Sunday, 27 November 2011

NoVeL : Jatuh Cinta? (Bab 10)

BAB 10
Sudah hampir sebulan Arriel tidak menemui Aisha dalam perwatakan Fellis. Apa yang pasti, Arriel sememangnya berjumpa dengan Aisha dalam perwatakan Cha, hari-hari.
Kadang-kadang, Aisha ingin tergelak sendiri. Tidak sedarkah lelaki itu, Cha dan Fellis merupakan orang yang sama. Kadang-kadang, Aisha hampir terlepas cakap dengan Arriel. Al-maklumlah, Aisha bukannya pandai sangat dalam baba menipu.
Aisha ingat lagi, ada satu hari, Arriel mengutarakan soalan berkaitan Fellis tetapi Aisha menjawabnya selamba sehingga membuatkan Arriel pelik. Namun, cepat-cepat dia menutup tembelangnya yang hampir pecah.
“Cha!” sergah Amsyar. Habis terbang segala lamunan Aisha. Durut-urut dadanya berkali-kali. “Abang Am ni kan, suka sangat sergah Cha. Dah nak jadi bapak orang pun, perangai macam budak-budak,” bebel Aisha sambil memuncungkan mulutnya.
“Alah baby comel abang yang dah besar nie merajuk la pulak. Bagi la can kat baby kecik dalam perut Kak Ana tu pulak bermanja ngan abang,” usik Amsyar sambil menarik pipi Aisha. Aisha segera menepis.
“Sebab baby tu still dalam perut Kak Ana la Cha nak manja-manja ngan abang. Nanti...bila baby dah lahir, mesti Cha dah tak boleh manja-manja,” rengek Aisha manja. Amsyar ketawa kelucuan.
“Nak ikut abang keluar tak?” soal Amsyar. Aisha memandang teruja. “Pergi mana?” soal Aisha. “Pergi mall. Abang nak beli hadiah kat Kak Ana. Esokkan birthday dia,” bisik Amsyar di telinga Aisha.
Aisha tersengih. “Untung Kak Ana ada laki macam Abang Am!” puji Aisha. “Dah! Pergi tukar baju,” arah Amsyar sambil menolak Aisha.
“Alah...pakai baju nie jer tak boleh ke?” soal Aisha manja. “Ish! Tak nak la abang keluar ngan Cha macam nie. Mesti orang tengok abang pelik,” ujar Amsyar. Aisha menarik muncung panjang.
“Arriel tak pernah kisah pun!” bentak Aisha geram. Amsyar senyum meleret. “Tu sebab Arriel dah buta. Apa pun yang Cha pakai nampak cantik jer kat mata dia,” kata Amsyar sambil menjungkit-jungkitkan keningnya berkali-kali.
Aisha mengerutkan dahinya. Langsung tidak memahami bicara Amsyar. “Sejak bila Arriel buta?” soal Aisha pelik.
“Sejak jatuh cinta ngan Cha!” usik Amsyar. Aisha menjegilkan matanya. “Abang Am...” jerit Aisha. Amsyar hanya mengekeh ketawa.
“Tadi kata nak keluar! Kenapa masih duduk bergurau kat sini nie?” tegur Datin Asmah. “Hehe...sorry mama. Kitorang nak keluar dah nie. Tunggu tuan puteri nie pergi salin baju,” ujar Amsyar.
“Ha Cha! Pergi tukar baju tu cepat. Kesian kat abang kamu tu!” arah Datin Asmah. Aisha segera bangun menuju ke tingkat atas.
“Pakai baju yang Cha selalu pakai time keluar ngan abang ya,” sempat lagi Amsyar berpesan kepada Aisha. Aisha menjelirkan lidahnya sebelum berlalu mendaki tangga.
*****
Aisha memandang kawasan sekeliling. ‘Bahaya! Kalau Arriel nampak, sah-sah dia terjah. Dah la lama dia tak jumpa si Fellis,’ bebel Aisha dalam hati.
Amsyar memandang pelik kelakuan satu-satunya adiknya. “Nape ngan baby abang nie?” soal Amsyar sambil memeluk bahu Aisha. Kalau dilihat orang lain, mereka ibarat pasangan kekasih. Aisha pantas menggeleng.
“Takut pakwe nampak ke?” usik Amsyar. Aisha menjegilkan matanya. Amsyar melepaskan tawanya.
“Ish, abang nie! Suka sangat kenakan Cha,” rungut Aisha manja. “Abangkan sayang kat baby,” ujar Amsyar. “Kalau sayang baby, abang tak patut usik baby camtu!” rengek Aisha manja.
Amsyar mengeleng-gelengkan kepalanya. Faham benar dengan sikap adiknya itu. Pantang diusik, pasti kelakuan manjanya akan terserlah.
“Ehem...Assalamualaikum,” sapa satu suara. Aisha terkaku. ‘Baru jer fikir, sekarang dah pun muncul,’ gerutu hati Aisha.
“Waalaikummussalam,” balas Amsyar. Apabila terpandang wajah yang menegur mereka, pantas Amsyar mengukir senyuman.
“Kau buat apa kat sini?” soal Amsyar. Aisha berpaling memandang Amsyar dengan pandangan penuh tanda tanya. ‘Abang Am kenal Arriel?’ soalan itu berlegar-legar di dalam mindanya.
“Saja jalan-jalan,” jawab Arriel. Matanya tidak lepas dari memandang Aisha yang masih kaku tidak berkata-kata.
“Nape baby senyap nie? Tadi bukan main lagi bermanja ngan abang,” kata Amsyar, sengaja mengusik Aisha.
“Ch...err...Fellis nak pergi tandas dulu,” pinta Aisha. Hampir sahaja dia tersasul membahaskan dirinya sebangai Cha.
“Ok. Jangan lama-lama!” pesan Amsyar. Aisha sekadar mengangguk lalu meninggalkan kedua-dua lelaki itu berbicara.
‘Mampus la aku kali nie! Abang Am nie pun sengaja nak kenakan aku. Apa yang aku nak buat sekarang nie,’ bebel Aisha di dalam hati.
Aisha sengaja berlama-lama di dalam tandas. Mana la tau kot-kot Arriel dah pergi. Selepas hampir 15 minit berada di dalam tandas, Aisha keluar. Segera diatur langkahnya ke tempat di mana Amsyar menunggunya.
Harapannya agar Arriel sudah lama berlalu hampa apabila dia melihat kelibat Arriel masih rancak berbual dengan Amsyar.
“Assalamualaikum,” tegur Aisha bersama sebuah senyuman. “Waalaikummussalam,” balas Arriel dan Amsyar hampir serentak.
“Lama betul baby pergi tandas,” ujar Amsyar sambil menjungkitkan keningnya. “Tadi ramai sangat orang kat tandas,” ujar Aisha sekadar memberi alasan.
“La...abang rasa, tak ramai pun orang kat mall hari nie. Takkan la ramai orang kat tandas kot,” ujar Amsyar musykil. Hakikatnya! Amsyar sengaja ingin mengenakan Aisha.
Aisha mengetap bibir. “Erm...Fellis pun tak tau. Maybe time Fellis rasa nak guna tandas, kaum hawa yang ada kat mall nie pun teringin nak guna,” kata Aisha. Entah logik, entah tidak jawapan yang diberinya. Dia hanya menyatakan apa yang terlintas di otaknya.
“Riel! Jom la ikut kitorang sekali. Kitorang nak belikan hadiah for someone!” ajak Amsyar. “Takpe la. Aku tak nak ganggu korang dating,” tolak Arriel sambil tersenyum.
Amsyar mengekek ketawa. “Kau ingat aku tengah dating ngan Fellis ke?” soal Amsyar. Arriel mengangguk perlahan.
“Uish! Kau nak aku kena parang ngan bini aku ke? Fellis nie adik aku!” ujar Amsyar. Terlopong mulut Arriel apabila mengetahui hal tersebut.
“Kau biar betul!” kata Arriel tidak percaya. Amsyar mengangguk. “So...Fellis nie sepupu aku jugak la?” soal Arriel. Amsyar mengangguk lagi.
Arriel menggaru kepalanya. “Bukan ke aku ada 2 orang jer sepupu sebelah walid?” soal Arriel pelik. “Kau tu yang bengap sangat. Ngan sepupu sendiri pun tak ingat!” kutuk Amsyar tanpa ada sebarang rasa bersalah.
“Tapi kan...aku pelik la. Time walid jumpa Fellis, dia buat macam tak kenal pun kat Fellis,” luah Arriel. Kepalanya yang tidak gatal digaru.
“Err...maybe sebab walid kau dah lama tak jumpa Fellis. Yalah, Fellis dah tak jumpa walid lepas kau pergi London,” ujar Amsyar.
“Erm...jom gerak. Nanti tak sempat pulak nak beli hadiah,” ajak Aisha, sengaja ingin melarikan dirinya dan Amsyar dari soalan-soalan yang tidak terduga dari Arriel.
“Ok, jom!” ajak Amsyar. “Sebelum tu aku nak tanya,” kata Arriel tiba-tiba. “Tanya apa?” soal Amsyar sedikit bimbang.
“Kau nak beli hadiah untuk sape?” soal Arriel. Amsyar menghela nafas lega. “For my wife!” jawab Amsyar bersama senyuman.
“Oh ya! Kita nak beli apa?” soal Aisha pula. “Entah la. Abang pun tak tau!” kata Amsyar sambil tersengih-sengih. Membulat mata Aisha mendengar jawapan Amsyar.
“Abang Am! Kalau Abang Am tak tau nak beli apa kat Kak Ana, baik tak payah bawak orang datang sini. Buang masa jer,” marah Aisha namun masih dalam nada yang lembut.
“Alah, sorry la ya! Abang ingat, baby boleh fikir untuk abang nak beli apa,” pujuk Amsyar. “Ok la. Kita ronda-ronda dulu. Tengok apa yang boleh kita beli,” putus Aisha.
“Good girl,” kata Amsyar sambil mengusap kepala Aisha. “Jom!” ajak Aisha lalu memeluk lengan Amsyar. Mereka bertiga berjalan beriringan.
Setelah hampir setengah jam mereka berjalan, Aisha bersuara, “I’ve got an idea!” “What idea?” soal Amsyar pelik dengan kelakuan adiknya itu.
“Apa kata kalau kita beli barang kemas untuk Kak Ana?” ujar Aisha teruja. Amsyar berfikir sejenak. “Ok jugak idea tu. Nape la abang tak terfikir tentang idea tu sejak tadi,” ujar Amsyar.
“Kau tu yang dah lama tak guna otak untuk berfikir. Sebab tu lembap,” perli Arriel. Aisha ketawa. “Bila masa pulak aku tak guna otaknya. Hari-hari aku kerja guna otak jugak. Pandai-pandai kau jer perli aku,” kata Amsyar tidak berpuas hati.
“Dah besar panjang pun nak bergaduh. Kalau nak gaduh sangat, pergi la balik rumah,” ujar Aisha. Arriel dan Amsyar sama-sama tergelak.
“Erk...korang pergilah dulu. Nak pergi tandas jap,” ujar Amsyar tiba-tiba. Dia tersengih. Aisha menjegilkan matanya.
“Masa nie jugak la, abang nak buat perangai ek,” ujar Aisha geram. “Hehe...sorry sis! Nature call,” ujar Amsyar.
“Cha pergi cari dulu barang yang nak diberi kat Kak Ana. Cha mesti tau apa taste kitorang. Ok la! Abang pergi dulu. Assalamualaikum,” sambung Amsyar lagi lalu terus beredar dari situ. Tanpa dia sedari, dia telah terpanggil Aisha dengan panggilan Cha.
Aisha terpinga-pinga. “Err...tadi, nape Am panggil you, Cha?” soal Arriel sambil menggarukan kepalanya.
“Cha ngan Fellis kan orang yang sama,” ujar Aisha perlahan sebelum memulakan langkahnya. Arriel mengerutkan dahinya tanda tidak memahami apa yang dibicarakan Aisha.
“Fellis...tunggu!” panggil Arriel apabila mendapati Aisha sudah jauh dihadapannya. Aisha memberhentikan langkahnya.
“Kita dah sampai!” sorak Aisha. Arriel tersenyum melihat telatah Aisha. ‘Sebijik macam Cha!’ desis hati Arriel.
“Jom masuk!” ajak Arriel sambil menarik tangan Aisha masuk ke dalam kedai emas yang terdapat di hadapan mereka.
Mereka memilih hadiah yang sesuai untuk diberikan kepada Ana. Sekali sekala mereka berdebat tentang pilihan mereka.
“I nak yang nie la!” bentak Aisha. “But I prefer this one. You pilih cincin buat apa? Kat jari kakak you tu dah ada cincin kan?” Arriel turut tidak mahu mengalah.
Aisha tarik muncung panjang. “But I rasa yang nie cantik!” ujar Aisha, masih belum mahu mengalah. Arriel mengeluh.
“Sayang, cuba you fikir. Kalau kita bagi cincin, kakak you bukannya boleh pakai selalu. Dia kan jururawat.  Susah la dia nak tolong patient yang dia kena jaga. But if kita beli rantai nie, at least, dia still boleh pakai. Hari-hari dia teringat kat abang you,” jelas Arriel.
Aisha berfikir sejenak. Mungkin ada benarnya apa yang dikatakan Arriel. “Ok. Kita ambik rantai nie!” Aisha akhirnya bersetuju. Arriel tersenyum.
“That’s my girl!” ujar Arriel lalu memberikan rantai itu kepada jurujual.
Setelah selesai membeli, mereka keluar dari kedai itu.
“Wait a minute! Abang Am pergi mana?” soal Aisha apabila menyedari Amsyar tidak muncul-muncul lagi. Hampir setengah jam mereka berada di dalam kedai tapi Amsyar masih belum muncul.
Arriel menggaru kepalanya yang tidak gatal. “Entah la.”
“Call la dia,” saran Aisha. Arriel memandang Aisha sambil mengangkat keningnya. Aisha tersengih. “Takde kredit la darling,” ujar Aisha. Arriel ketawa kecil lalu segera mengeluarkan telefonnya. Nombor Amsyar di dail.
“Hello Am!” sapa Arriel. “Err...Aku betul-betul minta maaf Riel. Aku ada hal. Tadi office call. Ada emergency,” balas Amsyar, suaranya kedengaran sedikit cemas.
“Adik and hadiah kau nie macam mana?” soal Arriel. “Kau hantar balik rumah boleh? Aku rasa, lama kot aku kat office nie,” ujar Amsyar.
Arriel berfikir sejenak. “Kalau aku nak pinjam adik ka boleh?” soal Arriel tiba-tiba. “Aku tak kisah tapi jangan cuba buat benda bukan-bukan kat dia, sudah!” ujar Amsyar.
“Hurm...ok la! Aku ada hal nie. Bagitau kat adik aku tu ya,” sambung Amsyar lagi. “Ok. Jangan risau! Aku jaga dia untuk kau!”
“Ok. Assalamualaikum,” ujar Amsyar. Selepas menjawab salam Amsyar, Arriel terus memasukkan telefonnya ke dalam poket.
“Abang Am pergi mana?” soal Aisha. “Dia ada hal kat office. Dia suruh kita enjoy dulu,” balas Arriel bersama sengihan.
Aisha menjungkit kening. “Betul ke?” Aisha meminta kepastian. Arriel mengangguk. “You hantar I balik jer la,” ujar Aisha.
Riak Arriel yang gembira berubah kecewa. “Jom la jalan-jalan dulu,” ajak Arriel. “I malas la. Letih!” Aisha memberi alasan.
Arriel mendengus kasar. “You memang tak suka jumpa I kan?” tuduh Arriel. Aisha tersentak. “Tak la! You jangan la cakap benda yang bukan-bukan. I happy jumpa you,” pujuk Aisha sambil memeluk lengan Arriel.
“Tapi, kenapa you selalu mengelak dari jumpa dengan I?” soal Arriel. Aisha menguntum senyuman lalu menggeleng.
“I tak pernah mengelak dari you. You patut tau yang I selalu ada bersama you,” ujar Aisha. Arriel mengeluh.
“Arriel...don’t you trust me?” soal Aisha. Arriel memandang Aisha lama. Dia akhirnya tersenyum. “I trust you!”
“Kalau camtu, you jangan fikir yang bukan-bukan lagi! I only have you,” ujar Aisha.
“Kalau macam tu, I nak you temankan I hari ni!” pinta Arriel. Aisha mengeluh perlahan. Nak tak nak, dia terpaksa melakukan sepeti yang diminta Arriel.
“Ok! I temankan you,” ujar Aisha bersama senyuman. Arriel turut tersenyum.

