellis bersahaja. Dia cuba untuk berlagak selamba di hadapan Rafeeq. Dia tidak ingin Rafeeq memandang sinis kerana mampu membuat seorang Fellis Aisha takut.
“Dah lebih empat tahun I suka kat perempuan nie. Bila I balik Malaysia nie, I ingat, boleh la I berbaik semula dengan dia tapi, I tak sangka pulak yang dia dah melekat kat lelaki lain,” balas Rafeeq dengan penuh maksud yang tersirat. Matanya tepat memandang ke arah Aisha.
“Who’s that lucky girl? Dia memang rugi kalau menolak seseorang yang macam you!” ujar Arriel pula. Kata-kata Arriel membuat Aisha sedikit tersentak.
‘Ish Arriel nie! Boleh pulak dia pergi kata benda macam tu. Kalau dia tau yang mamat depan mata nie tuju semua tu kat aku, mesti sekarang nie dah tak berani nak kata apa-apa!’ gerutu hati Aisha.
“Rugi? Mungkin that girl sekarang nie dah berada dengan someone yang lebih baik dari Rafeeq. Who knows right?” ujar Aisha pula.
“Maybe, but I hope I can get her back!” ujar Rafeeq penuh makna. Aisha ketawa kecil.
“You nak rampas hak orang?” soal Aisha sinis. Rafeeq menggeleng perlahan.
“I bukannya jenis yang rampas hak orang. Lagipun, I rasa dia tu bukan hak sape-sape kecuali hak I!” balas Rafeeq, yakin. Aisha tersenyum sinis.
“She still belongs to her parents!” tukas Aisha. Stella dan Arriel sekadar memerhati gelagat Aisha dan Rafeeq yang sedang berbalas kata. Ingin menyampuk tetapi tidak tahu apa yang patut diperkatakan.
“I’ll take her from her parents soon,” ujar Rafeeq. Aisha bertepuk tangan.
“Wow, berani! I dare you to get her,” ujar Aisha penuh sinis. Rafeeq ingin membalas kata-kata Aisha tetapi cepat dicelah Arriel.
“You guys ada apa-apa hal ke tiba-tiba tegur kitorang?” soal Arriel. Bahu Aisha digosok perlahan. Berharap agar Aisha tidak melenting.
“Oh, I hampir lupa! I sebenarnya datang nak jemput Fellis nie datang rumah I sabtu nie. I nak adakan party sempena kepulangan I ke Malaysia. And, kalau you nak datang, you boleh datang sekali dengan Fellis, Arriel. Sekarang nie, you dah jadi salah seorang kawan I kan!” ujar Rafeeq.
“Sure. Kitorang akan datang!” putus Arriel sebelum sempat Aisha berkata apa-apa.
“And one more thing. I hope you boleh tolong ajak Mel, Fik ngan Ash sekali. Dah lama tak jumpa diorang,” ujar Rafeeq lagi. Aisha mengangguk perlahan sambil menguntum senyuman paksa.
“We have to go now! Jangan lupa tau datang! Kitorang nak pergi invite orang lain pulak!” ujar Stella. Tangannya kejap memeluk lengan Rafeeq.
Selepas Stella dan Rafeeq meninggalkan mereka, Aisha mengeluh perlahan.
“What’s wrong?” soal Arriel prihatin. Aisha memandang Arriel lalu menggeleng perlahan.
“You nampak macam ada masalah. Bagitau I. Mana tau kot-kot I boleh tolong,” ujar Arriel lembut. Dahi Aisha dikucup lembut.
“You tau kan yang sebelum nie I pernah bertunang?” soal Aisha. Mata Arriel direnung lembut. Arriel mengangguk.
“I betul-betul bencikan ex tunang I tu! Menyakitkan hati betul. Rasa nak sepak-sepak jer dia bila tengok muka dia yang tak hensem tu!” ujar Aisha. Tangannya dikepal-kepal.
Arriel ketawa. Lucu benar apabila melihat Aisha sebegitu rupa. Namun, hatinya sedikit lega mendengar pengakuan Aisha. Sekurang-kurangnya, dia tidak perlu risau lagi tentang bekas tunang Aisha itu. Sebelum ini dia pernah bertanya kepada Aisha namun, gadis itu seakan-akan berat ingin meluahkan segalanya. Jadi, dia berkeputusan untuk sekadar mendiamkan diri.
“Apa yang dia dah buat kat you?” soal Arriel. Aisha mengeluh.
Dia agak berat ingin menceritakan segalanya kepada Arriel. Dapatkah lelaki itu menerima semua ceritanya? Apa reaksi dia apabila dapat tahu Rafeeq lah bekas tunangnya? Terlalu banyak persoalan yang perlu dirungkaikan.

