Sunday, 11 May 2014
After a year of struggle....
Okay...I haven't update this blog for a very looooooooonnnnnnggggg time. So, Mierah rasa mcm t'gerak hati nk update. Well, SPM dh lps and now, dlm proses duk pikir nk smbung study kat mana...
Mierah dpt twrn matrik kat Perak and diploma sains matematik kat UiTM Machang.
I was thinking of going to matrik but xtau lar.... still confuse..... If Mierah pergi matrik, nnti jauh ngan family and for sure susah nk jumpa and if Mierah pergi UiTM, memang lar dekat ngan rumah but, I prefer matrik better than diploma. At least, after a year struggle, Mierah blh smnbung degree trus kn?????
Huh.... xtau nk ckp apa.... anyway, tu jer lar dilema Mierah for now.....
Nnti 26/5 dh kena dftr....hahaha....bye2 life, and hi studies......
Wednesday, 9 January 2013
A NEW YEAR....
dh lama Mierah x update blog nie....al maklum la, tahun nie Mierah dh masuk form 5. this year Mierah dh SPM....hopefully, Mierah blh all As...
First day of school Mierah dh sibuk. Masa hari pndaftaran utk semua student, Mierah kena handle pendaftaran form 1... dh la parents pon dtang lambat hari...berpeluh Mierah...tp disebabkan Mierah sedar yg tu tnggungjwb Mierah, Mierah dh x blh buat pape.... On the 1st, 2nd and 3rd, Mierah n kwn2 pp yg laen kena handle orientasi form 1. hari pertama dh x masuk kls...memang x patut....tp apa blh buat kn.... Sedih la jgk sbb ada cikgu yg x faham tugas kitorang...tp kitorang faham, slh kitorang jgk sbb x jumpa cikgu sndiri and inform kat dia..
First week, Mierah bz...Second week pun bz jgk...tp x la smpaikan x masuk kls...every ptg, Mierah kena stayback.... hari ahad hari tu, ada meeting dgn kwn2 pp form 5 yg laen....nk bincang psl kem induksi pp... hari isnin xde pape and selasa pulak perjumpaan dgn pengetua....and today, Mierah kena pergi beli barang for kem induksi...esok pulak, kem induksi dh start utk 2 hari 1 mlm kat asrama....hrp2 xde mslh...lgpun, kitorang kena handle semuanya sndiri, so, risau la jgk kalau2 ada mslh....
hurm....kalau korang nak tau, baru jer start skolah dah ada homework...dh la Mierah kena siapkn 2 karangan bm yg kena hntar esok pg sebelum pukul 8.....addmath pon byk...letihnya....
doakan Mierah so that Mierah blh tahan dgn semua kerja sekolah nie....hopefully Mierah blh relax next week....
haha...ok la... tu jer la utk sekarang....laen kali plk yer...nnti kalau Mierah ada gmbr, Mierah update psl kem induksi tu plk...
Friday, 14 December 2012
HeLLo!!!
Ok...dh lama Mierah x post kat blog nie. Kebelakangan nie, Mierah sibuk ckit. Sebelum cuti sklh hari tu (which is a month ago) Mierah bru jer habis exam. Blh tahan susah la jgk... Result Mierah pun 'gempak' yg menyakitkan hati sgt2...
Next year, Mierah SPM... Warggghhhh.... X sanggup...!!!! Kalau blh, Mierah nk duduk rumah n relax but, kalau Mierah buat mcm, alamatnya x pandai lar Mierah...and semestinya x berguna Mierah bersusah pyh blajar for almost 11 years at school. Hopefully, tahun dpn, Mierah blh buat lg baik dr tahun nie... Utk semua kengkawan Mierah, Mierah nk ucapkn gud luck and do ur best for next year.... Sama2 la kita bersedia nk ke medan perang yer...
Disbbkan dh lama Mierah x bukak blog nie, Mierah pun dh jd x tau nk citer psl ape. It's kind of weird.. Selalunya org lain akan ada byk bnda yg diorang nk ckp becoz dh lama x update. but, not me! Otak dh rasa beku semcm. Dh x blh nk fikir ape2.... Lately, soalan simple pun Mierah dh x blh jwb ngan betul... I guess, I need to relax a bit...
But, Mierah x rasa Mierah blh relax la. Homework still x siap... Erggghhh.... Sape ada idea nk buat citer ape yg ada tajuk, 'The Apple of My Eye' or 'A Blessing in Disguise'... dh xde idea lngsung nie... nnti bukak skolah dh kena submit essay tu... hrp2, sblm bukak skolah tu dh siap... Kalau x siap jgk, memang rasa mcm nk nangis. Korang doakan so that Mierah blh siapkn essay tu yer... I need idea....
And utk novel Jatuh Cinta, Mierah x sure bila blh update next bab... just tunggu lar yer (mcm la ada yg baca...haha)... If ada yg baca, I'm really sorry.... Bkn xde idea, just x sempat update... Nie pun update guna miss lappy adik Mierah punyer.... My lappy dh lama x guna...
Rasa2nya, dh byk yg Mierah type... See you next time ok... Have a nice day...
Assalam....
Friday, 21 September 2012
Jatuh Cinta Bab 14
Mata Aisha tunak memerhati dada langit yang terbentang luas di hadapan matanya. Tiada sebutir bintang pun yang terukir indah di dada langit itu. Mungkin sebentar lagi hujan akan turun. Dia mengeluh. Keluhan yang entah keberapa kali.
Sebaik sahaja Arriel menghantarnya pulang ke hostel, dia tidak terus masuk ke biliknya sebaliknya dia duduk termenung sendiri di bangku yang terdapat di hostelnya. Mungkin jika dilihat orang, mereka akan merasakan yang dirinya gila kerana berani untuk duduk bersendirian di tempat yang sunyi itu.
Memikirkan kejadian sebentar tadi, dadanya berasa sesak. Dia dah kembali! Berkali-kali kata-kata itu bermain di benak fikirannya. Difikirnya lelaki itu tidak lagi akan mencarinya setelah apa yang berlaku namun, tidak pernah dia menyangka dia akan bertemu dengan lelaki itu untuk kedua kalinya. Yang paling membuatkannya bimbang ialah kata-kata lelaki itu yang begitu yakin seolah-olah dia benar-benar akan kembali ke sisi lelaki itu.