Thursday, 24 November 2011

MiSSioN AccOmPLished!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera sume!
Korang apa khabar? Aku baik2 jer. Sehat lagi. Kalau korang nak tau, makin sehat tau! Hehehe...Dua tiga menjak nie, aku mkn byk sgt2. Adik aku kata, aku makan dh mcm dia mkn. Dulu, dia yg slalu makan byk n now, aku pulak! Tapi, nak buat mcm mana. Aku memang camni kalau time hujan2. Cepat sgt rasa lapar. Sume benda aku telan. Makanan jer la. Yang halal. Benda yg x boleh dimakan, aku x telan. Kang tak pasal2 badan aku yg tgh sehat nie masuk wad. Tak ke haru camtu.
Ok! Actually aku update blog hari nie pun nak citer pasal misi pertama aku time cuti! Misi pertama aku dah berjaya. Yeah! I made it! Hehe...Dah dekat seminggu aku cuti but still tak capai pape pun. Tapi...hari nie, misi paling utama aku dah tercapai.
Korang nak tau apa? Biar aku bagitau! Misi utama aku sebenarnya, nak kemas bilik aku yg dah macam kapal pecah. Agaknya, lebih teruk dari kapal pecah....Hehe.... Tapi, hari nie, bilik aku dah cun smula! Cantik, bersih, the boom gitu lorh...
Happy tau! Penat takpe asalkan hati aku puas. Tengok kat bilik aku, rasa bangga pun ada! Yelah...bersih bilik sorang2.
Yg paling aku tak puas hati sekali ialah bila adik aku, Emylia langsung x tolong aku. Kalau tu bilik aku sorang, takpe la. Tapi nie, bilik tu aku kongsi ngan dia. Dia bukannya nak tolong aku bersihkan tapi dia duk asyik tidur jer. Alasan yg dia bagi, "Kak! Ore demey la. Nati sehat baby tulong!"...Hahaha....Yelah sgt! Tapi, aku kesah apa! Habis sume kertas dia, aku buang. Lantak la nak jd apa pun. Kalau ada kertas yg aku terbuang dia still nak, ada aku kesah!
Hurm....Lepas cuci2 bilik tu, aku rasa mcm rindu la pulak. Rindu kat novel. Aku tengok novel kat meja aku tak banyak mana. Rindu nak pegang novel, AKU BUKAN MISTRESS, DOSA SEMALAM, and yang paling aku sayang, AWAK SUKA SAYA TAK??? Untuk sape2 yg pinjam my buku tu, pulangkan lah yer... Aku rindu sayang kamu dah nie! Buku CINTA KONTRAK dah berpuluh kali aku khatam. Kalau aku baca AL-QURAAN, dah banyak pahala aku dapat. Tapi, tau2 la aku camne ek. Sambil2 baca novel, aku dengar lagu. Takkan nak baca quran sambil dengar lagu. Tak baek tau!
Hurm...aku dah takde idea nak post ape nie! Laen kali la pulak ek! Bila idea datang bertimpa2, aku post kat korang macam2.... Heheh...
Tu jer buat masa sekarang. Bye,bye,bye and assalamualaikum....

Friday, 18 November 2011

MiMpi....TeRuK giLeR....