3 tahun lepas…
“Fellis, you sayangkan I kan?” soal Rafeeq. Tubuh Aisha ditarik dekat dengannya. Aisha tersenyum manja.
“Mestilah I sayang. You satu-satunya lelaki yang I sayang,” balas Aisha. Rafeeq mengukir senyum.
“Betul?” soal Rafeeq. Keningnya dijungkitkan. Aisha lantas mengangguk.
“Kalau I tak sayang kat you, takdenya I nak kawin dengan you,” ujar Fellis.
“Hurm…kalau macam tu, I nak you cuba nie!” ujar Rafeeq sambil menyerahkan sebiji pil kepada Aisha. Aisha mengerutkan dahinya. Pil yang berada di tangan Rafeeq di ambil.
Bukannya dia tidak tahu pil apa yang diberi Rafeeq. Dia cuma agak pelik apabila Rafeeq menyuruhnya untuk mencuba pil tersebut. Walaupun dia sering ke kelab, pendiriannya tetap teguh. Dia tidak akan menyentuh sebarang pil atau arak. Dia tidak ingin dirinya lalai apabila berada di situ. Silap hari bulan, kepalanya bakal dipancung abang dan papanya.
“You tau kan yang I tak ambil benda nie!” ujar Aisha sedikit tegas. Rafeeq senyum menggoda.
“Tadi you kata you sayangkan I. I cuma nak you try benda nie hari nie jer. Bukannya hari-hari,” pujuk Rafeeq. Aisha mengetap bibir.
“Sayang please…Just for today,” pujuk Rafeeq lagi. Aisha memandang sekeliling, cuba mencari kelibat Melina. Melina kini sedang rancak menari dengan pasangannya.
“Yang you cari kawan you tu kenapa?” soal Rafeeq seakan-akan tidak berpuas hati. Aisha serba salah sama ada ingin menerima pujukan Rafeeq atau tidak. Akhirnya, Aisha mengalah. Dia mengambil pil yang berada di tangan Rafeeq lalu menelannya. Rafeeq tersenyum lebar. Kali ini, jeratnya mengena.
“Jom menari sayang! Dah lama kita tak menari sama-sama kan,” ajak Rafeeq. Aisha hanya mengikut.
Lama-kelamaan, pil yang diberikan Rafeeq mula berkesan. Aisha khayal. Dia hanya membiarkan saja apa yang dibuat Rafeeq ke atasnya.
Apabila melihat Aisha yang sedang khayal itu, bibir Rafeeq menguntum senyuman.
“You okay sayang?” soal Rafeeq dalam nada yang perlahan.
“I pening,” jawab Aisha ringkas. Dia bersandar pada badan Rafeeq bagi mengelak dirinya daripada terjatuh.
“Kita balik ya. You pun, dah khayal nie,” ujar Rafeeq. Aisha sekadar mengangguk. Senyuman dibibir Rafeeq semakin melebar.
Rafeeq segera memapah Aisha keluar dari kelab itu. Isyarat diberikan kepada rakannya supaya memerhati tindak tanduk Melina. Bukannya dia tidak tahu, Melina sering saja menggagalkan rancangannya untuk mendapatkan Aisha.
Aisha dibawa masuk ke dalam BMW M3 nya. Terus sahaja BMW M3 nya itu dipandu laju menuju ke kondominiumnya. Rafeeq mengelus pipi gebu Aisha yang berada di sisinya. Malam ini, Aisha pasti menjadi miliknya.

Kenangan 3 tahun lepas sering menjengah ke dalam fikirannya. Dia menyesal dengan apa yang telah dia lakukan.
“Fellis, kenapa nie? Cuba bagitahu kat I!” pujuk Arriel. Aisha tersenyum hambar. Kepala digeleng-gelengkan beberapa kali.
“You tak sihat ke?” soal Arriel prihatin.
“Taklah. I penat jer. You tau kan, I sekarang nie busy,” ujar Aisha. Arriel mengukir senyuman.
“Kalau you penat, jom I hantar you balik. I tak nak susahkan you pulak.”
Aisha memandang Arriel. Sikap Arriel jelas berbeza daripada Rafeeq. Sebelum ini, dia pernah mendengar suara-suara sumbang mengenai sikap tidak senonoh Arriel. Tapi, bila dia semakin mengenali Arriel, dirinya merasakan, semua kata-kata mereka tidak benar. Mungkin Arriel kuat bersosial tetapi dia bukanlah jenis yang memaksa.
“You tak kisah?” soal Aisha. Arriel menggeleng.
“Untuk you, I sanggup buat apa saja!” ujar Arriel perlahan. Aisha menguntum senyuman. Tubuh sasa Arriel dipeluk kejap. ‘Hehe…kalau mama, papa ngan abang Am nampak, gerenti kena pancung nie!’ getus hatinya nakal.
“Thanks Arriel. I love you,” ucap Aisha. Arriel membalas pelukan Aisha. Belakang Aisha digosok perlahan.
“I love you too!” balas Arriel. Senyuman dibibir Aisha semakin melebar. Dia suka mendengar kata-kata cinta dari bibir lelaki itu. Entah bila dia mulai merasa begitu.
Mungkinkah ini cinta? Siapa tahu! Atau….sememangnya Aisha sudah jatuh cinta! Jatuh cinta? Betul ke?

No comments:

Post a Comment