Menyesal kini tiada gunanya lagi. Semua itu telah lama berlalu. Ingin mengundurkan waktu, dia tidak punya kuasa itu. Hanya Dia yang mampu mengubah segala. Kini, harapannya hanya satu. Dia ingin menjauh dari lelaki itu. Lelaki yang telah merosakkan dirinya yang dulu.
“Cha! Kau buat apa ha sorang-sorang kat sini?” sergah Melina. Aisha mengurut dadanya akibat daripada terkejut dengan sergahan Melina.
Saturday, 1 September 2012
Projek Anak Angkat di Felda Kemahang 1
Dah lama x update blog nie...hehe...Lama ker? Well, bg Mierah, Mierah rasa dah lama. Mierah baru jer balik dari Felda Kemahang 1. Nak tau Mierah buat apa kat Felda? Mierah and bdk2 kelas Mierah buat PROJEK ANAK ANGKAT bg mata pelajaran sivik. Best tau!
Kitorang pergi sana 3 hari 2 malam. Hari Khamis hari tu, kitorang bertolak pergi dari Kota Bharu ke Kemahang. Ambik masa lebih kurang 2 jam. Bila kitorang sampai sana, ada sedikit taklimat then pembahagian keluarga angkat. Mierah dapat keluarga yg blh dikatakan antara keluarga paling kaya kat situ. Happy la sangat2. Umi bawak kitorang pergi rumah dia yang ada kat atas bukit. Cantik tau! Lebih cantik dari rumah Mierah. Rasa jealous pun ada.
Kat rumah umi ada 6 buah bilik. Kat setiap bilik mesti ada tandas and aircond. Tu yang best bila duduk situ tu! Before kitorang balik rumah, kitorang pergi lawat kedai baju umi. Banyak jugak baju cantik2 yg umi jual. Rasa macam nak ambik satu buat balik.
Malam pertama, kitorang adakan majlis tahlil. Hazil yg ketuai majlis tu. Dia memang pandai bab2 nie... Kalau ada yang berkaitan benda2 nie, dia yang kitorang selalu harapkan. Lagipun, dia tu AJK Kerohanian kitorang.
Sunday, 5 August 2012
Jatuh Cinta Bab 13
“Ash dengan Fik mana?” soal Aisha sambil matanya melilau ke kiri dan ke kanan. “Kejap lagi diorang sampai!” bisik Arriel di telinga Aisha. Aisha mengangguk perlahan. Matanya memerhati kawasan sekeliling.
Seketika kemudian Aisha menggeleng perlahan. Manusia yang berada di dalam kelab kini bagaikan dirasuk hantu. Menari dengan penuh asyik. Bersentuhan tanpa merasa malu.
Dulu, dia pernah begini. Tetapi kini, dia menyesal. Kalau lah dulu dia menjaga batasnya, sentiasa mendengar nasihat ibu bapanya, pasti kejadian itu takkan berlaku.
“Sayang, kenapa nie?” soal Arriel tiba-tiba. Aisha merenung Arriel, lama. Kini, dia punya satu misi. Misi untuk membawa Arriel kembali. Misi untuk menyedarkan Arriel dari dunia kegelapan ini.
“Sayang, you okay ke?” soal Arriel lagi. Aisha menggeleng.
“Tapi, nape you pandang I lain macam?” soal Arriel lagi, masih tidak berpuas hati. Aisha ketawa perlahan. “I saja nak tengok you. Lagipun, I rindu. Dah lama I tak luangkan masa dengan you macam nie,” ujar Aisha manja. Kepalanya dirapatkan ke dada Arriel.
Arriel tersenyum. Perilaku manja Aisha amat disenanginya. Bukan selalu Aisha berkelakuan begitu. Kadang-kadang, Arriel merasa seolah-olah Aisha sengaja mempermainkannya.
“You tu yang selalu busy. I ajak you keluar, you tak nak. Sibuk dengan itu la, dengan ini la,” bebel Arriel. Aisha ketawa. Bukan selalu boleh tengok Arriel membebel. Kadang-kadang tengok pun best jugak!
“Alah…Cha kan ada. Biar la dia yang tolong jagakan you untuk I!” ujar Aisha manja. Bibirnya menguntum senyuman. Kadang-kadang dia sendiri terasa pelik. Pelik kerana terpaksa berlakon menjadi orang lain. Kalau orang lain tengok, pasti ada yang akan mengata yang Fellis Aisha mempunyai masalah personaliti.
“You lain, Cha lain!” ujar Arriel. Tangannya ligat mengelus rambut Aisha yang dilepas bebas. Aisha tersenyum.
“Cha ngan I kan orang yang sama!” balas Aisha. Arriel bingung. Dahinya berkerut seribu. Belum sempat dia bertanya dengan lebih lanjut, satu suara menegur mereka.
“Hai!”
Arriel dan Aisha sama-sama berpaling ke arah suara yang menegur mereka. Aisha terkaku. Arriel memandang gerangan yang menegur dengan dahi yang berkerut.
“Arriel, biar I kenalkan. Nie Rafeeq, kawan I. Fellis, you tentu dah kenal dengan Feeq kan?” ujar Stella dengan senyuman sinis. Aisha cuba mempamer senyuman. Dirinya makin dirapatkan dengan Arriel. Ketakutan yang dirasanya dulu kian menghambat dirinya. Berada dekat dengan Arriel membuatkannya berasa sedikit selamat.
Saturday, 4 August 2012
WARNA
*****
“Hoi! Kau nampak tak budak tu. Gerun aku tengok dia!”
“Dia tu alien ke apa ha?”
“Takde perasaan! Ice princess!”
Aku mengetap bibir. Sudah terbiasa dengan situasi ini. Sejak dulu lagi aku selalu menjadi bahan umpatan yang lain. Aku dah kalih dengan semua itu. Lantak diorang la nak kata apa!
