Friday, 21 September 2012

Jatuh Cinta Bab 14

Mata Aisha tunak memerhati dada langit yang terbentang luas di hadapan matanya. Tiada sebutir bintang pun yang terukir indah di dada langit itu. Mungkin sebentar lagi hujan akan turun. Dia mengeluh. Keluhan yang entah keberapa kali.

Sebaik sahaja Arriel menghantarnya pulang ke hostel, dia tidak terus masuk ke biliknya sebaliknya dia duduk termenung sendiri di bangku yang terdapat di hostelnya. Mungkin jika dilihat orang, mereka akan merasakan yang dirinya gila kerana berani untuk duduk bersendirian di tempat yang sunyi itu.

Memikirkan kejadian sebentar tadi, dadanya berasa sesak. Dia dah kembali! Berkali-kali kata-kata itu bermain di benak fikirannya. Difikirnya lelaki itu tidak lagi akan mencarinya setelah apa yang berlaku namun, tidak pernah dia menyangka dia akan bertemu dengan lelaki itu untuk kedua kalinya. Yang paling membuatkannya bimbang ialah kata-kata lelaki itu yang begitu yakin seolah-olah dia benar-benar akan kembali ke sisi lelaki itu.

Menyesal kini tiada gunanya lagi. Semua itu telah lama berlalu. Ingin mengundurkan waktu, dia tidak punya kuasa itu. Hanya Dia yang mampu mengubah segala. Kini, harapannya hanya satu. Dia ingin menjauh dari lelaki itu. Lelaki yang telah merosakkan dirinya yang dulu.

“Cha! Kau buat apa ha sorang-sorang kat sini?” sergah Melina. Aisha mengurut dadanya akibat daripada terkejut dengan sergahan Melina.

“Nak tegur aku pun agak-agak la. Nie tak pasal-pasal aku terkejut. Nasib baik aku nie sihat walafiat. Dibuatnya aku ada penyakit jantung, kau nak tanggung? Aku rasa tak. Kau tu bukannya ambik kisah pun tentang aku!” bebel Aisha panjang lebar.

Melina mendengus kasar. Tidak suka mendengar bebelan Aisha. Sudah la dia bimbangkan gadis di hadapannya ini, tapi boleh pula gadis itu membuat seolah-olah kini, dirinya yang bersalah. Tidak tahukah gadis itu yang sedari tadi lagi dia mencari.

‘Haish…memang nak kena sepak dengan aku betul la minah nie!’ omel Melina dalam hati. Nak kata depan-depan, tak berani. Nanti tak pasal-pasal dia yang disepak Aisha.

“Yang kau tercongok kat sini sorang-sorang nie, apa kes?” soal Melina. Bimbang juga dia kalau-kalau Aisha menghadapi sebarang masalah.

Aisha mengeluh. Wajah Melina dipandangnya lama. Perilakunya kini sudah hampir sama dengan perilakunya ketika bersama Arriel tadi. Kepalanya tiba-tiba digelengkan beberapa kali.

“Yang kau tergeleng-geleng nie apesal?” soal Melina lagi. Hatinya sedikit geram dengan reaksi Aisha yang langsung tidak mengendahkannya.

“Kau tau kan yang aku pernah bertunang?” soal Aisha tiba-tiba. Soalan yang sama yang ditanya kepada Arriel sebentar tadi.

Melina mengangguk. Masakan dia tidak tahu. Dia hadir sewaktu Aisha dan Rafeeq bertunang. Lagipun, dialah yang telah memperkenalkan Rafeeq kepada Aisha. Memikirkan hal itu, dia berasa sedih. Sedih dengan apa yang telah menimpa Aisha.

“Aku benci dia sangat-sangat. Kalau dia ada kat depan aku sekarang nie, memang aku rasa nak sepak-sepak jer muka perasan innocent tu!” luah Aisha. Tangannya dikepal-kepal. Lagaknya kini betul-betul sama seperti dia bersama Arriel tadi.

“Aku tau! Aku pun, kalau boleh, teringin jugak nak terajang dia tu. Tak puas lagi aku terajang dia dulu. Terasa macam nak pukul dia sekali lagi!” ujar Melina. Tangannya turut dikepalkan juga.

Tiba-tiba Aisha ketawa kuat. Melina memandang Aisha pelik. Sememangnya sukar hendak menjangkakan emosi Aisha. Sekejap marah, sekejap gembira, sekejap sedih dan sekejap tidak berperasaan. Kadang-kadang akal nakal Melina berfikir yang mungkin otak Aisha sudah tidak betul sejak kejadian itu.

“Mel, kalau kau rasa nak terajang mamat tak guna tu, aku rasa mesti boleh punya,” ujar Aisha setelah tawanya reda.

“Nak terajang macam mana? Dia kan dah tercampak kat luar negara,” ujar Melina. Dahinya berkerut.

“Dia dah balik!”

Jawapan ringkas Aisha membuatkan Melina tersentak. Wajah Aisha direnung. Tidak takutkah gadis itu?

