Assalamualaikum dan salam sejahtera....
Macam yang korang semua tau, hari nie, 22 Disember 2011, hari keluarnya result PMR. Mesti korang tertanya-tanya, Mierah dapat berapa? Ok, biar aku bagitau! For PMR, aku dapat 8A.....Bangga tau!
Masa mula-mula nak ambik result tu, berdebar la jugak. Kita tak tau kita nie lulus ke tak. Kat dalam dewan, ada yang relax, ada yang nampak gelabah and aku pulak, entah macam mana la muka aku time tu tp yang paling pasti, aku memang nervous. Bak kata orang kelantan, kenalim....hahahaha
Sekolah aku catat jumlah sebanyak 128 orang daripada 231 orang pelajar yang mendapat semua A. Satu pencapaian yang membanggakan. Thanks to batch 0911 for result yang menakjubkan tu. Kitorang hebat tau! Pecah rekod sekolah tu!
Dalam kelas aku pulak, seramai 23 orang yang dapat straight A. Salah sorang dari diorang tu, of course la aku! Hahaha....Aku dah memang rasa macam nak membangga diri dah nie!
Aku nak ucap tahniah untuk yang dapat 8A and bagi yang tak dapat, it's ok! SPM ada lagi. Tak payah nak sedih-sedih....Nanti SPM, kita gemparkan lagi sekolah kita! Amacam??? Sanggup ke tak??? Kalau sanggup, start-start la study tu! Kata nak straight A for SPM so, mestilah usaha lebih dan lebih lagi....
Sebenarnya, aku nie dah tak tau nak buat apa.... Nak update apa pun aku tak tau... Setakat nie jer la. Hari nie aku bagi ayat skema sikit. Laen kali, aku bagi ayat rock sikit ok! Bye,bye and assalamualaikum.....
No comments:
Post a Comment