Thursday, 20 October 2011

NoVeL : Jatuh Cinta? (Bab 4,5,6)

BAB 4
“Mel...I’m going to die soon!” jerit Aisha sebaik sahaja dia masuk ke dalam bilik asramanya. Melina yang sedang ralit membaca buku tersentak.
“Cha...slow la sikit volume suara kau tu!” tegur Melina. Aisha segera meluru ke arah Melina. Badan Melina dipeluknya.
“Cha...kau ok? Tadi kau kata kau dah nak mati! Kau sakit apa? Kau jangan buat aku sedih!” Melina turut membalas pelukan Aisha. Air mata deras mengalir dari tubir matanya.
“Arriel...” sebut Aisha tersekat-sekat. Melina menggosok lembut belakang Aisha. “Aku tau kau sayang dia...sabar Cha, sabar!” pujuk Melina.
“Mel...” tangisan Aisha semakin laju. “Cha...” Mereka sama-sama berpelukan.
Selepas 15 minit berada dalam keadaan begitu, Aisha melepaskan pelukan. Matanya yang berair di kesat. Begitu juga Melina, dia turut mengesat air matanya.
“Cha...kau sabar ek! Aku akan selalu sokong kau!” kata Melina memberi semangat. Aisha tersenyum. Senyuman Aisha kelihatan sedikit pelik di mata Melina.
“Cha...kau jangan la macam nie...jangan la sebab kau sakit, senyuman kau pun dah tak betul!” kata Melina. Matanya kembali bertakung air mata.
Aisha menggeleng. “Apa geleng-geleng? Betul la apa yang aku cakap! Kau jangan jadi mereng sudah. Biar la kau sakit yang lain, jangan sakit tercabut fius sudah!” ujar Melina lagi. Aisha ketawa lucu.
Melina jadi semakin pelik. “Mel...Aku bukannya nak mati sebab sakit la Mel,” akhirnya Aisha bersuara. Melina ternganga. Cuba mencerna apa yang baru dikata Aisha.
“Kau jangan cakap yang kau nak bunuh diri sudah! Kau jangan Cha! Seburuk-buruk muka kau, kau still kawan aku Cha!” kata Melina dengan nada yang agak kuat.
“Woi! Agak-agak la nak hina aku pun!” marah Aisha. Mukanya dimasamkan. Melina jadi semakin pelik.
“Kau jangan main-main! Mati-mati aku ingat kau nak mati. Kau memang sengaja nak aku mati sakit jantung ek!” duga Melina. Aisha tergelak besar. Lagilah membuatkan Melina pelik.
“Pelik la ayat kau Mel... Berapa kali mati yang kau nak sebut? Cukup la satu...Hahaha!” Aisha ketawa lagi.
“Sah! Kau memang dah mereng!” Melina mengeleng-gelengkan kepalanya. Matanya memandang Aisha tidak percaya. “Kesian kat Arriel. Tak pasal-pasal dapat wife mereng macam kau!” sambung Melina lagi.
Air muka Aisha berubah. “Aaa...Mel...” Sekali lagi Aisha menangis teresak-esak di bahu Melina. Melina jadi semakin pelik.
“Kau...ada masalah ngan Arriel ke?” soal Melina perlahan. Aisha mengangguk laju. “Ha? Dia dah tinggalkan kau ke?” soal Melina lagi. Aisha menggeleng.
Melina menggaru kepalanya yang tidak gatal. ‘Apesal ngan kawan aku nie?’ soalnya di dalam hati.
Aisha melepaskan pelukan. Air matanya dikesat. “Aku...ada...masalah besar!” kata Aisha teresak-esak. “Masalah apa?” soal Melina prihatin.
“He just met Cha!” kata Aisha. Melina terlopong. Seketika kemudian, dia ketawa terbahak-bahak.
“Woi! Aku tengah ada masalah, boleh pulak kau ketawa!” marah Aisha. Mulutnya dimuncungkan. “Dia just terjumpa Cha. Bukannya apa pun!” kata Melina. Aisha menjegil matanya.
“Kalau setakat TERJUMPA, aku tak kisah. Tapi nie dah memang DIJUMPAKAN!” tegas, Aisha berkata. Tawa Melina terhenti. “Ha?”
“Apesal la kau bengap sangat!” Aisha menunjal kepala Melina. “Cis! Sesedap rasa jer kau kata aku bengap! Sebengap-bengap aku pun, still boleh masuk university nie!” protes Melina. Aisha tersengih.
“So, apa masalah besar sangat tu?” soal Melina. “Dia sama course ngan aku!” kata Aisha. “La...sama course jer!” kata Melina.
“Ish! Kau ni kan! Problem besar la tu!” kata Aisha geram. “Kalau kau ada pun, bukannya dia perasan pun!” ujar Melina. Aisha menjegilkan matanya.
“Kalau dia langsung tak perasan tak apa! Tapi for sure, hari-hari dia akan perasan!” jelas Aisha. Melina mengerutkan dahinya.
“Huh! Mr Alba, pensyarah kesayangan aku tu...suruh Arriel rujuk aku if dia ada sebarang masalah. Dalam kelas, Mr Alba suruh Arriel duduk tepi aku!” jelas Aisha panjang lebar. Melina tercengang.
“You must be kidding!” kata Melina tidak percaya. “Kau kena percaya jugak. Aku dah tak tau nak apa nie! Mati la aku!” Aisha menggaru-garu kepalanya.
“Just act like Cha. Teruskan muka batu kau tu! Aku gerenti dia tak perasan!” kata Melina memberi cadangan. “Tapi lama-lama dia akan tau jugak!” Aisha bimbang.
“Tu lama lagi! Bila dia dah tau, kau kelentong la beb!” kata Melina cuba menenangkan Aisha. “Banyak la kau punya lama. Dah elok-elok dia berubah, boleh jadi, dia ikut habit lama dia!” marah Aisha.
Melina ingin berkata sesuatu tetapi, tiba-tiba seseorang mengetuk pintu bilik mereka. Aisha segera membuka pintu itu.
“Hai Kak Cha!” tegur junior Aisha, Fatin. “Ada apa?” soal Aisha dengan riak serius. ‘Menganggu jer budak nie!’ gerutu Aisha.
“Ada mamat hensem nak jumpa Kak Cha! Katanya penting!” kata Fatin sambil tersengih. Aisha mengeluh. “Nanti Kak Cha turun,” balas Aisha. Fatin mengangguk lalu berlari menuruni tangga.
“Mel...Ada mamat hensem nak jumpa aku! Aku pergi dulu. Assalamualaikum!” kata Aisha. Belum sempat Melina berkata apa-apa, kelibat Aisha sudah tidak kelihatan.
****
“Assalamualaikum,” tegur Aisha. Lelaki di hadapannya tersenyum sebelum membalas salamnya. “Ada pape yang boleh saya tolong?” soal Aisha dalam nada mendatar.
“Saya Arriel! Mr Alba yang suruh saya rujuk awak kalau saya perlukan pape. Awak...Aisha kan?” Aisha mengangguk.
“Saya Aisha tapi orang kat sini panggil saya Cha!” ujar Aisha. Wajahnya sedaya upaya menunjukkan reaksi serius.
“Erm...I just need a little help,” kata Arriel. Mulutnya masih menguntum senyuman. “Tolong apa?” soal Aisha. Arriel meggaru-garu kepalanya.
“Sebenarnya...saya segan nak mintak tolong ngan awak,” ucap Arriel ikhlas. ‘Huhuhu...Tau malu jugak ek mamat nie!’ getus hati Aisha.
“Cakap la. Kalau saya boleh tolong, saya tolong,” ujar Aisha. Arriel mengangguk. “I need to know more about this university. I hope you can help me,” kata Arriel. Matanya tepat merenung ke dalam mata Aisha.
Entah kenapa hati Arriel tiba-tiba berasa berdebar. Dia merasakan dia seperti mengenali Aisha.
“Tak jadi masalah. Bila awak free, saya akan terangkan semua benda pasal universiti kata awak!” kata Aisha sambil tersenyum.
Arriel ketawa. Sebenarnya, dia cuba menutup gundah di hatinya. Sebaik sahaja melihat senyuman Aisha, hatinya meronta-ronta mengatakan, dia kenal Aisha!
“Sekarang nie pun saya free!” kata Arriel. Aisha mengangguk. “Ok! Kala macam tu saya akan terangkan kat awak sekarang,” ujar Aisha tenang.
“Kat sini?” soal Arriel. Dahinya dikerutkan. Aisha mengangguk. “Yalah! Nak cakap kat mana lagi?” soal Aisha pelik.
Arriel ketawa. “Awak nie pun. Agak-agak la! Takkan awak nak terangkan kat saya sambil berjemur kat tengah panas macam nie. Tak best la!” kata Arriel kelucuan.
Aisha menggaru kepalanya. “Erm...habis tu, awak nak suruh saya terangkan kat mana?” soal Aisha. “Jom! Ikut saya...kita pergi la kat taman ke, kata mana-mana ke,” ajak Arriel.
“Erm...awak tunggu kat sini kejap! Saya nak naik atas dulu,” kata Aisha lalu dia segera berlari mendaki tangga asrama. Arriel hanya mampu menggeleng kepala melihat telatah Aisha. Hatinya sedikit terhibur.
Beberapa minit kemudian, Aisha turun bersama Melina. “Err...Mel?” Arriel sedikit pelik melihat Melina ada bersama Aisha.
“Mmm...so, awak dah kenal dengan Mel?” soal Aisha. Dahinya sengaja dikerutkan. Arriel mengangguk. “Eleh! Kau nie Cha, macam tak tau-tau. Ni la boyfriend kawan terbaik kau si Fellis tu!” kata Melina sambil tersenyum nakal.
Aisha menaikkan sedikit keningnya. Kemungkinan Melina untuk nampak keningnya itu agak tipis. Al-maklumlah, pakai cermin mata bingkai tebal. Siapa la yang nak terperasan.
“Ada-ada aje kau ni ek!” kata Aisha geram. Lengan Melina dicubit geram. “Adoi! Sakit la Chachat! Aku cubit pipi dia baru tau!” ugut Melina. Tangannya diacah-acah untuk mencubit Aisha.
Aisha mengelak. “Tak kena!” Aisha menjelirkan lidahnya. Melina menjegilkan mata. “Mari sini aku nak cubit!” panggil Melina namun Aisha lebih pantas melarikan diri.
Arriel ketawa terbahak-bahak. “Dah la tu! Tak payah gaduh-gaduh lagi!” kata Arriel. Dia menarik tangan Aisha supaya berhenti melarikan diri.
Melina pantas mengambil kesempatan itu untuk mencubit pipi Aisha tetapi ditahan Arriel. “Arriel...biarlah I cubit pipi dia dulu,” rengek Melina manja.
Aisha buat muka meluat. “Dah la...jangan nak gaduh-gaduh... You duduk jer diam-diam. I nak kidnap Cha nie sebentar!” kata Arriel selamba. “Huh?” Aisha tercengang.
“You jangan buat hal Arriel! Nanti...tak pasal-pasal lebam muka kau kena karate dengan si Cha nie!” Melina memberi amaran. Aisha mencebik.
“Kuat sangat ke Cha?” soal Arriel sambil mengangkat keningnya. Aisha membuntangkan matanya ke arah Arriel.
“Oh, please! Kau jangan start buat hal kat sini pulak! Nak culik aku? Culik la. Ada aku kesah!” marah Aisha. ‘Eee...geramnya aku ngan mamat sorang nie!’ gerutu hati Aisha.
Arriel ketawa. “Ok! Now, ikut aku!” Arriel menarik tangan Aisha. Panggilan mereka juga sudah berubah aku kau.
“Oit! Agak-agak la. Aku nie perempuan....Senang-senang jer kau tarik aku masuk. Lain la kalau aku nie jadi bini kau ke, makwe kau ke,” bebel Aisha. Tangannya yang dipegang Arriel cuba ditarik.
Arriel memandang Aisha lama. “Mmm...Kalau macam tu, anggap jer kau tu makwe aku! Amacam? Setuju?” Arriel tayang gigi putihnya.