“Hoi bodoh! Kau nampak tak, aku nak lalu ni?” jerkah Hanis, gadis yang tidak pernah serik menyakiti hati aku.
Aku memandang Hanis tanpa perasaan. “Kau dengar tak ni?” jerkah Hanis lagi.
Pelajar lain memandang ke arah aku dan Hanis. Ada yang tersenyum sinis, ada yang menggelengkan kepala dan ada yang tidak mengambil endah. Keadaan ini sudah terlalu biasa di Sekolah Menengah Sri Murni.
Aku menggaru kepala yang tidak gatal. Apa ke bengap sangat minah ni? Suka sangat cari pasal dengan aku. Nak kata aku ni vogue, tak la pulak. Aku tengok, pakaian aku pun, biasa-biasa jer. Pakai baju sama jer ngan dia. Baju putih, kain biru, dan kasut putih. Hurm....yang lainnya, rambut dia berkarat, rambut aku comel lagi!
“Kalau kau nak lalu sangat, lalu la! Tempat yang kita duduk ni, luas tau! Bukannya sempit. Kau tu gemuk sangat ke sampaikan nak lalu tepi aku pun tak muat!”
Ambik kau! Sedas aku bagi. Mulut Hanis melopong. Dari anak matanya, aku boleh agak yang dia tengah marah. Aku kisah apa? Dah terbiasa dah dengan semua ni!
“Tak guna! Berani kau cakap macam tu dengan aku! Kau memang nak kena!” Mata Hanis mencerlung memandangku.
Aku menjungkit kening ala-ala Ziana Zain. “Kau nak buat apa?” soalku berani. Apa dia ingat aku tak berani? Dah dua tahun aku latih diri aku jadi kebal.
Hanis menyerangku. Rambutku di tarik kasar. Alamatnya, habis la rambut comel aku ni. Aku membalas. Dia tarik rambut aku, aku tarik rambut dia kuat lagi. Biar kau rasa.
“Apa yang bising-bising ni?”
Ha! Tu suara ibu saudara aku, Aunty Yani, atau kat sekolah ni lebih dikenali sebagai guru disiplin sekolah aku, Cikgu Singa!
Dia tu garang sangat sampaikan orang panggil dia Cikgu Singa. Kadang-kadang, nak tergelak pun ada!
“Cikgu...Nira ni! Tak pasal-pasal dia tarik rambut Hanis!” rengek Hanis, manja.
Aku menjuih bibir. Dia yang salah, aku pulak yang dipersalahkan. Apa punya orang der...
Aunty Yani memandangku sambil menjungkit kening. Agaknya, dah memang keturunan keluarga aku kot, suka angkat-angkat kening ala Ziana Zain.
“Nira tak salah! Nira cuma tegakkan hak Nira as one of the student from this school,” ujarku tanpa riak.
“What have you done this time miss Hanis?” soal Aunty Yani. Yeah...Aunty Yani backup aku!
“Hanis tak buat pape salah pun Cikgu! Tadi Hanis nak lalu tapi Nira sekat!” adu Hanis.
“Bila masa pulak aku sekat kau? Kau tu debab sangat ke sampai aku yang cekeding lalu kat kawasan ni kau suruh ke tepi?” hamburku.
Jangan main-main! Aku pun garang macam Aunty Yani jugak tau! Dah memang fiil keluarga aku sama jer. Bak kata orang, 2X5, 5X2 = 10.
“Enough! Stop fighting! You two memang tak boleh duduk diam ke? Now, go back to your class!” ujar Aunty Yani.
Hanis menarik muncung panjang. Dah macam itik pun ada. Aku pandang orang di sekeliling dengan riak bongkak. Mari la gaduh ngan aku kalau korang nak kena!
Saturday, 14 July 2012
Pernahkah?
Mesti sakit hati kan bila orang yang kita sayang, mengutuk kita kat belakang kita? dan mesti lagi sakit hati kita bila orang yang kita sayang mengutuk kita kat depan-depan kita?
Cuba korang bayangkan. Masa tu, korang tengah duduk sorang-sorang, melayan blues korang yang entah bila akan habis. Tiba-tiba, orang yang korang sayang, yang korang percaya, datang kat korang dengan kawan-kawan yang lain. Mula-mula, mestilah korang happy. Orang yang kita sayang dah ada dekat dengan kita. Tapi, bila dia dah semakin hampir, korang boleh rasa yang dia dan kawan-kawan yang lain sedang ketawa kan korang. Memang normal bila ketawa kan? Jadi, masa tu korang tak fikir apa-apa. Mungkin diorang tengah bercakap tentang sesuatu yang melucukan. Bila diorang ada di depan, mesti korang akan tegur.
Tapi, cuba bayangkan, bila korang tegur, diorang tersenyum sinis bila pandang korang. Masa tu, agak-agak apa yang korang rasa? Mesti sakit yang teramat. Mesti korang ada terfikir, ‘aku ada buat salah ke?’. Bila difikir-fikirkan balik, korang rasa korang tak ada buat salah. Tapi, siapa tahu kan. Tanpa korang sangka, orang yang korang sayang tu, tiba-tiba buruk-burukkan korang. Rahsia yang korang simpan selama nie dan hanya dengan dia sorang korang kongsikan, tiba-tiba bocor dari mulut dia sendiri di depan korang. Mesti sakit kan? Tapi lagi sakit bila orang yang korang sayang tu, tiba-tiba, ‘aku benci dia!’.
Apa yang buat dia benci? Apa yang buat dia jadi macam tu? Kenapa aku?
Tu la persoalan yang mungkin bermain kat minda korang. Kadang-kadang, orang yang kita sayang, kita percaya, boleh khianati kita tanpa kita sedar. Susah untuk kita jumpa orang yang betul-betul ikhlas terima kita. Kadang-kadang, kita juga pernah jadi macam orang tu! Kita khianati kawan kita dengan membocorkan rahsia dia. Kadang-kadang, hati kita rasa bersalah. Kadang-kadang kita rasa gembira dapat kenakan dia. Tapi, bila dua-dua perasaan nie bercampur, agaknya apa yang korang akan buat? Terus rasa bersalah dan terus minta maaf dengan dia, atau buang perasaan bersalah tu dan fikirkan pasal kenapa korang gembira kenakan dia?
