Friday, 21 September 2012

Jatuh Cinta Bab 14

Mata Aisha tunak memerhati dada langit yang terbentang luas di hadapan matanya. Tiada sebutir bintang pun yang terukir indah di dada langit itu. Mungkin sebentar lagi hujan akan turun. Dia mengeluh. Keluhan yang entah keberapa kali.

Sebaik sahaja Arriel menghantarnya pulang ke hostel, dia tidak terus masuk ke biliknya sebaliknya dia duduk termenung sendiri di bangku yang terdapat di hostelnya. Mungkin jika dilihat orang, mereka akan merasakan yang dirinya gila kerana berani untuk duduk bersendirian di tempat yang sunyi itu.

Memikirkan kejadian sebentar tadi, dadanya berasa sesak. Dia dah kembali! Berkali-kali kata-kata itu bermain di benak fikirannya. Difikirnya lelaki itu tidak lagi akan mencarinya setelah apa yang berlaku namun, tidak pernah dia menyangka dia akan bertemu dengan lelaki itu untuk kedua kalinya. Yang paling membuatkannya bimbang ialah kata-kata lelaki itu yang begitu yakin seolah-olah dia benar-benar akan kembali ke sisi lelaki itu.

Menyesal kini tiada gunanya lagi. Semua itu telah lama berlalu. Ingin mengundurkan waktu, dia tidak punya kuasa itu. Hanya Dia yang mampu mengubah segala. Kini, harapannya hanya satu. Dia ingin menjauh dari lelaki itu. Lelaki yang telah merosakkan dirinya yang dulu.

“Cha! Kau buat apa ha sorang-sorang kat sini?” sergah Melina. Aisha mengurut dadanya akibat daripada terkejut dengan sergahan Melina.

Saturday, 1 September 2012

Projek Anak Angkat di Felda Kemahang 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Dah lama x update blog nie...hehe...Lama ker? Well, bg Mierah, Mierah rasa dah lama. Mierah baru jer balik dari Felda Kemahang 1. Nak tau Mierah buat apa kat Felda? Mierah and bdk2 kelas Mierah buat PROJEK ANAK ANGKAT bg mata pelajaran sivik. Best tau!
Kitorang pergi sana 3 hari 2 malam. Hari Khamis hari tu, kitorang bertolak pergi dari Kota Bharu ke Kemahang. Ambik masa lebih kurang 2 jam. Bila kitorang sampai sana, ada sedikit taklimat then pembahagian keluarga angkat. Mierah dapat keluarga yg blh dikatakan antara keluarga paling kaya kat situ. Happy la sangat2. Umi bawak kitorang pergi rumah dia yang ada kat atas bukit. Cantik tau! Lebih cantik dari rumah Mierah. Rasa jealous pun ada.
Kat rumah umi ada 6 buah bilik. Kat setiap bilik mesti ada tandas and aircond. Tu yang best bila duduk situ tu! Before kitorang balik rumah, kitorang pergi lawat kedai baju umi. Banyak jugak baju cantik2 yg umi jual. Rasa macam nak ambik satu buat balik.
Malam pertama, kitorang adakan majlis tahlil. Hazil yg ketuai majlis tu. Dia memang pandai bab2 nie... Kalau ada yang berkaitan benda2 nie, dia yang kitorang selalu harapkan. Lagipun, dia tu AJK Kerohanian kitorang.
Yang naik motor pakai baju kuning and kopiah tu lar hazil. Sorry lar sbb x blh nmpak muka dia. Bila kawan Mierah dah upload gmbr dia, nnti Mierah tunjukkan. Kalau korang nak tau, muka Hazil nie macam muka Jacob Black dlm citer twilight.
Keesokan harinya, kitorang adakan aktiviti senamrobik. Adan yang jadi ketua senamrobik. Tapi, kalau difikirkan balik, apa yang dia buat bukannya senamrobik tapi lebih kpd menari. Nak buat macam mana, dia kan minat K-pop.
Yang pakai baju belang2 tu la Adan and yang kat tepi dia tu, Syafiq or kitorang lebih selesa panggil Epo. Hensem tak? Hehe...Hensem? Berkenan ke?
After senamrobik, kitorang ke kilang memproses kelapa sawit. Banyak maklumat yang kitorang dapat. Dalam pada lawat kilang tu, kitorang sempat lagi bergambar. Nak tengok ke gambar tu? Mierah tunjuk satu jer yer...
Nie salah satu tempat diorang proses kelapa sawit. Takde model yer sbb kalau nk tunjuk gmbr yg ada model, tngok kat fb Mierah yer...
Lps lawat kilang, kitorang balik rumah. Rest and spent time ngan family kitorang. Ptg tu, kitorang adakan sukaneka. Bez jgk. Mierah incharge dlm game Music Chair. Memang happening lar. Lucu pun ada. Kitorang buat kat padang diorang.
Time nie tengah main Gula2 Dalam Tepung. Habis comot muka org yang main game nie.
Lepas sukaneka, kitorang balik rumah. Malam tu, kitorang adakan majlis Jalinan Ukhwah antara Maherians and warga Felda Kemahang. Persembahan mula dgn persembahan silat dr Hazil and Ashraf.
Yang pakai tali pinggang putih tu Ashraff and yang sorang lagi tu Hazil. Sorry la sbb gmbr x cantik. Biasalah...orang tak pro yang ambik...hehe...Mierah la tu!
Lps silat, bdk2 Maher kena nyanyi lagu raya. SEMUA! Kitorang x prepare apa2 pun. Tiba2 kena nyanyi lagu. Dah la lagu yang  susah nak mampus. Nasib baik la lagu merdeka tu senang. Kitorang nyanyi dgn penuh semangat tau! Semangat ker? Yang nie takde gmbr coz masa tu tgh semangat giler nyanyi, x sempat nak ambik. After kitorang nyanyi, wakil Felda buat persembahan dikir barat.
Diorang langsung x pandang audience. Kalau nak buat persembahan, sepatutnya pandang audience but maybe tu style diorang kot... Tapi, apa yang pasti, bila diorang buat persembahan, meremang habis bulu roma, memang terpukau lar... Kwn Mierah kat, yg pakai baju putih yg kat tgh2 tu hensem. Tak nampak ker? Sorry, xde gmbr dia. Kwn Mierah cakap, dia anak ustaz tp, bila Mierah tengok, tak hensem pon.
After dikir barat, majlis pun tamat and kitorang balik la rumah masing2. Keesokannya, iaitu hari nie, pukul 8 pg lagi kitorang ke dewan. Tp, Mierah and family Mierah pergi sana pukul 9. Memang berdaulat betul lar. Buat tu macam majlis sendiri. Klau difikirkan balik, setiap kali ada aktiviti kat sana, Mierah mesti lambat or kalau x lambat pun, mesti Mierah buat something yg x sepatutnya. Contohnya, time sukaneka, selamba badak Mierah jer pakai selipar. Org lain pakai kasut.Lps habis majlis penutup, kitorang pun balik rumah asal kitorang. Bez tau program nie! Kalau boleh, rasa nak pergi lagi. Dpt la jugak kitorang rasa hidup kat Felda.
Nie umi angkat Mierah. Budak yang pikul beg putih tu Mierah and yang sorang lagi tu partner Mierah masa program nie, Hajar. Time nie, tudung Mierah x menjadi sangat so, nmpak x comel...hehehe
Ok la... tu jer yang Mierah blh cerita pasal program kali nie. Untuk semua rakyat Malaysia, Mierah ucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN DAN HARI RAYA. Tak terlambat lagi kan?
Hope korang semua enjoy life korang and have fun. Assalam