“Gila kau! Tak nak la aku...Aku rela tak kahwin-kahwin daripada terpaksa kahwin dengan mamat sengal macam kau!” Habis terluah segala isi hati dia.
Melina sudah pegang perut menahan gelak. ‘Control Mel...control! Nanti tak pasal-pasal muka yang gorgeous nie kena sembur!’ Melina monolog sendiri.
“Huh! Aku datang sini nak mintak tolong la...bukan nak cari gaduh!” kata Arriel geram. ‘Adoi! Lupa la pulak...Aku patut tolong dia, bukan gaduh ngan dia,’ getus hati Aisha. Aisha tersengih.
“Sorry bang! Adik tak sengaja!” pinta Aisha. Suaranya dilunakkan. Kali nie, ketawa Melina tidak dapat dibendung lagi. Terguling-guling Melina ketawa. Gurau jer! Tak la sampai guling-guling, cukup la ketawa tak ingat dunia.
“Mel....Udah, udah la gelak nye...Jom ikut Cha yang comel nie pergi dating ngan abang sengal nie!” ujar Aisha dengan riak selamba. Mukanya yang serius tadi sudah bertukar rupa. Bukan gadis serius lagi yang ada di hadapan Arriel, tapi gadis tak berapa betul.
“Tinggal jer si Mel kat sini! Aku tengok dia nie macam tak berapa betul jer,” bisik Arriel di telinga Aisha. Aisha mengangguk.
“Betul la. Dia memang tak betul dah nie. Nak call hospital Tanjung Rambutan ke tak nak eh?” Aisha memandang Arriel. Mukanya dibuat seperti sedang bimbang.
‘Pandai jugak minah berlakon. Dia nak loyar buruk ngan aku, aku pun nak buat benda sama!’ fikir Arriel.
“Boleh jugak!” kata Arriel memberi persetujuan. Aisha mencapai telefonnya yang diletak di dalam poket baju kurungnya.
“Assalamualaikum. Tuan, saya nak buat aduan nie!” Arriel menjegilkan matanya. ‘Biar betul minah nie! Takkan dia call betul-betul,’ getus hati Arriel.
Dengan pantas Arriel mencapai telefon Aisha. “Oit! Gila ke nak report kawan sendiri kat Tanjung Rambutan?” soal Arriel. Aisha memandang blurr.
Pandangan Aisha kemudiannya dialihkan ke arah Melina. Tiba-tiba, Aisha ketawa terbahak-bahak. Melina yang sedia ada ketawa, semakin menguatkan tawanya. Arriel garu kepala.
Dia memandang ke arah telefon Aisha. ‘Aik! Bukan ke tadi dia buat panggilan?’ Arriel buntu. ‘Wait! Dia just main-mainkan aku ke?’ soalnya di dalam hati.
Dipandangnya Aisha dan Melina silih berganti. Ketawa mereka telah redha tapi masih terdapat sengihan nakal di bibir masing-masing. Arriel menjegilkan matanya.
“Hehehe...Sorry abang sengal. Kitorang tak sengaja la! Adik cute just nak have fun!” kata Aisha sambil tersengih-sengih. ‘Kalau dia tau aku nie Fellis, gerenti dia dah tak nak tackle aku!’ fikir Aisha.
“Nak kata budak tak sampai umur, SPM dah lepas. Adoi...apa la malang nasib aku kenal ngan kau!” bebel Arriel sambil menggaru-garu kepalanya.
“Olololo...Sorry la abang sengal, adik cute tak sengaja,” ucap Aisha lagi. Arriel mengeluh. “Jom!” ajak Aisha sambil menarik tangan Melina menuju ke arah kereta Arriel.
“Ni kereta kau kan?” soal Aisha. Dia sengaja membuat seolah-olah ini kali pertama dia menaiki kereta Arriel.  Arriel mengangguk. Dia melangkah menuju ke arah Aisha dan Melina.

BAB 5.
Aisha menguraikan sanggulan rambutnya. Bibirnya menguntum senyuman apabila teringat kembali peristiwa siang tadi.
“Cha...lawak jugak ek si Arriel tu? Aku ingatkan, dia tu jenis yang tau cakap ayat-ayat jiwang jer,” kata Melina lalu ketawa kecil. Aisha turut ketawa.
“Aku pun tak sangka jugak! Sedap gila gaduh ngan dia. Kalah abang Am,” kata Aisha. “Kalau dengar dek abang Am nie, boleh menangis 7 hari 7 malam nie!” seloroh Melina. Aisha ketawa.
“Aku tak rasa dia menangis. Aku rasa, dia mesti kejar aku keliling kampung sebab aku dah ganti tempat dia sebagai the one and only man who can make Cha mad!” Aisha kembali ketawa di hujung katanya.
“Teruk gila kau kenakan minah tu!” kata Melina. Aisha sekadar tersengih.
Siang tadi Arriel telah membawa dia dan Melina ke Taman Tasik Titiwangsa. Di sana dia menerangkan segala-galanya tentang unversiti mereka kepada Arriel. Kalau dilihat, dia dan Arriel ibarat cikgu sedang mengajar muridnya. Memang lawak.
“Tadi kau bukan main lagi bergurau, sekarang dah serius balik. Tak rock la macam nie!” ujar Arriel dengan riak bosan. “Rock tak rock, ada aku kesah! Cuba la serius sikit,” kata Aisha geram.
“Serius kau kata? Macam mana la aku nak serius kalau dok asyik tengok muka kau. Tergoda aku tau!” kata Arriel dalam nada romantiknya. Aisha menjegilkan matanya.
“Tergoda? Kasanova macam kau pun boleh tergoda? Pelik-pelik!” kata Aisha lantang. Mujur tiada orang di tempat mereka berada. Jika tidak, boleh malu mereka dengan telatah mereka yang bagaikan kanak-kanak.
“Uish! Tak baik main tuduh—tuduh. Sape kata aku kasanova?” soal Arriel. Aisha menjungkit bahu. “Ha...kalau tak tau, jangan main tuduh-tuduh macam tu!” sambung Arriel lagi.
“Pape la. Kau faham ke tak apa yang aku tengah explain tadi?” soal Aisha sambil matanya tepat merenung ke dalam anak mata Arriel.
“Faham la. Dah berbelas-belas kali kau terangkan. Aku just nak tau pasal universiti kita tapi kau siap explain pasal peraturan universiti tu,” kata Arriel bosan.
“La...kau yang nak tau pasal universiti kita tu, so, aku bagi tau semua la pasal universiti tu,” jelas Aisha sambil tersenyum.
“Bosan la aku duduk borak ngan kau nie. Ada aje yang nak dibahasnya. Baik aku call girlfriend aku!” kata Arriel. Aisha ketawa.
“Tadi tak nak ngaku kasanova. Sekarang, sudah terang lagi bersuluh siap disuluh lampu spotlight yang kau tu ada banyak girlfriend,” kata Aisha. Arriel senyum.
“Banyak la kau punya spotlight!”
Tiba-tiba, satu suara menegur. “Hai sayang!” Aisha dan Arriel sama-sama memandang ke arah suara tersebut. Hampir terkeluar biji mata Aisha melihat cara pemakaian wanita di depan matanya itu.
Wanita tersebut memakai skirt pendek dan baju sendat. Aisha menggeleng kepala. Laju sahaja wanita itu menuju ke arah Arriel lalu memeluk Arriel.
Aisha menjegilkan matanya. Dilihatnya, Arriel sekadar tersengih. “Ehem...ehem...” Aisha berdeham. Wanita itu melepaskan pelukannya lalu berpaling memandang Aisha.
“Sayang...Sape perempuan buruk nie?” soal wanita itu. Aisha terkejut beruk. “Mak aih! Senang-senang jer dia kata aku buruk!” kata Aisha perlahan.
Arriel kelihatan serba salah. “Err...dia...” belum sempat Arriel menghabiskan kata-katanya, Aisha bersuara. “Abang Arriel! Kesian adik tengok kat kawan abang nie! Tak cukup duit nak beli kain nak buat baju. Abang Arriel beli la baju kat dia ek!” kata Aisha manja.
Dalam hati, Aisha ketawa kuat. Wajah wanita itu mencuka. “Ni...adik you ke sayang?” soal wanita itu sambil memeluk lengan Arriel.
“Abang! Mana aci! Adik nak peluk jugak!” rengek Aisha manja. Dia segera menuju ke arah Arriel lalu menolak wanita yang sedang memeluk lengan Arriel ke tepi. Pantas tangannya pula yang memeluk lengan Arriel.
“Haii...adik ni kan, manja betul dengan abang. Adik nak apa-apa ke nie?” Arriel memandang Aisha dengan pandangan penuh tanda tanya. Aisha tersengih.
“Adik nak abang!” jawab Aisha manja. Arriel ketawa. Aisha dapat melihat wanita di sebelahnya menjeling geram ke arahnya. ‘Ada aku kesah?’
“Oh ya bang! Nama kawan abang yang tak cukup kain nie apa?” soal Aisha tanpa sebarang perasaan bersalah. Wanita itu mendengus kasar.
“Adik...adik! Jangan panggil kawan abang macam tu lagi ya ayang! Nama dia, Stella,” kata Arriel sambil mengusap-usap kepala Aisha.
‘Erk...nie dah kira dia cuba ambik kesempatan nie. Cukup-cukup la dengan Fellis. Jangan ditambah pulak dengan Cha!’ gerutu hati Aisha.
“Hai kakak tak cukup kain...ops...I mean, kak Stella!” Aisha menghulurkan tangannya untuk bersalaman.  Stella menyambut huluran tangan Aisha dalam keadaan terpaksa. Mulutnya menguntum senyuman paksa.
“Nama adik sape?” soal Stella dengan suara yang dibuat-buat lembut. “Cha!” jawab Aisha sepatah.
“Erm...Stella, I betul-betul mintak maaf. I terpaksa temankan adik I jalan-jalan hari nie so, I tak boleh nak layan you. I hope you understand!” kata Arriel tiba-tiba.
“Alah abang Arriel nie...Biar la kak Stella ikut kita! Adik baru jer nak kenal ngan kak Stella,” rengek Aisha. “Please...” pinta Aisha lagi dengan riak penuh mengharap.
Arriel mengerutkan dahinya. ‘Mimpi apa la pulak minah nie...Takkan nak kenakan Stella kot!’ fikir Arriel. Kepalanya digaru.
“Arriel...I ikut you ya? I pun teringin nak kenal-kenal dengan adik you!” ujar Stella. Mukanya dimaniskan. Aisha memandang Arriel sambil mengangguk-anggukkan kepala.
“Kau nak kenakan Stella ke pulak?” soal Arriel dalam nada bisikan di telinga Aisha. Aisha sengih. “Memang pun!” jawabnya ceria.
Arriel tersenyum. “Ok la! Jom jalan-jalan!” Arriel menarik tangan Aisha. Stella dibiarkan berjalan di belakang.
“Menganggu betul la budak tu sorang! Tak pasal-pasal aku kena jalan kat belakang!” Stella mendengus kasar. Setiap butir bicara Stella dapat ditangkap telinga Aisha.
“Dia dah marah!” ujar Aisha perlahan. “Adik nie manja la! Adik nak suruh abang buat apa?” soal Arriel sambil menggosok-gosok kepala Aisha. Aisha merenung tajam.
“Cepat la ayang! Abang nak tolong nie!” kata Arriel lagi. Aisha meletakkan jari telunjuknya di dagu. Kemudian, dia tersenyum. Segera dia membisikkan rancangannya di telinga Arriel. Arriel tersengih.
“Err...Stella! You tolong jagakan adik I sekejap ek? I nak pergi tandas! Perut meragam,” pinta Arriel sambil dahinya dikerutkan seakan-akan menahan sakit. Stella tersenyum manis lalu mengangguk.
Arriel terus berlalu. “Kak Stella!” panggil Aisha ceria. Stella menjeling tajam. “Jangan panggil aku kakak boleh tak? Aku bukannya kakak kau! Huh! Tak ingin aku nak jaga budak terencat otak macam kau nie!” tengking Stella.
Aisha membuat muka sedih. “Nape pulak?” soal Aisha. “Kalau muka kau tu cantik, boleh la jugak aku berbual dengan kau tapi nie...muka macam sampah! Tak ingin aku!” Stella menjuihkan bibirnya.