Apa pilihan korang? Apa korang rasa apabila orang yang disisihkan tu diri korang?
Aku selalu tanya diri aku! Apa aku akan rasa. Rahsia tetap rahsia! Bukan mainan untuk jatuhkan dia. Janji tetap janji! Bukan muslihat untuk sakiti dia.
(malam-malam merapu benda yang bukan-bukan. Nie la jadinya. Fikir benda yang entah pape. Tapi memang patut difikirkan sekali sekala!)
Saturday, 7 July 2012
Jatuh Cinta Bab 12
BAB 12
Aisha memandang telefon bimbitnya bersama kerutan di dahi. Sekejap-sekejap telefon itu berbunyi. "Kalau satu jer telefon yang bunyi, takpe. Nie, dua-dua sekali yang bunyi. Haish…” omel Aisha sendirian. Kepalanya digaru perlahan.
Telefon samsung Galaxy Y diambil. Tertera nama Arriel pada skrin telefon. Seketika kemudian, telefon itu berhenti berbunyi. Matanya beralih pula pada telefon samsung Galaxy S nya pula. Memang peminat samsung betul Aisha nie!
“Y berhenti melalak, yang S nie pulak nak sambung melalak!” omel Aisha geram. Telefon itu diambil. “Arriel lagi!” keluhnya. Kepalanya digaru. Entah berapa banyak kali kepalanya digaru dia sendiri tidak tahu.
“Wei Cha! Jawab-jawab la call tu. Dah bernanah telinga aku dengar!” marah Melina yang sedang ralit membaca novel.
“Kau ingat telinga aku nie tak bernanah ke? Aku pun sakit hati jugak. Entah pape la mamat nie! Kalau Cha sorang or Fellis sorang yang dia cuba call, takpe. Nie dua-dua sekaligus dia cari!” bebel Aisha pangjang.
Melina menggeleng kepala. Novel yang dibacanya tadi ditutup. Kakinya dibawa ke arah Aisha. Segera telefon yang sedang berdering sedari tadi dicapai. Aisha hanya memerhati tingkah Melina dengan pandangan bingung.
“Hello,” balas Melina. “Hurm…Fellis tengah mandi. Cha pulak tengah tidur. Boleh tak you telefon lain kali pulak! I nak baca buku Remember Me! pun tak boleh!” sambungnya lagi tanpa sempat Arriel berkata apa-apa.
“Lambat lagi ke Fellis nak siap mandi?” soal Arriel. Melina menjeling Aisha yang berada di sebelahnya.
“Fellis you nie, ada tabiat yang pelik sikit. Kalau duduk dalam toilet, memang setengah jam tak cukup!” ujar Melina selamba. Aisha yang mendengarnya menjegilkan mata.
“Err…Cha? Tak boleh ke you kejutkan dia sekejap?” soal Arriel lagi. Melina mengeluh lemah.
‘Susah betul kalau bercakap dengan orang degil macam nie!’ omelnya dalam hati.
“Cha pun ada tabiat jugak! Kalau dah kepala tu duduk elok atas bantal, jangan harap senang nak kejutkan dia. Ambil masa tau! Sorry la Riel! I tak boleh nak tolong you. I takut tak pasal-pasal Cha mengamuk,” ujar Melina lagi. Matanya menjeling ke arah Aisha Dapat dilihat Aisha sedang menahan geram.
“Tak guna punya Mel!” marah Aisha. Melina hanya menayang sengih. Cepat-cepat dia meletakkan jari telunjuknya dibibir Aisha menyuruh Aisha diam.
“Err…tadi I dengar suara orang!” ujar Arriel sedikit pelik.
“Err..err…tadi tu Cha. Dia tengah mengigau agaknya. Entah pape la dia tu!” ujar Melina memberi alasan.
“Erm…ok la kalau macam tu! I just nak jumpa Fellis. Bagitau dia, malam I nak jumpa dia kat tempat biasa. Jangan bawa Cha pulak!” pesan Arriel. Melina tergelak kecil.
“Ok bos! Nanti I sampaikan pesanan you kat Fellis a.k.a Cha! Bye-bye dear!” Melina pantas mematikan panggilan tanpa sempat Arriel membalas apa-apa.
“Yang ayat last kau tu apa kes pulak?” soal Aisha geram. Matannya mencerlung memandang Melina.
“Ayat mana? Ayat yang aku panggil Arriel dear tu ke? Kau jealous ek!” usik Melina. Aisha menjegilkan matanya. Melina pula, selamba badak dia saja gelak.
“Bukan yang tu la. Ayat kau yang kedua last tu!” tukas Aisha. Melina masih lagi ketawa.
“Relaks la beb. Kalau dia tanya pape, pandai la kau kelentong. At least, kau berterima kasih la dengan aku sebab dah selamatkan kau dari Arriel tu!” ujar Melina. Aisha menggelengkan kepalanya perlahan. Agak pelik melihat perangai Melina yang terover hyper.
“Sejak dari dulu, sampai sekarang, tak pernah berubah-berubah perangai hiper kau tu!” bebel Aisha.
“Ish….kau nie Cha! Hiper-hiper nie kau jangan sebut. Teringat aku kenangan kisah lalu yang amat mendukacitakan!” ujar Melina. Aisha ketawa mendengar ayat dramatik Melina.
“Benda yang dah lama macam tu pun kau ingat lagi?” soal Aisha setelah tawanya reda.
“Mestilah ingat. Ada ke patut mamat tu tanya cikgu soalan pelik macam tu?” rungut Melina.
“Alah Mel…Rileks la… Masa tu kita budak lagi. Mana la tau benda-benda macam tu!” pujuk Aisha. Melina memuncungkan mulutnya. Dah macam itik pun ada.
“Budak apa ke bendanya. Umur dah 16 tahun. Dah baligh dah pun!” ujar Melina lagi. “Mana kau tau dia dah baligh. Tengok-tengok belum lagi!” ujar Aisha pula sambil mengangkat keningnya berkali-kali.