Moshi-moshi.... Watashi wa Nurul Amierah desu. Jyugo sai desu. Sannensei desu. Douzoyoroushiku onegai shimasu.
Hahaha....tetiba speaking...
Mcm biasa, Assalamualaikum dan salam sejahtera. Korang tengah buat pe 2??? Ha! Aku tau! Korang tengah baca post aku nie kan? Hahaha....betul tak??
Ok! Let's begin our topic for today. Aku sebenarnya, nak citer pasal mimpi2 aku kebelakangan nie. Pelik2 belaka! Aku pun x tau nape. Korang jgn pikir bukan2 plk ek! Nie aku nak citer....
Ada sekali 2, aku mimpi pasal dinosaur n ultraman. Lawak tak? hahaha....yg paling lawak, aku yg kecik nie jd ultraman. Yg paling x boleh blah, bila aku nak jd ultraman, aku kena tiup belon sabun. Waaaaarghhh.....mengarut giler punyer mimpi. Bila aku teringat pasal mimpi aku nie, aku memang nak tergelak guling-guling. Dah memang terguling pun. hahaha....Adik aku cakap, umur dah 15 tahun tp mimpi mcm budak 5 tahun. Kawan adik aku pulak kata, x matured langsung. drpd duk mimpi mcm 2, baik mimpi pasal boyfriend. Korang pulak kata apa? Kalau aku, aku kata, GILA!!!
Tu mimpi mengarut aku yg mula2. Mimpi aku yg aku rasa mengarut yg seterusnya is aku mimpi pasal CIK PONTI... Boleh pulak aku mimpi time tu aku pergi skolah but aku x tau aku buat apa kat skolah tu. Tiba-tiba jer  aku ada kat bangunan blok baru skolah aku ngan kengkawan aku yg laen. Ntah ape yg jd, tetiba jer kitorang lari. Time lari, aku tngok blakang, sume lampu yg t'pasang, tertutup. Tp, kesian kat kawan aku, maliena sbb kena tinggal kat blakang. Bila smpai tingkat bawah, aku nampak rmai jugak budak skolah aku kat bilik LK. Ntah mcm mana, tetiba aku dengar bunyi org mengilai. Budak2 lelaki dh pergi dekat ngan tempat pontianak mengilai tu. Yg aku x paham nye, diorang x takut pun. Siap  blh usha CIK PONTI tu... Hehehe...Lps tu, aku pun t'jaga. Ingtkan dah pukul 6 pg, rupa-rupanya, baru pukul 12.38 pg.
Uii....pelikkan mimpi aku. Bila teringat pasal hal tu, aku rasa nak gelak semacam. Hahahahaha...... Ntah pape lar.... Maybe skarang nie time aku mimpi bnda pelik2 kot.
Hurm....aku rasa, setakat tu jer la aku citer pasal mimpi aku. Kalau aku mimpi lagi, aku bagitau korang yer....
Hehehe....ok la! Bye, bye and Assalamualaikum....
See you next time

Wednesday, 16 November 2011

Money, Money, Money....

Assalamualaikum dan salam sejahtera....
Terima kasih la kepada org yg jwb salam sy nie. Yg x jwb, jwb la yer...Berdosa nanti, tau!
Ok la. Bila korang tengok tajuk kat atas 2, mesti ada yg pikir yg aku nie mata duitan. Asyik duk pikir, duit,duit,duit! Tp, korang salah la. Aku x heran mana pun ngan duit. As long as aku boleh terus hidup dan bernyawa kat dunia nie, aku x kesah!
Sebenarnya, aku nak citer sal majlis hari nie! Hari nie ada pembahagian duit kat sume pelajar form 1,2,3,4. Seratus sorang! Becoz of that, sume org jd busy semacam, bak kata teacher V, as busy as bees. Hahaha....
Hari nie, kitorang, PP, ada tugas masing-masing.  Bg org yg x tau apa maksud PP 2, biar aku bagitau! PP 2, refers to Pemimpin Pelajar or dgn lebih umumnya, org kenal dgn panggilan pengawas. Hehe
Jgn terkejut ek kalau aku bagitau yg aku nie pengawas. Letih giler hari nie. Kelmarin, senior kitorang, buat meeting. First, diorang bincang pasal ETIKA PEMIMPIN PELAJAR. Kalau nak tau apa etika dia, biar aku bagitau.
ETIKA PEMIMPIN PELAJAR:
1. BERPAKAIAN KEMAS.
2. MENEPATI MASA.
3. AMALAN MENCATAT.
4. MENGAMALKAN AMALAN SENIORITI.
5. MENJAGA BATAS PERGAULAN.
6. MELAKSANAKAN TUGAS DENGAN PENUH DEDIKASI.
Lepas tu, kitorang diberitau pasal biro kitorang tahun depan. Aku menyampah la jugak bila dia bahagi biro 2. Bukannya aku nak membantah keputusan diorang tp, aku tak suka la. Tahun nie, aku duduk dalam biro SEROJA CAFE, tahun depan pun, SEROJA CAFE. hurgh...memang muka kantin betul la aku nie...
Ok, ok! Nie dah lari topik. Kita back to our main topik ek. Majlis pembahagian duit nie start kul 11 pg but, sume PP kena prepair awal2. Aku, mula2 nya, juz jd backup. Aku sepatutnya, gerak bila ada orang datang mintak tolong. Kerja aku n ahli group aku, juz duduk dlm bilik PP. Bilik PP or org panggil bilik Seri Bestari nie, bilik khas untuk pemimpin pelajar. Tempat kitorang bincang n lepak time xde kerja.
Tp, x sampai setengah jam aku duduk dlm bilik 2, ada senior aku nie, aku panggil Abe Faris, datang mintak tolong aku ngan kwn aku, jaga Dewan Pleno, tmpat ibu bapa pelajar form 3 ambik duit. Cikgu dh bahagi awal2 lg tmpat nak ambik duit. Form 1 kat DEWKA, form 2 kat Student Centre, form 3 kat Dewan Pleno, dan form 4 kat dewan form 4. Kalau korang x tau tempat yg aku duk taip nie, buat derk jer la ek. Kalau nak lebih faham ngan tempat yg aku bgtau, lawat la sekolah aku, SMK Dato' Ahmad Maher. Bangga woo belajar kat sekolah nie biarpun kadang2 sakit ati.
Bila mak aku sampai, aku terus jer jd usher for my mom. USHER, bukan USHA. Hehe....Kalau x paham apa usher 2, pergi bukak kamus! Aku bawak la pulak mak aku pergi kat DEWKA untuk ambik duit adik aku. Lepas jer ambik 2, aku pergi kat kwn2 aku, tolong diorang duduk tegak macam tiang kat tepi tangga. Hahaha.....
After that, xde bnda menarik dh. Kitorang tugas mcm biasa. Dlm pada bertugas 2, aku sempat lagi bawak adik yg umur 4 tahun jln2 sekeliling skolah. Lps habis acara, ibu bapa sume balik n ada some students balik tp, as pemimpin pelajar, aku x la balik awal, aku balik tepat pada masa yg sepatutnya, 2.40 ptg. Sambil2 tunggu masa smpai kul 2.40, aku ngan kwn2 aku yg lain, duk borak dlm kelas kwn aku. Byk yg kitorang borakkan.
Hurm...I guess, dh xde bnda dh nak citer. Aku berhenti setakat nie jer la yer. Bye,bye n bye.
Assalamualaikum....


-peace no war-

Saturday, 12 November 2011

Mood TodaY => N.T.A.H-.L.E.R.

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada blogger-blogger yang meng-follow blog masam manis kehidupan. Duduknya saya diatas katil saya ini adalah untuk meng-update blog yang baru di-update beberapa hari yang lepas.
Hehehe...Formal la plk. Ok! Stop being too formal. Aku update blog hari nie pun sbb nak citer sal beberapa bnda jer. Tak byk pun. Tadi aku baru balik dari outing ngan kwn2 kat KBMall. I LOVE KBMALL.
Bez la jgk pi outing ngan kwn2 td. Yg ada tadi 2, 7 orang termasuk aq. Kitorang pergi sejak kul 11 pg lg but lin and mierah aziz pi sana kul 2 ptg. Dah berbelas2 kali kitorang tawaf kbmall sampai kaki pun naik sakit. But, still ada kepuasan la. Yang tak puasnya 1 bnda jer, DUIT TAK ADA!!!
Kitorang agak, korang blh rasa tak, takde duit time duduk kat mall? Kitorang dah tak blh buat pe sbb kitorang pi sana pun, mkn guna kupon pizza. Hehehe...
Tapi, sempat jgk la aku beli novel sebuah. Tebal giler...Ntah boleh habiskan ke tak... Tajuk novel 2, AWAK SUKA SAYA TAK? Tapi, kwn aku emi cakap, novel 2 bez. Takpe2, nnti aku try baca. Masa sy baca sinopsis novel tu, ada ayat nie yang aku baca yang menarik minat aku. Korang pun mesti tertarik baca ayat nie. Ayatnya bunyi camnie :
"Saya akui saya gembira bersama Mr. Damien. Saya tak boleh menyembunyikan perasaan saya tetapi perasaan saya terhadap Mr. Damien sepertimana kita bersentuhan di malam itu. Boleh saling melihat, saling menyentuh, saling bercium...tetapi hanya di dinding kaca. Ada batas dan sekatan yang tidak boleh dipecahkan...walaupun cuba dipecahkan pasti kita akan cedera, ditusuk atau dihiris. Itulah Islam. Yang menjaga maruahh dan kesucian sesuatu hubungan. Hanya hubungan halal yang boleh melenyapkannya."
Touching giler ayat 2! I love it. Even novel 2 mahal, aku tak kisah. Asalkan aku puas, sudah! Kalau tak bez, agaknya, boleh mengamuk aku jadinya. Tapi, sayang ler kalau mengamuk juz sbb 1 novel. Novel jer 2. Bukan bnda lain pun. Korang doakan aku so aku ada semangat nak baca novel nie yer...
Ok la! Setakat 2 jer la post aku hari nie. Ada pape, aku post lagi. Kalau korang nak pinjam novel nie, datang ler jumpa aku. Kalau aku nak bagi, alhamdulillah. Kalau aku tak nak bagi, so sorry lar my dear... hehe
Assalamualaikum...Till next time!