“Aku rapat dengan abang kau tu pun sebab harta dia! Kau tau tak, bila aku dah kahwin dengan dia, mesti bahagia gila hidup aku!” sambungnya lagi. Aisha mencebik.
“Ek eleh...bahagia la konon!” ejek Aisha. “Kau apa tau? Lepas nie, jangan kau cuba-cuba nak report kat abang kau pasal tadi. Kalau tak...nahas kau!” ugut Stella.
Aisha tersenyum sinis. “Perempuan miskin macam kau pun tau nak ugut mengugut ek? Tak tau la pulak aku! Setahu aku, orang miskin terlajak nie jenis yang suka meminta-minta...ops...lupa! Kau memang suka meminta pun! Ngan Arriel semua kau mintak ek!” bidas Aisha tajam.
Stella jadi geram. “Berani kau!” Stella meluru ke arah Aisha lalu mengangkat tangan untuk menamparnya. Namun, Aisha sempat menahan. Aisha memulas tangan Stella ke belakang lalu menolaknya.
“Kenapa nie?” soal Arriel tiba-tiba. “Sayang...tengok la adik you nie. Dia pukul I!” adu Stella manja. Stella terus memeluk lengan Arriel.
Malang bagi Stella. Arriel langsung tidak menghiraukannya. Segera Arriel mencapai tangan Aisha lalu ditiliknya. Kemudian, Arriel membelek-belek pula badan Aisha.
“Tak ada yang cederakan?” soal Arriel bimbang. Aisha mengangguk. “Kak Stella yang jahat. Dia yang pukul adik! Adik takut!” rengek Aisha manja.
Arriel merenung Stella dengan pandangan yang tajam. “Berani you pukul adik I? You memang perempuan tak guna!” tengking Arriel.
“I tak buat pape pun! Adik you yang pukul I!” Stella cuba membela diri. “Jangan you tuduh adik I yang bukan-bukan! Kalau dah salah tu, mengaku jer la!” tengking Arriel.
Stella menangis teresak-esak. “Sayang... I’m sorry!” Stella cuba meraih tangan Arriel tetapi Arriel segera mengelak. “From now on, we’re finished!” kata Arriel mendatar.
Stella memandang Arriel tidak percaya. “Arriel, I...” Stella tidak dapat meneruskan kata-katanya lagi. Dia segera berlari meninggalkan Aisha dan Arriel di situ.
“Fuyoo...hebat gila kau berlakon!” puji Aisha. Arriel senyum bangga. “Biasalah! Kalau tak pandai berlakon, takde nya perempuan nak sangkut ngan aku!” kata Arriel mendabik dada.
Aisha mencebik. “Ek eleh! Diorang rapat ngan kau pun, sebab harta walid kau!” ujar Aisha. Dia menutup mulut.
“Macam mana kau tau yang aku panggil ayah aku, walid?” soal Arriel ingin tahu. “Yo!” satu suara menyergah mereka dari belakang. Aisha mengurut dada.
“Mel! Kau nak aku mati cepat ke?” soal Aisha geram. Melina ketawa. “Saja nak ganggu. Tak boleh ke?” soal Melina. Aisha tersenyum. ‘Selamat aku!’
“Cha...kau sedar lagi?” soal Melina sambil melambai-lambaikan tangannya di hadapan Aisha. Lamunan Aisha tentang kejadian siang tadi berlalu pergi. “Aku sedar lagi la!” balas Aisha.
“Ingatkan kenapa la tadi! Macam mana date Fellis ngan Arriel kat kelab lepas nie?” soal Melina. Aisha tersentak. “Kelab?” soal Aisha tidak mengerti.
“Ya Allah Cha! Kau tak ingat ke janji kau dengan Arriel?” Melina membuntangkan matanya. Aisha menggaru kepalanya.
“Tunggu jap! Malam nie...kat kelab?” Aisha memandang Melina. Melina segera mengangguk. “Aku nak pakai apa?” soal Aisha bimbang.
“Pakai baju aku and this time, jangan nak complain!” kata Melina tegas. Aisha menarik muncung panjang.
“Yalah, yalah!” balas Aisha lemah. Aisha bangun lalu segera menuju ke bilik air. Dia perlu membersihkan diri. Sebentar lagi, dia akan kembali masuk ke tempat itu.
****
Aisha berdiri tegak di hadapan pintu masuk kelab. Kakinya terasa berat benar ingin melangkah masuk. Sudah dua tahun dia tidak menjejakkan kaki ke tempat itu.
“Fellis! Jom la!” ajak Melina sambil menarik tangan Aisha. Aisha membaca bismillah sebelum masuk. ‘Ada ke orang baca bismillah masuk kelab?’ soal hatinya.
Di satu sudut, Aisha dapat melihat Arriel sedang berbual dengan dua orang lelaki dan...Stella! ‘Hish! Bukan ke perempuan tak cukup kain tu dah blah? Macam mana la pulak boleh ada kat sini!’ gerutu hati Aisha.
“Hai!” tegur Melina. Semua mata memandang Melina dan Aisha. Apabila terpandang kelibat Aisha, Arriel segera berdiri.
“Fellis! I ingatkan you tak datang malam nie,” kata Arriel sambil tangannya dihulurkan ke arah Aisha. Aisha tersenyum lalu menyambut huluran tangan Arriel.
“Okay guys! I want to introduce you to my girlfriend. Fellis!” Arriel memperkenalkan Aisha kepada rakan-rakannya. Jelas terpamer riak terkejut di wajah semua rakan-rakan Arriel.
“Hai!” tegur Aisha. “Fellis! Dah lama tak nampak you datang kelab!” tegur Fikri. “Dah tak boleh nak buat apa dah. Papa ngan mama I kawal I ketat sangat!” kata Fellis.
“You look much more beautiful than before!” puji Ash pula. Aisha tersenyum. “Wait! You guys already knew each other?” soal Arriel pelik. Fikri dan Ash ketawa.
“Kalau kau nak tau, buah hati kau nie memang popular kat kelab nie! Dah lama dia tak datang. Tu yang buat kitorang terkejut tu!” kata Ash selepas hilai tawanya redha.
“I ingatkan you dah berubah Fellis! But it seems like you still are the same as before,” ujar Fikri sambil tersenyum. Aisha tersentak.
‘Aku dah berubah tapi aku buat nie semua for my family!’ getus hatinya.
“I dah rindu kat tempat nie. That’s why I decide nak datang,” kata Aisha lembut. Aisha dapat merasakan bahawa Stella sedang merenung tajam ke arahnya.
“So...this is your new girlfriend?” soal Stella secara tiba-tiba. Mulutnya tersenyum sinis. Arriel mengangguk. “She’s special!” kata Arriel lalu dia segera merangkul pinggang Aisha.
“You tinggalkan I just for this girl?” soal Stella dengan suara yang agak lantang. Mujurlah kelab itu bising dengan lagu. Jika tidak, memalukan muka dia sahaja menjerit begitu.
“No! Dia tak ada kena mengena langsung dalam hal nie!” kata Arriel tenang. ‘Sorry la Arriel. Aku memang ada kena mengena dengan hal nie!’ hati Aisha bermonolog sendiri.
“You dah lupa apa yang you cakap tadi?” soal Arriel sinis. Stella memandang kurang mengerti. “You sendiri cakap, you rapat dengan I because of my money! Don’t you remember?” sambung Arriel lagi. Stella tersentak.
“Nie mesti adik you yang reka cerita. I never said such a thing sayang,” Stella cuba meraih simpati. “Tak ada orang yang reka apa-apa. I dengar dengan telinga I sendiri. There’s no use you try to explain anything to me!”
“Please Arriel. Forgive me!” pujuk Stella. Tangan Arriel diraih. ‘Dah tau girlfriend si Arriel ada kat tepi, buat pe nak pegang-pegang lagi!’ marah Aisha dalam hati. ‘Eh,eh! Termengaku la pulak! Girlfriend olok-olok!’
“I’m sorry miss. But you have no right to touch Arriel. I won’t allow it!” marah Aisha. Tangan Stella yang mengenggam tangan Arriel ditarik kasar.
“Hei perempuan! Kau diam boleh tak! Jangan nak masuk campur,” tengking Stella. “Arriel dah tak nak kat kau! Kau terhegeh-hegeh lagi tu buat apa?” tengking Aisha kembali.
‘Amik kau! Aku bagi yang super punya!’ monolog hatinya.
“Siapa terhegeh-hegeh? Kau ke aku?” soal Stella. Aisha tersenyum sinis. “You think?” soal Aisha, sengaja menduga Stella.
“Stella...I think you better go! Jangan nak keruhkan keadaan kat sini!” pujuk Fikri yang sedari tadi berdiam diri. Tangannya memegang kedua-dua bahu Stella.
“Betul kata Fik! I think, you better go!” ujar Arriel pula. Aisha senyum sinis. ‘Tu la, sape suruh lawan ngan aku! Kan dah kena!’
Stella merentap kasar tangan Fikri. Dia segera berlalu.
“You patut hati-hati ngan Stella!” pesan Arriel prihatin. Aisha memandang Arriel. “Stella?” soal Aisha.
“Perempuan tadi! Dia berbahaya tau!” kata Arriel sambil mengenggam erat tangan Aisha.
“Tak payah la risau. I’m gonna be ok!” Aisha cuba meyakinkan Arriel. “Fellis betul! Kau tak payah la risau sangat. Fellis nie kuat. Gerenti dia boleh lawan Stella,” sokong Ash.
“You see! Kawan you sendiri pun sokong I!” kata Aisha ceria. Arriel memandang Aisha.
“I’m just worried. That’s all!” kata Arriel. Dia membawa tangan Aisha ke mulut lalu diciumnya. Sememangnya dia risau akan keselamatan Aisha. Hatinya sudah mengata sayang. Dan mungkin, perasaan ini akan kekal selamanya.                                                                                                                   

BAB 6.
Stella menghempaskan beg tangannya di atas katil. “Tak guna! Berani perempuan tu masuk campur urusan aku!” jerit Stella.
Dia benar-benar bengang dengan kehadiran Fellis. Baru sahaja dia berhajat ingin menarik balik hati Arriel tetapi, Fellis terlebih dahulu mendahului.
“Dulu kau rampas Rafeeq dari aku and sekarang kau cuba nak rampas Arriel pulak! Kau memang tak guna Fellis!” jerit Stella lagi. Hampir kesemua barang di dalam biliknya di hempas.
“Stella! Nape nie?” soal Athira, rakan karib Stella di luar bilik. “Don’t disturb me!” jerit Stella. “Stella... Come on, let me help you!” ujar Athira, cuba memujuk.
“Kau takkan faham Athi! Dia...” Tangisannya terhambur di situ. Athira menjadi semakin panik. Segera dia membuka pintu bilik Stella.
“Stella...kau ok?” soal Athira sambil menggosok-gosok bahu Stella. “Arriel dah tinggalkan aku!” kata Stella teresak-esak. Athira segera memeluk Stella.
“Lupakan dia! Selama nie kau putus ngan sape-sape, tak pernah pun kau sedih macam nie! Jangan disebabkan Arriel sorang, kau jadi macam nie Stella!” pujuk Athira.
“Kau tak faham Athi...kau tak faham!”
“Apa yang aku tak faham? Apa?” soal Athira geram. Wajah Stella direnung tajam. “Fellis yang rampas Arriel dari aku!” jerit Stella. Athira terpempam.
“No! No way! Fellis kan dah...” belum sempat Athira menghabiskan kata-katanya, Stella membalas. “Kahwin? Hei! Kau ingat orang macam dia tu setia sangat ke ha?” Kali ini Stella pula yang memandang Athira tajam.
“But I know her Stella... She loves Rafeeq! Takkan dia nak duakan Rafeeq. It just no way!” kata Athira tidak percaya.
“Sebelum nie aku tinggalkan Rafeeq atas permintaan kau! Kau yang bagitau aku Fellis betul-betul sayangkan Rafeeq. At that time, aku langsung tak kenal dia but untuk kau, aku sanggup tinggalkan Rafeeq!” Tangisan Stella semakin kuat.