“Ish kau nie kan! Suka sangat cakap benda yang bukan-bukan macam tu! Dah….jangan cakap pasal benda nie lagi!” ujar Melina geram.
“Bukan-bukan apenya! Betul la apa yang aku cakap tu! Sape tau kan?” usik Aisha lagi. Melina merengus kasar.
“Pandai la kau!” Melina segera bangkit meninggalkan Aisha. Buku yang tadinya ditutup, kini dibuka kembali.
“Hehe….lupa pulak nak tanya kau! Tadi Arriel pesan apa?” soal Aisha. Dia segera berdiri lalu melabuhkan punggungnya di sisi Melina.
“Dia suruh aku pesan kat kau, malam nie dia nak jumpa kau kat tempat biasa,” ujar Melina tanpa riak. Matanya masih fokus pada novelnya. Aisha mengangguk-angguk.
“Oh….dia ada pesan jugak. Jangan bawak Cha sekali!” sambung Melina lagi. Mata Aisha terkebil-kebil.
“Apa kes tak boleh bawak Cha pulak! Ish….tak aci la macam nie!” protes Aisha. Melina menghentikan bacaannya. Dia memerhati Aisha tanpa berkelip.
“Apa tengok-tengok? Tak puas hati betul aku ngan Arriel nie. Ada ke patut dia nak sisihkan aku macam nie! Tau la yang Fellis tu cantik, menarik kau memang da bom…tapi, Cha pun ada perasaan jugak….bla…bla…bla…”
“Err…Cha…aku rasa kau ada masalah la,” ujar Melina tiba-tiba. Aisha menghentikan bebelannya. Melina dipandang dengan dahi yang berkerut seribu.
“Aku rasa kau ada masalah personaliti la!” Aisha terpinga-pinga. Tidak faham dengan apa yang cuba disampaikan Melina.
“Kau tau-tau la… Masalah dwi personaliti or patut aku panggil split personaliti yang dalam bahasa saintifiknya entah ape aku tak ingat tu!” terang Melina. “Dalam artikel yang aku baca, masalah nie boleh dikira masalah mental la jugak. Dari cara kau cakap tadi tu, aku boleh nampak symptom-symptom penyakit tu!” sambung Melina lagi.
Aisha terkebil-kebil memandang Melina. Cuba mencerna setiap kata-kata Melina.
“Err…Split personaliti tu aku tau la apa bendanya tapi…yang aku tak fahamnya, nape kau kata aku menghidap penyakit tu?” soal Aisha inginkan kepastian. ‘Ada ke patut dia cakap aku ada mental illness! Ish…’ bebel Aisha dalam hati.
“Yelah…kau bercakap macam Fellis tu orang lain. Bukan ke Cha and Fellis tu orang sama! Cha pun kau, Fellis tu pun kau! Yang kau nak jealous sangat nie nape?” balas Melina.
Aisha menayang sengih. Baru menyedari kesalahannya. Kalau orang lain yang tengok pun, mesti fikir benda yang sama. ‘Tak pasal-pasal aku dicop gila. Nasib baik aku buat perangai nie depan Mel. Kalau depan orang lain, sah-sah diorang hantar aku ke hospital bahagia. Alamatnya, berbahagia la aku hari-hari!’ getus hati Aisha.
“Sorry Mel. Tak terperasan. Nie la jadinya kalau terlebih emosional,” ujar Aisha mengakui kesalahannya.
“Lain kali kau behave pelik macam nie, aku tak teragak-agak nak call hospital bahagia tu!” ugut Melina. Aisha sekadar mengangguk.
Nafas lega dilepaskan. ‘Nape la aku boleh tersasul macam tu. Jangan la dibuatnya aku ada masalah tu!’
*****
Stella menghempas pintu keretanya kuat. Kakinya laju dibawa ke arah pintu masuk kelab. Hatinya yang panas diharap dapat disejukkan dengan masuk ke kelab itu lagi. Mukanya jelas menunjukkan dia sedang marah. Marah benar dia apabila Arriel langsung tidak percaya dengan setiap tutur katanya mengenai Fellis.
“Apa yang special sangat dengan betina tu. Hampir semua lelaki jatuh kat kaki dia,” omel Stella sendirian.
Dia sebenarnya bukanlah terlalu kisah seandainya Arriel meninggalkannya kerana dia sudah biasa begitu. Bersama seorang lelaki tidak lebih dari sebulan. Tetapi apabila mengenangkan orang yang telah merampas Arriel dari dirinya itu ialah Fellis, sakit benar hatinya.
Dulu, Fellis pernah mengambil Rafeeq daripadanya. Disangka dia langsung tiada perasaan pada Rafeeq tetapi salah baginya apabila hampir setiap hari, hatinya itu menginginkan Rafeeq ada di sampingnya. Namun, pada waktu itu, dia tidak terlalu kisah kerana dia berfikir Fellis benar-benar menyayangi Rafeeq. Stella ingin Rafeeq mendapat seseorang yang lebih baik jika ingin dibandingkan dengan dirinya.
Tapi, Fellis yang difikirnya dapat memberi kebahagian kepada Rafeeq ternyata seseorang yang sangat keji. Difikirnya Rafeeq mungkin berbahagia bersama isteri dan mungkin juga anak, ternyata meleset.
Tidak sayangkah Fellis kepada Rafeeq? Tidak kisahkah Rafeeq dengan apa yang telah dilakukan oleh Fellis sekarang. Pelbagai persoalan yang bermain di mindanya kini.
Namun, satu yang pasti, Stella harus membalas dendam. Kebahagiannya diragut begitu sahaja. Tidak mungkin dia akan benarkan. Tidak mungkin sama sekali.
“Hai Stella! You buat apa kat sini?” soal satu suara yang amat dikenalinya dan mungkin juga masih dirinduinya. Stella sedikit terkejut dengan pertemuan kali ini.
“Err…hai…I datang release tension. You pulak buat apa kat sini? Seingat I, dah lama I tak nampak bayang you kat kelak since you engaged!” ujar Stella pula. Dia cuba mengorek rahsia. Mungkin dia akan mendapat jawapan kepada persoalan yang selama ini dicari.