Thursday, 3 November 2011

NoVeL : Jatuh Cinta? (Bab 7,8,9)

BAB 7.
“Assalamualaikum walid!” panggil Arriel sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam rumah tiga tingkat itu.
“Arriel...takut la I nak jumpa walid you!” rengek Aisha manja sambil menarik-narik lengan baju-T Arriel. Sebenarnya dia bukannya takut betul-betul. Saja jer nak tambah rencah lakonan dia.
Arriel tersenyum memandang Aisha. “Relax la ya! Walid I tak makan orang, dia makan nasi!” seloroh Arriel. Aisha memuncungkan mulutnya.
“You ni kan. Suka sangat buat mulut macam tu! I cium kan baru tau!” ugut Arriel. Aisha segera menutup mulutnya. Arriel ketawa.
“Haii...buat apa la tercongok kat depan pintu tu! Masuk!” ujar Datuk Asri yang sedari tadi sedang memerhati tingkah Aisha dan Arriel. Arriel menuju ke arah Datuk Asri lalu menyalam tangan walidnya.
Aisha turut melakukan hal yang sama. ‘Mak aih! Boleh pulak walid aku nie salam ngan Fellis. Setahu aku, walid nie tak salam dengan sembarangan orang!’ gerutu hati Arriel.
“La...termenung pulak dah budak nie! Pergi bawa kawan kamu nie duduk. Walid nak ke belakang kejap,” arah Datuk Asri. Arriel tersengih.
Dia segera menarik tangan Aisha menuju ke sofa. ‘Uii...selamba badak dia jer pegang tangan aku depan walid. Yang si walid nie tersenyum-senyum tengok aku ngan Arriel ape pasal pulak. Adalah agenda tersendiri dia tu!’ bebel Aisha dalam hati.
“Kan I dah kata, walid I tak makan orang!” kata Arriel sambil tersenyum. Aisha tersengih. “I tau!” balas Aisha.
“Cantik rumah you!” tegur Aisha sambil matanya melilau-lilau ke arah sekeliling. Bukannya dia tidak pernah datang ke sini. Tapi, boleh dikatakan hampir hari-hari jugak la dia datang sini. Saja dia ingin menunjukkan lakonan kelas atasan dia.
“Ni rumah walid I! Rumah I kat tempat lain,” ujar Arriel. “Tapi...kalau you teringin nak ke rumah I, I sudi bawak!” sambung Arriel sambil tersenyum nakal. Aisha menjegilkan matanya.
“You ni kan...gatal!” rengek Aisha manja. “Ehem..ehem..”
Hampir luruh jantung Aisha mendengar suara Datuk Asri di belakang mereka. ‘Agak-agak la walid oii...Malu tahap cipan dah nie!’ getus hatinya. Senyuman dilemparkan ke arah Datuk Asri.
Datuk Asri mempamerkan riak serius walhal di dalam hatinya sudah menguntum senyuman. “Erm... Walid! Ni Arriel kenalkan, Fellis!” ujar Arriel.
Datuk Asri memandang Aisha dengan kerutan di dahi. Bukannya tidak menyukai Aisha tetapi pelik apabila Arriel memanggil Aisha dengan panggilan Fellis. Aisha tersenyum cuba memberi isyarat kepada Datuk Asri agar memahaminya.
“Nama penuh apa?” soal Datuk Asri serius. Seolah-olah sedang membuat soal siasat. “Err..” Arriel garu kepala. ‘Nape la aku tak tanya sebelum nie!’ gerutu hatinya.
“Fellis Aisha!” balas Aisha. Arriel tersentak. ‘Uii...Kejap-kejap! Rasa macam kenal jer nama Aisha tu!’
Belum sempat Arriel menangkap gerangan gadis yang dirasakan bernama Aisha, Datuk Asri bertanya lagi. “Umur Fellis berapa?”
Arriel tersentak. ‘Walid aku nie...nak jadikan Fellis bini aku ke, mak tiri aku nie?’ soal hatinya. “Umur saya baru 23 tahun, Datuk!” jawab Aisha lembut.
Datuk Asri tersenyum. “Tak menyesal ke nak kahwin dengan si Arriel nie dalam usia muda macam nie. Arriel nie tak apa la, dah sesuai sangat nak kahwin...Umur pun dah masuk 27 tahun...tapi yelah, belajar tak habis-habis lagi!” ujar Datuk Asri panjang lebar.
‘Soalan maut tu beb! Menanah hati aku dengar. Aduyai...nak jawab apa la nie,’ Aisha gelabah. “Walid..kalau ya pun nak tanya, tak payah la siap sindir-sindir Arriel!” kata Arriel.
‘Selamat!’ ucap Aisha dalam hati. “Habis tu, kamu tu sejak dari dulu tak habis-habis lagi belajar,” kata Datuk Asri sinis. Aisha gelak dalam hati.
“Bukan Arriel saja-saja tau! Dah time final exam, Arriel selalu susah nak show up. Tu yang dok asyik kena ulang tu!” Arriel membela dirinya.
“Yalah, yalah... Hmm...soalan tadi tak berjawab lagi! Sudi ke kahwin dengan Arriel muda-muda macam nie?” Datuk Asri menyoal sekali lagi. Aisha kaget.
‘Erk...nak jawab apa nie?’ Aisha gelabah lagi. Dia cuba menenangkan hatinya.
“Emm...Saya sebolehnya nak biar habis belajar dulu baru kahwin,” jawab Aisha tenang. Datuk Asri tersenyum.
‘Selamat! Buat sakit jantung aku jer walid nie. Sejak tadi dok dup dap dup dap... Nasib baik tak terkeluar jer terus!’ bebel Aisha dalam hati.
Arriel turut tersenyum dengan jawapan Aisha. “Cha...err...Fellis makan tengah hari kat sini la ya hari nie. Eh, lupa pulak nak suruh Kak Senah hidangkan air tadi!” Hampir-hampir sahaja Datuk Asri tersasul memanggil nama Aisha.
‘Fuh! Selamat Arriel tak perasan!’ ucap Aisha lega. “Yalah Fellis! Makan sekali ngan kitorang ya!” ajak Arriel pula. Aisha tersenyum lalu mengangguk.
‘Hehehe...Pandai la pulak kau control ayu depan si Arriel nie. Mesti sekarang walid dah gelak guling-guling dalam hati!’ fikirnya.
“Lepas nie...tak payah panggil Datuk dah. Panggil aje walid!” ujar Datuk Asri. ‘Yeay! Ni yang aku suka nie! Tak payah la, nak pikir kalau-kalau tersasul panggil walid,’ sorak hati Aisha riang.
“Ok walid!” balas Aisha ringkas. Arriel tersenyum melihat walidnya dapat menerima kehadiran Fellis.
‘Nasib baik la walid tak reject Fellis! Tapi pelik jugak! Tengok dari gaya, macam diorang nie dah lama kenal la pulak!’ fikir Arriel. ‘Malas la aku nak fikir. Lantak la!’ fikirnya lagi.
“Jadi walid dah approve la pilihan Arriel?” soal Arriel. “Dah. Kalau walid tak approve pun, bukannya Arriel nak dengar pun!” ujar Datuk Asri. Sempat lagi dia menyindir Arriel.
Arriel menayang giginya. “Walid...Kalau Arriel nak bawak Fellis pergi kat halaman luar boleh tak?” pinta Arriel. Datuk Asri mengangguk.
“Pergi la! Jangan buat benda-benda pelik sudah,” ujar Datuk Asri bersama senyuman. Arriel senyum. Segera ditariknya tangan Aisha menuju ke halaman.
Aisha yang dapat menangkap senyuman Datuk Asri semakin melebar melihat tautan tangannya dan Arriel hanya mempamer sengihan.
“Kita buat apa kat luar?” soal Aisha lembut. Dia segera melabuhkan punggungnya di atas buaian yang terdapat di satu sudut halaman itu.
“Saja! Tak best la nak bermanja kat dalam tu!” ujar Arriel selamba. Aisha segera mencubit lengan Arriel. “Kat rumah walid pun nak manja-manja. Tak malu,” kata Aisha geram.
Arriel ketawa. “Salah ke? I rasa tak salah lagipun, tak lama lagi, you akan jadi wife I!” kata Arriel. Aisha mengeluh lalu tersenyum hambar.
“Orang yang dah kahwin pun boleh bercerai, apatah lagi kita yang tak ada apa-apa ikatan rasmi,” lembut sahaja Aisha menuturkan kata-kata itu.
Pedih hatinya apabila menuturkannya. Sememangnya benar. Orang yang sudah berkahwin boleh bercerai, ini apatah lagi hubungannya dengan Arriel. Dia pernah mengalaminya sebelum ini, jadi dia tidak terlalu berharap dalam sesuatu hubungan.
“Fellis...I love you so much! I janji I takkan tinggalkan you. You will always stay in my heart!” ujar Arriel dalam nada romantik. Aisha memandang Arriel, lama.
“Kalau la I tipu you...will you forgive me?” soal Aisha. Matanya masih menatap Arriel. “I will always forgive you sweetheart. Lagipun, I tak rasa you akan sanggup tipu I!” balas Arriel. Tangannya menggenggam tangan Aisha.
Sesungguhnya Aisha terhiris dengan kata-kata Arriel. ‘Aku dah tipu kau Arriel. Penipuan aku nie, tak mungkin kau dapat maafkan!’ getus hati Aisha.
“You okay?” soal Arriel. Dia sedikit risau apabila terlihat perubahan riak di wajah Aisha. Aisha segera berpaling lalu melemparkan senyuman. ‘Kau terlalu murah dengan senyuman, Fellis. Senyuman kau benar-benar dah menarik hati aku!’
“I okay!” balas Aisha perlahan. “But you seems like you’re in trouble,” duga Arriel. Aisha menggeleng laju. “I lapar la,” rengek Aisha manja.