“Masa tu, aku cuma tak nak kau mainkan hati Rafeeq. Aku...aku tak tau yang Fellis pun suka mainkan perasaan orang,” luah Athira perlahan.
“Kau mesti tolong aku!” ujar Stella perlahan. Athira memandang Stella. Dahinya berkerut. “I need to get Arriel back!”
Athira diam. Dia tidak pasti apa yang patut dilakukannya. ‘Patut ke aku tolong Stella?’ “Athi! Kalau kau tak nak tolong aku, kau boleh keluar dari rumah nie sekarang. Mulai hari nie, kita takde pape hubungan lagi!” ugut Stella apabila tidak mendapat sebarang persetujuan daripada Athira.
Athira terkejut. Jika dia pergi, pastinya tiada siapa lagi yang sudi menanggung perbelanjaannya selama dia belajar di universiti. Ingin mengharap wang dari ibunya, itu agak mustahil. Keluarganya hidup dalam serba kedaifan.
“Aku...setuju!” Akhirnya Athira bersuara. ‘Fellis...aku, mintak maaf!’ getus hatinya.
Stella tersenyum. “Good! Aku akan pastikan si Fellis menderita!”
****
Aisha tak senang duduk. Sekejap dia berdiri, sekejap dia duduk. Dah macam-macam aksi yang dipertontonkan. Melina yang berada bersamanya memandang pelik. Pening kepalanya melihat perlakuan Aisha.
“Kau nie apesal? Gaya macam dah kena paksa kahwin jer aku tengok!” Melina bersuara. Kali nie, kata-katanya benar-benar menikam ke hati Aisha.
Aisha mengeluh. Dia terus duduk di sisi Melina. “Bukan kena paksa kahwin tapi...kena paksa benda lain,” lemah Aisha bersuara. Melina memandang penuh tanda tanya.
“Arriel buat hal!” luah Aisha. Melina mengangkat kening. ‘Jangan dia suruh kawan aku buat benda tak senonoh sudah!’ pintanya di dalam hati.
“Dia buat apa?” soal Melina lembut. Dalam keadaan sekarang nie, sememangnya dia tidak boleh cakap lepas seperti sebelum-sebelum nie. Dia kenal benar sikap Aisha. Kalau dah susah hati tahap gaban, jangan cuba-cuba buat lawak, nanti dengan dia-dia sekali mati sakit jantung. Sebabnya cuma satu. Habis kena hambur dengan Aisha la jawabnya.
“Dia ajak aku jumpa walid!” jawab Aisha ringkas. Melina membuntangkan matanya. “Apa kes pulak mamat tu suruh kau jumpa walid dia?” soal Melina sedikit terjerit. Aisha menekup telinganya.
“Agak-agak la wei nak jerit pun. Pekak telinga aku baru kau tau!” marah Aisha. Melina tersengih. “Sorry beb, tak sengaja. Jangan marah ek!” pujuk Melina bersungguh-sungguh. Bimbang juga andai Aisha bertukar ke mood membunuh.
Hehehe...Jangan salah sangka ek! Bukan membunuh sampai masuk kubur. Ni membunuh sampai hati yang hancur. Luruh jantung, sakit tak terkata. Korang apa tau! Tak pernah rasa!
“Nape dia suruh kau jumpa walid dia?” soal Melina lagi. Aisha mengeluh. “Dia yang kena paksa kahwin, aku pulak yang diheret masuk line!” rungut Aisha.
“Maknanya...dia ajak kau kahwin la nie?” soal Melina sambil tersengih-sengih. Aisha menjegilkan mata.
“Erk...sorry,sorry! Dia serius ke?” Aisha sekali lagi mengeluh. “Entah!” Aisha menjungkit bahu. Melina terdiam seketika. Cuba berfikir mencari jalan.
“Hurm...apa kata kalau kau jumpa walid dia dulu. Sebelum kau pergi ngan dia, kau inform la kat walid yang kau datang ngan Arriel. Nanti kan, tak pasal-pasal terkejut beruk Arriel tengok tetiba jer walid tegur kau!” Melina memberi idea.
“Mel...Nape nasib aku bertambah buruk bila aku kenal jer mamat sengal nie?” soal Aisha tiba-tiba. “Dah jodoh kau ngan dia...nak buat macam mana lagi,” ujar Melina selamba.
“Mel! Aku tengah sedih, boleh pulak kau cakap macam tu ek!” marah Aisha. Melina tersengih. ‘Hehehe...Dah terlepas cakap la pulak. Ni yang aku benci nie! Mulut nie tak boleh control langsung!’ bebelnya dalam hati.
Aisha tarik muncung panjang. “Ololo...kawanku sayang. Jangan  la masam-masam macam nie. Nanti dah tak ada yang berkenan kan melepas. Kau ikut jer apa yang aku cakap tadi. Dia bukannya suruh kau kahwin ngan dia terus. Dia just suruh kau jumpa walid dia. Tak suruh benda lain pun,” pujuk Melina.
Aisha diam. Sesungguhnya otaknya sedang berserabut. ‘Ada ke patut si Arriel tu mintak benda yang bukan-bukan! Memang nak kena smackdown ngan aku nie!’ bebel Aisha dalam hati.
“Cha! Nak tanya sikit nie!” ujar Melina. Aisha mengerutkan dahinya. Belum pernah lagi Melina meminta kebenaran jika ingin bertanya. “Tanya la,” balas Aisha.
Melina berdiri. Dia menjauhi Aisha. ‘Kena prepare awal-awal nie! Kalau dia buka langkah silat, aku buka langkah cabut!’ getus hati Melina.
“Dia mintak kahwin dekat Cha atau Fellis?” laju sahaja Melina menyoal. Aisha membeliakkan matanya. “Mel...” jerit Aisha geram.
“Jangan marah Cha! I’m just asking!” pujuk Melina. Badannya sudah semakin menghampiri pintu. “Banyak la kau just asking! Yang kau nak tau sangat apesal?” hambur Aisha geram.
“Uii...garangnya! Aku tanya sebab aku teringin nak tau. Al maklum lah, si Arriel tu kenal Cha ngan Fellis! Teringin jugak nak tau sape dia ajak!” kata Melina sambil tersengih. Aisha mendengus.
“Fellis!” jawab Aisha sepatah. “Dia ajak Fellis pun kau nak marah? Jealous ke?” soal Melina. Aisha menjeling Melina tajam.
“Kau memang sengaja nak cari pasal ek! Mari sini, aku smackdown!” Aisha bangun dari duduknya. Melina apa lagi! Bila dilihatnya Aisha menuju ke arahnya, terus sahaja dia membuka pintu lalu melarikan diri.
“Eii...Tak guna punya si Mel! Siap kau aku kerjakan!” kata Aisha geram.
****
Arriel merebahkan dirinya di atas sofa. Penat dia melayan Rina, salah seorang teman wanitanya. Matanya dipejam rapat.
“Arriel!” tegur satu suara. ‘Argh...orang tua nie lagi! Memang tak boleh tengok aku senang sikit!’ bebel Arriel di dalam hati.
“Walid nak apa?” soal Arriel sedikit kasar. Datuk Asri sedikit terkejut namun disabarkan juga hatinya.
“Arriel...sudah-sudah la tu! Walid tak harap apa-apa pun dari Arriel tapi cuma satu yang walid mintak ngan Arriel! Berhenti la buat kerja-kerja tak senonoh nie Arriel!” tegur Datuk Asri lembut.
Arriel mendengus  kasar. “Apa maksud walid ha? Arriel tak pernah pun buat benda tak senonoh! Kalau walid tak kenal Arriel, jangan la walid sedap-sedap nak tuduh Arriel benda bukan-bukan,” marah Arriel namun suaranya tidak la sekeras mana.
Masih terngiang-ngiang kata-kata Fellis dulu. ‘Give him a chance!’
“Kamu jangan ingat walid tak tau! Hari-hari kawan-kawan walid tegur. Mereka nampak tiap-tiap hari Arriel dok usung perempuan ke sana ke mari. Tak ke tu kerja tak senonoh namanya! Kalau sorang tu walid boleh faham tapi nie, asyik bertukar pasangan,” tegur Datuk Asri.
“Habis tu, walid nak suruh Arriel buat apa lagi? Dah memang nie perangai Arriel!” kata Arriel. Suaranya sedikit mengendur.
“Walid nak kamu kahwin cepat-cepat!” putus Datuk Asri. Arriel mengeluh. “Tapi Arriel tak ada calon lagi,” ujar Arriel lemah.
“Teman wanita kamu keliling pinggang tu takkan tak ada yang sesuai kot!” sinis Datuk Asri menuturkannya.
Arriel mengeluh lagi. “Kalau selera walid tu sama dengan selera Arriel tak apa la jugak tapi nie, selera walid, menyimpang jauh dari selera Arriel!” tutur Arriel.
Datuk Asri ketawa. “Kalau macam tu, cari-carilah yang sesuai. Kalau tak jumpa-jumpa jugak, walid kahwinkan terus Arriel dengan sepupu Arriel tu!” ujar Datuk Asri.
Arriel mengerutkan dahinya. “Sepupu?” soal Arriel. “Haii...Takkan sepupu kesayangan sendiri pun boleh lupa!”
“Tak ingat la walid. Lama sangat duduk London, sampai otak pun beku!” kata Arriel sambil tersengih. “Hmm... Budak perempuan yang kamu selalu buli dulu. Takkan tak ingat kot!” Datuk Asri memberi klu.
Arriel memerah otaknya cuba mengingati sebaris nama sepupunya itu. “Maksud walid...si Echa?” soal Arriel. Dia sudah berjaya menangkap gerangan gadis yang disebut Datuk Asri.
Datuk Asri mengangguk. Mulutnya menguntum senyuman. “Kalau kamu dah tak ada calon sangat, biar walid pergi pinang terus Cha tu! Single lagi budak tu!” ujar Datuk Asri bersama senyuman.
Arriel membeliakkan matanya. ‘No way! Takkan aku nak kahwin ngan sepupu aku tu kot. Masa kecik-kecik dulu, boleh la main kahwin-kahwin, tapi sekarang dah besar. Tak nak la kahwin ngan dia. Masa kecik dulu, badan dia gempal! Entah macam mana la badan dia sekarang. Entah-entah gempal lagi,’ bebelnya dalam hati.
“Walid tengah cakap ngan dia...boleh pulak dia mengelamun!” Datuk Asri menggeleng-geleng kepala. “Err...Walid tak payah la pergi pinang dia. Nanti Arriel bawak balik calon menantu yang sesuai,” kata Arriel sambil tersengih-sengih.
“Hmm...Walid tunggu!” ucap Datuk Asri sepatah. “Ok la walid. Arriel naik atas dulu. Nak mandi!” Arriel segera bangun. Tangan walidnya dicium lalu dia terus menapak ke atas.
Datuk Asri tersenyum. Hubungan mereka anak beranak kini sudah semakin membaik. Entah apa yang Aisha dah buat sehinggakan Arriel boleh berubah sedemikian rupa. Mungkin sekali sekala Arriel ada juga memarahinya tetapi, tidak la seteruk dulu. Tutur kata Arriel juga sudah semakin lembut. Sehingga boleh ketawa dan tersenyum di hadapannya.
Memang tidak salah lagi pilihannya untuk meminta bantuan Aisha. Bukannya Datuk Asri tidak tahu tentang hubungan Arriel dan Aisha sudah semakin rapat. Hampir setiap hari Aisha memaklumkan kepadanya tentang hubungan mereka. Datuk Asri tersenyum. Diharapnya, hubungan itu akan berkekalan selama-lamanya.

Wednesday, 19 October 2011

NoVeL : Jatuh Cinta? (Bab 1,2,3)

BAB 1
Aisha melilau ke kiri dan ke kanan. Namun, tiada sesiapa yang dapat dilihatnya. Di situ cuma ada dia dan beberapa orang pelajar lain. Entah mengapa, dia dapat merasakan seperti seseorang sedang memerhatinya.
“Cha!” sergah satu suara. Aisha kaget. Suara itu ketawa apabila melihat perilaku Aisha yang bagai terdengar bom meletup.
“Mel....Tak guna punya kawan! Ada ke patut sergah aku camtu!” marah Aisha sambil membeliakkan matanya. Melina menahan tawa.