Jejaka di hadapannya ketawa. “Tu dulu, masa I tengah bertunang. Sekarang, I’m back!” ujarnya bersama senyuman manis. Stella turut ketawa.
“Oh…I almost forgot! You must be married by now. Right, Rafeeq?” telahannya membuatkan Rafeeq kembali ketawa. Kepala Rafeeq digelengkan berberapa kali.
“I’m not married yet sweetheart. I’m still single,” ujar Rafeeq setelah tawanya reda. Dahi Stella berkerut. TIdak faham dengan apa yang cuba disampaikan Rafeeq.
“I dah putus tunang. Dah tiga tahun,” sambung Rafeeq lagi apabila melihat kerutan di dahi Stella. Stella terkejut. Akhirnya, semua persoalan kini sudah terjawab.
“Patut la I tengok ex tunang you tu selamba jer keluar ngan laki lain,” ujar Stella. Riak di wajah Rafeeq terus berubah.
“Apa maksud you?” soal Rafeeq ingin tahu. “Sekarang nie, dia tengah bercinta dengan Arriel. Arriel tu ex boy I,” balas Stella dengan nada meluat. “Ex boy you?” soal Rafeeq sambil menjungkit kening.
“Yeah….tapi, disebabkan dia, kitorang putus. Entah apa yang dia pakai sampai Arriel terlekat macam dah terkena gam dekat dia tu!” omel Stella. Rafeeq ketawa perlahan. Stella memandang Rafeeq. Dia baru tersedar akan keterlanjurannya.
“Ops….I’m sorry Rafeeq. I tak patut cakap benda yang bukan-bukan pasal dia depan you. Mesti you sakit hati dengan I,” pinta Stella dengan nada manjanya.
“It’s ok sweetheart. I tak kisah pun. Lagipun dia yang tolak I. Sakit kat hati I nie pun tak sembuh-sembuh lagi. Sekurang-kurangnya, I tau yang you berpihak pada I,” ujar Rafeeq perlahan. Dia mengukir senyuman sayu. Sengaja ingin meraih simpati Stella.
Sejak kejadian tiga tahun lalu, Rafeeq dihantar daddynya untuk ke London. Bukannya dia tidak tahu. Daddynya melakukan sedemikian kerana takut dengan ugutan bapa Fellis.
Sudah tiga tahun dia menahan dendam. Penolakan Fellis sedikit sebanyak telah mencalarkan namanya. Sejak kejadian itu, rakan-rakannya yang lain memandang sinis kepadanya kerana tidak mampu menjinakkan gadis kecil seperti Fellis.
Kepulangannya kali ini adalah untuk mendapatkan apa yang sepatutnya menjadi miliknya tiga tahun yang lalu. Tidak mungkin dia akan melepaskan Fellis begitu sahaja.
“Feeq…you tengah berangankan apa tu?” soal Stella. Tangannya kemas melingkar lengan Rafeeq. Rafeeq mengukir senyuman.
“You akan tolong I kan Stella?” soal Rafeeq tiba-tiba. Renungan yang diberi buat Stella, sedikit sebanyak menggoda jiwa Stella. Stella mengangguk laju. Kepalanya lantas diletakkan diatas bahu Rafeeq. Rafeeq membelai rambut Stella.
Kini, rancangan akan berhasil. Apa yang dingininya pasti akan dia dapatkan.
Sunday, 1 July 2012
Q n A….
assalamualaikum and hai all….
Ok….citer nie, Mierah nk kongsikan dgn sume org yg sudi baca blog Mierah. It’s felt kind of weird when I suddenly think about telling all of you about this thing. Nk kata bnda nie rhsia, x jgk tp, blh dikatakn my secret thought la…
ada sorang kwn Mierah yg nk kata rapat, x jgk. nk kata x rapat, blh tahan asyik la duk borak dgn dia. dia tnya 1 soalan yg sbelum2 nie xde sorang pun yg pernah tnya Mierah. even my best fren yg of coz rmai, pon x pernah tnya. rasa agak terkejut and speechless….haha….dia tnya,
ORANG CAKAP, KAU NIE MEMILIH DLM PILIH BOYFRIEND. NAPE???
err….kalau ada org tnya mcm tu kat korang, apa korang rasa. mybe ada yg rasa mcm biasa jer. rasa x pnting sgt pon soalan tu tp, bg Mierah, ia nmpk sgt2 pnting. bila dia tnya mcm tu, rasa mcm Mierah nie playgirl la plk….hahahaha….
ok la kwn…mybe hari tu aq x smpt nk bg jwpn yg sebetul2 nya. aq smpt buat soalan kau tu bunyi mcm soalan x pnting jer….
this is my answer nape aq nie memilih dlm nk cari bf…::::>
first of all, bg aq, perasaan cnta tu sgt2 la BERMAKNA… bg aq, bkn senang2 jer aq nk bg perasaan cnta aq tu kat seseorang. kalau that guy yg suka aq ckp dia suka aq, aq pon blh jgk senang ckp aq suka dia but that doesn’t mean aq cintakn dia. kalau kita nk buat someone tu as bf kita, kita kena la ada perasaan cnta kan? kalau kat orang tu aq xde rasa sikit pon perasaan cnta, buat apa aq nk couple ngan dia. aq lbih prefer jd kwn. cnta aq hnya utk Allah, parents, and siblings aq….n x lupa jgk kwn2 baek aq….remember that!
2nd, aq xsuka lelaki yg suka maenkan perasaan perempuan. almost sume lelaki yg aq kenal suka permainkan org. aq blh nmpk dlm mata diorang n cara diorang layan….. kalau aq nk buat someone tu jd bf aq pon, aq akan cari yg baek, yg blh bwk aq ke jln yg lebih baek n pling penting x terlalu memaksa aq utk trima dia. aq x nk pisang berbuah dua kali. faham kn mksud aq? bknnya aq nk kata aq pernah kecewa sbb couple dulu. apa yg aq mksudkn, aq xnk mudah2 tertipu ngan kata2 lelaki. sblm nie, aq hmpir2 jatuh kat tgn sorang lelaki juz becoz mulut manis dia. last2 kantoi cuba mengorat org laen. kelakar kan? that’s why aq lebih berhati2 bila nk buat sbarang keputusan berkaitan ngan couple.