Arriel membuntangkan matanya. “Badan cekeding macam you pun kuat makan?” soal Arriel. Aisha menarik muncung.
“Hahaha...Sorry sayang! Kita makan lepas nie! Mak Senah tak siap masak lagi tu!” pujuk Arriel. Aisha tersenyum. Pantas, lengan Arriel dipeluknya manja. ‘Aku dah jatuh cinta ke?’ soal hatinya.
****
Aisha mengeluh sendiri. Pandangannya dihala ke luar tingkap. Saat itu, hujan lebat membasahi bumi. Tiada sebutir bintang pun kelihatan di langit. Mungkin, turut sama berduka cita di atas nasibnya.
“Aku, dah jatuh cinta ke?” soal Aisha perlahan. Aisha mengeluh lagi.
“Dah jatuh cinta dengan sape?” soal Melina secara tiba-tiba di telinga Aisha. Aisha terlompat. Tangannya mengurut dada.
“Hish! Aku ingatkan langsuir mana la tiba-tiba bisik kat telinga aku,” rungut Aisha. Melina mencebik. “Aku yang comel lagi cun melecun nie kau panggil langsuir? Hampeh punya kawan!” gerutu Melina.
Aisha menjeling tajam. Namun, cuma seketika. Matanya kembali menatap ke arah luar tingkap, menyambung duka di hati.
“Kau ok ke Cha? Tiba-tiba jer kau main jiwang karat nie pesal?” soal Melina. Dia pelik dengan perilaku sahabatnya itu.
“Kau rasa...aku dah jatuh cinta ke?” soal Aisha perlahan. Melina membuntangkan matanya. ‘Kawan aku nie dah kena rasuk ke apa? Jangan la jadi benda bukan-bukan kat Cha!’ hatinya bermonolog.
“Kau demam ke Cha?” soal Melina. Telapak tangannya dibawa ke dahi Aisha. “Aku sihat la!” ujar Aisha sambil menepis tangan Melina ke tepi.
“Dah tu kau tanya aku soalan pelik-pelik. Aku nak buat macam mana lagi!” ujar Melina dengan riak bimbang. Aisha mengeluh.
“Aku dah tak tau apa yang aku rasa sekarang!” kata Aisha lemah. “Ha? Kau dah lumpuh ke apa? Deria sentuh kau dah tak berfungsi?” soal Melina bertubi-tubi.
‘Apa ke bengap kawan aku sorang nie! Eii...’ marah Aisha dalam hati. Kepala Melina ditunjal. “Adoi! Sakit la Cha!” adu Melina. Mulutnya dimuncungkan.
“Mulut tu takde insuran langsung. Aku cili kang baru tau!” marah Aisha. “Alah! Nak gurau sikit pun tak boleh!” rungut Melina. Aisha menjegilkan matanya.
“Masalahnya, lawak antarabangsa kau tu tak kena tempat,” marah Aisha lagi. “Ok la, ok la! Aku minta maaf. Cu citer masalah kau!” pujuk Melina. Aisha mengeluh.
“Aku...dah jatuh cinta ke?” soal Aisha perlahan. “Soalan sama jer kau tanya! Kau, dah jatuh cinta ke?” kali ini, Melina pula yang menyoal Aisha sedemikian rupa. Aisha menjungkit bahu.
Melina menepuk dahinya. “Dah tu?” soal Melina. Dahinya berkerut. “Aku..tak tau!” ujar Aisha perlahan.
“Yang kau dok tanya dah jatuh cinta ke, dah jatuh cinta ke...kat sape sebenarnya?” soal Melina. “A..Arriel!” tergagap-gagap Aisha menuturkan nama Arriel.
“Aku dah agak dah!” tutur Melina. Aisha terkejut. “Dah agak apa?” soal Aisha laju. “Dah agak yang kau akan jatuh hati kat Arriel!” balas Melina selamba.
“Nape?” soal Aisha ingin tahu. “Sebab dia pandai mengayat perempuan!” jawab Melina. “Dia nampak macam betul-betul sukakan aku!” kata Aisha. Melina tersenyum.
“Dia memang sukakan kau. Walaupun perangai dia still tak berubah, aku boleh nampak dengan cara dia layan kau. He loves you so much, Cha!” kata Melina yakin.
“Dia bukan sayangkan Cha, tapi Fellis!” kata Aisha tegas. Melina terdiam seketika. “But, Fellis ngan Cha, bukan ke orang yang sama?” soal Melina seketika kemudian.
“Same person but different attitude!” ujar Aisha. Melina tidak mampu berkata apa-apa. Apa yang dikatakan Aisha itu benar. Arriel lebih sayangkan Fellis, diri Aisha yang palsu.
“Aku takut!” luah Aisha. Melina memandang Aisha pelik. “Kenapa?” soal Melina. “Dia terlalu percayakan aku! Aku takut dia kecewa bila tau hal sebenar,” luah Aisha. Matanya berair.
“Cha...aku..” Melina hilang kata-kata. Dia tidak tahu bagaimana dia hendak memujuk hati Aisha. Air mata yang selama ini bertakung di tubir mata Aisha akhirnya tumpah. Melina memeluk erat bahu Aisha.
“Aku takut!” Berkali-kali Aisha menutur ayat itu. Hati Melina dipagut sayu. “Cha...Kau sabar ek! Kau teruskan dengan apa yang kau lakukan sekarang. Aku pasti, dia takkan lukakan hati kau bila tau hal sebenar,” pujuk Melina.
“Aku sayangkan dia...cintakan dia...” luah Aisha sayu. Melina mengusap lembut bahu Aisha. Ini kali kedua Melina melihat sahabatnya itu menangis kerana makhluk bernama lelaki. Dulu kerana lelaki durjana itu dan kini, kerana Arriel.
‘Sabar Cha! Aku tahu kau kuat!’
BAB 8.
Sudah 4 bulan Aisha mengenali Arriel. Hubungannya bersama Arriel, tidak kira sebagai Fellis ataupun Cha semakin rapat. Arriel juga sudah semakin banyak berubah.
“Cha!” sergah Arriel dari belakang sambil tangannya pantas memeluk bahu Aisha. Aisha menjegilkan matanya.
“Agak-agak la nak pegang pun!” marah Aisha sambil menepis tangan Arriel. “Eleh! Aku sentuh girlfriend aku, dia takde kata pape,” rungut Arriel.
“Tu girlfriend kau, bukan aku!” kata Aisha geram. “Takkan nak peluk sikit pun salah?” soal Arriel sambil mengangkat kening.
“Memang salah! Nanti tak pasal-pasal aku kena sembur dengan girlfriend kau!” bentak Aisha. “Kalau diorang sembur, kau sembur la balik. Mulut kau kan berbahaya macam bom!” ujar Arriel sambil tersengih-sengih.
“Uh! Whatever!” Aisha meneruskan langkahnya. “Oii...Cha! Tunggu la!” panggil Arriel. Aisha berpaling. Mukanya sengaja dimasamkan.
“Ada apa?” soal Aisha kasar. “Rilex la dulu! Chill ok, chill!” kata Arriel. Aisha merenung tajam. “Aku datang jumpa nie pun, pasal projek kita tu!” sambung Arriel lagi.
“Erm...Kau nak start bila?” soal Aisha. Suaranya sedikit mengendur. “Kau buat sendiri ek! Aku busy la sekarang nie. Takde masa nak buat!” kata Arriel sambil tersenyum manis.
‘Sengaja la tu nak goda aku!’ getus hati Aisha. Aisha menggeleng.
“Please Cha! Aku cuma harapkan kau sorang jer sekarang nie, please...” pujuk Arriel. Suaranya sedikit dilembutkan.
“Tak boleh! Kau kena buat sekali!” putus Aisha. “Cha...kau buat ek! Aku busy nie. Ok la! Aku pergi dulu. Buat tu, untuk aku!” kata Arriel lalu berlalu pergi. Aisha mengetap bibirnya geram.
“Ish! Suka sangat buli aku! Takpe, takpe! Siap kau!” bebel Aisha sendirian. Mulutnya menguntum senyuman jahat.
****
Aisha tersenyum sendiri. “Kali nie, kau memang kena ngan aku!” kata Aisha perlahan. Pemandangan di hadapan matanya membuatkan senyumannya kian melebar.
“Assalamualaikum,” ucap Aisha. Matanya melilau ke kiri ke kanan. ‘Mana la isi rumah nie? Aku nak kenakan mamat sengal cepat-cepat nie!’ rungut hati Aisha.
 “Waalaikumussalam,” balas satu suara dari dalam rumah. Aisha menguntum senyuman. “La...Cha! Buat apa kat sini?” soal Mak Senah. Aisha sengih.
“Nak jumpa cousin kesayangan Cha!” jawab Aisha. Mak Senah tersenyum. “Masuk la,” ajak Mak Senah. Aisha mengekori Mak Senah memasuki rumah itu. Matanya melilau mencari kelibat Arriel.
“Arriel ada kat dalam bilik. Tidur lagi tu!” ujar Mak Senah apabila melihat perlakuan Aisha. “Ooo...” Aisha terangguk-angguk. “Nanti Mak Senah pergi panggilkan!” Kaki Mak Senah dihayun ke arah tangga yang terdapat di sebelah barat ruang tamu rumah itu.
“Tak pe la Mak Senah! Biar Cha pergi panggil sendiri!” ujar Aisha sambil memegang lengan Mak Senah. Mak Senah mengerutkan dahinya.
“Tak apa ke?” soal Mak Senah. Aisha mengangguk. “Cha pergi naik dulu ek!” ujar Aisha lalu mendaki tangga menuju ke atas.
Mak Senah hanya mampu mengeleng-gelengkan kepalanya melihat telatah Aisha.
Sampai sahaja di hadapan pintu bilik Arriel, Aisha terus mengetuk pintu. Seketika kemudian, pintu bilik itu dibuka.
Belum sempat Aisha menegur, Arriel terlebih dahulu bersuara. “Masuk la!” Aisha menjegilkan matanya.