“Erm...Sorry-sorry! Aku tak tahan sangat!” Melina cuba mempamerkan riak serius. Aisha mencebik geram.
“Tak tahan apa? Tak tahan nak tengok aku mampus dulu?” tempelak Aisha. Aisha menyilangkan tangannya.
“Heh! Tak hingin aku tengok kau mampus! Dengan pakaian macam nie....” Melina melirik ke arah pakaian Aisha atas bawah. “Aku tak rasa kau hidup pun orang akan perasan kehadiran kau!”sambung Melina lagi.
Aisha memuncungkan mulutnya. “Macamlah pakaian kau tu senonoh sangat!” peril Aisha. Dia melirik ke arah pakaian Melina.
Melina memakai seluar jeans putih paras lutut, blaus ungu dan kasut tumit tinggi putih. Rambutnya paras dada dibiarkan lepas.
“Aku ikut trend ok! Tak macam kau. Kau ikut apa? Ikut sejarah? No class la beb!” kata Melina dengan nada gediknya. Aisha mengeluh.
“Singkat sana, singkat sini, tu yang kau kata ada kelas?” tempelak Aisha geram. Manakan tidak! Melina tidak pernah ingin mendengar nasihatnya. Setiap kali dia menasihati, pasti ada saja benda yang tidak kena.
Melina mencebik. “Macam la kau tak pernah pakai macam aku ni!” Aisha sedikit tersentak.
Ya! Jika ditanya, sememangnya dia juga pernah berpakaian seperti Melina malahan lebih teruk lagi. Tetapi disebabkan cara pemakaiannya itu, satu sejarah hitam telah terukir di dalam dirinya dan tidak mungkin dapat dia lupakan.
Melihat muka Aisha yang beriak sedih, Melina jadi serba salah. “Err...Aku bukan nak kata apa. Just aku nak kata yang at least, aku tak serabai macam kau! Cermin mata bingkai tebal bak ugly betty, rambut sanggul macam perempuan baru lepas beranak and baju kau...mmm....ok la!”
“Hish! Takkan aku nak pakai baju kurung pun salah. Mampus la kalau camtu!” bentak Aisha. Tangannya dikepal geram.
“Aku tak kata salah, aku just kata ok la! Memang la cantik pakai baju kurung, nampak ayu tapi..ada caranya jugak!” jelas Melina. Aisha mencebik geram.Mulutnya sekali lagi dimuncungkan tanda protes.
“Suka sangat buat muka camtu! Aku cili kang baru tau!” ugut Melina. Aisya buat tidak tau.
“Erm...Mel, tak boleh ke pakai macam ni?” soal Aisha seketika kemudian. Jarinya ditudimg ke arah pemakaiannya. Melina mengerutkan dahinya.
Tidak pernah walau sekali Aisha meminta pendapatnya. Tetapi, kali ni, entah apa yang baru menghentam kepala Aisha sampaikan dia bertanya begitu. Melina menggeleng perlahan.
“Hah? Tak boleh?” soal Aisha tersalah anggap dengan gelengan Melina. Mukanya menunduk. Melina serba salah.
“Err...Tak lah! Maksud aku....kau nak pakai macam nie tu boleh...tapi...” Melina memerhati Aisha dari atas ke bawah. Aisha jadi tak senang duduk. “Tapi apa?” soal Aisha tak sabar.
“Cara pemakaian kau tu kelakar sangat!” jelas Melina lalu ketawa terkekek-kekek. Aisha menjeling tajam.
“Nak ubah penampilan macam nie pun tak boleh!” keluh Aisha perlahan. Dengan berat hati, Aisha memandang penampilan Melina.
Sebenarnya, dia teringin untuk berpenampilan seperti Melina kembali. Sentiasa menawan, menjadi tatapan si jejaka, sentiasa dipuja, dipuji dan sentiasa menjadi perhatian ramai tanpa perlu merasa susah dan kecil. Tetapi apabila mengingatkan kisah dulu dia jadi menyesal.
“Biar aku tolong kau!” kata Melina ceria. Aisha tercengang, tidak mengerti.
“Tolong apa?” Melina tersenyum penuh makna.
*****
Aisha menilik penampilannya di hadapan cermin.
“Ish! Tak nak la Mel,” protes Aisha. Matanya masih lekap memandang pakaiannya di cermin. Melina menjegilkan matanya.
“Jangan nak mengada-ngada! Kau patut bersyukur aku tak suruh kau pakai skirt singkat and baju ketat,” kata Melina geram. Aisha jadi serba salah.
“The problem here is...I’m scared Mel! Kau pun tau kan apa yang dah jadi dulu?” Aisha cuba memberi penjelasan. Melina terdiam. Cuba memikirkan apa yang patut dibuat.
Melina mengeluh lemah. “I know your past sweetheart. And sebab tu jugak la aku nak tolong kau! Kau pakai macam nie, only for today okay?” pujuk Melina lembut.
Dia tau! Dia perlu membantu Aisha untuk mengatasi perasaan takutnya. Dia merasakan Aisha tidak seharusnya menyembunyikan dirinya sedemikian rupa. Dia tidak mahu rakan baiknya itu sentiasa berada di dalam ruang gelap yang diciptanya sendiri.
Memang! Jika diikutkan, Melina lah yang bersalah. Semua itu takkan terjadi jika bukan dia yang mempengaruhi Aisha. Bila memikirkan hal itu kembali, dia jadi semakin serba salah.
“Tak ketat sangat ke?” soal Aisha seraya menghentikan lamunan Melina. Melina menggeleng laju. “No, it’s perfect!”
Sememangnya apa yang dikatakan Melina benar. Pakaian yang dikenakan pada badan Aisha sememangnya sesuai dengan Aisha yang berkulit putih.
Aisha memakai jeans putih dikenakan dengan blaus pink paras peha dan kasut putih bertapak rata. Jika dilihat hanya dengan satu pandangan, penampilan Aisha ini boleh membuatkan rakan-rakan mereka yang lain tidak dapat mengecam Aisha.
“Tapi kan...you will look more beautiful if you let your long hair down!” kata Melina seraya menguraikan sanggulan Aisha. Aisha cuba memprotes tetapi tangan Melina lebih cekap bertindak.
“Perfect!” Aisha menarik muncung panjang. Melina buat tidak tau. Dia segera berlalu ke kaunter lalu membayar pakaian yang dipakai Aisha.
Aisha menggaru kepalanya yang tidak gatal. “Kau bayar terus?” soal Aisha. Melina mengangguk sambil tersenyum.
“Jom, kita pergi shopping!” ajak Melina selesai sahaja membayar. Tangannya pantas menarik tangan Aisha. Aisha terpinga-pinga.
“Tunggulah aku tukar baju dulu!” ujar Aisha lalu menghentikan langkahnya. Melina berpaling. Dia memandang Aisha dengan pandangan tidak puas hati.
“Tak payah nak mengada-ngada! Kan aku dah kata, aku nak kau pakai macam nie hari nie!” kata Melina tegas.
Aisha hanya mampu mengikuti langkah Melina. Ingin memprotes tetapi dia berasa kasihan. Melina sudah banyak membantunya. Aisha tau! Melina membuat semua ni hanya untuk membantunya.
Sedang Aisha asyik memerhati suasana sekelilingnya, Aisha terlanggar seorang lelaki sehinggakan menyebabkannya jatuh terduduk.
“Err...sorry, sorry!” ucap Aisha sambil menggosok-gosok sikunya yang terasa sedikit pedih. Melina sudah jauh meninggalnya di belakang.
Lelaki itu hanya diam. Tidak mengungkap sepatah perkataan pun. Aisha cuba berdiri tetapi kakinya terasa sakit. “Adoi!” aduh Aisha.
Lelaki itu tersentak. “Are you okay?” soal lelaki itu. Lelaki itu terus duduk bertinggung di sisi Aisha. Aisha mengangguk sambil cuba melemparkan senyuman.
“Kaki you cedera sikit!” kata lelaki itu lagi sambil membelek-belek pergelangan kaki Aisha. “Err...tak apa! Sikit jer nie!” Aisha melarikan kakinya dari terus dibelek lelaki itu.
“Biar I tolong!” kata lelaki itu sambil cuba membantu Aisha untuk berdiri. “Err...Thanks!” ucap Aisha sambil menguntum senyuman. Buat seketika, mata mereka bertaut.
“Oh...Thank God! Kau okay ke?” Melina menerpa ke arah Aisha. Aisha sekadar mengangguk. “Kau pergi mana ha? Puas aku cari tau!” gerutu Melina. Aisha sekadar tersengih sumbing.
Mata Melina beralih ke arah lelaki yang berdiri di sisi Aisha. Mukanya jelas menampakkan riak terkejut.
“Farriel Rayyan?” Lelaki itu tersenyum lalu mengangguk. “Yup! It’s me!” jawab lelaki itu.
“Arriel! You buat apa kat sini?” soal Melina dengan suara manjanya. Aisha jadi geli geleman. Belum pernah Melina berkelakuan sedemikian. Mulalah terbit sifat miang si Melina nie!
“I nak pergi jumpa kawan I kejap!” balas Arriel. Melina mengangguk tanda memahami. Tidak semena-mena, mata Melina tertancap pada pegangan tangan Arriel pada pinggang Aisha.
Aisha yang menyedari sorotan mata Melina terus cuba melepaskan genggaman tangan Arriel dari terus memeluk pinggangnya. Melina tersenyum penuh makna.
“Thanks la Arriel sebab you sudi jaga kawan I sorang nie!” ucap Melina. Arriel sekadar mengangguk. “I tak jaga pun! I just terlanggar dia jer!” kata Arriel lalu dia dan Melina ketawa kecil. Aisha sekadar memerhati.
“You tak kenal lagi kan kawan I yang sorang nie kan?” soal Melina sambil menarik tangan Aisha agar Aisha berdiri di sebelahnya. Kaki Aisha yang sakit terasa sengal tetapi sedaya upaya dia cuba tersenyum.
Arriel menggeleng. Senyuman Melina semakin melebar. “Ok! Meet my best friend, Fellis!” ujar Melina. Aisha tersentak.
‘Biar betik! Tak nak la aku ada orang panggil aku Fellis macam dulu!’ getus hati Aisha. Melihat reaksi Aisha yang seakan-akan terkejut, Melina dengan pantas mencubit lengan Aisha. Aisha menjeling geram.
“Just follow the flow! I’ll explain later!” bisik Melina. Aisha menjuih bibirnya. “You tak sudi kenal dengan I?” soal Arriel seakan-akan berkecil hati.
Dengan pantas Aisha berpaling. Mukanya seboleh mungkin dimaniskan. “Taklah! I bukannya tak sudi,” kata Aisha lembut. Arriel tersenyum.
Dia terpukau melihat senyuman Aisha.  Senyuman itu begitu manis dan ikhlas di matanya. Selama ini, dia belum pernah merasai sedemikian. Walau sudah berpuluh-puluh wanita diusungnya ke sana sini tetapi tidak pernah seorang pun berjaya membuatkannya bahagia.
“I’m Arriel!” ujar Arriel sambil menghulurkan tangannya untuk bersalaman. Aisha serba salah namun disambut jua huluran salam Arriel.
“Erm... I need to go now! Kita jumpa lain kali pulak ya!” kata Arriel sambil mengenyitkan matanya. Melina tergelak kecil. Aisha tersenyum.
Apabila kelibat Arriel sudah tidak kelihatan, dengan pantas, Aisha mencubit lengan Melina geram. Melina mengaduh sakit.
“Tiba-tiba jer terkeluar nama Fellis tu apasal?” soal Aisha geram. “Ler...Nama kau kan Fellis Aisha!” Melina buat muka tidak bersalah.
Sekali lagi, lengan Melina menjadi mangsa cubitan Aisha. “Sakit la! Agak-agak la kalau nak cubit pun!” marah Melina sambil menggosok-gosok lengannya.
“Padan dengan muka! Siapa suruh gatal sangat!” kata Aisha sambil tersenyum mengejek. “Kau patut berterima kasih sebab aku dah tolong kau!” luah Melina. Mulutnya diketap geram.
