Friday, 14 December 2012
HeLLo!!!
Ok...dh lama Mierah x post kat blog nie. Kebelakangan nie, Mierah sibuk ckit. Sebelum cuti sklh hari tu (which is a month ago) Mierah bru jer habis exam. Blh tahan susah la jgk... Result Mierah pun 'gempak' yg menyakitkan hati sgt2...
Next year, Mierah SPM... Warggghhhh.... X sanggup...!!!! Kalau blh, Mierah nk duduk rumah n relax but, kalau Mierah buat mcm, alamatnya x pandai lar Mierah...and semestinya x berguna Mierah bersusah pyh blajar for almost 11 years at school. Hopefully, tahun dpn, Mierah blh buat lg baik dr tahun nie... Utk semua kengkawan Mierah, Mierah nk ucapkn gud luck and do ur best for next year.... Sama2 la kita bersedia nk ke medan perang yer...
Disbbkan dh lama Mierah x bukak blog nie, Mierah pun dh jd x tau nk citer psl ape. It's kind of weird.. Selalunya org lain akan ada byk bnda yg diorang nk ckp becoz dh lama x update. but, not me! Otak dh rasa beku semcm. Dh x blh nk fikir ape2.... Lately, soalan simple pun Mierah dh x blh jwb ngan betul... I guess, I need to relax a bit...
But, Mierah x rasa Mierah blh relax la. Homework still x siap... Erggghhh.... Sape ada idea nk buat citer ape yg ada tajuk, 'The Apple of My Eye' or 'A Blessing in Disguise'... dh xde idea lngsung nie... nnti bukak skolah dh kena submit essay tu... hrp2, sblm bukak skolah tu dh siap... Kalau x siap jgk, memang rasa mcm nk nangis. Korang doakan so that Mierah blh siapkn essay tu yer... I need idea....
And utk novel Jatuh Cinta, Mierah x sure bila blh update next bab... just tunggu lar yer (mcm la ada yg baca...haha)... If ada yg baca, I'm really sorry.... Bkn xde idea, just x sempat update... Nie pun update guna miss lappy adik Mierah punyer.... My lappy dh lama x guna...
Rasa2nya, dh byk yg Mierah type... See you next time ok... Have a nice day...
Assalam....
Friday, 21 September 2012
Jatuh Cinta Bab 14
Mata Aisha tunak memerhati dada langit yang terbentang luas di hadapan matanya. Tiada sebutir bintang pun yang terukir indah di dada langit itu. Mungkin sebentar lagi hujan akan turun. Dia mengeluh. Keluhan yang entah keberapa kali.
Sebaik sahaja Arriel menghantarnya pulang ke hostel, dia tidak terus masuk ke biliknya sebaliknya dia duduk termenung sendiri di bangku yang terdapat di hostelnya. Mungkin jika dilihat orang, mereka akan merasakan yang dirinya gila kerana berani untuk duduk bersendirian di tempat yang sunyi itu.
Memikirkan kejadian sebentar tadi, dadanya berasa sesak. Dia dah kembali! Berkali-kali kata-kata itu bermain di benak fikirannya. Difikirnya lelaki itu tidak lagi akan mencarinya setelah apa yang berlaku namun, tidak pernah dia menyangka dia akan bertemu dengan lelaki itu untuk kedua kalinya. Yang paling membuatkannya bimbang ialah kata-kata lelaki itu yang begitu yakin seolah-olah dia benar-benar akan kembali ke sisi lelaki itu.
Menyesal kini tiada gunanya lagi. Semua itu telah lama berlalu. Ingin mengundurkan waktu, dia tidak punya kuasa itu. Hanya Dia yang mampu mengubah segala. Kini, harapannya hanya satu. Dia ingin menjauh dari lelaki itu. Lelaki yang telah merosakkan dirinya yang dulu.
“Cha! Kau buat apa ha sorang-sorang kat sini?” sergah Melina. Aisha mengurut dadanya akibat daripada terkejut dengan sergahan Melina.
Saturday, 1 September 2012
Projek Anak Angkat di Felda Kemahang 1
Dah lama x update blog nie...hehe...Lama ker? Well, bg Mierah, Mierah rasa dah lama. Mierah baru jer balik dari Felda Kemahang 1. Nak tau Mierah buat apa kat Felda? Mierah and bdk2 kelas Mierah buat PROJEK ANAK ANGKAT bg mata pelajaran sivik. Best tau!
Kitorang pergi sana 3 hari 2 malam. Hari Khamis hari tu, kitorang bertolak pergi dari Kota Bharu ke Kemahang. Ambik masa lebih kurang 2 jam. Bila kitorang sampai sana, ada sedikit taklimat then pembahagian keluarga angkat. Mierah dapat keluarga yg blh dikatakan antara keluarga paling kaya kat situ. Happy la sangat2. Umi bawak kitorang pergi rumah dia yang ada kat atas bukit. Cantik tau! Lebih cantik dari rumah Mierah. Rasa jealous pun ada.
Kat rumah umi ada 6 buah bilik. Kat setiap bilik mesti ada tandas and aircond. Tu yang best bila duduk situ tu! Before kitorang balik rumah, kitorang pergi lawat kedai baju umi. Banyak jugak baju cantik2 yg umi jual. Rasa macam nak ambik satu buat balik.
Malam pertama, kitorang adakan majlis tahlil. Hazil yg ketuai majlis tu. Dia memang pandai bab2 nie... Kalau ada yang berkaitan benda2 nie, dia yang kitorang selalu harapkan. Lagipun, dia tu AJK Kerohanian kitorang.