‘Biar betul mamat nie! Dia nampak ke tak aku yang duduk depan pintu dia nie!’ gerutu hati Aisha. “Mak Senah buat apa lagi kat luar tu? Kalau nak masuk, masuk la,” ujar Arriel sekali lagi.
‘Sah dia tak nampak!’ Aisha dengan selambanya masuk ke dalam bilik Arriel. “Sejak bila pulak nama aku jadi Mak Senah?” soal Aisha selamba. Punggungnya dilabuhkan di atas katil.
Arriel memandang Aisha dengan riak terkejut. “Kau buat apa dalam bilik aku?” soal Arriel separuh menjerit. “Tadi bukan ke kau yang ajak aku masuk!” kata Aisha selamba. Matanya melilau ke arah sekeliling bilik Arriel.
“Macam kapal pecah!” kata Aisha perlahan. “Kau kata apa?” soal Arriel. Aisha mengalihkan pandangan ke arah Arriel.
Dia memerhati penampilan Arriel. ‘Erk...mampus aku!’ getus hatinya.
“Apa pandang-pandang? Takkan tengok sikit pun dah tergoda?” Arriel menjungkit keningnya. Pipi Aisha memerah.
“Yang kau tu tak pakai baju apesal?” soal Aisha geram. Matanya dialihkan ke arah lain. “Aku ngantuk la! Nak tidur!”
“Ha? Dah tengah hari macam nie pun kau nak tidur lagi?” Aisha menjegilkan matanya. “Tak payah tidur! Aku ada benda nak bincang nie!” sambung Aisha lagi.
“Tak nak! Aku nak tidur. Tepi, tepi!” kata Arriel. Dia menolak Aisha ke tepi lalu merebahkan badannya di atas katil.
“Hoi! Bangun la!” Aisha menolak-nolak badan Arriel. Arriel masih belum berganjak. “Arriel!” jerit Aisha.
“Cha! Nape jerit-jerit nie?” soal Datuk Asri yang kebetulan lalu di hadapan bilik Arriel. Aisha memuncungkan mulutnya.
“Arriel tak nak bangun!” rungut Aisha. Datuk Asri menggeleng-geleng kepalanya. “Arriel...bangun Riel! Kesian kat Cha,” kata Datuk Asri sambil menepuk-nepuk bahu Arriel.
“Arriel mengantuk la walid!” ujar Arriel. “Arriel...bangun la! Cha nak bincang something nie,” kata Aisha yang berada di sisi Datuk Asri. Suaranya sengaja dimanjakan.
“Yalah, yalah!” Akhirnya Arriel mengalah. Dia segera bangkit. Aisha menguntum senyuman. Arriel segera mengambil tualanya lalu menuju ke arah pintu bilik air.
“Kau nak tunggu aku sampai selesai mandi ke?” soal Arriel bersama senyuman nakalnya. Terus sahaja senyuman Aisha mati.
Aisha menjegilkan matanya. “Walid...tengok Arriel nie!” rungut Aisha manja. Datuk Asri ketawa. “Dah, dah! Jangan nak bergaduh kat sini! Arriel! Pergi mandi!” arah Datuk Asri.
Aisha menjelirkan lidahnya sebelum keluar. “Aku tunggu kat bawah!” ujar Aisha.
Usai mandi, Arriel segera turun ke bawah.
“Ada apa datang sini?” soal Arriel lalu melabuhkan punggungnya di atas sofa. “Ha...Pakai macam nie kan baru sopan!” kata Aisha, langsung tidak menjawab soalan Arriel.
“Hish! Aku tanya benda lain, benda lain yang dijawabnya!” rungut Arriel. Aisha hanya tersengih. “Aku datang nie...bawa hajat!” ujar Aisha perlahan.
“Hajat apa? Nak pinang aku? Sorry la, dah ditempah!” kata Arriel selamba. Aisha mencebik. “Bukan tu hajat aku! Hajat aku kali nie lagi penting. Soal hidup dan mati kita tau!” kata Aisha serius.
Arriel pelik. ‘Apa la yang penting sangat?’ Keningnya dijungkitkan. “Aku nak risik kau untuk buat projek kita nie. Tak nak la aku buat sorang-sorang,” kata Aisha. Arriel ketawa.
“Belum pernah lagi orang risik aku nak pergi buat projek!” Ketawanya makin galak. Aisha buat muka tidak tau.
“So...Biar la aku jadi orang pertama ek!” kata Aisha. “Kalau aku tolak?” soal Arriel sengaja menduga. Aisha mendengus kasar.
“Dah! Jangan nak nngada-ngada. Jom! Kita pergi siapkan projek tu!” kata Aisha lalu menarik tangan Arriel.
“Kita nak buat kat mana?” soal Arriel sambil mengerutkan dahinya. “Kat bilik bacaan la,” jawab Aisha. Kerutan di dahi Arriel semakin ketara.
“Macam mana kau tau rumah aku ada bilik bacaan? And wait...kau tau macam mana kat mana bilik aku, and yang paling penting, kenapa kau panggil ayah aku walid?” soal Arriel bertubi-tubi.
Aisha mencebik. “Tu la...Sape suruh duduk luar negara lama sangat? Kan...sepupu sendiri pun dah tak ingat,” kata Aisha seakan-akan jauh hati.
“Ha? Kau sepupu aku?” soal Arriel terkejut. ‘Uii...Aku tengok muka terkejut dia nie dah nak sama dengan beruk. Hahaha...Agak-agak, teruk lagi dari beruk tak?’ gelak Aisha dalam hati.
Aisha memasamkan mukanya. “Takpe la kalau kau dah tak kenal aku. Aku balik dulu,” ujar Aisha, lirih.
Arriel serba salah. “Err...Cha, sorry!” pinta Arriel. Dia terus berdiri lalu memegang tangan Aisha. Mukanya sengaja dibuat muka kesian campur manja.
“Apalah nasib aku! Sepupu aku sendiri pun dah tak kenal aku,” kata Aisha dalam nada sedih yang sengaja dibuat-buat.
Arriel kalut. “Ok, aku mintak maaf! Kau la satu-satunya sepupu plus kawan aku yang paling aku sayang. Please maafkan aku!” pujuk Arriel.
Aisha memandang wajah Arriel lama. Tidak semena-mena Aisha ketawa. “So cute!” ujar Aisha. Tangannya mencubit kedua-dua belah pipi Arriel.
Arriel membuntangkan matanya. “Kau main-mainkan aku?” soal Arriel geram. “Alolo...sepupuku yang cute lagi sweet, jom la kita sambung projek kita tu ek,” ujar Aisha.
Arriel kembali duduk. “Tak nak!” kata Arriel dalam nada merajuk. ‘Ambik kau! Tadi nak sangat merajuk ngan aku. Sekarang, biar aku pulak yang merajuk,’ getus hati Arriel.
“Adoi....sepupuku yang comel nie dah merajuk ke?” soal Aisha sambil melabuhkan punggungnya di sisi Arriel. Arriel berasa ingin ketawa dengan kata-kata Aisha namun, ditahan juga.
“Kau dah puas main-mainkan aku kan? So, sekarang balik la,” kata Arriel dengan nada suara yang sedikit meninggi.
Aisha tersentak. Laju sahaja air mata menuruni tubir mata Aisha. Arriel jadi kaget. ‘Aku nak kenakan dia tapi lain pulak jadinya,’ getus hatinya.
Arriel menggaru kepala. ‘Macam mana nie?’ Aisha semakin teresak-esak. “Cha...Sorry! Aku...Aku...tak sengaja,” pujuk Arriel. Tangis Aisha makin kuat.
“Cha...Dah la tu! Kalau walid nampak, parah aku kena marah!” pujuk Arriel lagi. Dilihatnya Aisha masih belum ingin berhenti, Arriel segera menarik tangan Aisha menuju ke halaman luar.
“Kau duduk sini!” kata Arriel sambil mendudukkan Aisha di atas buaian yang terdapat di situ.
 Sememangnya dia agak bimbang melihat keadaan Aisha sekarang. ‘Aku yang nak main-mainkan dia tapi last-last, dia pulak yang nangis!’ gerutu hati Arriel.
“Cha...dah la! Jangan nangis lagi!” pujuk Arriel. Arriel duduk bertinggung di hadapan Aisha sambil memegang kedua-dua belah tangan Aisha.
Aisha segera menarik tangannya dari genggaman Arriel. Arriel mengeluh. “Kau tau tak Cha! Kadang-kadang, perangai kau nie dah sebijik macam perangai Fellis,” luah Arriel. Aisha tersentak.
‘Ketara sangat ke?’ soal hatinya. “Kadang-kadang, kau buat aku fikir, kau dengan Fellis nie, orang sama ke?” sambung Arriel lagi.
Aisha memandang muka Arriel. “Aku...bukan Fellis!” kata Aisha perlahan namun tetap kedengaran tegas. Arriel tersenyum.
“Aku tau!” ujar Arriel. Mulutnya menguntum senyuman. Aisha mengesat air matanya. “Aku...” Belum sempat Aisha berkata apa-apa, Arriel terlebih dahulu bangun lalu mengucup dahinya.
Tindakan spontan Arriel membuatkan Aisha terkedu. “Jangan nangis lagi ek!” pujuk Arriel lalu melabuhkan punggungnya di sisi Aisha.
Aisha hanya diam. Dia masih lagi terkejut akan tindakan Arriel itu. Bukannya dia tidak biasa. Malahan, Arriel sering kali mencium dahi Fellis tapi...bukan Cha!
‘Arriel dah tau ke?’ soal hati Aisha. “Kau ada kata pape ke tadi?” soal Arriel tiba-tiba. Aisha memandang Arriel lalu pantas sahaja dia menggeleng.
Arriel ketawa. “Aku ingatkan kau ada tanya benda kat aku tadi!” kata Arriel. Aisha sekadar diam. “Erm..kau dah tak merajukkan?” soal Arriel.
Aisha menarik muncung. “Adoi! Ingatkan dah berhenti tapi still nak merajuk,” keluh Arriel. Kepalanya digaru, cuba mencari idea.