“Tolong pe bendanya?” soal Aisha tidak puas hati. “Aku lupa! Kau tu belum kenal si Farriel Rayyan,” kata Melina.
“So?” Aisha menjungkit keningnya. “Kalau kau nak tau, ramai budak universiti kita kenal dengan si Arriel. Kalau aku beritau nama sebenar kau, tak ke naya?” terang Melina. Aisha mengerutkan dahinya.
“Ish! Nama aje budak bijak tapi benda simple pun tak boleh nak agak! Cuba kau fikir, kalau dia tak pasal-pasal tanya tentang kau dengan budak lain, mesti budak lain terkejut beruk. Kau nak kena serang? Dah la dalam universiti tu kau sorang jer budak nama Aisha kawan baik Melina!” jelas Melina panjang lebar.
Aisha mengangguk-angguk tanda faham. “Baguslah kalau kau dah faham! Jom sambung shopping!” ajak Melina. Aisha sekadar menurut. Namun, fikirannya masih lagi berada bersama Arriel.
‘Siapa lelaki tu? Rasa macam kenal!’ gerutu hatinya. Tidak mahu mengusutkan lagi mindanya, Aisha hanya  membiarkan persoalan itu bermain di benak fikirannya.

BAB 2
“Assalamualaikum!” ucap Aisha sambil kakinya terjungkit-jungkit mengintai isi rumah. ‘Ish! Takkan takde orang! Tadi beria-ia nak suruh aku datang!’ gerutu hati Aisha. Namun, cepat-cepat dia menguntumkan senyuman apabila ada yang membalas salamnya.
“Cha...Cha...Buat apa kat luar nie! Masuk terus kan senang!” Aisha tersengih. “Sorry mama! Cha ingatkan tak ada orang tadi!” luah Aisha lalu menyalam tangan mamanya. Datin Asmah tersenyum.
“Yalah sayang! Jom masuk dalam. Papa kamu tu dah tunggu sejak tadi lagi!” ujar Datin Asmah. Aisha mengangguk. Segera dia melangkah masuk ke dalam banglo tiga tingkat itu.
“Assalamualaikum papa!” ucap Aisha lalu menerpa ke arah papanya. “Waalaikummussalam. Dah besar anak papa nie!” ujar Datuk Safuan lalu mencium dahi satu-satunya puteri mereka.
“Alah papa nie! Macam la Cha tak besar-besar sejak dulu,” rengek Aisha manja. Datin Asmah hanya mampu menggeleng melihat perlakuan manja puterinya itu. Datuk Safuan sekadar ketawa kecil.
“Papa tau puteri papa sorang nie dah besar tapi sejak dah belajar jauh ni, bertambah besar papa tengok!” kata Datuk Safuan sambil memeluk bahu Aisha yang duduk di sebelahnya. Aisha menarik muncung panjang.
“Kalau ngan Abang Am tak pernah papa cakap macam tu! Setahu Cha, Abang Am tu la yang semakin membesar. Hmm...Apa boleh buat, dah kahwin!” kata Aisha panjang lebar sehingga mengundang tawa Datuk Safuan dan Datin Asmah.
“Aik! Apa sebut-sebut nama orang nie!” Mereka bertiga berpaling.
Aisha tersengih. Amsyar menjegilkan matanya. “Dah sampai pun kamu Am! Ingatkan lambat lagi!” kata Datin Asmah. Amsyar menyalami tangan Datin Asmah dan Datuk Safuan.
“Bang Am! Kak Ana mana?” soal Aisha sambil mencari-cari kelibat kakak ipar kesayangannya. Amsyar tersenyum.
“Kak Ana kat hospital! Kerja lagi!” jawab Amsyar yang sudah melabuhkan punggungnya di sisi Datin Asmah. Aisha mengangguk.
Aisha teringatkan sesuatu. “Erm...Kelmarin mama ngan papa cakap nak bincang something ngan Cha. Mama ngan papa nak bincang apa?” soal Aisha sambil memandang wajah Datin Asmah dan Datuk Safuan.
Datin Asmah memandang Datuk Safuan. Datuk Safuan mengangguk. Aisha jadi pelik. Tidak pernah selama ni mama dan papanya berkelakuan pelik.
“Cha ingat lagi kan ngan walid?” Datuk Safuan memulakan bicara. Aisha berfikir sebentar. Seketika kemudian dia mengangguk.
Masakan dia lupa. Walid atau namanya Datuk Asri merupakan abang kepada mamanya. Dan agak mustahil untuk dia melupai lelaki itu apabila satu-satunya anak lelakinya sering mengganggu Aisha semasa dia masih kecil dulu.
“Dia nak minta tolong Cha!” sambung Datuk Safuan lagi. Aisha merenung papanya. “Tolong apa?”
Datuk Safuan terdiam. Diam papanya membuatkan Aisha sedikit cemas. Dia merasakan ada sesuatu yang bakal berlaku tetapi dia tidak pasti apa. Dia merenung ke dalam anak mata kedua-dua orang tuanya silih ganti. Dilihatnya Amsyar sekadar terdiam di tempatnya sambil menguntum senyuman.
*****
“Walid nak Cha tolong apa?” soal Aisha.
Kini mereka sekeluarga sudah berada di rumah Datuk Asri. Setelah Aisha mendesak papa dan mamanya untuk memberitahu permintaan walid yang sebenar, mereka mengambil keputusan untuk membawa Aisha berjumpa walidnya sendiri.
“Walid harap Cha setuju nak tolong walid!” ujar Datuk Asri sambil merenung dalam ke anak mata Aisha. Hal itu membuatkan Aisha tidak senang duduk.
“Mmm... Insya-Allah kalau Cha mampu, Cha akan tolong walid!” ujar Aisha lembut. Datuk Asri tersenyum senang.
Datuk Asri menyerahkan sekeping gambar kepada Aisha. Aisha mengambil gambar tersebut lambat-lambat. Hatinya benar-benar berdebar.
Dengan berat hati dia melihat gambar itu. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat seraut wajah yang baru sahaja dikenalinya.
“Arriel?” laju sahaja nama itu meluncur dari bibir Aisha. Datuk Asri terkejut.
“Cha dah kenal Arriel?” soal Datuk Asri. Aisha mengangguk. “Tapi Cha tak rapat ngan dia. Cha kenal pun secara kebetulan!” jelas Aisha. Datuk Asri, Datuk Safuan, Datin Asmah dan Amsyar memandang penuh minat.
“Bila Cha kenal dia?” soal Amsyar yang selama ini hanya diam. Aisha mengalih pandangan ke arah abangnya. “Tiga hari lepas. Tu kali pertama and terakhir Cha jumpa dia!” jawab Aisha.
“Arriel marah Cha ke masa mula-mula jumpa Cha?” soal Datuk Asri sedikit bimbang. Aisha menggeleng laju.
“Tak ada la walid. Masa tu, Cha ngan kawan Cha tengah shopping kat Mid Valley. Masa tu, tak pasal-pasal Cha terlanggar dia. Time tu la Cha kenal dia. Kebetulan pulak kawan Cha nie memang dah kenal lama Arriel. Tapi kitorang cakap sebentar jer,” jelas Aisha panjang lebar.
Datuk Asri tersenyum lagi. “Sebenarnya...Permintaan walid nie ada kaitan dengan Arriel, anak walid!” ujar Datuk Asri tenang. Kata-kata Datuk Asri membuatkan Aisha tidak senang duduk.
‘Janganlah walid paksa aku tackle anak dia!’ pohon Aisha di dalam hati.
“Walid nak Cha tolong pikat hati Arriel!” kata Datuk Asri. Aisha kaget. Apa yang dipohonnya supaya tidak berlaku akhirnya menjadi realiti.
‘Mampus la aku macam ni! Walid nie pun...agak-agak la kalau nak mintak Cha buat something!’ gerutu hati Aisha. Namun, mulutnya masih menguntum senyuman.
“Walid harap Cha tak salah anggap dengan permintaan walid nie! Walid cuma nak Cha buat satu hal aje. Tolong tarik Arriel keluar dari terus buat dosa. Dia dah jauh terpesong. Walid tak sanggup tengok dia terus-terusan hanyut dalam dunia tu! Walid tau Cha boleh tolong walid. Cuma Cha jer harapan walid sekarang nie!” terang walid panjang lebar.
Aisha jadi serba salah. Nak tolak, takut mengguris hati walid, mama dan papa, tak termasuk lagi hati abang kesayangannya. Nak terima, nanti hidupnya pula yang susah sebab terpaksa menanggung bebanan ni. Diluah mati mak, ditelan mati bapak. Adoi, serabutnya!
“Cha! Mama dengan papa pun harap Cha boleh tolong walid,” ujar Datuk Safuan. “Ya Cha! Cha tolong walid ya,” pujuk Datin Asmah lagi. Aisha semakin serba salah.
“Cha! Terima aje permintaan walid. Manalah tau kot-kot lepas misi Cha berjaya, boleh dapat hubby terus. Tak la pening kepala mama ngan papa nak cari hubby untuk Cha!” kata Amsyar dalam nada usikan. Aisha menjegilkan matanya.
Mereka semua kecuali Aisha ketawa. “Macam nie la Cha...Walid bagi Cha masa untuk fikir. Kalau Cha sudi tolong walid, walid akan sediakan apa saja yang Cha mintak tapi....kalau Cha tak sudi, walid faham. Cha tak perlu bimbang,” ujar Datuk Asri setelah tawa mereka semua reda.
Aisha dapat melihat dari mata Datuk Asri. Walidnya itu benar-benar berharap. Entah apa yang pernah Arriel buat sehingga menyebabkan Datuk Asri mengambil tidakkan sedrastik ini. Aisha sekadar melemparkan senyuman manis.
*****
Aisha melangkah ke arah balkoni biliknya. Dia melemparkan pandangan ke arah keindahan yang tersergam indah di hadapannya. Betapa indah dia rasakan ciptaan Allah. Hampir 23 tahun dia tinggal di rumah ini, sekarang barulah dia sedar dan mensyukuri akan nikmat yang diberiNya kepada hamba-hambaNya.
Apabila mengingati permintaan walid dan wajah penuh mengharap walid dan kedua orang tuanya, Aisha mengeluh sendiri.
Dia merasakan seakan-akan ada batu besar yang menghempap dirinya. Jika dia menolak, banyak hati yang akan terluka namun, andai dia menerima, hatinya sendiri yang akan terluka. Dia keliru sama ada ingin menjaga hati keluarganya atau hatinya sendiri.
Dia perlu meluahkan segala-galanya kepada seseorang. Mungkin hatinya berasa sedikit tenang. Namun, dia tidak pasti siapa yang harus dihubunginya. Ingin mengatakan dia ramai kawan, memang jauh sekali. Tiba-tiba satu nama melintas di fikirannya. Ya....Melina!
Segera dicapai telefon bimbitnya lalu didail nombor Melina. Beberapa ketika Melina mengangkat.
“Hello my sweet little friend!” ucap Melina ceria. Aisha hanya mampu menggeleng kepala. ‘Tak boleh ke bagi salam dulu?’ Kata-kata itu hanya bermain di fikirannya. Dia tidak ingin rakannya itu tiba-tiba merajuk. Boleh jadi, dia tiada tempat ingin mengadu.
Aisha dapat menangkap satu bunyi yang amat tidak menyenangkan melalui corong telefonnya. Bunyinya terlalu kuat. Sememangnya dia sedikit tidak senang dengan bunyi yang kuat itu. Sepertinya, dia pernah berada di situ.
“Oit Cha!” jerit Melina setelah lama menanti balasan dari Aisha. Aisha mengurut dadanya. Bibirnya diketap.
“Apesal jerit-jerit nie?” soal Aisha geram. Geram dengan sikap Melina. Kedengaran Melina mendengus.
“Dah tu aku panggil tak nak jawab. Tu pasal aku jerit!” terang Melina dalam nada merajuk. “Erm... Mel! Kau kat mana sekarang?” soal Aisha ingin tahu. Cepat-cepat dia menukar intonaso suaranya, tidak ingin Melina berkecil hati.
Aisha menanti butir bicara Melina tapi hampa. Melina sekadar mendiamkan diri. ‘Mungkin Melina ke sana!’ duga Aisha.