“Bila lagi?” soal Melina ingin tahu. Aisha jungkit bahu.

“Dari mana kau tahu semua nie?” soal Melina lagi. Aisha mengukir senyuman hambar.

“Aku jumpa dia, tadi!”  Melina tersentak. Wajah Aisha direnung lagi, inginkan kepastian.

“Kau…kau tak..takut?” soal Melina teragak-agak. Aisha memandang Melina sambil tersengih.

“Nak takut buat apa? Aku kan dah ada perisai sekarang. Kalau dia cuba serang aku, aku serang la dia semula. Lagipun, tadi Arriel ada sekali dengan aku,” ujar Aisha. Melina menggeleng-gelengkan kepala.

Sikap Aisha kini sudah berubah. Kalau dulu, Aisha seorang yang manja, lembut, dan tidak pandai berdikari tapi jika dibandingkan dengan dirinya kini, dia seorang yang kasar, tegas dan sudah pandai berdikari.

“Dia ada tegur kau ke?” soal Melina. Aisha sekadar mengangguk. Mata Melina terbuntang luas. Tidak menyangka Rafeeq masih berani menegur Aisha. Bukankah dahulu Rafeeq pernah diugut supaya tidak mengganggu Aisha lagi? Bukan sahaja oleh dia malah oleh abang, papa, Ash dan Fik.

“Oh, kalau kau nak tau, dia tu memang jenis yang berani nak mampus. Boleh ke pulak tadi dia kata aku nie hanya hak dia sorang? Kalau aku nie dah selamat jadi bini dia, takpe la jugak tapi nie, tak!” bebel Aisha. Kata-kata Aisha membuatkan Melina tersentak.

“Tadi, kau kata, masa kau terjumpa dengan Feeq, Arriel ada sekali. Tak mengamuk ke hubby kau tu?” soal Melina. Riak wajahnya jelas kelihatan gusar.

Aisha menggeleng. “Si Rafeeq tu bukannya cakap straight to the point. Dia cakap dengan kata-kata penuh makna. Haish…nasib baik la bm aku time SPM dulu A+, kalau tak, memang tak mungkin la aku nak faham apa yang dia cakap,” ujar Aisha. Dalam keadaan yang serius, masih sempat lagi dia menuturkan kata-kata gurauan.

“Oh, lupa pulak aku! Dia ajak kita ke parti sempena nak sambut kepulangan dia,” sambung Aisha lagi. Melina sekali lagi tersentak. Untuk malam itu, entah berapa kali sudah dia terkejut. Nasib la dia takde penyakit jantung. Kalau tak, jawabnya arwah la dia sekarang nie.

“Berani betul mamat tu. Tak serik-serik lagi ke kena belasah dulu?” marah Melina. Aisha jungkit bahu.

“And dia ada ajak Fik ngan Ash sekali.”

“Wah! Berani betul!Hehe…kalau macam tu, boleh la kitorang belasah dia ramai-ramai!” ujar Melina teruja. Aisha memandang Melina tidak percaya.

‘Macam tak sangka pulak budak nie boleh jadi kawan baik aku!’ omel Aisha di dalam hati.

“Takkan kau nak  belasah dia depan orang ramai,” ujar Aisha tidak percaya. Melina tersengih.

“Tak boleh ke?” soal Melina polos. Aisha membuntangkan matanya.

“Tak boleh! Bahaya!” ujar Aisha sambil menggeleng-gelengkan kepalanya. Dahi Melina berkerut.

“Nape?” soal Melina. Pelik juga dengan kata-kata Aisha. Sebelum nie, Melina pernah memukul Rafeeq di hadapan orang ramai tetapi Aisha tidak pernah menghalang. Tetapi kini, entah kenapa, Aisha menghalang.

“Aku tak nak Arriel tahu!” ujar Aisha perlahan. Kepalanya menunduk.

“Wait a minute! Kau tak bagitau Arriel langsung pasal hal nie?” soal Melina sedikit terkejut. Aisha menggeleng.

“Ergh…Aku rasa, kau patut bagitau dia. Macam mana kalau dia dapat tau? Mesti dia fikir yang selama nie kau dah tipu dia!” sambung Melina lagi.

“Tapi…bukan ke selama nie aku memang dah tipu dia?” Aisha merenung ke dalam anak mata Melina. Melina terdiam.

Apa yang Aisha katakan, ada benarnya. Selama nie, sudah banyak perkara yang Aisha sembunyikan dari Arriel. Sejak awal perkenalan mereka lagi Arriel tertipu. Jadi, tidak timbul la persoalan Arriel bakal memarahi Aisha kerana perkara itu pasti! Arriel mungkin sahaja membenci Aisha andai dia tau segalanya.

“Dah la Mel. Tak payah fikir lagi pasal hal tu. Esok kita jumpa Fik ngan Ash. Kita inform kat diorang pasal hal nie,” ujar Aisha setelah mendiamkan diri buat seketika. Melina hanya mengangguk kecil.

No comments:

Post a Comment