“Kalau kau berhenti merajuk, aku belanja kau coklat. Nak?” Arriel cuba mengumpan. Terdengar sahaja perkataan coklat dari bibir Arriel, pantas sahaja Aisha berpaling. Matanya bersinar-sinar.
“Betul?” soal Aisha inginkan kepastian. Arriel mengangguk. Dia tersenyum kelucuan melihat telatah Aisha.
“Yeay....dapat coklat!” sorak Aisha kegembiraan. Sememangnya Aisha, sejak dari kecil menyukai coklat. Sebut sahaja perkataan coklat, matanya akan bersinar-sinar. Arriel sudah arif dengan kegemaran Aisha itu. Kalau bukan dia yang mula-mula mengajar Aisha makan coklat, siapa lagi.
“Comelnya Cha! Sama macam dulu,” kata Arriel sambil mencuit hidung Aisha. Aisha tersengih. “Mesti la comel. Kalau tak, takde nya ramai orang masuk meminang!” ujar Aisha.
Arriel ketawa kuat. “Ada jugak ke yang berkenan dengan kau?” soal Arriel. Aisha hanya mencebik. “Aku merajuk lagi kan baru tau!” ugut Aisha. Arriel pantas menghentikan tawanya.
“Alah...Ayang abang nie nak merajuk lagi ke,” usik Arriel. Muka Aisha memerah. “Mai sini nak tengok muka tu sikit,” ujar Arriel sambil memegang kedua-dua belah pipi Aisha agar Aisha memandangnya.
“Jangan la!” protes Aisha. Dia cuba menepis tangan Arriel. Arriel ketawa. “Suka sangat kenakan Cha!” marah Aisha.
“Kalau aku tak kenakan kau, sape lagi yang sudi jadi mangsa aku?” kata Arriel. Aisha menggeleng. “Sebab kau dah buat jahat kat aku, aku nak kau belanja aku coklat banyak-banyak!” ujar Aisha.
“Hurm...yalah! Suka sangat makan coklat!” kata Arriel. Aisha tersenyum. “Ni yang buat aku sayang kau lebih nie! I love you,” ucap Aisha sambil memeluk lengan Arriel.
Arriel tersenyum. “I love you too!” ucap Arriel perlahan. Entah kenapa, dia merasakan kata-kata itu amat bermakna baginya.
‘Aku dah jatuh cinta dengan Cha ke?’ soal hatinya. ‘Tak...aku cuma cintakan Fellis! Bukan Cha!’ putus hatinya.
BAB 9.
Dia tersenyum puas. Ditatapnya gambar yang ada di tangannya.
“Aku akan pastikan dia betul-betul merana!” ujar Stella sambil tersenyum jahat.
“Stella...kau betul-betul pasti yang kau nak buat semua nie?”  soal Athira, inginkan kepastian. Dia tidak sanggup melihat Stella memusnahkan hidup seseorang yang pernah membantunya dulu.
“Dia dah rampas Arriel dari aku! Sekarang, aku akan rampas semua kebahagian dia,” kata Stella.
“Aku tak rasa cara kau nie betul!” kata Athira, berharap agar Stella mengubah fikiran. “Kalau kau tak suka dengan rancangan aku, kau pergi dari sini!” tengking Stella.
“Aku bukan apa, aku takut something jadi kat kau. Aku sayang kat kau Stella!” pujuk Athira lagi. “Kalau kau sayang aku, kau akan tolong aku!” ujar Stella, cuba meraih simpati.
Athira mengeluh. “Kalau tu yang kau nak...aku....aku ikut,” kata Athira perlahan. Stella mengukir senyuman.
‘Aku dah rampas satu kebahagian kau. Lepas nie, semua kebahagian kau, akan hilang terus dari kau,’ getus hati Stella.
Dia tersenyum kemenangan. Satu daripada kawan rapat Aisha kini menjadi miliknya.
****
Aisha menggeliat. Merengangkan otot kakinya. Matanya memandang ke arah susuk tubuh yang ralit bersama laptopnya di tepi.
Susuk tersebut pantas berpaling apabila merasakan dirinya diperhati.
“Kenapa tengok-tengok?” Aisha mencebik. “Nak tengok sikit pun tak boleh!” sindir Aisha.
“Masalahnya, muka aku nie mahal! Tak terdapat di pasaran. Nak tengok, kena bayar,” seloroh Arriel.
Aisha menjelirkan lidahnya. Arriel ketawa terbahak-bahak. “Nak ketawakan aku pun, bukan free tau! Kena bayar. Bak sini duit!” kata Aisha tanpa perasaan. Tangannya ditadah di hadapan Arriel.
“Nah!” Arriel meletakkan coklat di atas tangan Aisha. “Yeay...coklat!” sorak Aisha gembira. Arriel menggeleng-gelengkan kepalannya.
“Dah lama aku tak jumpa Fellis. Kau tau dia kat mana sekarang?” soal Arriel perlahan. Aisha yang sedang asyik memakan coklat sekadar menjungkit bahu.
“Ish! Takkan kau tak tau!” desak Arriel. Aisha menjilat sisa coklat di bibirnya. “Fellis dia nak rehat sekejap la!” jawab Aisha selamba.
Arriel mengerutkan dahinya. “Rehat? Nape?” soal Arriel pelik. “Kau ingat tak letih ke layan perangai budak-budak kau tu? Aku nie...rasa macam nak tercabut otak dok pikir pasal perangai kau jer,” luah Aisha.
“Aku tanya pasal Fellis, bukan pasal kau!” kata Arriel tegas. Aisha mencebik. “Masalahnya, Fellis tu aku!” luah Aisha tanpa sengaja.
“Hah?” Arriel memandang Aisha meminta pengertian. Aisha tersedar di atas keterlanjurannya. ‘Mampus aku! Gerenti kena kaw-kaw dengan mamat nie!’ gerutu hati Aisha.
“Err...macam nie...Fellis tu, dah macam kembar aku! Semua yang dia rasa, aku pun rasa. Except perasaan suka dia kat kau la. Yang tu aku tak rasa!” kata Aisha dengan riak yang tenang.
“Tak faham la aku!” luah Arriel. “Kalau kau tak faham sudah! Agaknya si Fellis tu dah bosan dengan kau. Entah-entah, sekarang nie dia dok asyik layan laki lain!” ujar Aisha tanpa perasaan.
Wajah Arriel sudah berubah riak. Senyuman yang tadi menghiasi bibirnya sudah hilang. “Kau jangan nak buat fitnah Cha!” kata Arriel dalam nada yang keras.
Aisha memandang Arriel. Bahunya dijungkitkan. “Ada aku kisah!” ujar Aisha selamba.
“Apesal aku tengok lain macam jer kau hari nie?” soal Arriel tiba-tiba. “Lain macam mana?” soal Aisha.
“Entah! Selalunya kau jarang sakitkan hati aku. Tapi...hari nie, suka pulak kau sakitkan hati aku!” luah Arriel. Aisha menjungkit bahu.
“Aku saja jer. Terasa cam sakit hati hari nie. Disebabkan kau duduk sebelah aku, aku pun sembur la,” balas Aisha. Arriel membuntangkan matanya.
Aisha tersengih. “Sorry...sorry...tersasul,” pinta Aisha. “Buat la lagi, buat! Nanti tak pasal-pasal aku pulak yang sembur kau!” kata Arriel geram.
Aisha sengih. “Tak sengaja!” ujar Aisha sepatah. Arriel menggeleng-gelengkan kepalanya. “Kau pesan kat Fellis boleh?”
Aisha menjungkit keningnya. “Kata kat dia, malam nie aku nak jumpa dengan dia kat tempat biasa!” sambung Arriel lagi.
Aisha mengeluh lemah. ‘Kelab lagi!’ jerit hati Aisha. “Boleh tak?” soal Arriel meminta kepastian. Aisha sekadar mengangguk.
“Kalau aku ikut sekali boleh?” soal Aisha sengaja menduga. “Ha? Tak payah!” marah Arriel. Aisha memuncungkan mulutnya, buat-buat merajuk.
“Nape?” soal Aisha perlahan. “Err...Takkan kau nak pergi pakai baju kurung. Selama aku kenal kau, aku tak pernah tengok kau pakai seluar. Asyik baju kurung jer,” kata Arriel, memberi alasan.
Hakikatnya? Arriel tidak ingin Aisha mengetahui aktiviti dia yang sebenar. Dia tidak ingin Aisha tau bahawa dia sering menapak di kelab. Entah kenapa, dia merasakan, dia perlu menjaga pandangan Aisha terhadapnya.
“Nanti aku pakai la seluar malam nie!” ujar Aisha sambil memeluk tangan Arriel. “Kau nie kan! Aku nak dating ngan Fellis pun tak boleh!” rungut Arriel.
Aisha menayang giginya. “Yalah...yalah! Kau pergi la dating ngan Fellis tu! Aku tak nak ganggu!” ujar Aisha.
Arriel melepaskan keluhan lega. ‘Lega lah tu!’ getus hati Aisha. Di dalam fikirannya, sudah merancang seribu rancangan.
****
Arriel melihat jam di tangannya. ‘Ish...Fellis nie, lambat la pulak turun!’ rungut Arriel di dalam hati.
“Arriel!” panggil Aisha. Arriel pantas memandang. Di sangkanya Fellis yang datang tetapi hampa apabila Cha yang dilihatnya.
“Mana Fellis?” soal Arriel. Matanya melilau ke kiri ke kanan. “Dia kata dia ada hal. Aku datang nie pun sebab nak inform kat kau!” ujar Aisha.
 “Kenapa aku rasa macam dia nak jauhkan diri dari aku?” keluh Arriel. Aisha menjungkit bahu padahal, dalam hati, sudah mengekek ketawa.
“Kalau takde pape hal, aku naik atas dulu. Bye!” ujar Aisha lalu melangkah menuju ke asrama. Namun, belum sempat dia menapak jauh, Arriel terlebih dahulu memegang tangannya.
“Ada apa lagi?” soal Aisha tanpa riak. “Temankan aku!” balas Arriel sepatah. Aisha mengerutkan dahinya.