“Kau ke kelab ek?” soal Aisha lembut. “Err...Ya!” balas Melina serba salah. Aisha mengeluh. “Aku dah tak boleh nak buat dah! Kalau kau suka sangat tempat tu, pergi la tapi satu jer aku nak cakap, dosa pahala kau tanggung sendiri!” ujar Aisha seolah-olah menyindir.
Melina ketawa. Aisha mencebik. “Ok la! I’m sorry. Kau pun tau bukan mudah aku nak tinggalkan tempat nie. Tu pun sekarang aku dah jarang sangat pergi tempat nie!” kata Melina. Aisha tersenyum nipis.
“I...need your help!” kata Aisha perlahan. Melina terdiam seketika. “What kind of help?” soal Melina ingin tahu.
Ini sudah kali kedua Aisha meminta bantuannya. Sememangnya dia agak terkejut kerana belum pernah Aisha meminta bantuannya sejak kejadian itu. Namun, hatinya tetap gembira. Dulu, dirasakannya Aisha semakin jauh darinya tapi kini, segalanya sedikit demi sedikit berubah.
“Erm...Aku ada masalah sikit nie!” Tanpa segan silu, Aisha menceritakan dari A-Z tentang permintaan Datuk Asri. Melina tekun mendengar. Sekali sekala dia menyampuk kata-kata Aisha.
Sungguh, berita yang disampaikan Aisha membuatkannya terkejut. “Apa kau nak buat?” soal Melina prihatin. Aisha mengeluh.
“Tu la! Aku tak tau apa aku nak buat!” balas Aisha lemah. “Erm...Aku rasa...kau patut tolong walid!” kata Melina. Aisha terlopong.
“Ok! Dengar aku explain dulu ek!” ucap Melina seakan-akan tahu Aisha bakal memarahinya. “Ok! Teruskan!” kata Aisha mendatar namun hatinya tetap panas.
“Tapi...sebelum tu, tutup mulut kau tu dulu!” kata Melina diikuti hilai tawanya. Aisha merengus geram. Melina seakan-akan tahu ekspresi mukanya. Pelik! Ingin dikatakan Melina ada kuasa psikik, tidak pula.
“Dari pemerhatian aku...anak walid kau tu, memang liar! Hari-hari usung perempuan berlainan. Kiss sana, kiss sini, sentuh sana, sentuh sini! Teruk bebenor!” jelas Melina. Aisha benar-benar terkejut.
Dia tidak pernah menyangka anak lelaki walidnya itu begitu jauh terpesong dari landasan agamanya. Hatinya jadi semakin kuat ingin menolong walid mengatasi masalahnya walaupun dia terpaksa berkorban.
“And...maybe apa yang kau bakal buat nie boleh tolong dia jadi baik. Tak nakal-nakal dah! Dan disebabkan dia tu sepupu kau, kau memang kena tolong dia, for walid, for your family. Aku yang kenal dia sipi-sipi rasa sakit even aku sendiri pun tak betul!” jelas Melina lagi.
Aisha mengangguk. Dia baru tersedar, Melina mana mungkin boleh melihat anggukannya itu.
“Aku pun, rasa macam aku kena tolong walid la!” Aisha akhirnya berkata. Di dalam otaknya, dia sudah mencerna beribu macam strategi.
“Panjang betul umur mamat tu! Dia on the way nak tegur aku! Ni la masanya kau mula strategi mengurat kau tu! Lepas ni, aku bagi fon aku kat dia, kau buat suara gedik,” kata Melina.
Seketika kemudian Aisha terdengar Melina berbual manja dengan lelaki yang pastinya Arriel. ‘Kau memang dah jauh terpesong!’ getus hatinya.
“Hai!” kedengaran satu suara garau menyapanya di hujung corong. Aisha menarik nafas panjang sebelum membalas. “Hai!”
“Lama tak jumpa you. You sihat?” soal Arriel. Aisha mencebik. ‘Buat-buat ambik berat la tu!’ Aisha buat-buat mengeluh lemah.
“Tak berapa. Kalau I sihat, boleh la I join you all semua!” ujar Aisha lemah. “You demam ke? Mel tak ada bagitau I pape pun!” kata Arriel. Suaranya kedengaran cemas. Aisha tergelak.
“You ni kan! I tak demam. It just kaki I nie sakit lagi!” Kedengaran Arriel menghela nafas lega. “I ingatkan apa la tadi. So, kaki you still sakit?” soal Arriel prihatin. Mungkin sengaja ingin menarik perhatiannya. Aisha tersenyum.
“Sakit tapi dah kurang sikit! Maybe sakit I makin teruk sebab Mel paksa I shopping hari tu!” adu Aisha. Di dalam hati, Aisha tergelak jahat. ‘Biar padan dengan kau Mel! Dengan nama-nama kau sekali aku heret!’ getus hatinya.
Arriel ketawa. Suara Arriel ketawa membuatkan Aisha terpana. Sungguh merdu! Mungkin ini yang menyebabkan banyak wanita ingin mendampinginya.
“Kalau next time I pulak yang nak ajak you shopping, will you accept my offer?” soal Arriel lembut. “Hurm...let me think first. Kalau kaki I dah tak sakit...boleh kot!” balas Aisha.
“Next Saturday kita keluar ek!” kata Arriel penuh mengharap. Dia merasakan sudah tiba masanya dia mencuba yang baru. Kedatangan Aisha ini ibarat membukanya peluang seluas lautan untuk meninggalkan temannya yang baru dikenali seminggu yang lalu.
“Ok la!” akhirnya Aisha bersetuju. “Good! That’s why I love you!” ucap Arriel tanpa segan silu. Aisha sekadar ketawa. “Erm... I have to go now! I kat rumah parents I sekarang. Nanti tak pasal-pasal parents I membebel sebab tidur lewat! See you later, bye!” kata Aisha.
Tanpa menunggu kata-kata Arriel, Aisha terus mematikan telefonnya. Dia menghempaskan badannya ke atas katil. Matanya merenung syiling biliknya lama.
Dia kembali memikirkan keputusan yang telah dibuatnya. Dia mengeluh sendiri. Keputusan yang dibuatnya kini terpaksa membuatkannya kembali ke satu tempat yang dulunya menjadi syrganya tapi kini telah dianggap neraka baginya.
Dia telan air liur apabila memikirkan keputusannya itu bakal membuatkannya menjejakkan kaki ke tempat itu. Tempat di mana semuanya bermula. Tempat di mana dia merasakan cinta. Tempat dia merasa penyesalan dan tempat dia diperdaya.
Tanpa dia sedari, air mata jernih mengalir di pipi. Pantas Aisha menyeka air jernih itu kembali. Perlahan-perlahan, matanya memberat, membawanya ke alam mimpi yang bisa menenangkan fikirannya yang sedia ada kusut.

BAB 3
Dua hari cuti minggunya dihabiskan di rumah kedua orang tuanya. Dia membaringkan badannya di atas katil bilik asramanya. Dia terkenang kembali perbualannya bersama mama dan papanya sebelum berangkat pulang ke asrama.
“Papa...mama...Cha dah buat keputusan!” Aisha merenung kedua orang tuanya. Ada riak sedih terpamer di wajah kedua orang tuanya. Mungkin sedih memikirkan Aisha mungkin akan menolak permintaan itu ataupun mungkin sedih terpaksa membiarkan puteri tunggalnya melakukan sesuatu yang belum tentu selamat.
“Jadi...apa keputusan Cha?” soal Datuk Safuan, tenang. Aisha menarik nafas panjang. “Cha...setuju!” tutur Aisha ringkas. Datuk Safuan dan Datin Asmah mengukir senyuman.
“Terima kasih Cha!” ucap Datin Asmah sambil mengusap lembut bahu Aisha. Aisha melempar senyuman. “Tapi...sebelum Cha mulakan apa-apa, Cha nak mintak izin papa dengan mama dulu!”
“Kalau kamu nak mintak izin kamu nak keluar dengan si Arriel tu, bila-bila masa pun papa benarkan!” ucap Datuk Safuan sambil tersenyum. Aisha menggeleng.
“Bukan tu jer pa, ma! Cha nak mintak izin papa ngan mama...Cha...nak masuk kelab?” tutur Aisha perlahan. Datuk Safuan dan Datin Asmah berpandangan sesama sendiri. Mereka sama-sama terkejut.
Difikirnya Aisha sudah lama meninggalkan kegiatan lamanya tetapi, mereka tidak pernah menyangka Aisha akan meminta sesuatu seperti itu. Aisha membuatkan seolah-olah permintaan Datuk Asri sebagai satu cara untuknya meminta sesuatu sebagai balasan.
Aisha mengerti pandangan yang diberi mama dan papanya. Dia menarik nafas panjang. “Cha bukannya nak balik ke habit Cha yang dulu! Cha nak masuk kelab tu pun sebab terpaksa. Papa ngan mama tau kan macam mana perangai Arriel! Dia jenis yang suka masuk kelab. Macam mana Cha nak dekat dengan dia kalau masuk kelab pun Cha tak boleh,” jelas Aisha.
Datuk Safuan berfikir sejenak. “Hmm...Baiklah! Papa izinkan!” Datin Asmah memandang suaminya sambil berkerut dahi.
“Papa percaya anak papa dah berubah! Satu jer yang papa nak pesan, jaga diri kamu! Jangan benarkan benda yang sama berlaku!” ujar Datuk Safuan lembut. Aisha mengangguk sambil mengukir senyuman.
Aisha mengeluh berat. “Kenapalah aku perlu masuk tempat tu!” keluhnya. Matanya melilau mencari kelibat rakan sebiliknya a.k.a rakan karibnya.
Tiba-tiba pintu biliknya diserbu dari luar. Dengan pantas Aisha berdiri. “Cha!” teriak Melina gembira. Aisha membulatkan mata geram. Badannya terus dihempaskan semula ke atas katil.
Melihat reaksi Aisha yang endah tak endah, Melina menghentak kaki ibarat kanak-kanak merajuk. “Apa kes kau serbu bilik ni tetiba?” soal Aisha geram.
Melina duduk di atas katil. Mulutnya yang tadinya muncung kini mengukir senyuman. “Hubby kau masuk universiti kita la!” kata Melina ceria.
Aisha mengerutkan dahinya tanda tidak memahami. “Who?” soal Aisha keliru. Setahunya, dia belum pernah kahwin tetapi bagaimana tiba-tiba dia mempunyai ‘hubby’.
Melina merengus geram. “Kau ni kan! Arriel la!” kata Melina geram. Mendengar nama Arriel disebut, automatik badan Aisha kembali terduduk.
“What?” soal Aisha separuh menjerit. Melina menekup telinganya. “Bila? What course? Dari mana kau tahu? Betul ke?” bertubi-tubi soalan ditanya. Melina mencebik.
“Kalau ya pun dah tak sabar nak jumpa hubby kau, rilex la beb!” kata Melina. Aisha menarik muncung.
“Aku just nak tau! Lagipun, si Arriel tu kenal aku as Fellis not Aisha. Penampilan Aisha is not like Fellis!” terang Aisha. Melina mengangguk setuju.
“Tak payah la risau, aku yakin dia mesti takkan perasan yang Cha and Fellis orang yang sama!” Melina menguntum senyuman.
“Huh! Masak la aku kali nie!” keluh Aisha. Melina menepuk dahinya tiba-tiba. “Lupa pulak! Arriel tengah tunggu kau kat bawah!”
Aisha memandang Melina tidak percaya. “What?” soal Aisha sedikit terjerit. Melina sekadar menayang giginya.
“Nape kau tak bagitau aku awal-awal? Mampus la....Entah baju mana la aku nak pakai sekarang nie...Mel...” bebel Aisha. Sekejap-sekejap dia ke kiri. Sekejap-sekejap dia ke kanan. Kepalanya yang tidak gatal, digaru.
“Baju aku kan banyak! Pakai jer la yang kau berkenan,” kata Melina. Aisha membuntangkan matanya.
“Jangan nak bergurau dengan aku! Semua baju-baju kau tu memang dah macam baju orang miskin tak cukup kain! Tak nak la aku pakai!” Melina memuncungkan mulutnya.