3rd, aq suka memilih sbb aq memang x nk! faham x? aq x nk couple lg buat masa skarang. memang nafsu nk bercinta dlm hati aq tu ada tp, aq dh terjanji ngan parents aq yg aq xkn couple. aq nie anak yg baek tau! xkn tetiba nk mungkir jnji. my mom juz benarkan aq couple lps SPM. tunggu la setahun lg yer…..hahaha
4th, even if parents aq x larang aq dr ber’couple’, aq tetap x nk. sbbnnya, aq nk fokus dlm study. aq nie, bknnya jenis yg blh fokus bila tgh buat 2 bnda dlm 1 masa. mula lah ada yg tercicir sana sini. aish….susah kan kalau jd mcm nie…hehe…but at least, bila aq dh fokus buat 1 perkara, aq blh buat bnda tu ngan baek. Alhadulillah….
5th, sbb aq rasa ada bf nie mcm x brape nk bez plk…pelikkn? haha….aq rasa x syok lngsung bila ada bf. sbb tu la aq nie memilih. bila dh ada bf, mesti aq akan rasa terkongkong….ish3….kalau rasa mcm tu, baek aq kahwin terus. terlepas dari dosa, bertambah plk pahala. x gitu??? hahahahaha…..ingt tu! couple blh sbbkn berlakunya zina so, aq cuba nk elakkan bnda tu sbb aq memang dh bertimbun dosa n pahala pon, aq x tau blh tmpung x dosa aq.
ok la….tu 5 sbb yg blh aq bg…entah logik ke tidak….
Mierah harap korang semua faham yer. Mierah memilih bila ada org ajak couple sbnrnya sbb Mierah berfikir dulu. Mierah bknnya nk cari yg perfect but cukup la stakat nie Mierah fokus dlm study. lgpun, umur baru 16 tahun. kecik lagi….belum masanya nk bercouple segala mcm…. kalau umur pnjng, insya-Allah, one day Mierah blh rasa perasaan cinta yg org laen asyik nk rasa tu….hahaha
ok la…tu jer for today. have a nice day guys…assalam
Thursday, 14 June 2012
HeLLo
Korang ape khabar? Kalau baik, alhadulillah tapi kalau tak baik, Mierah doakan yg terbaik utk korang ok?
Sorry sgt2 utk korang2 yg menantikn nvel dr Mierah. Bknnya x nk update but, secara jujurnya, Mierah tgh ketandusan idea plus busy. Sakit ati x? Ckit2 busy, ckit2 busy. Sorry la u all. Mierah dh x blh nk elak. tugas kn? nk buat mcm mana lg!
Next week, skolah Mierah adakn Hari Terbuka Kebitaraan. Jemput datng ye semua! bg yg nk dtng lawat skolah Mierah, dtng la hari RABU 20 JUN 2012 di SMK Dato' Ahmad Maher, Kota Bharu, Kelantan. Kalau nk dtng tu, sdiakn duit tau! Hari tu kitorang adakn pasaria. Beli kupon dulu baru beli brng laen tau!
Huh....disbbkn next week hari niche area, Mierah mesti busy jgk (tp x la busy mcm kwn Mierah). tp, biasalah kn? bila ada aktiviti skolah secara besar-besarn camtu, mesti sume org busy. this week pon dh busy. byk kali xblajar sbb ckgu busy. and hari nie pon, Mierah x study lngsung sbb, hari nie ada prtndingan choral speaking. skolah Mierah dpt johan. thniah utk team choral speaking. good luck utk next level.
Ok la korang... stakat nie jer la yer... bye3 and assalam
Friday, 20 April 2012
Jatuh Cinta??? Bab 11
Monday, 9 April 2012
Oh BuKu NoTa
Ok, hari nie Mierah nk update blog... jgn mrh yer...
kelmarin, ada org dtang lawat skolah Mierah... nama skolah tu, SMK Temenggong Ibrahim...diorang dtang benchmarking kat skolah Mierah....memang bez la...
Tp kan, ada 1 kejadian malang yg blaku hari tu....hukhukhuk....kalau blh nangis kat situ, memang dh lama Mierah nangis...
Nak tau x ape?
well, Mierah kena 'hentam' dgn cikgu....
Korang faham x???
maksud Mierah kat sini, Mierah kena pukul dengan buku nota kat atas kepala...bengang tau! tp x la malu sgt sbb bkn Mierah sorang yg kena..tp x adil la!
kesalahan yg Mierah buat ckit jer....Mierah juz campurkn nota sej dgn nota laen....buku nota tu, nota conteng2 jer pun... dh la masa tu Mierah x mkn lagi....Pening sgt2...
cikgu, buku nota kita guna utk buat catatan, bkn buat hentam org...cikgu sbr la yer....
huhuhuhu....sedih.......waaaaaaaaaaaaaaaa...........
Wednesday, 4 April 2012
Coming Soon...
Sori sbb lama x update blog...ahak....mcm la korang harap Mierah update kan? ok! bg yg tertanya2, mana la sambungan nvel Jatuh Cinta... sbnrnya, Mierah dh smbung tp, x smpt nk siap lg.. Insya-Allah, next week dh blh masuk...sabar yer...
Mierah buzy ckit kebelakangan nie... baru2 nie, Miera baru jer demam.... n skarang nie pun, Mierah ada byk sgt kerja skolah... dh la pengerusi kelab pelancongan suruh Mierah buat report pasal lawatan ke KL baru nie... abang comel, Mierah nie, bukannya setiausaha kelab tu, ahli pon bkn....abang comel suruh la su ke, ape ke buat... tp, sbb Mierah dh kesian sgt tngok abang comel, Mierah buat jer la....
nasib baek dh ada contoh..... Alhamdulillah....
Ok la .... Mierah x blh membebel pnjang sgt...nnti org x baca...tu yg adik Mierah bgtau...