“Teman apanya pulak?” soal Aisha namun, Arriel langsung tidak menjawab. Sebaliknya, Arriel segera menarik tangan Aish menuju ke kereta.
“Tunggu,tunggu! Aku pakai baju tidur ni. Malu la kalau orang lain tengok aku keluar macam ni!” protes Aisha. Arriel memberhentikan langkahnya. Diperhati pakaian yang dipakai Aisha.
“Kalau kau pakai macam ni pun, buat apa kau nak malu? Bukan ke sebelum ni kau tak pernah malu dengan penampilan kau yang sedia ada buruk!” perli Arriel.
Aisha menjegilkan matanya. “Nak perli pun agak-agak la. Karang aku pakai cantik-cantik, kau pulak yang tergoda. Sanggup ke?” marah Aisha.
Arriel buat tak tau. Ditarik tangan Aisha. Sebaik sampai di kereta, ditolak Aisha agar memasuki kereta. Aisha hanya mampu menurut. Ingin membantah tetapi apakan dayanya. Arriel seakan-akan tidak ingn melepaskannya.
‘Fellis punya pasal, aku pulak yang kena!’ bebel Aisha dalam hati. ‘Eh,eh...bukan ke Fellis tu aku! Adoi...nape la aku masuk dalam masalah macam ni...’ kata hati Aisha lagi. Kepalanya yang tak gatal digaru kasar.
“Nak garu kepala tu boleh...tapi jangan la kasar sangat. Nanti tak pasal-pasal kepala kau tercabut, aku jugak yang susah,” bebel Arriel.
“Tak logik langsung,” gumam Aisha sendirian. “Hah! Kau cakap apa tadi?” soal Arriel. Aisha mencebik.
“Aku cakap...kau tu macam budak-budak. Aku yang muda lagi dari kau pun boleh fikir ngan betul tapi kau tu yang dah boleh jadi bapak orang tak boleh nak fikir betul-betul,” tempelak Aisha.
“Menghina nampaknya!” kata Arriel sambil memandang Aisha. “Ikut suka hati aku la,” kata Aisha lalu menjelirkan lidahnya. Arriel menjegilkan mata.
“Aku keratkan lidah tu baru tau!” ugut Arriel. Aisha segera menutup mulutnya. Arriel ketawa melihat tingkah Aisha.
“Ok! Kita dah sampai!” ujar Arriel. Aisha memandang ke kawasan sekeliling. “Kau jangan buat hal Arriel. Aku tau la kau tengah frust tapi jangan try buat benda bukan-bukan kat aku sudah,” bebel Aisha.
“Kau merepek apa ha?” soal Arriel. “Kau bawak aku pergi tempat gelap macam ni buat apa? Sengaja nak ganggu ketenteraman aku ek?” soal Aisha bertubi-tubi.
Arriel menggeleng-gelengkan kepala. Tidak mahu melayan kerenah Aisha, Arriel segera keluar dari kereta.
Aisha mencebik. “Kalau tak nak layan aku, baik tak payah bawak aku datang sini,” bebel Aisha sendirian. Dia turut keluar dari kereta.
‘Ni bukan ke tempat yang selalu dia bawak Fellis datang,’ getus hati Aisha. “Apesal kau bawak aku datang sini?” soal Aisha. Dia duduk di sisi Arriel.
“Saja. Nak tenangkan fikiran,” balas Arriel. Aisha mencebik. “Kalau nak tenangkan fikiran...kau sepatutnya datang sorang-sorang. Bukan datang ngan aku! Aku rasa, dengan bawak aku kepala otak kau makin serabut adalah!” ujar Aisha.
Arriel sekadar tersenyum. “Kau ada masalah ek?” soal Aisha sekadar ingin mengorek rahsia. Arriel menggeleng.
“Dah tu?” soal Aisha lagi. “Takkan la aku nak luangkan masa dengan kau pun tak boleh?” soal Arriel pula.
“Bukan tak boleh tapi pelik,” balas Aisha. Arriel mengeluh. “Kau pernah jatuh cinta?” soal Arriel tiba-tiba.
Aisha memandang Arriel, pelik. “Nape kau tanya?” soal Aisha, langsung tidak menjawab soalan Arriel. “Aku nak tau macam mana rasanya jatuh cinta,” jawab Arriel, jujur.
“Takkan orang macam kau tak pernah jatuh cinta?” soal Aisha. Arriel tersenyum. “Aku tak pernah tau! Selama nie, perempuan rapat ngan aku sebab harta walid and umi aq,” ujar Arriel.
“Tapi...aku bukan macam  tu! Aku rapat ngan kau sebab...err...sebab kau sepupu aku!” kata Aisha. Hampir sahaja dia membocorkan rahsia yang selama ini kemas tersimpan.
“Aku tau! Kau jer yang lain daripada yang lain,” ujar Arriel. “Fellis pulak macam mana?” soal Aisha sekadar menduga.
Arriel jungkit bahu. “Aku sendiri tak pasti dia ikhlas atau tak kawan ngan aku!” kata Arriel. Aisha tersenyum.
“Kau ikhlas ke ngan Fellis?” soal Aisha lagi. Arriel mengeluh. “Aku ikhlas tapi...entahlah! Dia macam tak percayakan aku,” balas Arriel.
“Kalau kau nak jawapan jujur, aku tak percayakan kau. Kau tu playboy sangat,” ujar Aisha. Arriel segera memandang Aisha.
“Kau kan sepupu aku, takkan kau tak percaya kat aku?” soal Arriel dalam riak tidak percaya. “Kita dah lama tak jumpa, Riel! Dulu, kau lain and sekarang kau lain. Aku sendiri pun dah macam tak kenal sape kau bila mula-mula aku jumpa kau,” jelas Aisha perlahan.
“Memang la lain sebab rupa aku dah berubah. Muka kau pun dah berubah,” ujar Arriel. “No Arriel. Rupa kau memang berubah but yang paling ketara perubahannya is your attitude. You’re not you anymore,” ujar Aisha.
Arriel diam. “Mungkin keadaan yang merubah segalanya,” kata Arriel perlahan. “Maybe but, semua tu takkan berlaku kalau kau cuba kawal diri kau,” kata Aisha.
Arriel ketawa perlahan. “Dah la tu! Kalau kau nak Arriel yang dulu, kau sabar jer la. Nanti bila aku dah kahwin, you will get the old Arriel!” ujar Arriel.
“Nampaknya, lambat lagi la,” keluh Aisha. Arriel ketawa. “Kalau kau nak cepat, kau jer la yang kahwin ngan aku,” usik Arriel. Aisha menjegilkan matanya.
“No way! Tak ingin aku!” bantah Aisha, separuh menjerit. “Ish! Jahat la kau nie!” kata Arriel sambil menampar bahu Aisha.
“Aku baik la, bukannya jahat,” kata Aisha, memuji diri sendiri. Arriel mencebik. Aisha hanya mampu tersengih.
“Hurm...aku lupa nak tanya. Fellis ada hal apa?” soal Arriel. “Jumpa pakwe dia!” jawab Aisha selamba. Arriel mengerutkan dahinya. Jelas tergambar riak tidak senang di wajah itu.
Aisha tersengih lalu terkekek ketawa. “Dia ngan cousin dia,” jawab Aisha separuh jujur. Yalah! Dah memang dia dengan sepupu dia iaitu Arriel.
Arriel melepas keluhan lega. “Tapi...kemungkinan dia ada hati kat cousin dia pun tinggi!” ujar Aisha juga jujur.
“What?” Arriel separuh menjerit. Aisha segera menekup telinganya. “Dia dah jatuh hati kat cousin dia?” soal Arriel, tegang. Aisha mengangguk namun, beberapa saat kemudian menggeleng.
“Yang mana satu jawapan nie?” soal Arriel lagi. “Err...tengah-tengah,” ujar Aisha. Arriel mengerutkan dahinya.
“Nak kata dah jatuh cinta, tak. Nak kata tak, hati dah terrtarik,” jelas Aisha apabila melihat kerutan di dahi Arriel semakin jelas kelihatan.
“So...that’s mean, I have to make sure she falls for me first,” ujar Arriel lebih kepada dirinya sendiri. Aisha hanya mampu tersenyum.
‘Kesian kat kau!’ getus hati Aisha. “Yang kau senyum sorang-sorang nie kenapa?” soal Arriel, pelik dengan perangai Aisha.
Aisha pantas menggeleng. “Aku just nak bagitau, aku sayang kau!” ucap Aisha selamba. “Berapa banyak kali kau nak bagitau aku?” soal Arriel.
“Sampai aku kahwin!” jawab Aisha. “Kalau macam tu, kena cepat-cepat la aku carikan calon. Kalau tak, mesti orang tengok pelik kat aku bila kau asyik dok kata macam tu,” ujar Arriel.
Aisha memuncungkan mulutnya. “Biarlah orang nak kata apa pun!” kata Aisha seolah-olah jauh hati. Arriel ketawa kelucuan.
“Ayang abang dah merajuk ek. Mari sini nak cubit!” usik Arriel sambil cuba mencubit pipi Aisha. Aisha sedaya upaya melarikan dirinya daripada Arriel.
“Kalau tak bagi cubit, biar abang cium terus,” usik Arriel lagi. Aisha menjegilkan matanya. “Ish! Agak-agak la. Kalau nak buat semua tu, kena la kahwin dulu,” ujar Aisha, geram.
“Kalau camtu, jom kahwin!” ajak Arriel. Aisha membeliakkan matanya tanda tidak percaya. Serta merta tawa Arriel terhambur.
“Aku gurau jer la. Jangan la terkejut. Lagipun, aku tak sanggup kahwin ngan kau yang bermuka hodoh nie,” ujar Arriel, sempat lagi memerli Aisha.
Aisha menarik muncung panjang. “Kalau lepas nie kau kena kahwin ngan aku...jangan nak menangis pulak!” kata Aisha bersama ugutan. Arriel sekadar tersenyum mengejek.