“Bukan semua baju aku macam tu! Aku pun ada jugak baju yang sesuai,” Melina membela dirinya. Kakinya dihayun menuju ke arah almari pakaiannya.
Aisha memandang pelik. “Nah! Pakai baju nie!” Melina melemparkan sehelai t-shirt putih dan sehelai jeans.
“Erm...Tak apa ke aku pakai baju nie depan dia? Nanti dia dah tak jadi nak tackle aku!” Aisha membelek baju yang diberikan Melina. Melina merenung Aisha tidak percaya.
“Tadi kau cakap kau tak nak pakai baju tak cukup kain aku! Now, aku bagi baju yang dah cukup kain kau nak kritik pulak? Baik punya kawan!” marah Melina geram. Aisha sekadar tersengih.
“Yalah, yalah! Aku pakai!” Aisha akur. Usai sahaja menyalin pakaian, Aisha segera turun ke bawah.
Apabila terpandang kelibat Arriel, Aisha segera menguntum senyuman termanis.
“Hai!” tegurnya. Arriel tersenyum. “You look beautiful today!” puji Arriel. ‘Sah! Ni ayat nak mengorat,’ getus hati Aisha.
“You buat apa kat sini?” soal Aisha. Sememangnya dia ingin tau niat kedatangan Arriel yang sebenarnya.
“I nak jumpa you...Rindu!” jawab Arriel. Aisha ketawa kecil. “Please Arriel...be serious!” ujar Aisha.
“No, I’m serious!” Arriel merapatkan badannya dengan Aisha. Aisha berundur setapak. Gerun andai Arriel cuba melakukan perkara yang bukan-bukan terhadapnya.
“Arriel...please behave yourself! Kita kat asrama sekarang nie, nanti apa pulak orang lain kata!” kata Aisha lembut. Arriel mengangguk.
“Then, apa kata kalau you keluar dengan I sekarang?” Aisha berfikir sejenak. “Erm...nampak macam tak boleh. I ada kerja sikit.”
“Please Fellis. Kita keluar jom! Kerja you tu, you buat lepas-lepas nie. Sikit jer kan?” pujuk Arriel. Aisha mengeluh.
‘Haish! Takkan aku nak keluar dengan dia kot? Sengal betul la mamat nie. Dah aku kata tak nak, tak nak la,’ gerutu Aisha. Dia memandang Arriel. Arriel seakan-akan benar-benar mengharapkannya.
‘Nak tolak...nanti tak pasal-pasal plan aku hancur. Nak terima...boleh percaya ke dengan mamat sengal nie!’ hati Aisha berperang.
“Err...tapi...” Arriel menekup mulut Aisha. “Tak ada tapi-tapi. You kena ikut I!” putus Arriel. Aisha menarik mucung.
“Ok, I ikut but, let me change my cloth first!” kata Aisha. Langkahnya dihala ke arah asrama. Baru beberapa langkah dia berjalan, tangannya dipegang oleh Arriel.  Aisha berpaling.
“Tak payah salin...you look just perfect wearing this cloth,” kata Arriel sambil tersenyum. “Arriel...jangan nak mengarut! Baju nie langsung tak sesuai nak bawak pergi jalan-jalan,” kata Aisha.
Arriel menggeleng. “Tak la. You still nampak cantik tak kira baju mana pun you pakai. Dah, dah! Ikut I sekarang!” Arriel menarik Aisha lalu menyuruhnya masuk ke dalam kereta. Aisha hanya menurut.
Sebaik sahaja Arriel memasuki kereta, Aisha segera menyoal, “Are sure this looks ok?” Aisha menudingkan jarinya ke arah pakaiannya. Arriel tersenyum lalu mengangguk.
“Kalau you tak selesa pakai baju tu, nanti lepas nie, I belikan baju untuk you. You salin la.” Aisha tersenyum. “Tak payah la. I pakai baju nie jer la. Anyway, kita nak pergi mana?”
Arriel sedikit pelik. Belum pernah sebelum ini mana-mana perempuan menolak pelawaannya untuk membelikan mereka sesuatu. Tetapi, Fellis berbeza.
“Arriel...kita nak pergi mana sebenarnya?” soal Aisha sekali lagi. Dilihatnya, Arriel sedang mengelamun. ‘Jangan la mengelamun kuat sangat oii mamat sengal. Nanti tak pasal-pasal aku yang cute nie masuk wad!’ gerutu hati Aisha.
“Secret!” jawab Arriel ringkas. “Arriel...bagitau jer la!” paksa Aisha. Namun, Arriel masih diam. “Arriel!” Aisha mencubit lengan Arriel. Arriel mengaduh sakit.
“Ala sayang...rahsia la! Bila kita sampai lepas nie, you mesti akan tau!” Arriel menguntum senyuman entah yang ke berapa kali, Aisha sendiri tidak pasti. ‘Tak letih ke laki nie asyik dok senyum?’ soal Aisha di dalam hati. Matanya hanya ditala ke hadapan.
Arriel jadi serba salah apabila melihat Aisha ssekadar membisu. “You marah ke sayang?” soal Arriel. Aisha berpaling, memandang wajah Arriel.
Seketika kemudian, Aisha meggeleng lalu kembali memandang ke hadapan. “Fellis...I mintak maaf kalau you marahkan I. I just tak boleh bagitau lagi kita nak pergi mana. Forgive me okay?” pujuk Arriel.
Aisha tersenyum. “I tak marah pun... You tak payah la risau!” kata Aisha. “Really?” Arriel cuba mendapatkan kepastian. Pandangan dihala ke arah Aisha.
Aisha mengangguk sambil tersenyum. “Pandang la depan! Pandu elok-elok. Nanti tak pasal-pasal ada yang masuk wad!” ujar Aisha. Arriel ketawa kecil.
‘Sengal agaknya mamat nie!’ getus hati Aisha.
“Ok! Kita dah sampai!” kata Arriel seraya mematikan lamunan Aisha yang entah telah sampai ke planet mana. Aisha kaget.
‘Wait...Wait...yang aku tengok, semua hutan. Biar betik mamat nie! Jangan nak buat hal sudah!’ gerutu hati Aisha. Matanya melilau ke arah sekeliling. Dahinya dikerutkan.
Arriel sudah pun lama keluar dari kereta. Dilihatnya Arriel sedang mendepakan tangan. Mungkin sedang menghirup udara segar.
“Nak keluar ke tak nak?” Aisha menimbang-nimbang. “Nanti kalau aku tak keluar-keluar, kesian pulak kat mamat tu tapi...kalau aku keluar, dibuatnya cuba nak apa-apakan aku, macam mana? Masak-masak!” bebel Aisha sendirian.
“Masak apa?” tiba-tiba Arriel meyoal. Aisha tersentak. Hampir luruh jantungnya apabila ditegur begitu. Entah sejak bila Arriel sudah membuka pintu kereta di sebelah pennumpang hadapan.
Aisha segera menggeleng. “Tak ada pape pun. Tengah fikir pasal masakan si Mel yang tak menjadi,” balas Aisha sambil tersengih. Arriel ketawa lucu.
“Tengah dating pun still teringat kat best friend you?” Arriel mengangkat kening kirinya. Aisha tersengih.
“Habis tu...masakan dia memang menjilat jari sampai perut dah senak, nak buat buat macam mana lagi!” seloroh Aisha.
“Hish! Kesian kat Mel...Tak pasal-pasal kena umpat ngan you!” Arriel mengeleng-gelengkan kepala. Aisha ketawa. “Tak apa! Mel tak kisah pun!” kata Aisha yakin.
“How did you know?” soal Arriel. Aisha senyum. “I know her since she’s a kid!” jawab Aisha. “Ok! Stop talking about Mel. Now, come with me!” ajak Arriel sambil menarik tangan Aisha untuk mengekorinya.
“Duduk dalam kereta jer tak boleh?” soal Aisha. Arriel menggeleng. “Why?” soal Aisha sedikit pelik. Gerun juga jika tiba-tiba dibuatnya Arriel mimpi nak apa-apakan dia.
“I want to show you something. Something special!” kata Arriel lembut. Aisha terpaksa akur. Bimbang jika tak diikutkan kehendak Arriel, mungkin sahaja lelaki itu akan melakukan sesuatu.
“Cantik tak?” soal Arriel. Aisha mengangguk. Sememangnya apa yang ada di depan matanya sangat indah. Banjaran gunung di hadapannya membuatkan dia terpesona. Sungguh indah ciptaan Allah. Semuanya indah di matanya.
“You orang pertama yang I bawa ke sini selain dari best friend I!” bisik Arriel di telinga Aisha. Aisha tersenyum gembira.
“Girlfriends you yang lain takkan you tak pernah bawa diorang ke sini?” soal Aisha sambil matanya dihala memandang Arriel. Arriel memeluk pinggang Aisha.
“They’re nobody to me. You are special. I hanya akan bawa orang yang special ke tempat yang special macam nie!” ujar Arriel tenang.
“So...maknanya, mesti awak pernah bawa mak ngan ayah awak datang sini!” Aisha sekadar menduga. Walaupun dia sudah tahu hubungan Arriel dan walidnya tidak berapa baik, Aisha ingin juga mencungkil sedikit rahsia yang mungkin mampu membantu walidnya.
Arriel menggeleng. “Umi I dah meninggal, last year,” ujar Arriel sayu. “I’m sorry!” pinta Aisha. “Tak...tak apa! I rasa I patut luahkan isi hati I kat someone... You sudi dengar?” Arriel memandang Aisha.
Aisha mengangguk. “Parents I dah bercerai masa I umur 8 tahun lagi. Lepas parents I cerai, umi I bawa I tinggal kat London... Kitorang tak pernah balik Malaysia sama-sama. I balik Malaysia just once a year, tu pun sebab nak jumpa dengan walid I! Lepas umi I meninggal, I terus tinggal dengan walid. Tu pun I baru balik sini 3 months ago!”
Aisha dapat melihat kesedihan di dalam mata Arriel. Mungkin dia merindui uminya ataupun mungkin dia sedih dengan kehidupannya. Dia sendiri tidak pasti.
“Actually, I dengan walid tak serasi lagi!” luah Arriel. “Nape?” soal Aisha ingin tahu. Inilah pengakuan yang dinanti-nantinya selama ini.
Arriel meletakkan dagunya di atas bahu Aisha. Aisha berasa tidak selesa. Tetapi, ingin menolak dia bimbang andai Arriel tidak ingin berkonsi ceritanya. Jadi, Aisha mengambil keputusan untuk membiarkan saja.
‘Kalau mamat nie nak ngap aku, sebelum dia sempat ngap...aku akan ngap dia dulu!’ gerutu Aisha. Matanya ditala ke hadapan. Bimbang seandainya dia memandang ke tepi, kemalangan yang tidak diingininya berlaku.
“I just can’t accept him!” luah Arriel lagi. “Selama I tinggal ngan umi I, walid macam tak berapa nak ambik peduli dengan I. Jarang-jarang sekali walid call tanya khabar I...I jadi tawar hati dengan walid. I selalu teringin nak rasa kasih sayang seorang ayah!” sambung Arriel lagi.
“Maybe you should give him a chance!” kata Aisha lembut. “Maksud you?” soal Arriel sedikit tidak megerti dengan kata-kata Aisha.
“Mungkin dia pernah cuba nak ambil berat tentang you. Cuma you yang tak perasan!” ujar Aisha lembut. “You think so?” soal Arriel. Aisha mengangguk.
“Papa I macam tu! Dia tak pernah tunjuk dia ambil berat pasal I tapi, kalau I perhati baik-baik, dia memang ambil berat tentang I! Cuma...cara yang papa guna tu jer yang tak menonjolkan yang dia care pasal I,” jelas Aisha panjang lebar.
“Mungkin you betul! I should give him a chance!” kata-kata Arriel mengundang senyuman di bibir Aisha.
“You know something?” Aisha mengangkat kening. “You memang special and berbeza dengan perempuan-perempuan yang pernah I jumpa sebelum nie!” sambung Arriel lagi.
Aisha tergelak. “Same goes to you! I tak pernah jumpa playboy yang terover romantic like you!” kata Aisha diikuti hilai tawa Arriel.