Ok awak semua....bye2 and assalam
Wednesday, 21 March 2012
Ok! hari nie, Mierah dah dpt semua mrkah exam Mierah... Nak kata OK, it's not OK at all....agak menyedihkan la jgk...but, my mom kata, takpe, baru first time...ok, baru first time...but, kalau blh, kita mesti nk semua A kan...
Mesti ada yg kata, Mierah nie x puas hati jer...brape A dia dpt pun x nk bagitau...
Hurm.....Mierah dapat 4A jer...yg lebih tu, biarlah rahsia... tp, xde yg fail ok! semuanya lulus....xde E, xde D....
Tapi jgn plk ada yg ingt Mierah dh dpt result SPM...Mierah baru dpt result exam PKBS 1.
Citer pasal SPM, kat skolah Mierah, ada 32 orang yg dpt semua A. 2 orang pljr dpt all straight A+....orang bijak la katakan... Tahniah to alls yg berjaya. yg x berjaya tu, usaha lg yer...
Next year, Mierah akan pastikan Mierah dpt semua A+, insya-Allah.....
Monday, 19 March 2012
Saje!!!
Hari nie, Mierah saje2 nk updated blog... xtau nk ckp ape sebenarnya... spanjang minggu nie, blh dikatakan hampir hari2 Mierah busy... minggu nie jgk, Mierah dpt keputusan exam bru nie... stakat nie, ok la... hurm....sbnrnya, esok, ada
Sape ada idea, how to handle form 1??????
Kalau ada, bagitau la kat Mierah yer... and.... khamis nie plk....ada lawatan ke KL... Mierah join skali...hehe... excited..!!!! excited bkn sbb x pernah pergi KL tp excited sbb nie first time ke KL with kwn2 sekelas Mierah... Slalunya, pergi ke luar negeri ngan kawan pemimpin pljr jer...
tu jer la utk hari nie,,,sebarang pertanyaan, komen la kat sini...hehe
Assalam
Thursday, 15 March 2012
Kem Kepimpinan 2012 (UiTM Machang)
Sepatutnya, Mierah dh updated blog nie hari ahad bru nie, tp...yela....xde mood.. skarang bru ada mood nk updated. hari khamis minggu lps, Mierah pergi kem... bez tau! banyak bnda yg Mierah blajar...
tp 1 jer kekurangan kem tu, xde transport... x paham? biar Mierah fahamkan.... kem Mierah nie kat UiTM Machang... kat sana, jln dia berbukit bukau(ceh...nie dh melebih). spanjang kem tu, t'pksa la berjln kaki, naik turun bukit juz sbb nk pergi dewan kuliah dia yg besar gedabak tu.... agak meletihkan la jgk... tp berbaloi tau!
Tiada hasil tanpa usaha!so, even Mierah usaha nk pergi ke dewan kuliah dia dlm keterpaksaan, Mierah still dpt hasilnya.... dia ajar psl
kepada sape2 yg tringin nk kurus dgn cepat, belajar la kat UiTM Machang.... Insya-Allah, kalau korang usaha, blh jd kurus cam Mierah (kurus ke?)...
Ok la baby2 skalian.... stakat nie jer ok! Till next time...
Bye and assalam....
Wednesday, 7 March 2012
ToMoRRoW....
I can't wait for tomorrow to come...
Tomorrow is the day....
The day everything will turn to....err....I don't really know about that...
Hai all... and assalamualikum...
Jom kita bercakap psl hari esok....
Mesti ada yg tringin nak tau, esok ada ape?
Biar Mierah jwb... Esok, Mierah nk pergi kem... Kem Kepimpinan... Nmpk mcm Mierah excited kan? Sbnrnya, x excited pon... Wanna know why?
Well, Mierah rasa mcm kem thun nie x best la... Apa yg Mierah tau, kerja kitorng, duduk dlm dwn.. X mcm thun lps... Yg thun pls tu, rasa mcm nk nangis pon ada....huhu....
Doakn Mierah so, everything akan ok yer... Wish me luck.....
Kem nie, cikgu buat kat UiTM Machang.... Best x??? Hehe...
Tu jer kot....
Assalam.....
Tomorrow will come eventually,
So prepare yourself for something you not knows.....
Sunday, 26 February 2012
Birthday SuRpriSe...
Mesti ada yg kata, 'Eiii...benci la kat Mierah nie! Hari2 update blog!'
Well, sbnrnya, Mierah(still panggilan nie) update sbb ada bnda yg amat pnting baru berlaku.... Kelmarin kn birthday Mierah... Kwn2 Mierah yg cun dan comel tu, plan nk smbut hari nie.. Mierah xtau pun psl hal nie.. Memang surprise la... tp x surprise mana sbb Mierah dh tertengok kek yg diorang bwk...hehe...tp x sngka plk diorang nk smbut last period skolah....
Masa tu cikgu semua meeting... Tiba2 ada org nyanyi 'Happy Birthday to you'... At first, Mierah ingt bdk kls sebelah.. tp tiba2 kek smpai kat dpn mata Mierah... Rasa nk nangis pun ada. Diorang beli kek Tiramisu... Mierah x minat mana kek tiramisu tp x sngka plk diorang pndai beli kek yg SODAP camtu... Memang kenyang dgn kek la td....Thanx to all... Sayang korang ketat2....
Nie present aq utk korang (tu pun kalau korang tngok la)...
Saturday, 25 February 2012
Hepi Bufday to Me....Hepi Bufday to Me....
My sweet 16 birthday... Hurm.... tp x sweet mana pun... No present for my 16 birthday... Sedih kan?TODAY IS MY BIRTHDAY
Tapi xpe... X kesah pun... Asalkn still ada orang yg ingt, it's fine... Semalam
Thanx to all... Ramai jugak org yg wish hepi birthday.... bangga pun ada..tp normal la... Ada tu, my senior, dia wish Selamat Hari Tua, Hepi Bufday Budak Kecik....n byk jnis mcm lg....
Korang x nak wish??? (muka x malu)...
Huhu.... I guess, tu jer yg Mierah blh bgtau utk hari yg bersejarah(cewah) nie....Till next time..
Assalam....



